Sabtu, 2 Februari 2013

Setelah Pemergian Ibu..

 Bismillahirrahmanirahim..  As Salam,

Hari ini Sabtu 2 hb Feb 2013,  adalah hari ke 13 pemergian ibu kepangkuan Illahi. Kami adik beradik masih dalam situasi bersedih terutama bapa, sejak hari pertama pemergian ibu pada 21hb Jan lepas, bapa kelihatan sangat sugul, tidak banyak bercakap malah selalu termenung dan menangis .  Adik-adik yang tinggal berhampiran dah mula masuk kerja semula.

pusara ibuku

Seminggu lebih bunda terpaksa berada di kampung menemani bapa yang kini tinggal keseorangan. Nampak sangat kesihatan dan tubuhnya susut sekali. Kami adik beradik dan saudara mara terpaksa memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada bapa untuk mengembalikan semangatnya. Susah hati kami melihat keadaan bapa. Maklum lah dah 55 tahun hidup bersama.

Di buaian inilah setiap petang bapa dan ibuku berehat bersantai bersama
sementara menunggu maghrib, Kini semuanya dalam kenangan...

Kini bunda dah kembali ke KL sementara adik-adik lain bergilir menemani bapa sehingga keadaan bapa pulih. Sepanjang bunda di kampung banyak benda dan barang-barang ibu kami bersihkan dan simpan juga ubahkan ikut yang sepatutnya, ini supaya bapa tidak terlalu tertekan sangat pabila melihat barang-barang itu. Maklumlah barang-barang itulah yang menjadikan bapa terlalu nostalgik kepada ibu.

dimajlis tahlil


Kami susun atur semula perabut -perabut, tukar langsir dan sarung kusyen kepada warna-warna ceria untuk bapa. Alhamdulillah bapa tak marah dan bolih terima atas nasihat kami. Sehari dua sebelum bunda balik , dah nampak perubahan diri bapa, dia dah mahu berborak dan berselera makan.  Senang sikit kaki ni melangkah balik KL.

wajah terbaru bapaku

p/s: Walau apa pun kami redha atas kepulangan ibu kepangkuan Nya. Alhamdulillah semoga bapa ku kembali bersemangat, hanya bapa sahaja lagi yang tinggal untuk kami. Ya Allah Kau berikan lah kekuatan dan kesihatan kepada bapaku ..amiin..

78 ulasan:

  1. Al-fatihah..semoga arwah ibu akak di tempatkan di kalangan orang yang beriman..peritnya rasa kehilangan..semoga keluarga akak dan bapa akak sentiasa tabah.

    BalasPadam
  2. Salam takziah buat Kak Nora sekeluarga, moga tabah hadapinya, al fatihah

    BalasPadam
  3. Takziah kak... sayu jer hati baca ni. Moga bapa Akak tabah dan mendapat kembali semangat beliau. Memang masa awal2 ni susah sikit.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..takziah buat KN..semuga arwah ibu ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

    BalasPadam
  5. takziah kak nora... masih ada lagi seorang yang perlu dijaga sepenuh hati... itu jambatan untuk ke syurga, berbakti kepada orang tua selagi mereka masih ada...

    BalasPadam
  6. takziah bunda dan kluarga. Semoga arwah di tempatkn di kalangan hamba2 Nya yg soleh.

    BalasPadam
  7. takziah kak. sedihnya baca entry ni. moga ayah dan family akak tabah hadapi semua ni.

    BalasPadam
  8. salam bunda
    Tabahkan hati dan kuatkan smgat.

    BalasPadam
  9. Sebak membaca tulisan KN. Siapalah yang tak sedih andai kehilangan insan yg dah bersama sekian lama. Moga KN adik-beradik sabar dan dapat menjaga ayahanda sebaik mungkin..

