Khamis, 27 Jun 2013

From Taiping With Love..

teratak usang ini lah yang bunda selalu berulang alek
menjengah bapak bunda

                   Bismillahirrahmanirrahim...
 As Salam,

Sabtu 22 hb Jun 2013, seperti bunda telah maklumkan dientri bunda yang lepas bunda telah balek kekampung menjengah bapak bunda. Dihari yang sama juga adalah hari jadi bunda, kebetulan.

Anak-anak bunda sedikit frust sebab tak dapat bawa bunda pada hari yang sama untuk belanja bunda makan meraikan hari jadi bunda. Bunda bagi alasan kepada anak-anak bahawa hari-hari lain pun boleh, yang penting bunda nak balek tengok atok dulu, atok tak sehat. Nak tak nak mereka terpaksa akur.


Sesampai ajer bunda disetesyen bas Kemunting tercari-cari juga siapa yang tunggu bunda. Tak lama pastu dua orang adek perempuan bunda dan anak-anak mereka datang jemput penuh sesak satu van. Mereka sengaja datang lewat hampir setengah jam, sengaja biar bunda marah. Kemudian singgah pulak kat KFC, stesyen minyak dan supermarket. Bunda dan anak-anak tunggu dalam kereta... kepanasan, dengan riuh rendah budak-budak tu lagi. Naik bengang jugak rasanya.

Sampai kat rumah barulah kantoi ...rupa-rupanya dia orang tadi beli segala makanan juga sebiji Kek Harijadi untuk bunda. Sengaja dia orang nak buat surprise lah konon... sedangkan bunda tiba-tiba dah sebak dah...terharu sangat.

Walaupun bunda tak dapat sambut hari jadi bersama anak-anak bunda tapi disini bunda lagi ramai yang meraikannya untuk bunda termasuk bapak bunda. Speechless, umur dah senja begini pun masih ada yang ingat dan sayang untuk meraikan hari lahir bunda.

Bahgia dan berbunga-bunga rasanya hati bunda. Hilang segala penat lelah bunda tiap-tiap bulan berulang alik kekampung.


Memang banyak hal yang membuatkan hati bunda senang dan bahgia sangat balek kekampung sekali ini. Bukan saja sambutan hari jadi yang tak disangka-sangka, malahan bapak bunda dah sihat, berselera makan dan ceria.

Satu hal lagi pokok bunga yang bunda tanam dan rombak semula, bunda baja dan belai kini dah membesar subur dan berbunga. Menjelang raya nanti pasti bertambah berseri halaman rumah bapak meski pun tanpa kehadiran ibu tercinta.


Sepanjang beberapa hari bunda kat Taiping, cuaca panas sangat dan berjerebu. Walau pun jerebunya taklah seteruk Johor dan Melaka, tapi memberi kesan juga pada kesihatan.

Aleh-aleh  pada petang 26hb Jun, hari bunda berangkat balek ke K L , hujan punya turun dengan lebat sekali kat Bandar Taiping,  hampir sepanjang perjalanan bas ekspres bunda ke KL hujan tak berhenti.

Alhamdulillah, syukur atas rahmat Mu Ya Allah juga  segala nikmat dan kasih sayang orang di sekeliling ku serta anugerah umur dan kesihatan yang baik Kau beri kepada ku  ... amiin


67 ulasan:

  1. selamat harijadi KN..semoga usia diberkati...

    BalasPadam
  2. waaa.. selamat harijadi bunda :)

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Jadi Bunda..Semoga Bunda sentiasa ceria disamping family tersayang..;p

    BalasPadam
  4. Hapt besday bunda. Balik tepeng kat mana. Sy sll blk changkat jering. Ry nti leh jumpa..

    BalasPadam
  5. Salam bunda,
    Besday kita sama dlm bulan jun.
    seronok brsama adik beradik tk sama seronoknya dgn anak2 kan. Dpt mengimbau blk crita2 kisah lampau semasa kita kecil dulu.
    Apapun semoga ceria selalu

    BalasPadam
  6. selamat hari kelahirannya bunda
    moga dirahmati Allah
    seronok diraikan reramaikannn

    BalasPadam
  7. Hepi beday Bunda. Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan memperoleh barakah2 drp Allah s.w.t ;)

    BalasPadam
  8. sronokny6a tengok family bunda yang saling menyayangi..:)bahagia sgt

    BalasPadam
  9. Selamat hari kelahiran bunda. Semoga ALLAH sentiasa memberkati bonda dan keluarga..^^

    BalasPadam
  10. salam bunda, wahhh kalau cikda pun rasa nak menitik air mata kan..???

    selamat ulang tahun kelahiran bunda.. :)

    BalasPadam
  11. Selamat panjang umur bunda.. hari jadi Che Mid semalam 26 Jun..

    BalasPadam
  12. Selamat Hari Lahir Bunda!Moga usia diberkati Allah :)

    BalasPadam
  13. best nyer dapat surprise birthday party..
    Selamat hari lahir bunda :)

    BalasPadam
  14. selamt hari lahir bunda semoga dimurahkn rezki..dn berbahagia selalu..^_^

    BalasPadam
  15. selamat hari jadi bunda...semoga hidup diberkati olehNYA dan diberi kesihatan yg baik..

    BalasPadam
  16. selamat hari lahir Bunda....moga panjang umur murah rezeki & berbahagia dunia akhirat Amin....

    BalasPadam
  17. Membaca N3 KN kali ini membawa hati kakak turut merasa terharu dan gembira. Syukurlah semuanya berjalan baik, sambutan tak disangka (mesti anak-anak KN jeles sebab tak dapat meraikan bersama), ayah dah sihat, jerebu berkurang kerana hujan.

    Syukur-syukur semuanya Allah yg maha pengasih mengatur ini KN.

    Selamat ulangtahun kelahiran dari kakak.

    BalasPadam
  18. As Salam Bunda, maaf lame tak menjengah Bunda..
    kebelakangan ini sibuk sedikit Bunda..

    A;hamdulillah, masih ramai yang menyayangi BUnda, yang masih mengintai BUnda.

    Selamat Hari Lahir Bunda, *maaf terlewat
    semoga Bunda bahagia selalu,

    BalasPadam
  19. selamat ulangtahun kelahiran bunda...
    moga sentiasa dilindungi...

    BalasPadam
  20. Selamat hari lahir bunda...... :)

    BalasPadam
  21. assalamualaikum.. happy belated birthday bunda.. semoga dipanjangkan umur dan dirahmati Allah swt selalu.. syukurlah ayah bunda sudah semakin sihat..

    BalasPadam
  22. selamat menyambut hari lahir bunda.

    anak anak bunda tu, so sweet. Moga bunda bahagia selalu yer.

    Doakan juga semoga ayan bunda sihat .

    lama dah datang rumah bunda ni. hari ni baru nak follow. sori yer bunda

    BalasPadam
  23. selamat hari lahir ye bunda..
    semoga pnjang umur dan diberkati Allah..

    BalasPadam
  24. heppy birthday ya bunda~

    BalasPadam
  25. Happy bday bunda..

    Sebak je bila baca kisah ayahanda bunda tu...

    BalasPadam
  26. selamat hari lahir bunda...... tak sangka kan... majlis kejutan tu kekadang buat kita terharu sangat......
    semoga ayah bunda sihat2 selalu..... juga utk bunda jugga....

    BalasPadam
  27. selamat hari lahir BUNDA..:)semoga dimurahkan rezeki
    sengaja nak buat BUNDA marah rupanya diberi kejutan..

    BalasPadam
  28. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar dan Allah pemudahkan. Kesihatan bunda dan ayahanda juga baik.

    Selamat ulang tahun bunda, semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat walafiat sentiasa.

    BalasPadam
  29. hepi belated besday bunda
    smoga pjg umo dimurahkan rezeki dan bahagia selalu
    smoga ayah bunda pun sihat2 sllu
    bestnye ada org sambut besday..surprise2
    el xnah dpt surprise besday cam ni
    tp surprise2 yg lain adalah jugak hehe

    BalasPadam
  30. selamat ulangtahun bunda..
    bertuah kerana disayangi semua..

    BalasPadam
  31. seronok baca kisah bunda ni !

    BalasPadam
  32. Selamat Hari Lahir Bunda. ^^ semoga terus sihat dan rezeki tak putus putus. I LOVE YOU. <3

    BalasPadam
  33. Alhamdulillah..Banyak makanan yang disediakan dan ramai meraikannya.

    BalasPadam
  34. Happy birthday, buat ayahanda puan moga sehat...a nice sweet entry..

