supplement bio glucosomine 500 dan Supa Epa keluaran e cosway |
Bismillahirrahmanirrahim.. As Salam,
Dalam entry bunda kali ini bunda nak share dari pengalaman bunda sendiri tentang penyakit Sendi Dan Urat Saraf atau Arthritis. Penyakit ini kebiasaannya menyerang dikalangan mereka yang dah berusia. Penyakit ini mendatangkan kesakitan (terutama sendi-sendi utama), kemerahan ,bengkak dan kekejangan sendi.
Arthritis yang sering dihidapi ialah..
@ osteoarthritis (OA)
@ rheumatoid arthritis (RA)
@ arthritis yang disebabkan jangkitan kuman
@ gout
Tanda-tanda arthritis:
Sakit sendi terutama jari-jari, pergelangan tangan, kaki, sendi lutut berbunyi, lenguh dan sakit bahu, pangkal leher dan belakang.
Rheumatoid Arthritis lebih sinonim dengan kaum wanita:
Menyebabkan kekejangan sendi-sendi jari, pergelangan tangan dan kaki. Lazimnya menyerang pada waktu pagi.
Gout lebih sinonim dengan kaum lelaki:
Mengakibatkan asid urik yang mendap dalam sendi-sendi dan lazimnya menyerang ibu-ibu jari kaki.
Pada awal tahun 2011 dulu bunda sudah ada tanda-tanda penyakit rheumatoid arthritis ini. Tiba-tiba saja susah untuk bangun waktu pagi (morning stifness) Pangkal leher dan bahu rasa sakit, lenguh dan berat. Sendi siku dan pergelangan tangan juga sakit dan berat untuk bergerak.
Mana kala sendi-sendi jari rasa ketat dan kejang, sehingga nak memegang sesuatu seperti memutar tombol pintu pun sakit dan tak bermaya. Tapak tangan dan kaki selalu kebas. Kaki dan lutut pula tak boleh duduk lama-lama dalam satu posisi.
Sendi lutut berbunyi, buku lali sakit dan tapak kaki susah untuk menapak tepat untuk berjalan kerana kesakitan. Lama juga bunda merasa gejala-gejala arthritis ini. Susah hati bunda memikirkan hal ini, bohong kalau kata bunda tak menangis dan murung.
Ini kerana pergerakan sangat terbatas. Sakit lutut dan tapak kaki yang paling ketara. Amat terasa terutama untuk melakukan solat. Bila dah duduk siksanya nak bangun. Bunda juga selalu ikut kumpulan yassin dan marhaban. Apa lagi untuk naik turun tangga, bunda terpaksa menapak satu satu...sebab tapak kaki tak bolih letak tepat..
Bio Chondroitin keluaran e-Cosway |
Bunda tambah makan supplement SUPA EPA (minyak ikan) dan Bio Chondroitin (seperti dlm gambar). Sebenarnya supplement ini ada di berbagai farmasi. Fungsinya sama cuma harga saja berlainan.
Kini bunda hampir pulih. Jauh beza dari dulu. Bunda dah selesa untuk buat aktiviti harian juga mengikuti kelas agama dan kemajlis yassin atau tahlil. Paling penting solat.
Alhamdulillah.
p/s: Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali 'mati'...cuma usaha sahaja untuk mendapatkannya...
Wallahualam..
Takut jugakkan KN....berusahalah apa yg terdaya...disamping berdoa
BalasPadambtol tu dek..
Padamsaya ngan asben kadang2 ada gak sakit2 mcm tu skrg ni.Umor makin meningkat ni nak kena jaga pemakanan gak la kan.
BalasPadamkita berikhtiar kan..Allah yg memberi kesembuhannya..
BalasPadamSalam.Terima kasih singgah blog ya.Alhamdulilah,dah sihat sepenuhnya...semoga terus diberikn kesihatan yg baik oleh Allah.
BalasPadamAminnn
p/s:Klu berminat dgn pemanggang Ajaib..email/pm saya ya.TQ
Alhamdulillah..t ksh
Padamnice info...^^
BalasPadamt ksh
BalasPadamsalam, tq 4 sharing kak...
BalasPadamwsalam, t ksh juga
BalasPadamsalam...
BalasPadamnice sharing...
setiap penyakit mesti ada ubatnya....
ye..btul tu..
BalasPadamsetiap penyakit ada penawarnya. kecuali mati. hehe
BalasPadamwahh KN,nice info ni. :)
begitulah kira2nya..
BalasPadamsaya pun kena RA ni..memang sakit. tp umur saya baru 28 tahun. nak g skolah mngajar pun sakit.
BalasPadamoo..yer ke jgn biarkan, cari penawar, awak muda lagi...try supplement collagen..ada byk jenis..yg pure pun ada..bleh juga cure sakit sendi..
PadamSy pun cam ada smptom tu...lenguh n sakit2 sendi..kebas kaki, jari mcm nk krem,setiap kali bgerak je semua sendi berbunyi....asid urik tinggi tu puncanya ke?
BalasPadamsalam kat mana ye nak dptkan supplement glucosamine 500gm, sbb haritu ceck kat doc ESR saya sgt tggi, saya baru 19 thn.mohon balas segera, thanks bunda
BalasPadamkat farmasi pun ada, tapi company lain2 bahan n fungsi2 nya sama, Bunda beli dari e-cosway..
Padambunda, maaf lah bertanya.e cosway tu beli online atau nama francais market, kalau ada kat mana ye xspecially area KL ni?
Padame cosway nama francais dia, kat mana2 pun dah byk ada premis nya...kat supermarket pun ada..sekarang ni dah ada e cosway farmacy pulak...brg2 yg sama tp yg kesihatan pya sahaja...kalu e cosway saja beraneka brg ada..letrik, cosmetik, baju, pinggan mgkok, kasut, beg tgn n brg2 prkakasan dapur.
Padamtangan saya kadang2 rasa kebas bila bangun tidur pagi.
BalasPadamyg bunda tahu mungkin kurang zat besi atau vitamin...
Padamtq share tentang ubt tu yer bunda..
BalasPadamwah dulu saya pernah kerja kat cosway,mmg laku ubat ni,saya pun suggest uncle ambil produk ni.mmg kena ambil dua jns ni :)
BalasPadambgs info ni bunda..tqvm sharing.
ada lg satu tu lbh kurg clucosamine jgk bunda lupe name nye..yg tu mcm booster lah..lg elok..mahal skit..
Padamooo bagus ye bonda vitamin ni...nak try bagi mak n abah mkn la..
BalasPadamSalam BUNDA,
BalasPadamSaya pun dah mula berasa sakit seperti ni sebab faktor usia, juga awal 50-an. Terima kasih atas nasihat ni. Insya-Allah akan cuba cari di Cosway!
salam Bunda..nekcik pun banyak membeli di Cosway..dari muda hingga ke tua ni...barang barang dia murah jer tapi banyak yang elok elok seperti spirulina...evening primrose oil..juga elok di amalkan untuk yang nak masuk 40!!
BalasPadamJikalau ada lenguh lutut, boleh cuba amalkan qaseh gold..
BalasPadamhttp://muslimchoices.com/?p=qaseh_gold
alhamdulillah dah sihat. memang seksa kena sakit sendi tu
BalasPadamsalam bunda, nak tanya bunda masih makan sampai sekarang? Memang kena ambil dedua sekali Glucosamine dan chondroitin tu? nak belikan untuk mak tapi tak tau la beli Glucosamine sahaja atau kena beli dengan chondroitin sekali.
BalasPadamwsalam, bunda masih ambil supplement ini tapi sesekali saja... maintain... sebab bunda rasa bunda dah sembuh, cuma spare jer... kadang2 terlalu banyak berjalan atau duduk lelama dalam sesuatu kondisi terutama dalam tempat berhawa dingin akan terasa sakit juga sendi...
PadamMasa mula2 dulu bunda memang ambil kedua2nya... sekarang ni cuma Bio Glucosamine saja. Bio Chondroitin baik sebagai booster.