Jumaat, 15 Mac 2013

Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan...



 Bismillahirrahmanirrahim....As Salam,

Tentu ramai telah maklum tentang tajuk dan gambar diatas kan..terutama bagi ibu-ibu muda sekali pun. Info ini bunda dapat dari fb. Atau mungkin juga ada yang belum mengetahui.?

Dalam satu kajian khas bagi bayi-bayi di bawah umur 6 bulan, terutama bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dan yang menyusu formula, tidak digalakkan diberi minum air masak. Kenapa?

Semoga info-info ini dapat menyedarkan kita kenapa air masak tidak baik untuk bayi bawah 6 bulan:

@ Merencat Tumbesaran

Sekiranya perut bayi sudah dipenuhi air maka dia tidak berminat untuk menyusu ibu lagi. Ini kerana segala khasiat susu ibu tidak dapat diterima secara optima.  Apa lagi air tidak mengandungi khasiat langsung.  Pemberian glucos seawal usia seminggu  bolih menghilangkan berat badan sambil merencatkan tumbesaran.

@ Merencatkan  Akal

Air juga  meningkatkan tahap billirubin didalam darah. Juga akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning). Bayi akan mengantuk dan lesu.

@ Mengancam Nyawa

Air mungkin tercemar dan mengakibatkan cirit birit. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan olih susu ibu. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit.

@ Mengakibatkan Sawan Tarik

Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam didalam darah bayi. Ini mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ' Oral Water Intoxication'.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu di tambah air atau cecair, kerana susu ibu mengandungi  88% air. Kolostrom yang terhasil diawal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit.


p/s:  Yang menjadi tanda tanya bunda, baru sekarang bunda tahu info ini...sejak bunda melahirkan dari tahun 80an dulu tiada pun pihak hospital atau klinik ibu dan anak yang pernah memaklumkan hal ini. Tentang kempen susu ibu tu ada lah.
Bunda dan bidan kampung beri jer bayi bunda minum air masak. Atau kah memang bunda yang terlepas pandang dan ketinggalan info ?

Wallahu'alam..

62 ulasan:

  1. bunda.. masalahnya.. saya pun baru tau ni..mak aih.. terima kasih tau bunda sebab berkongsi :)

    BalasPadam
  2. baby kat ruma eca,da minum air putih sebab panas badan dia xkebah....suka lak tu minum air putih,eca yg naik risau tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa2 pun berhati2 lah jugak...yang mana baik tu kita ambik...sebab kita dah tau kan...kecualilah kalau kita tak tau langsung...

      time bunda dulu mmg orang tua yg suh beri...kononnyer utk melawaskan lah, takut panas badan lah...kalau rasa berani beri lah air mineral yer...

      Padam
    2. da bagi minum air putih,kurang sikit panas badannya.
      in sya allah,nanti berklinik...nak tanya nurse tu pulak.

      Padam

    3. Assalamualaikum .. saya nak tanya .. anak saya baru 4 bulan .. sebelum nie dia menyusu badanlepas tu sejak susu saya kering sy bg dia susu formula .. baru2 nie dia demam dan sy bawak dia ke p0liklinik swasta dan d0kt0r tu cakap bagi baby saya minum air masak supaya bibir ank saha tidak kering .. masalah saya sekarang sejak baby saya sihat dari demam dia langsung tidak mahu minum susu .. dia hanya mahu minum air masak je .. bonda tolong bg pendapat pada saya ..

      Padam
  3. susu ibu telah mengandungi keperluan bayi dgn secukupnya

    BalasPadam
  4. maknanya baby yang 6 bulan kebawah langsung tak boleh minum selain susu la ehh ? :O okayy baru tahuuu

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Assalamualaikum .. b0nda saya nak tanya .. anak saya baru 4 bulan .. sebelum nie dia menyusu badanlepas tu sejak susu saya kering sy bg dia susu formula .. baru2 nie dia demam dan sy bawak dia ke p0liklinik swasta dan d0kt0r tu cakap bagi baby saya minum air masak supaya bibir ank saha tidak kering .. masalah saya sekarang sejak baby saya sihat dari demam dia langsung tidak mahu minum susu .. dia hanya mahu minum air masak je .. bonda tolong bg pendapat pada saya ..

      Padam
  6. Sharing is caring bunda...tq bunda...