    BalasPadam
  35. selamat hari jadi bunda! tetiba ena sebak tengok akk suap ayah akk tu... teringat kat ayah sy lak.. huaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  36. Selamat hari jadii buat Bunda dan semoga ayahnya sihat selalu.

    BalasPadam
  37. salam jumaat dan happy belated birthday bunda.saya doakan agar Allah berkati usia dan kesihatan,dipermudahkan segala urusan,bahagia dengan keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki amin.

    BalasPadam
  38. so sweet ...bestnyer diraikan mengejut begitu...hapy besday bunda

    BalasPadam
  39. Salam jumaat bunda..selamat hari lahir..maaf lambt wish
    lme dah m3h tak blk taiping..sejak tok&tokwan dah takde..huhu

    BalasPadam
  40. Selamat hari lahir bunda :) smbut ramai ni best..smoga bunda trus sihat2 selalu..Alhamdulillah hujan juga akhirnya

    BalasPadam
  41. wahhhh suprise suprise...sy pon tumpang suka

    BalasPadam
  42. seronok dan bahagia rasanya.. ;)
    Jerebu pun dah semakin jauh 'membawa diri'..

    BalasPadam
  43. alolo...sweeet nye la hai...:)

    BalasPadam
  44. Wahh, mesti seronok kan, sy pun pernah buat mcm ni kt mak...
    Happy belated birthday !!!

    BalasPadam
  45. Happy belated birthday Bunda..semoga usia diberkati..

    BalasPadam
  46. bestnya surprise..hehe.. saya setakat 20 tahun..blum genap 21 lgi tak pernah orang buat surprise..lol..hehe

    sannah helwah ya bbunda.. :) moga diberkati dn dirahmati..

    BalasPadam
  47. alhamdulillah ayah bunda dah sihat..seronoknya celebrate besday dengan adik beradik :)

    BalasPadam
  48. balik kampung memang best gila..

    wah.. aku terus rindu nak balik kampung.

    BalasPadam
  49. Salam Bunda..
    hihi..mesti terharu dirai mcm ni..
    cma terlambat nk ucap..

    Sanah helwa Bunda..
    alhamdulillah.. dikelilingi org2 yg sentiasa sygkan kita kan :)

    BalasPadam
  50. salam bunda membalas kunjungan. hehe
    seronok bercuti nampaknya. :)

    BalasPadam
  51. seronok diorang mainkan bunda kan...hehehe

    BalasPadam
  52. Kiranya seprise la ni..

    Apapun walau terlewat tetap nak wish Happy Birthday Bonda, moga sentiasa dimurahkan rezeki, aminn :D

    BalasPadam
  53. wahwahwah..meriah nye hehehe..jeles nih

    BalasPadam
  54. Selamat hari jadi Bunda...
    Dan semoga Bunda & ayah Bunda di anugerahkan kesihatan berpanjangan...

    BalasPadam
  55. Sanah Helwa Bunda..

    Syukur, Alhamdulillah, ramai yang sayang.

    BalasPadam
  56. Meraikan bersama ayahanda ye bunda...
    Yang ke berapa ye bunda

    BalasPadam
  57. besnya makanan kak bundaaa!

    BalasPadam
  58. selamat hari lahir bunda....hehe walaupun dah terlewat tapi rasanya masih sempat untuk ucapkan kan?

    BalasPadam
  59. salam bunda...
    hepi belated bufday..huuu
    Alhmdlh..semakin btmbh umur bunda..smoga sentiasa dmurhkan rezki dan umur dberkati..amin..

    sedap makan tu...heee =D

    BalasPadam
  60. alhamdulillah
    selamat hari lahir buat bunda

    saya doakan semoga bunda dkurniakan kesihatan yg baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.aamiin

    BalasPadam
  61. Selamat hari lahir... Semoga dipanjangkan umur dan sihat2 selalu...Mesti best dpt suprise birthday party kan...

    Alhamdulillah bapak bunda dah sihat..

    BalasPadam
  62. Selamat hari lahir bunda semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki :)

    BalasPadam
  63. slmt hari lahir bunda :') smga diredhaiNya sellu :)

    BalasPadam
  64. Dekatlah dengan kampung eden.. Kg saya @ Bagan Serai.. Anyway, Selamat Hari Lahir buat bunda.. Moga bahagia selalu..

    BalasPadam
  65. saya tinggal ditaiping..=)

    selamat ahri lahir bunda,,,maaf kelewatan

    BalasPadam