Sabtu, 29 September 2012

Ketawa Melampau Hilang Ilmu..

                    Bismillahirrahmanirrahim

As Salam,

BANYAK ketawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad S.A.W melarang umatnya daripada gelak ketawa yang melampaui batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa tergelak-gelak , akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?  Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa  suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita menuju kedestinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.

Penderitaan didunia hanya seketika, tetapi diakhirat azabnya berterusan dan berkekalan. " Tertawa-tawa dimasjid menggelapkan suasana kubur." Demikian ditegaskan olih Rasullullah S.A.W. Kita sedia maklum kubur ialah rumah yang bakal kita dudukki bagi tempoh panjang.

Kubur adalah satu pimtu ke syurga atau neraka.Betapa dalam kegelapan disana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak didunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu

Nabi pernah bersabda " Barang siapa ketawa terbahak-bahak nescaya dilaknat akan dia olih ALLAH Al Jabbar. Mereka yang banyak ketawa didunia nescaya banyak menangis diakhirat."  Saidina Ali sentiasa mengeluh "..jauhnya perjalanan...sedikitnya bekalan.,,"

Dalam hadis lain, Rasullullah bersabda, bermaksud. " Barangsiapa banyak tertawa nescaya meringankan api neraka." Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah ketawa yang berlebihan.

Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan olih Rasullullah S.A.W. Baginda   tidak terbahak-bahak, tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Beberapa sahabatnya pernah berkata.  "Ketawa segala nabi, ialah tersenym, tetapi ketawa syaitan itu terbahak-bahak"!

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan