Isnin, 22 Oktober 2012

Rawatan Kutu Kepala

                             Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Sejak dulu lagi kita biasa mendengar tentang jangkitan 'kutu kepala' dikalangan anak-anak kita.  Terutamanya yang masih kecil. Dari mana datangnya pun kita tak pernah ambil tahu. Tetapi orang dulu dengan cara mereka sendiri merawat dan dizaman sekarang dengan cara moden sekarang.

Mengikut fakta:
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang hidup dikepala.  Kutu betina mampu bertelur 6 biji sehari dan menetas dalam masa 8 hari.

Kutu kepala merebak cepat melalui sentuhan terus kerambut melalui penggunaan berus rambut, sikat, topi , bantal atau tudung kepala.

kutu kepala

Gejala paling ketara adalah gatal-gatal yang kuat pada permukaan kepala disebabkan oleh air liur kutu itu.

Cara2 merawat secara moden sekarang:
@  Gunakan syampu khusus yang boleh dibeli difarmasi untuk membunuh kutu.
@  Berjumpa doktor apabila terdapat tanda2 infeksi bakteria seperti demam serta bisul dikepala atau bernanah.

Cara rawatan secara tradisional:
@ Guna sikat kutu yang direndam dengan cuka supaya telur2 kutu mudah terkeluar
@ Campur beberapa biji bawang putih yang ditumbuk bersama minyak kelapa, lumur pada rambut dan biar 15 minit  kemudian sikat dengan sikat kutu.
@ Gosok buah belimbing keseluruh rambut selama 10 minit kemudian bilas.
@ Sapu cuka putih pada rambut ..dibalut kepala dan biar 2 , 3 jam kemudian sikat dan bilas.


kutu kepala

Yang paling utama jagalah kebersihan rambut dan kepala kita dan janganlah  berkongsi barang2 keperluan yang tersebut tadi.

6 ulasan:

  1. teringat masa sekolah asrama dulu2..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. klu bebudak tu berkutu kita pun rasa gatal kepala semacam gak..

      Padam
  3. dedulu mmg masalah ni berleluasa..zaman sekarang tak ada dah kan.....tapi mmg geli tgk gambar kutu tuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sekarang ni dah kurang dengar dah..

      Padam