    BalasPadam
  10. Tabah ye bunda... kalau ena di tempat bunda, entahlah kuat ke entah ena ni... apapun, Al-Fatihah kepada ibu kepada bunda.. semoga Rohnya dirahmati Allah... Amin

    BalasPadam
  11. salam takziah bunda. semoga roh ibu sentiasa dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  12. Salam Bunda, takziah ye, yang pergi takkan kembali tapi kita yang masih bernyawa ni harus meneruskan kehidupan yang ada. Moga ayah Bunda tabah.

    BalasPadam
  13. salam takziah yer kak...semoga keadaan ayah akak kembali bersemangat seperti sedia kala...amin...

    BalasPadam
  14. Takziah sekali lagi Kak..
    Semoga bapa akak terus tabah meneruskan hidup..InsyaAllah lama2 nti semangat akan pulih..amin!

    BalasPadam
  15. Tajziah buat seisi keluarga. Al fatihah untuk ibu....
    Semoga bapa ceria semula...55 tahun bersama....tapi Allah lebih menyayanginya.....

    BalasPadam
  16. salam takziah buat bunda sekeluarga.. semoga bunda kesekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuhi ujian sementara ni. saya tumpang sedih, dan dapat merasakannya.. semoga ruh ibu bunda ditempatkan bersama orang soleh solehah. dan semoga kita semua berjumpa di syurgaNya.

    BalasPadam
  17. salam bunda...ye lah bunda...Farah setuju bunda... dah lama hidup berdua bersama, susah senang diharungi bersama...dari anak2 kecil sampai besar, bekerjaya dan berkeluarga... tiba2 hilang dari pandangan mata siapa yang x terasa... semoga semangat ayah bunda kembali pulih... tapi mana mungkin jadi seperti biasa...bila kehilangan sesuatu yang disayangi...

    semoga bunda sekeluarga tabah dan redha di atas pemergiaan ini dan semoga roh arwah ibu bunda tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah...

    BalasPadam
  18. untungnya ada ramai anak anak bolehlah bergilir gilir temankan bapak...semoga bapak kak nora terus bersemangat utk meneruskan kehidupan...

    BalasPadam
  19. Salam takziah utk akak sekeluarga.semoga tabah menghadapi ujian ALLAH.Al-Fatihah...

    BalasPadam
  20. salam takziah bunda..semoga arwah tenang di sana..

    BalasPadam
  21. saya sudah follow, di tunggu follow baliknya. Terimakasih
    http://siikabsumedang.blogspot.com

    Salam kenal untuk Bunda.....

    BalasPadam
  22. Takziah diucapkan..smoga lebih tabah mnjlani hari2 mendtg utk abah dan kluarga :)

    BalasPadam
  23. takziah bunda.. moga bunda terus tabah dan sabar ye..

    BalasPadam
  24. Kakak dah merasakan ini pada cuti sekolah hari itu. Tiada pilihan lagi bapak kakak kini tinggal dgn kakak. Kadang ikut adik-berdik kakak yg lain. Tapi lebih banyak duduk dgn kakak sebab rumah kakak di JB dekat kalau nak balik kg...

    Sedih memang sedih kan Kak Nora tapi kita sebagai anak tak ada cara lain utk menggembirakan hati org tua kita. Kakak baca Kak Nora punya N3 ini pun mata dah bergenang dgn airmata. Moga ayah kita terus tabah..

    BalasPadam
  25. salam bunda...ummaidan dtg bertandanga kat umah bunda nie...

    BalasPadam
  26. ALFatihah, moga rohnya ditempatkan bersama kekasih2 Allah, bayangkan perasaan ayah bunda yg sgt2 kehilangan, moga dia tabah dan segalanya dipermudahkan ALLAH utk bunda sekeluraga

    BalasPadam
  27. salam ibunda......

    tabah ya...bunda nampaknya ayah bonda masih sedih lagi....jelas dari raut wajahnya kelihatan kesedihan kehilangan orang tersayang bukan senang hidup bersama 55 tahun tiba2 terpisah untuk selamanya....moga semuanya menerima dengan penuh ketabahan......

