As Salam,
Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.
Menurut
pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah
menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia
dibuka kepada orang ramai.
Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.
Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik
.Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.
Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun.
Dan bagi kebanyakan orang, mereka akan berasa pening apabila berada di dalam rumah ini melebihi 10 minit. Tapi bagi kumpulan pereka dalaman, dimana mereka terpaksa berada di dalam rumah itu dalam tempoh yang lama, biasanya tiga jam… mereka akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam.
Ini disebabkan oleh keadaan di dalam rumah yang bertentangan dengan keadaan “biasa” dimana “jika di dalam rumah itu, benda-benda yang biasanya terletak di bawah, berada di atas.
Mengenai keselamatan, pihak pengurusan mengambil beberapa langkah untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.
Pengunjung dilarang berjalan di luar karpet merah atau laluan yang telah ditetapkan di dalam rumah.
Barangan di rumah ini, misalnya, perabot dan peralatan elektrik dilekatkan dengan menggunakan skru dan pelekat… tapi kami melarang pengunjung daripada menyentuh, memegang atau menarik barangan yang dipamerkan.
Rumah yang terletak berhampiran SMK Tamparuli itu dibuka kepada pengunjung setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam dengan bayaran tertentu.
Antara kemudahan yang disediakan di perkarangan rumah itu adalah kafe, kedai dan tandas.
p/s: Tetapi anda diingatkan agar menggunakan tandas yang disediakan di luar rumah itu, bukan di dalamnya.
aduhai..tgk gambar saja pun dah pening..kalau masuk..lg pening kan
BalasPadambetol3x
BalasPadamkna balikkan laptop kalau nak tgk nie, bru jelas dan nyata.kehkehkeh. Kak Nora, sorry x reply komen kak Nora kat wall tadi. FB problem x boleh nk komen wall dgn add org. macam2 kaedah dah buat. still mcm tu jgk. thanks kak, bgtau kat wall td yee :)
BalasPadamKN ok jer..dah terbalikan laptop pun FB poblem gak..kene orgnyer skali lah terbalik..hahaha!
BalasPadamKN anda di TAG!! nak tahu sebab apa? jemput singgah ke blog :)
BalasPadamt ksh,SM Kak N akan cuba sekali ni..insyaALLAH..
Padamsalam perkenalan... terima kasih datang berkunjung ke tempat sya erk.. hehehe done follow
BalasPadamsaya pon dah buat entry pasal rumah terbalik masa balik kg raya hari tu.. baca kat sini erk...
http://azmengs.blogspot.com/2012/09/rumah-terbalik.html
oo, ye..akak tak kesempatan nk pegi, cume tahu dr tv then google..tq follow me..
BalasPadam