Selasa, 14 Mei 2013

Akibat Kekurangan Zat Besi


                     Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku kepada kebanyakkan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak di berikan perhatian serius.

Begitulah petikan teks yang bunda terbaca dalam myMetro / 8 Mei 13 yang lalu. Perkara ini juga pernah di bincangkan dalam WHI Tv3.

Kebanyakkan wanita mengandung menganggap semua gejala adalah akibat perubahan hormon dalam badan. Sebenarnya masaalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius ia itu anamia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Anamia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal, manakala yang mencatat 9 hungga 11g/dl menunjukkan masaalah anamia ringan , 7 hingga 8.9/dl pula anamia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masaalah anamia tahap teruk.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran berkata, ramai yang masih tidak tahu masaalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan boleh menyebabkan masaalah kesihatan serius bukan sahaja kepada ibu, malah memberi kesan pada bayi yang dikandung.

Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen keseluruh badan. Wanita yang berisiko menghadapi anamia perlu merancang dan menjaga diri ketika dan selepas melahirkan dengan mengawasi kandungan darah mereka.

Wanita hamil memerlukan 50% lebih banyak zat besi. Vitamin C tambahan di syorkan di ambil bersama makanan, kerana di ketahui meningkatkan serapan zat besi.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita di galakkan bertemu doktor untuk menilai tahap hemoglobin dalam badan.


Digalakkan mengambil makanan kaya zat besi seperti ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu dan tauhu.

Dalam kebanyakkan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anamia.

sumber: myMetro

42 ulasan:

  1. tq share info ni ye bunda..

    BalasPadam
  2. Sgt2 bgus utk amalkan makanan seimbang kan...terutama ibu mengandung :)

    BalasPadam
  3. Kurang zat besi juga antara punca kita lemah lesu...walau tak pregnant.

    BalasPadam
  4. tq untuk info ye bunda..:)

    BalasPadam
  5. mmg zat besi penting... msa mengndung lah kna amik zat besi lebih... msa prgnant x pnh mis mkn iron tablet utk stabilkan hb.. huh... thanks sharing bunda...

    BalasPadam
  6. bila mngandung kena lbh berhati2 kan bunda..

    BalasPadam
  7. adik sy br msk spital ari tu...sbb ni la...

    BalasPadam
  8. banyak rupanya yang kena ambil tahu ni. nanti bila saya dah kahwin nanti senang..

    BalasPadam
  9. erm... kena banyak makan belimbing besi ni...

    BalasPadam
  10. Wah bagus info ni

    BalasPadam
  11. Assalam,

    Blog yg menarik..byk info kesihatan di sini..trima kasih kerana berkongsi..

    BalasPadam
  12. Ya, mmg ramai wanita yang alami Iron Deficiency Anemia ni...rata rata mereka kata mereka makan cukup, tapi sebenarnya, cukup, cuma kurang berkhasiat..;)

    BalasPadam
  13. salah satu kesan kekurangan zat besi adalah rambut jadi perang.

    saya ingat satu lawak isteri saya dekat anak saya,

    "amboi cantiknya rambut K, perang"

    "orang asli pun perang juga rambut, sebab tak cukup zat besi"

    BalasPadam
  14. mase mengandung selalu amalkan vitamin shaklee

    BalasPadam
  15. sedapnya bila akak sebut paasal makanan. saya tengah lapar ni. heehehehe...

    vit c yg chewable tu saya suke. hehe. sedap.

    BalasPadam
  16. Ohhh.. baru tau.. terimakasih bunda 4 da info :D

    BalasPadam
  17. thanks bunda info ni...inshaallah nnti dah preggy boleh amalkan pengambilan nutrisi yg seimbang... hehe...even kalau x pregnant pun memang digalakkan mengamal diet yg seimbang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bukan masa mengandung jer nak kawal diet..

      Padam
  18. Assalamualaikum

    tumpang baca

    BalasPadam
  19. Ziarah KN, sekadar untuk membaca info ni... Dulu masa mengandung tak pernah terfikir benda ni semua... dalam hati cuma ada rasa seronok je sebab nak dapat baby... Alhamdulillah! kedua2nya lahir sihat.

    BalasPadam
  20. salam ukhuwah...sekarang aja mengandung 30 minggu..sejak masuk 6 bulan ke atas aja ada mengalami masalah kekurangan HB..kurang makanan yg tinggi zinc dan iron..jadi decide untuk let go diet control bcoz of gdm.dan skang bacaan hb aja dah naek jadi 12.2. Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, Alhamdulillah...moga2 takder apa2 masaalah sampai cukup bulan..

      Padam
  21. salam ziarah sini..
    terima kasih di atas info nie...
    tambah pengetahuan untuk bakal isteri nanti..hehe

    BalasPadam
  22. bukan orang mengandung je lesu bunda kalau tak cukup zat besi..

    BalasPadam
  23. org klu mkn ikan bilis mesti buang tahinya . sebenarnya kat tahi tu lah plg byk zat besi ... heheheee

    BalasPadam
  24. Salam Bunda, kena minum anlene drp awal usia. Tapi kan Bunda, emak zana tak minum susu tepong, alhamdulillah tulang dia setakat ni ok pula.

    BalasPadam
  25. Teringat masa kecik2 dulu bila disebut zat besi ingat zat yg ada dlm besi....

    BalasPadam
  26. perkongsian yang memang menarik ni bunda. Zat besi memang penting untuk memastikan badan tidak terasa lesu selalu

    BalasPadam
  27. perkongsian menarik. boleh share..

    BalasPadam
  28. Salam Bunda..
    huhu.. cma dulu telebih zat besi mase preggy..mujur dah kembali normal sebelum melahirkan..
    thanks for sharing ya bunda :)

    BalasPadam
  29. Ahli (967)follow balik kawan dan tukar link sudah terpasang

    BalasPadam
  30. Terimakasih bunda..perkongsian yg sgt baik nih...

    BalasPadam
  31. mia memang minum anlene sebelum dan semasa mengandungkan sofea dulu... risau juga takut ada apa2 ke..

    BalasPadam
  32. Thanks bunda. Wan baru tau benda2 ni. Anak kedua wan meninggal ketika usia 5 bulan. Jantungnya tetiba terhenti. Gejala2 seperti di atas juga timbul dan amat lain sekali drpd anak yg sulung. Apapun...slps ni wan akan lebih berjaga-jaga utk memastikan isteri sntiasa sihat.

    BalasPadam