Selasa, 19 Februari 2013

Cuai, Sengaja Atau Satu Perangkap...

                          Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Hujung minggu haritu bunda dan anak-anak keluar makan malam. Sedang kami asyek menjamu selera terlihat di suatu sudut ada sepasang lelaki dan perempuan melayu sedang menikmati makanan juga disitu.

Apa yang menjadi tumpuan mata kami dan menjadi tanda tanya. adalah berkenaan handbag perempuan itu yang di sangkut di belakang kerusi tanpa sebarang keraguan.  Ada kah ini satu kecuaian, di sengajakan atau ada maksud lain.

Agak jauh juga tempat mereka dari tempat kami . Masa itu lebih kurang jam 10 malam. Tempat makan itu agak ramai juga pelanggan yang keluar dan masuk. Sempat juga anak bunda snap gambar situasi tu.

Semasa kami hampir selesai makan, niat bunda untuk menghampiri mereka untuk beritahu agar berhati-hati ...(kot2 la benar yang mereka memang tak sengaja)...

Tiba-tiba  kelihatan handbag perempuan itu sudah berada di pangkuannya. Alhamdulillah...

p/s: Dari peristiwa itu bunda tak henti-henti  beri ingatan  kepada anak-anak...juga diri sendiri...agar jangan mengundang bahaya dengan kecuaian sendiri.            

48 ulasan:

  1. Itu waktu makan KN. Kadang kakak nampak wanita membonceng suami atau siapa saja sangkut tali bag pada leher tapi begnya di bhgn.belakang kalau kena tarik pada kakak nyawa pun terancam.

    BalasPadam
  2. mungkin jgak cuai..huhu.. kalau outing biasanya sya bawa purse kecil n simpan dalam kocek jeans..senang.. huhu

    BalasPadam
  3. Betul tu KN...kalau hubby OKje memang marah sangat bila OKje buat cam tu...mmg kena bebel aje le

    BalasPadam
  4. KN..alangkan di badan pun kena ragut inikan pula sangkut kat kerusi camtu jer kan..memang cari nahas ler tuh..

    BalasPadam
  5. betul tu bunda..kat mne skg ni kena ati2..klu nak jd ape2 sekejap jekan..x leh leka langsung..

    BalasPadam
  6. Kdg kat pangkuan pun blh org ragut nikan plak bila ltk mcmtu jerk..

    BalasPadam
  7. ish.. bahaya betul kan.. sng je nk bawa lari tu...

    BalasPadam
  8. kdg2 atas kecuaian kita sendiri jugakan

    BalasPadam
  9. bahaya bahaya.. emmbahaykan diri tu. rasanya dia ambil mudah kot, tak de apa2 kat sini. rasanya lah. so bila tengok ni Insya Allah akan senantiasa ingat.. (hehe.. kan ke saya ni pelupa orangnya..)

    BalasPadam
  10. kalau berlaku kes ragut masa waktu makan..memang tak boleh nak salahkan sesiapa,kan. Haruslah beringat sebelum terkena..(agaknya wanita tuh kebulur sgt,kot) sampai tak pedulikan beg tangan..

    BalasPadam
  11. jenayah terjadi sekelip mata, atas kecuaian sendiri..
    memang menarik perhatian sesiapa yg berniat jahat tu bonda...

    BalasPadam
  12. kadang2 pe yg berlaku kecuaian sndri..
    so far bgus gak diberi peringatan.. supaya t dah terjadi baru nak menyesal.. bgus tu bunda.. sokong!

    BalasPadam
  13. sedikit kealpaan boleh mengundang sesal seumur hidup...saya perhatikan jugak,masih ada wanita yg menunggang moto,letak bag dalam raga moto...walau dah berbuih mulut dipesan jgn buat mcm tu

    BalasPadam
  14. bhya tu...teringt yaya dlu penh solt kt surau shopng complex..ade sorng hamba Allah ni letak beg kat tempt duduk belakang sedngkan orgnya tgh solt didepan..nsib bek la xrmai org mse tu..ade yaya je..lepas tu dia da hbs solt yaya terus tegur dia..huuu xtau pe dia fikir..ingt org yg dtg surau tu semua baik agknye..bnyk kes curi da blaku kt surau sekrng..hati2 je la

    BalasPadam
  15. Yelah kan, memang mengundang bahaya tu. Ummi kalau makan, handbag bagi suami riba, sebab kalau atas ribu ummi selalu je beg tu menggelongsor kebawah, riba kita ni kecik, hehe..

