Isnin, 8 April 2013

Tanda 100 Hari Sebelum Sakaratulmaut..


                                         Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Bunda nak share artikel dari rakan FB bunda ni..Kalau kita tengok tajuk diatas.. rasa seram dan gerun pun adakan.. Tetapi ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba Nya dan akan hanya disedari olih hamba yang dikehendaki Nya. Walau bagaimana pun, semua orang islam akan mendapat tanda ini.

Setengah orang lebih suka kalau  kematiannya dapat di sedari tanda2 awal nya. Setengah orang pula beranggapan, biarlah kematian itu datang secara biasa tanpa di sedari.

Mungkin tak ramai diantara kita yang sedar atau tahu berkenaan tanda2 sebelum kematian ini..Kalau ada yang tahu pun kalau dah terkena kat kaum keluarga kita kadang terlepas pandang pula.

Walau apa pun, dalam soal ini kita serah kepada Nya. Kematian itu rahsia Nya, walaupun kita sedar atau tidak, ia tetap akan tiba pada waktunya tanpa terlewat atau tercepat walau sedetik pun.


# Tanda2 dari 100 hari sebelum kematian.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba Nya  dan hanya akan disedari olih mereka yang dikehendaki Nya. Tanda awal ini akan berlaku lazimnya selepas Asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran seakan menggigil.

Tanda ini akan hilang getarannya setelah kita sedar dan berdetik di hati mungkin ini adalah tanda kematian.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan dunia,  tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadirannya tanda ini, berpeluang untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan untuk dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

# Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita. antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajah nya  sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan2 bingung seketika.

Malaikat maut ini ujudnya hanyalah seorang, tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

# Tanda 7 hari

Tanda ini akan  diberikan hanya kepada mereka yang di uji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

# Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit , hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini akan dikesan jika kita melihat dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.

# Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang ia itu dikawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui wakti Asar pada keesokan harinya.

# Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati...

Wallahu'alam.



28 ulasan:

  1. biasanya lps seseorang tu telah tiada,baru kita menyedari 'tanda2' yg ditinggalkannya..

    BalasPadam
  2. Sungguh mati itu benar dan petunjuk Allah bagi kadang kita terlepas pandang, bila tiba pergi seseorg itu baru kita katakan itu-ini. Maha kaya Allah.

    BalasPadam
  3. betul kata ❤Kamsiah❤...al-fatihah..mudah-mudahan umat islam yg telah pergi menumui-NYA di limpahi rahmat ke atas rohnya..di tempatkan di syurga mu ya ALLAH & dikalangan org2 yg beriman..amin..al-fatihah...

    BalasPadam
  4. salam bunda
    Terima kasih bunda sudi kongsikan.

    BalasPadam
  5. assalam bunda.pernah baca tanda2 ini..subhanallah..betapa nyawa kita nak diambil pun Allah masih memberikan peringatan pada hambanya utk persediaan terakhir..
    t.kasih atas perkongsian ini..\

    BalasPadam
  6. assalamualaikum bunda..intan pernah terbaca perihal ni....semoga ada persediaan kta sebelum tiba waktunya

    BalasPadam
  7. terimakasih atas perkongsian ini bunda.. :')

    BalasPadam
  8. Bersyukur kiranya kita dapat merasa atau mengetahui kematian akan tiba... Tapi seringkali ianya datang tanpa kita sedari...Sekelip mata. Bersedialah setiap masa...

    BalasPadam
  9. Betul....subhanallah! Saya pun ada nmpk tanda2 tu tp kita hanya sedar/perasan bila org tu dh x ada....... :((((((

    tp saya masih ingat lg arwah suami saya pernah ckp dgn saya sebelum dia meninggal : Dia bersyukur sgt3 krn diberi peluang tahu krn Allah beri dia kesempatan utk bertaubat........alfatihah....TQ kongsi ini.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. last word seminggu seblm arwah suami bunda meninggal .. "hubungn kita suami isteri akn putus jg satu hr nti, tp hubungn abg ngn mak abg n anak2 kita takkan putus smpai ble2"..

      masa tu prasaan sedih n marah sgt2...fikirkn yg dia dah ada yg lain..

      bila dia dah takder baru perasan , rupe2nya dia nk pergi tinggalkn kami utk selama2nya...huhu :((

      Al Fatihah..semoga mereka ditempatkan bersama2 orang yg beriman disana...


      Padam
  10. terima kasih bunda share entry ni sebagai peringatan

    BalasPadam
  11. tanda-tanda ini hanya dirasai bagi orang yang hampir ajalnya kan kak..teringat kawan suami yang meninggal dua minggu lalu..bila dikenangkan..baru sedar akan tanda-tanda dia kembali ke Rahmatullah..

    BalasPadam
  12. Terima kasih bunda atas perkongsian ni.....

    BalasPadam
  13. Susah jugak nak perasan kalau kena kat sendiri ni, sbb tak ingat.

    Beberapa hari sebelum bapa saya meninggal, dia ada ckp mak ayah (datuk nenek saya) yg dah lama meninggal muncul serentak dlm mimpinya. Org kata itu juga salah satu tanda2 kematian hampir. Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  14. tq veru gd sharing ni bunda

    BalasPadam
  15. Perkongsian yang bagus bunda, terima kasih.

    BalasPadam
  16. terima asih bunda. CiM akan ingat semua tanda2 ini agar CiM lebih bersedia menghadapi saat2 akhir dan tidak pergi dlm keadaan kufur nikmat.

    BalasPadam
  17. Tq bunda keep on reminding us about this. Insya Allah ianya adalah bijak untuk senantiasa mengingati mati supaya kita tidak lalai walau sedetik pun untuk kita melaksanakan tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.

    BalasPadam
  18. Salam Bunda..
    moga pengisian ini menginsafkan kita..
    bila agaknya turn kita kan?
    tq for sharing :)

    BalasPadam
  19. Ya Allah takutnya sy baca..setiap org akan mati,tp tak semua mati dlm keadaan beriman

    BalasPadam
  20. salam bunda..
    nice sharing bunda..
    meremang bulu roma anna bila baca..

    BalasPadam
  21. mekasih bonda....... perkongsian yg baik buat semua......

    BalasPadam
  22. perkongsian yg menarik bunda... :)

    BalasPadam
  23. kdg kdg kite tak perasan dan takkan terdetik ttg perubahan org yg akan tglkan kite. tapi bile die dh pergi, baru kite perasan kan.

    BalasPadam
  24. tanda-tanda ini aiza tengok memang ada pada arwah opah aiza sebelum kematiannya..

    BalasPadam
  25. Teringat pada arwah ayah sy pernah rerlihat tanda itu..

    BalasPadam