Jumaat, 5 Oktober 2012

Kesedaran Sivik...

                    Bismillahirrahmanirrahim.

As Salam,

Rasanya dah lama tak membebel kat sini..harini bunda nak membebel tentang kesedaran sivik masyarakat kita masa kini.  Hari minggu lepas bunda dan anak lelaki bunda pergi shopping barang dapur kat pasaraya.  Agak ramai juga pengunjung yang datang dan pakir hampir penuh.

Dah puas berpusing-pusing berapa kali nak cari pakir kosong last-last nampak ada satu kereta baru keluar dan kami menunggu untuk ganti tempat. Tiba-tiba bila nak masuk,  ada pulak troli terhadang kat situ, dah lah kereta belakang pun banyak, berderet masa tu.  Anak bunda yang drive muka dah ketat, hangin semacam jer..

Nak tak nak bunda cepat-cepat turun dan ketepikan troli tu terus ketempat dia yang tak jauh pun dari situ...nasib baik pemandu kereta-kereta belakang tu tak marah...malah mereka menggeleng-geleng kan kepala..tersenyum sambil berlalu.

Inilah penyakit masyarakat kita,  Negara dah maju dan dah 55 tahun Merdeka...tetapi KESEDARAN SIVIK mereka masih di takok lama...Bukan nya baru sekali hal macam ni berlaku,  dah banyak kali dan di merata lokasi pun juga pernah bunda perhatikan dan terkena.

Dimanakah salah silap nya?..Siapa kah yang harus dipersalahkan?..

Sampai disini dulu bebelan bunda kali ini.....



9 ulasan:

  1. Pemalas punya org kan?
    Bila kah kita nak berubah?

    BalasPadam
  2. Selalu saya tengok perkara macam ni jadi..Tahu guna tapi tak tahu simpan..Tinggal je merata-rata kesian dekat pekerja tu kena ambil satu2.

    BalasPadam
  3. kadang2 sampai tepi jalan raya pun ada..nasib baik tak bawa balik terus..

    BalasPadam
  4. anna slalu tengok cmni...ntah la, bukan bebudak yang buat tapi org dwasa..kekadang 2 saja ja park troli kat tgh jalan contahnya mcm kat tesco...

    BalasPadam
  5. Kalu yg kurg sivik ni tak smestinyer yg muda jer, spttnyer yg tua jd contoh..selfish!

    BalasPadam
  6. Sebab itulah rakyat Malaysia dikatakan antara Paling RUDE di dunia. Buat apa kita marah bukan. Sebab tiada langsung kesedaran sivik

    BalasPadam
  7. Yelah tu....tempat troli jauh kot!!!he...he...

    BalasPadam