    BalasPadam
  16. betul tu bunda ,bini saya pun sy selalu pesan , kalau kenduri kendara tu , hand bag tinggal dalam kereta terus , tapi kereta tu tak jauh lah

    BalasPadam
  17. mmm tu cari nahas namanyer tu....

    BalasPadam
  18. hamboii, ingat nak pergi kuliyah ke letak beg macam tu... berani sungguh, kalau ena, memang sentiasa dlm genggaman ena.. xberani letak even atas meja berdekatan dengan ena

    BalasPadam
  19. Terlupa mungkin, kalau dah terbiasa kan. Tapi mmg bahaya la letak macam tu jer.

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah... tapi kadang2 bila nak terjadi masa tu la kita terleka..

    BalasPadam
  21. bahaya kan letak handbag mcm tu...Alhamdulillah la dia sedar ms bunda nk bgtau tu

    BalasPadam
  22. salam kenal..

    kengkadang kita mudah terlupa..

    BalasPadam
  23. dia terlupa la tu makk, sibbaik dia ingat pastu letak atas riba kanns..uHHUu

    BalasPadam
  24. x pernah letak handbag camtu, takuittt :P

    BalasPadam
  25. Sekarang ni nak letak kat dalam kereta berkunci pun takut apatah lagi sangkut macam tu aje..

    BalasPadam
  26. kita perlu sentiasa berhati-hati kan bunda sebab selalunya kecuaian membawa padah

    BalasPadam
  27. Cuainya dia.skrg ni mcm2 boleh jd.patut lebih bhati2

    BalasPadam
  28. bahaya la cm tu..
    dh kne t menagis tak berlagu kut..

    BalasPadam
  29. satu peringatan bukan untuk wanita shj.. hati2 lah. trima kasih bonda..

    BalasPadam
  30. kadang2 tu kita lalai....Alhamdulillah....tak ada kejadian tak diingini.....

    BalasPadam
  31. salam..eee..mmg cuailah..mujur xde pencuri..kalau tak..nangis kot pompuan tu..masa tu dh tak bergunalah kan..

    BalasPadam
  32. tahnye.. bahaya oo.. mcm sngaja mengundang utk diambill ..

    BalasPadam
  33. Selamba ajer...hehehehe
    Orang yang jalan kaki pun kena ragut..ini terpampang baik punya...hehehhee

    BalasPadam
  34. Mmg bahaya camtu.....agaknya dia terlupa...

    BalasPadam
  35. Belum kena tu...
    CkLah serik dan taubat setelah beg ckLah diseluk semasa sibuk mengawasi budak rombongan dalam Petrosains. Padahal beg sentiasa dikepit tu. Ada ckLah tulis tentang peristiwa tu dlm blog tahun lepas.

    BalasPadam
  36. Lapar sangat kot, terlupa pasal handbag tu..
    Di manapun kita selalulah berhati2 kerana kecuaian sesaat tu blh menyebabkan kita sesal sepanjang hayat.

    BalasPadam
  37. hishh3 bahaya betul letak beg macam tu...sekarang ni peragut banyak, kena selalu hati2..kalau lalai seminit habis..apapun tak guna..

    BalasPadam
  38. ishhh bole pulak selambe je letak camtu.saya kalau mkn kat restoren,handbeg mmg sentisa kat riba time tgh mkn.

    BalasPadam
  39. Betul tu, x sepatutnye kte cuai..trima kasih bunda, i't a good advise for me. pg mana2 je harus waspada..sebab malang tu x berbau ka..

    BalasPadam
  40. mmg mengundang padah tu....duduk pulak dekat pintu keluar mmg sng org nak ragut dan lari...

    BalasPadam
  41. Dia terlupa la tu kot....mgkin sbb da terlalu asyik makan tak perasan hbag dia tu kot....tapi alhamdulillah sbb xde pape perkara tak dingini berlaku...

    BalasPadam
  42. betul tu bunda.
    saya sama macam kakzakie.selalu je tgk org yg membonceng gantung beg ke belakang.tak takut ke?

    saya sendiri kalau naik moto jrg bawa hbeg.kalau nak juga bawa pakai sweater sorok di dalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. bunda plk bkn sje ltk kt riba mse mkn siap kpit clh peha lg.. kdg2 sebelah tgn pgang beg tu atas riba..bunda ni jnis yg pnakut sesangatt..Beringat2 sbelum terkene kan..

      Padam
  43. eh bahayanya... mujur dia tersedar...

    BalasPadam