Ahad, 7 Oktober 2012

Mati Itu Pasti..

                    Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Mengingati mati adalah sebijak-bijak perbuatan. Dengan mengingati mati segera hati kita dekat kepada NYA.  Mati itu pasti dan mati itu sangat dekat kerana kita tidak dapat meramalkan bila hari tibanya mati.

Dengan mengingati mati segera kita teringat untuk bekalan ke 'sana' nanti. Segeralah kita berpatah balek kebelakang seandainya kita sudah terlalu jauh meninggalkan DIA. Bagaimana mungkin kita boleh rasa terselamat dari mati sedangkan hari-hari kita terdedah kepadanya.

Mungkin kita akan mati dijalan raya, mungkin ketika tidur, ketika bermain malahan mungkin juga dalam keadaan kita sedang seronok berhibur.

Fasa seterusnya pula adalah dialam kubur. Alam kubur adalah bersamaan 40 tahun . 1 tahun bersamaan 1000 tahun didunia.  Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi Sa'iid, Rasulullah saw bersabda  "Sesungguhnya kubur itu adalah satu kebun antara kebun-kebun Syurga atau satu lubang antara lubang-lubang Neraka."


mati itu pasti
fasa seterusnya adalah dialam kubur
p/s: Dengan itu sama-samalah  kita saling memperingatkan bahawa 'Mati Itu Pasti'..
       Wallahu'alam.

8 ulasan:

  1. muhasabah diri :( emm gerun pulak baca entri macam ni, emmm.

    BalasPadam
  2. bukan apa saling mengingati supaya tak lalai..

    BalasPadam
  3. dalam usaha untuk mengingati mati rajin2kan diri ziarah lah kubur. terima kasih ingatkan sy dengan entry ini.. ^^

    BalasPadam
  4. tengok je dlm tv tu dah ckup menginsafkn kita, hari2 kisah kemalangan,bunuh membunuh walupun dlm keluarga sndr..masyaAllah..

    BalasPadam
  5. Terima kasih krn ingat mengingati. Masalahnya sebahagian kita langgar semua spt mereka akan hidup menongkat langit selama2...

    BalasPadam
  6. sama2, syurga neraka hak msg2..sebagai insan kerdil sama2 kita muhasabah diri..byk2lah beristigfar..

    BalasPadam
  7. bonda>>jika kita berfikir sejenak akan mati mesti kita akan takut untuk melakukan kemungkaran

    BalasPadam
  8. betul tu anakanda emmeraz sayang..

    BalasPadam