Isnin, 12 November 2012

Pesta Cahaya

                  Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Pada 13hb November 2012, masyarakat India yang beragama Hindu merayakan Deepavali atau di kenali juga Pesta Cahaya.

Seperti mana-mana perayaan, masyarakat India juga membuat persiapan lebih awal. Mereka membuat kuih muih, membersih dan menghias rumah dan membeli pakaian baru. Antara kuih muih tradisional India ialah seperti maruku, neiurundai, peneram dan atherasam. Pada masa kini mereka juga membuat kek dan biskut moden.

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan
kebaikkan akan mengatasi kejahatan.

Akak pernah juga menziarahi rakan India menyambut Deepavali. Makanan yang akak paling suka selain maruku dan peneram ialah nasi beriani dan toseinya. Yang paling unik dihidangkan dan dimakan atas daun pisang.

Satu lagi yang unik dan menarik perhatian ialah lukisan Ranggoli Kolam diatas lantai depan rumah yang dibuat daripada beras dan hampas kelapa yang berwarna warni. Maksud yang tersirat  tentang lukisan Kolam ini kononnya untuk memberi makan serangga-serangga kecil seperti semut. Ini secara tidak langsung memberi pahala situan rumah yang membuat Kolam itu.

Pada pagi Deepavali, masyarakat India mandi dengan minyak bijan sebagai tanda simbolik menyucikan diri.   Sehari sebelum perayaan Deepavali, mereka membuat upacara sembahyang untuk mereka yang telah 'pergi' buat selamanya.

Mengikut ajaran agama Hindu , masakan yang dimasak  kebiasaannya 'vegetarian' hanya masakan berasaskan sayuran (daging tidak digalakkan). Tujuannya untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.

Lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali sebagai simbolik menyatakan kebaikkan akan mengatasi kejahatan.

p/s Selamat menyambut Perayaan Deepavali kepada rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

12 ulasan:

  1. CP pown suke dengan corak daripada beras tuh , bukan senang kan nak buat . CP dulu pernah try nak buat bendera malaysia , huh ... memang memerlukan kesabaran .. hehehe !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu CP ..tangan seni dan kesabaran jer yang mampu buat

      Padam
  2. berdetum2 bunga api mlm td..
    mercun bukan shaja utk raya cina tp utk semua raya skrg ni kan.. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya bkn budaya melayu jg india..suke2 je tu..

      Padam
  3. wah..ecah xpernah lg tgk dpn mata..asyk tgk dlm tv je..huhu..

    bonda..jom join segmen pertama ecah.. http://pon2ecah.blogspot.com/2012/11/segmen-memori-2012-terpahat-di-ingatan.html

    kongsi2 kenangan bonda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ecah, menarik juga, InsyaAllah bunda join..

      Padam
  4. hehe hepi devali jgk cik nora..ngeee ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaya..deevali vetekel.. btul ke tak?...hehe

      Padam
  5. dari poru - slmt menyambut hari Deepavali

    BalasPadam
  6. selamat deepavali buat cik nora,entri yang sgt bgus,bca entri smbil follow

    BalasPadam