Ahad, 7 Oktober 2012

Bahaya Mandi Wap..

                             Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Kepada sesiapa terutama kaum lelaki yang belum tahu dan tidak pula terbaca berita ini (bunda memang kurang membaca)  mari kita sama-sama berkongsi dan ambil tahu petikan berita ini..

Seorang pakar kesuburan lelaki mendakwa,  mandi wap yang menjadi kegilaan golongan itu di bandar-bandar besar selepas bersenam di gimnasium boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka.

Lebih menggerunkan,  statistik perubatan membuktikan kira-kira 40 peratus masaalah tidak boleh hamil yang dihadapi oleh wanita yang berkahwin berlaku akibat ketidak suburan kaum lelaki.

Dr. Eeson Sinthamoney yang merupakan pakar Pebidanan, Sakit Puan Dan Kesuburan di Hospital Pantai disini berkata,  rawatan tersebut yang memerlukan kepanasan wap antara 60 darjah Celcius hingga 100 darjah Celcius menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.


Sejauh mana kebenarannya silalah rujuk kepada doktor pakar anda.

Wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan