Khamis, 27 September 2012

Hikmah Berwuduk

                          Bismillahirrahmanirrahim..

Assalam,

1) Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan
 "Ya ALLAH ampunilah dosa mulut dan lidahku ini",
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2) Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya allah, putihkanlah mukaku diakhirat kelak, janganlah kau hitamkan mukaku ini".
Penjelan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3) Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
 Ya ALLAH berikanlah hisab-hisab ku ditangan kananku ini".
Penjelasan: Ahli syurga diberikan  husab-hisabnya ditangan kanan.

4) Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
 "Ya ALLAH, janganlah Kau beri hisab-hisab ku ditangan kiriku ini.
 Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya ditangan kiri.

5) Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya ALLAH,  lindungilah daku dari terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy Mu".
 Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal diatas kepala.

6) Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
 "Ya ALLAH, Ampunilah dosa telingaku ini".
 Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7) Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
 "Ya ALLAH, Permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
 Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan mudah sekali.

8) Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
 "Ya ALLAH, bawalah daku pergi kemasjid-masjid, surau-surau dan bukan ketempat maksiat".
 Penjelasan: Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.

Ramai diantara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang di tuntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam.



6 ulasan:

  1. Perkongsian yang hebat ! :) terima kasih kak~

    BalasPadam
  2. Perlongsian yang amat baik...saya jadi follower anda, keep on sharing

    BalasPadam
  3. salam bunda..mohon share entry ni.sama2 berkongsi.terima ksih :)

    BalasPadam