Ahad, 16 September 2012

MAIN CAMPAK-CAMPAK...

               Bismillahirahmanirahim...


bayi masih hidup ketika dicampak

suspek ditahan untuk siasatan..

BAYI PEREMPUAN MATI DICAMPAK DARI FLAT TINGKAT TIGA


PETALING JAYA 16 Sept. - Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi.

Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi.
Jundi berkata, ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.


"Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. -

BERNAMA

9 ulasan:

  1. Ya Allah, semoga orang yang membuat perkara itu diberikan hidayah~

    Sedih bila dengar cerita macam ni. Nilai satu nyawa murah sangat agaknya :(

    BalasPadam
  2. Ya Allah! Apa nak jadi laa dgn manusia zaman sekarang ni? Sanggup buang ank sendiri mcm buang sampah pula.
    Buat jee pandai, tanggung tak mahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. org yg takder ank ..nk ank...yg dah ada buang, campak mcm sampah..

      Padam
  3. siapa yg buat keje mcm ni...pasti takkan terlepas dari undang2 punya..

    BalasPadam
  4. Kesiannya... kakak saya sedang berhempas pulas, nak melahirkan anak sulung, lepas keguguran beberapa kali... Kelahiran kali ini pun, banyak complication, diabetes, darah tinggi, dan dah dirancng kene c-section... Bertarung nyawa, kerana bukan condition kakak saya ni, saya pun rasa mengandung tu biasa2 saja, semua perempuan akan mengandung

    Dan mereka ini semacam ibu kucing pulak, senang mengndung, tapi xmacam binatang pun, x sayang anak..

    thanks for sharing kak Nora

    BalasPadam
    Balasan
    1. simpati dgn kakak you...thanks juga sudi singgah dan komen..singgah2 lagi yer..

      Padam
  5. astagfirullah..manusia akhir zaman..
    nauzubillahiminzalik..
    btw da follow akak..
    sgt berinfomasi..huhu

    BalasPadam