    Nak tanya....jikalau ibunya xd rezeki nak susukan si anak sbb rezeki menyusukan badan x sampai pun umur anak 6 bulan terpaksa guna susu formula...so kena bg sikit minum air masakkan bunda sbb takut dia sembelit...itulah untungnya ibu2 yg ada susu bdan..teruskan ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin jugak...tapi memang tak dinafikan susu ibu yang terbaik...

      Padam
  7. perkongsian yang menarik ni bunda. Sebab rasanya orang dulu-dulu memang mewajibkan memberi air kepada bayi kan. Nasiblah kami semua membesar dengan sihat juga.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ke empat2 orang anak bunda takder masaalah pulak...jaundis ke sawan ke takder...malah mereka minum susu formula sejak lepas saja bunda berpantang...

      syukur Ya Allah yang memelihara..

      Padam
  8. Erm...wan pun baru tau hal ni. Patut lah wan penah dgr org kata xleh bg masa wifey dlm pantang sblm2 ni. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikutlah nasihat doktor.. yg mana baik kita amalkan..tak salah..

      Padam
    2. Salam bunda...

      Sayapun br tau info ni..terimakasih ye...

      Padam
  9. TQ,ALLHAMDULILLAH DPT ILMU DI SINI

    BalasPadam
  10. noe pun baru tau bunda...ke kajian baru di buat?

    BalasPadam
  11. Thanks ye bonda share benda ni... kalau mandy dengan air panas pun tak boleh kiranya ye??? kena remainder kat kakak/abang2 ena ni

    BalasPadam
  12. Asalamualaikum bunda....
    Terima kasih atas perkongsian....Saya pun baru tahu pasal ni....

    BalasPadam
  13. gd sharing, masih ramai yg tak tau lagi sebenarnyer

    BalasPadam
  14. salam bunda...
    baru tau juga pasal ni,terima kasih atas perkongsian ini

    BalasPadam
  15. Kira betul ke info ni bonda? Ramai lagi yang tak tahu agaknya pasal benda ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bunda pun ambil dari fb...sama2 lah kita ambil yg mana baik..

      Padam
  16. salam bunda
    Terima kasih sudi kongsikan bunda........

    BalasPadam
  17. x tau la bahaya sampai camni...

    BalasPadam
  18. salam bunda..
    memang tepat dan betul sekali..
    seharusnya bayi dibawah 6 bulan wajib hanya minum susu ibe sahaja..
    sebab susu ibu itu dah sangat2 cukup untuk baby..kan2..^^
    dan air masak tu memang tiada khasit langsung..^^
    nice article bunda..^^

    BalasPadam
  19. susu ibu jugak yg terbaik :)

    BalasPadam
  20. info berguna boleh bgthu kakak saye nie

    BalasPadam
  21. ada jugak baca kat fb. ;)

    BalasPadam
  22. sejujurnya sy rasa apa2 info kat FB ni kena dapatkan pengesahan doktor dulu...dan org yg berkongsi tu patutnya bagi la sumber kat mana dia dapat info...

    sy terus terang lebih yakin dgn testimoni bunda berbanding info dari FB tu...pasal bunda lebih berpengalaman....

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa2 pun berbalik pada diri kita sendiri...kalau rasa2 ragu2 lebih baik berjumpa dan bertanya terus dengan doktor...

      mungkin dikalangan readers n rakan bloggers kita disini juga doktor...
      bolihlah beri penerangan yg lebih lanjut...

      bagaimana pun..susu ibu 'terbaek'..

      Padam
  23. Kalau minum sikit tak per kot...
    Sekarang ni semua tak boleh..kikikiki.

    Duku masa kecik..mak saya kata... kasi minum masa kecik.
    Tak terencat pun..hahaha

    BalasPadam
  24. gud info bunda. w.pun lisa blom ada bby lagi..but its ok, ilmu utk masa hadapan ..hehe :)

    BalasPadam
  25. info yg sgt2 berguna..hmm..tak pernah tahu plak semua ni..terima kasih kerana sudi berkongsi..

    BalasPadam
  26. ish,..bahaya betul kan...

    p/s.. tq bunda berminat dgn rempah masak hitam,..nanti email saya yer, seain1974izan@gmail.com

    BalasPadam
  27. A'aa bunda..cheqkaq bg je air masak sbb anak yang pertama tu susu formula..so rase kena bg kot..yg no dua ni tak byk minum air masak..tp serius tak tahu pasal ni..sehinggalah bunda yg bagtau..kiki

    BalasPadam
  28. hurmmm.... memang Farah pernah terbaca info ni di FB...tapiii... masa kecik2 dulu rasanya mama Farah sulam dengan air masak jugak... Alhamdulillah membesar dengan baik dan sempurna...

    mungkin, kena Google lagi ni cari mana2 fakta tambahan yang lain...kalau dapat pengesahan doktor yang pakar pun bagus jugak ni... ^_^ anyway, thanks for sharing bunda... boleh ler buat panduan pada masa akan datang...

