Sabtu, 6 Oktober 2012

Apa Itu Ekzema?

                         Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di suatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak sebelum 2 tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi bolih dikawal.  Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis.  Kesannya kulit akan menjadi kering,  gatal, merah dan merekah

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit punca membuat ekzema menjadi lebih teruk.  Doktor selalu mengesyorkan bayi yang mengidap ekzema atopik mengguna kan krim steroid pada kekuatan yang betul bergantung kepada keterukan ekzema dengan seliaan doktor.


Krim aqueous adalah krim yang mengandungi paraffin bertindak sebagai pelembab.  Dalam penyelidikan doktor,  krim, aqueous bolih menyebabkan radang kulit menjadi bertambah teruk.
Dinasihatkan agar tidak memakai krim ini dalam jangkamasa lama.


Sebagai gantian pesakit ekzema bolih menggunakan minyak zaitun (olive oil) yang kaya dengan vitamin E dan sebagai pelembab yang baik untuk kulit.  Cara terbaik ialah, menyapunya pada kulit selepas mandi ketika kulit masih lembab.


Krim aloe vera juga bagus untuk mengurangkan radang dan kegatalan kulit disamping dapat mengekalkan kelembapan kulit.

7 ulasan:

  1. ekzema? ooo baru tahu.. ilmu baru ni. :) berkaitan dengan kulit ni. emm

    BalasPadam
  2. penyakit kebanyakan org sekarang..

    BalasPadam
  3. selamat datang t ksh follow..

    BalasPadam
  4. Anak OKje yg sulung dulu pernah kena ...kat Pipi...lebih 'ruam susu' kot

    BalasPadam
  5. kadang2 kita pun tak pasti samada ruam biasa atau ekzema..

    BalasPadam