    BalasPadam
  28. Takziah buat k.nora. sekeluarga......mmg sedih bila org tersayang dah tiada.....anis pun jadi sebak baca entry ni.semoga roh arwah tenang bersama para solihin dan moga ayah akak juga beroleh semangat baru

    BalasPadam
  29. salam bunda..

    takziah diucapkan. semoga tabah menghadapi dugaan ini. al-fatihah buat arwah...

    BalasPadam
  30. Salam Takziah buat bunda.. semoga bunda sentiasa tabah selalu.. alfatihah.

    BalasPadam
  31. alhamdulillah seua berjalan lncar dan dipermudahkan
    etika ini anak2 sgt perlu untuk menemani bapa kan?

    BalasPadam
  32. assalamualaikum bonda...al-fatihah buat arwah yer n kuatkan semangat bonda tu...:(

    BalasPadam
  33. semoga bunda sekluarga terutama ayah bunda tabah menghadapi kehilangan yang tak kan berganti...boleh rasa kesedihan ayah bunda, teman sembang, teman seberadu, teman semeja makan dah pergi meninggalkannya...sedih..

    BalasPadam
  34. assalamualaikum...

    sayunya tgk ayahanda kini keseorangan di buaian...pasti sdg mengimbau kenangan bersama arwah isterinya yg tercinta...ALFATIHAH...

    BalasPadam
  35. amin.. semoga bunda sekeluarga dibawah lindunganNya.

    BalasPadam
  36. harap ayah bunda tabah dengan pemergian ibu bunda. saya pon sedih bila melihat gambar-gambar ayah bunda yang jelas tergambar kesedihannya :(

    BalasPadam
  37. Sabarlah KN... Saya telah kehilangan kedua ibu bapa hampir 30 tahun... Agak payah juga untuk menerima hakikat itu mulanya... malah ketika saya kehilangan abang kandung 3 tahun lepas secara mengejut... kami adik beradik hilang dan patah semangat... mereka hilang dari pandangan mata tapi mereka tetap hidup dalam hati dan ingatan saya...

    BalasPadam
  38. Salam..hidup kena teruskan,semoga rohnya di tempatkan di sisi orang yang beriman..aminnn,sabar ye bunda..

    BalasPadam
  39. assalumualaikum bunda....
    takziah yer. semoga bunda lebih kuat dan bersemangat. TABAH ya KN.
    life must go on, ibu bunda pun dah selamat semoga roh nya ditenpatkan di kalaangan orang yg beriman. amin.

    BalasPadam
  40. sudah smpi masanya kan bunda..
    kita pon perlu bsedia..hmm..
    smoga roh arwh drhmati, dtmptkan bsama dgn roh org2 yg briman..amin..

    BalasPadam
  41. salam bunda
    Lawatan pg selasa.

    Terima kasih atas komen bunda dlm post petua di tempat ta.

    BalasPadam
  42. as-salam bunda..
    semoga ayah bunda kembali bersemangat.in shaa ALLAH.
    semoga ayah bunda diberi kekuatan mental dan fizikal.amin

    BalasPadam
  43. terharu sgt baca kisah ni..semoga ayahanda kembali ceria..

    AL-FATIHAH BUAT BONDA.

    BalasPadam
  44. Al-Fatihah untuk arwah ibu akak..skrg ayah akak tinggal dengan siapa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. adek bungsu yg tlh berkeluarga tinggal menyewa berhampiran, pindah duduk dgn bapa..