    BalasPadam
  29. Oh my baru dapat tahu info ini. Thanks kak. :)

    BalasPadam
  30. alhamdulillah ss dan adik beradik membesar dgn baik.. ss dari kecik minum susu tin f&n. abg dan adik susu tepung. kami bertiga kurang minum susu mak. tak tahu kenapa. terima kasih untuk info ni :)

    BalasPadam
  31. masa bersalin dulu, mak dah pesan jgn bagi baby air putih. tapi ada satu keadaan, baby macam kembung, lepas tu mak bagimaby air putih tapi dgn sedikit garam, untuk bunuh kuman dalam perut bby.

    sekarang 2 kanak2 lelaki itu membesar dgn sihat. alhamdulillah...

    BalasPadam
  32. oh yeke bunda...baru je tau
    tp dulu mak sy selalu suruh bg ank sy mnum air putih selepas menyusukan...katanya nak cuci lidah supaya lidah bby tak putih dek susu..
    tapi alhamdulillah takde ape2 yg bruk berlaku...

    BalasPadam
  33. penah baca info ni..tapi selalunyer mmg tgk akk2 dengan abg x penh bg anknyer minum air kosong mse baby..pas umur 7 thun pas diaorng mkn baru ank buah minum air suam

    BalasPadam
  34. mungkin sekarang ni disebabkan terlalu banyak rawatan air, nak bagi minum air masak pada baby pun dah timbulkan macam2 risiko..orang dulu2 selamba je minum air sungai..hidup sampai 100 tahun pun ada.

    BalasPadam
  35. pernah dgr gak pasal ni. seeloknya tanya pada doc la kan lagi senang. susah skit nak caya lagi2 kalau share kat fb.

    so kalau tk blh bagi air masak, kita bagi air zam zam jea la. tu lagi bagus kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yg terbaik tanya doc atau beri air zam zam

      Padam
  36. slm bunda wah dh x tau nk komen apa sbb dr tadi ralit bc komen kwn2 kat atas tu hah.owh saya ms lahirkan anak sulung kembar boy n girl,mmg banyak bertanya pada nurse,doktor,family,nenk,mak sedar semualah.ttg air masak mmg pernah baca artikel kt majalah pa&ma rasanya.

    tapi yg saya tau penting galakkan bayi minum air putih yang dimasak dan tidak tercemar!cuma agak2 kuantitinya,mmg kena lebihkan susu badan.badan semua manusia tak kira bayi atau dah kanak2 mmg perlukan kuantiti air yg banyak,apatah lagi mereka kerap buang air kecil dan besar.tapi tulah better refer pd doktor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yg sepatutnya..refer pada doktor kalu ragu2..

      Padam
  37. nice share.. info baru nih...

    BalasPadam
  38. intan baru tau..ingat minum air masak untuk byi bawah 6 bulan x bahaya...

    BalasPadam
  39. menarik juga info nie bunda..... so far remy tak tahu.....

    BalasPadam
  40. salam bunda =)

    yaya pun xtau..trima ksh bunda utk info =)

    BalasPadam
  41. nice info
    tetapi ramai jer bg susu formula berbanding susu ibu :)

    BalasPadam
  42. semoga menjadi info berguna

    BalasPadam
  43. slm , sy kekurangan susu badan . so anak minum susu badan cmpur dgn susu enfalac . alhamdulillah dia awl kelahiran sy bancuh susu formula enfalac dgn air zam2 . anak pun takde sembelit .sy sekadar berkongsi pnglamn, klu ade sesiape yg nak cube. yang penting setiap ape yg kita lakukan hendak lah tawakal pada allah. insyaallah selamat semua. . ade setengah org yang tak berkemampuan bagi jer anak diorg minum masak se awl baby, alhmdulillah smpai jdi profesor madya walau mase baby bersusukan air masak. yg peliknye zaman skrg bnyak pntg larang. tapi klu rase was2 patuhi jer nasihat doctor

    BalasPadam