Khamis, 8 November 2012

Arteriovenous Malformation (AVM)

                    Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Pada awal oktober 2012, bunda ada terbaca dari blog saudara Mazidul Akmal Sidik mengenai Kamal Affandi Hashim yang mengidap penyakit Arteriovenous Malformation (AVM).  Kamal Affandi Hashim ialah seorang penganalisis jenayah terkenal.  Beliau kerap menjadi tetamu beberapa rancangan televisyen.

Kamal Affandi Hashim Penganalisis Jenayah : Pengidap Penyakit AVM
Apakah penyakit AVM itu?

Kebanyakkan daripada kita selalu kaitkan sakit kepala dengan 'migrain'.  Namun pada hakikatnya ramai tidak tahu penyakit AVM ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja , tidak mengira usia tua atau muda. Ianya boleh berada dalam kepala sejak lahir tanpa disedari.

AVM juga merupakan gumpalan urat yang tidak normal dan ianya tumbuh didalam otak. Ia terdiri daripada saluran darah normal yang dipanggil "nidus" dan ia melalui arteri (urat) yang disambung terus kepada urat utama melalui saluran urat kecil dipanggil "cappilliaries".

gambar rajah urat saraf otak
AVM boleh berlaku dimana sahaja dibahagian otak, besar atau kecil. Pendarahan boleh berlaku hanya sedikit jika dibandingkan dengan pendarahan penyakit "Hypertensive". Ramai pesakit yang merasa kesakitan yang amat sangat, namun tidak menyedari mereka mengidap AVM.  Antara tanda-tandanya ialah kesakitan dibahagian sebelah kiri mahu pun disebelah kanan kepala, pesakit perlulah menjalani rawatan CT scan atau pun MRT (Magnetic Resonance Imaging).

Secara ringkasnya kita dinasihati sekiranya mengalami sebarang masaalah berkaitan dengan pening kepala yang kerap, mereka perlu menjalani rawatan CT scan atau rawatan MRT.  Perlu diingat penyakit AVM ini boleh digolongkan dalam kategori "the silent killer" kerana ia terdiri daripada penyakit yang kronik dan merbahaya.

Wallahualam..

9 ulasan:

  1. beliau dalam proses penyembuhan..nazayiena

    BalasPadam
  2. Kak,menarik sungguh info entri ni...
    erm,anyway,leh nak mtk blog Mazidul Akma Sidek x???huhu

    BalasPadam
  3. azrul, blog mazidul akk sempat baca tapi tak sempat abl..cer try jelajah atau cari pkai keyword..sorry ye dek..

    BalasPadam
  4. ow..baru taw ade pnykit name AVM ni..Alhmdlh..wat mse ni xde lg ade tnde2 cmtu..

    BalasPadam
  5. oh. bahaya jugak kalau ekrap sakit kepala. sedar tak sedar rupanya kita ade penyakit ni. ya allha, jauhkan kita dr penyakit cmni.:(

    BalasPadam
  6. Ap rawatan trbaik bg pesakit avm ye ?

    BalasPadam