      Padam
  45. Takziah Bunda diatas kehilangan. Diharap bunda banyak bersabar. :)

    BalasPadam
  46. al-Fatihah..Salam takziah sis..semoga sis lebih tabah harungi hidup..

    salam kenal, una.. :-)

    BalasPadam
  47. moga terus tabah, dan jgn lupa ceria2kan ayah tu ye

    BalasPadam
  48. Takziah bunda ;)

    meh bolat ceriakan atok . heheh

    BalasPadam
  49. moga ayah akak terus tabah ..
    sedihnyaa saya baca
    saya dpt bayangkan keadaan ayah akak
    sama seperti nenek saya yg kehilangan atuk 3 tahun lalu
    nenek selalu duk termenung huhu

    BalasPadam
  50. salam dari bundo. Takziah atas pemergian yang tersayang. Semuga dia tenang di sana...

    BalasPadam
  51. assalamualaikum bunda... takziah tuk keluarga bunda... arap ayah bunda juga tidak sedih, apa y berlaku ketentuanNya... ayah bunda mesti seorang y tabah kan...

    BalasPadam
  52. al-fatihah..
    smoga roh arwah d cucuri rahmat..amin...

    dan smoga ayah bunda kembali ceria lps ni.. yela..bkn sng utk melupakan pd insan y amat kt syangi y bersama pd saat susah n senang.. tp inilah lumrah hidup...

    BalasPadam
  53. Moga tenang ibu di sana..
    alfatihah..

    BalasPadam
  54. takziah kak .. Semoga anda sekeluarga tabah yer..


    BalasPadam
  55. Yang hidup pasti akan mati.. Hanya Allah Kekal abadi.

    BalasPadam
  56. ukhuwwah fillah buat bunde..takziah..kite yg hidup pasti menyusul..muge arwah bunda kpd bunda aman berehat bersama org2 beriman :)

    BalasPadam
  57. salam kenal & salam takziah dari saya..
    terasa sebak pula bila baca coretan ni... moga pakcik akan segera pulih dari kesedihan... dpt jalani hidup spt biasa amin..

    BalasPadam
  58. Salam takziah..moga rohnya tenang di sana ye..Al Fatihah..

    BalasPadam
  59. masa boleh mengubati... takiah buat akak. moga arwah Bunda akak senantiasa dirahmatiNya..

    Lama tak ke blog bunda. =)

    BalasPadam
  60. al-fatihah..sedih tengok wajah ayah bunda...

    BalasPadam
  61. salam takziah bunda...Alfatihah semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

    BalasPadam
  62. salam takziah bunda.... ibu saya pun dah tiada... tinggallah bapa keseorangan....teringat kat mereka

    BalasPadam
  63. Salam Takziah Bunda ..
    Bergenang juga airmata Chenta ni ..
    Moga Arwah di Rahmati & ditempatkan dikalangan mereka yang terpilih ... amin ..

    Moga ayah bunda kembali pulih ..amin

    BalasPadam
  64. 55 tahun hidup bersama memang sangat lama..mungkin ambil masa sikit untuk bapa bunda kembali sepertti biasa..takziah bunda

    BalasPadam
  65. alfatihah buat arwah ibu kepada bonda...semoga rohnya dicucuri rahmat...

    BalasPadam
  66. al-fatihah.... semoga bunda tabah menghadapinya...

    BalasPadam
  67. salam..takziah..smg roahnye di tempat dalam golongan org2 yg soleh solehah..amin...>menitis air mata bile bace..hati sy cukup sensitif<..

    BalasPadam
  68. sedihnya saya baca... semoga tabah yer bunda..

    BalasPadam
  69. Salam takziah buat Bunda sekeluarga...mudah2an ayah Bunda dn Bunda tabah atas kehilangan orang yg tersayang.. Sedih melihat ayah Bunda begitu...terasa sangat dia kehilangan kan...

    BalasPadam
  70. takziah dan al-fatihah untuk arwah ibu..moga diampunkan segala dosa..dan ditempatkan dalam kalangan org2 beriman dan solehah..amin..

    BalasPadam
  71. takziah Kak Nora... moga roh arwah emak akak dikalangan para syuhada dan tenang di sana

    BalasPadam
  72. salam..takziah dan al-fatihah
    semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

    BalasPadam