Sabtu, 6 April 2013

Nasi Goreng Carrot....



 Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Anak-anak bunda kalau semua ada berkumpul di rumah suka makan bekfes yang berat-berat. Senang lah bunda untuk menyediakan nya.

Apa lagi,  ada pulak yang bangun tengahari..so breakfast + lunch lah jawabnya. (brunch) . Sengaja bunda masak lebih sikit nasi sebelah malamnya, supaya paginya bolih goreng jer.

Tengahari tadi bunda masak nasi goreng keret, sebab nyer stok sayur keret ada lebih...maka timbullah idea nak buat nasi goreng keret..macam ni lah lebih kurang resipi nyer..


bahan2nyer:

@ 1 mangkuk besar nasi putih
@ 2 batang keret (agak2 lah banyak mana, dipotong nipis2 memanjang)
@ 1 biji bawang besar (dimayang dan dicincang) 
@ 4 ulas bawang  putih (cincang)
@ sedikit belacan, kalau suka..
@ 4 biji cili merah (di tumbuk lumat dengan belacan, nak pedas campur cili padi)
@ segenggam ikan bilis kasar (di cuci dan ditumbuk pecah2 jer)
@ sepeket perencah nasi goreng cina (kalau nasinyer banyak, letak 2 peket)
@ 2 sudu besar sos tiram.
@ daun sup/ daun bawang (di hiris2 untuk hiasan)
@ bawang goreng dan telur goreng mata (untuk hiasan)
@ sedikit   minyak masak , garam dan perasa.

cara2nyer:

@ Panaskan miyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga kuning.
@ Masukkan ikan bilis.
@ Masukkan cili tumbuk, gaul2kan.
@ Masuk pula keret tadi dan sedikit air, biar keret agak lembut.
@  Campur sos tiram dan garam sedikit...digaul rata.
@ Last sekali masuk nasi dan tabur serbuk perencah nasi goreng cina, gaul rata sehingga masak.
@ Hidangkan bersama daun sup/bawang dan bawang goreng serta telur goreng mata.

SIAP...Selamat mencuba.

p/s: Kalau suka bolih tambah kacang panjang atau sayur lain, dan juga udang serta sotong. Tapi bunda cukup dengan sayur keret saja sebab nama nya pun nasi goreng keret.

25 ulasan:

  1. sedap ni bunda... kalau dapat rasa air tangan bunda mesti lebih sedap ni...

    BalasPadam
  2. suka makan nasi grg...pagi,tghari atau malam...senang dan ringkas..

    BalasPadam
  3. anak2 acik pun cukup suka sarapan nasi goreng cili api..dia kata nasi goreng hijaui

    BalasPadam
  4. wak tengok pon matcham sodap je nasi goreng keret tuuu..,HHheh

    BalasPadam
  5. salam Bunda.... lama saya tak singgah sini...

    malam2 cam ni tengok nasi goreng terliur la pulak

    BalasPadam
  6. Hidangan yg menarik
    Khas utk lensa la nih? Hiasan comel je.. hejej

    BalasPadam
  7. assalamualaikum bunda...

    nampak sedap sangat..belum dinner lagi nih...

    BalasPadam
  8. nasik goreng bagi saya tiada istilah jemu :)

    BalasPadam
  9. Tadi tengok ada blogger update pasal nasi minyak karrot, ni nasi goreng keret lak.. awwwwwwwwwwww i love carrot sangat2! suka makan mentah2.. hehe

    BalasPadam
  10. ena nak jadi rabbit ek mkn keret mentah2..hehe

    BalasPadam
  11. carrot bagus untuk mata dan perut kan bunda :)

    BalasPadam
  12. nampak sedap tu bunda...dah la puteri lom sarapan lagi ni.. :)

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Bunda, sedapnya KY suka..

    BalasPadam
  14. amboiii bunda..sedappp nampak nasi carrot..hehe..boleh cuba nie =)

    BalasPadam
  15. salam bunda,,,
    amboii sedaap nya nasi goreng tu.
    suker tengok bunda, pandai masak!

    BalasPadam
  16. haha, carrot rupanya. ingatkan apa. saya memang suka sarapan yang sedikit berat (jarang makan kuih) kalau hari bekerja sebab jarang makan waktu tengahari.

    terima kasih sudi singgah...

    BalasPadam
  17. Resepi yang patut dicuba.
    Thanks bonda

    BalasPadam
  18. Ni kalau msk kat rumah ni, mmg x termakan ni, sbb semua x suka karot :)

    BalasPadam
  19. sedapnya. cantik hiasannya
    boleh cuba nanti ni.

    BalasPadam
  20. Salam Bonda..
    Unik namanya..nasi goreng kerek..
    cma suka klu nasi goreng tu penuh dgn sayur..
    nyum3... :))

    siap ade resepi..nnti nk try!

    BalasPadam
  21. bagusnya kalau dapat makan karek....... bagus utk mata......

    BalasPadam