Sabtu, 1 Jun 2013

Kenduri Arwah...

ayahanda ku di pusara ibu ku...

                 Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Setelah seminggu bunda bercuti di kampung kini bunda dah kembali. Rindu rasanya dah lama tak online  berborak-borak dengan anak-anak bunda dialam maya ni. Banyak juga aktiviti bunda selama di kampung.

Selain bunda balik untuk ziarah bapak bunda yang telah uzur, bunda juga tolong kemas-kemas dalam dan keliling rumah bapak yang sudah semak di tumbuhi rumput. Bunda merumput, menyapu, menyangkul dan membakar sampah sarap.  Bapak bunda memang dah tak larat nak buat semua tu.

lepas jemputan balik, tinggal kami adik beradek menjamu selera
Sementara adik-adik balik bunda lah buat sendiri, adik-adik bunda semua bekerja. Kami berkumpul adik-beradik malam jumaat lepas untuk mengadakan sedikit kenduri arwah untuk mak. Pagi jumaatnya kami semua kepusara mak untuk turun batu nisan.
 
Setiap kali acara untuk arwah mak bunda, bapak bundalah yang paling jadi perhatian kami, adik beradik, saudara mara dan jiran-jiran....kerana bapak akan menangis merambu-rambu air mata mengenangkan mak. Hiba sangat kami tengok keadaan bapak. Habis semua jemputan juga bergenang air mata.

alangkah seronoknya jadi anak2, walau apa keadaan pun mereka tetap ceria..
Maklumlah selama 54 tahun dah hidup bersama, tiba-tiba pasangan pergi untuk selamanya. Siapalah yang tak sedih dan terasa sangat kehilangan. Apa lagi saat-saat akhir usia mak yang mengidap penyakit kronik, bapak lah orang yang paling dekat dan setia menjaga mak.

Sebab itulah bunda kini kerap balik kampung untuk menemani dan melayani makan minum bapak apa yang patut, sementara hayatnya masih ada.

p/s: Bapak jangan susahati, kami anak-anak bapakkan masih ada.

63 ulasan:

  1. Seronok dapat pulang kekampung tambahan pula byk aktivitinya, lepas ni bertambah2lah rajin balik ye...

    BalasPadam
  2. salam bunda..
    siapa yang tidak bersedihkan jika sebahagian hidupnya pergi dahulu..
    semoga arwah diberkati oleh Allah sentiasa..(Al-fatihah)
    semoga bapak bunda lebih tabah..

    p/s:bila lagi masanya kia nak berbakti kepada mereka kan..^^

    BalasPadam
  3. assalamualaikum bunda....

    Al Fatihah...

    jadi baby lagi seronok bonda..tak perlu fikir apa2..cuma makan dan tidur je....

    BalasPadam
  4. Memang seronok kalau dpt berkumpul ramai2 adik-beradik ni... Byk benda nk diceritakn & dikongsi... (^_^)

    BalasPadam
  5. 54 tahun..memori yg cukup byk...

    Nasib baik bunda dan adik beradik yg lain ada tenangkan dan temankan ayah bunda...

    BalasPadam
  6. Salam bunda...Al Fatihah utk ibu bunda..Bapak tak keseorangan sebab anak2nya sentiasa ada bersama2..saya pasti yg tue pun dah cukup utk membuatkan bapak bunda happy kan..;p

    BalasPadam
  7. salam owh bunda dah balik..rindu nak baca celoteh bunda.al-fatihah untuk arwah mak bunda ye.

    ye bunda..anak,menantu dan cucu tempat ayah bermanja.memang kena bergilir2 dengan adik-beradik untuk pulang jenguk ayah di kampung :)

    BalasPadam
  8. seronok juga sesekali semua adik-beradik berkumpul.. pasti banyak yang hendak diborakkan.. al-fatihah untuk arwah ibu bunda..

    BalasPadam
  9. Salam,

    Baru tukar url ke: http://hujan-petang.blogspot.com atas sebab-sebab tertentu.

    Muga hubungan blogging kita masih kekal segar.

    Fatihah buat abah Bunda dan abahku juga...

    BalasPadam
  10. Salam, sedihnya baca..saya boleh rasa, becos I lost my father masa my mak baru 31 .masih muda..

    BalasPadam
  11. salam bunda... al-fatihah buat arwah... ;)

    BalasPadam
  12. Teratak Bunda,

    Bijak pandai mengungkapkan, " Suami/isteri adalah kekasih bagi wanita/lelaki muda, teman bagi wanita/lelaki setengah baya, dan perawat bagi wanita/lelaki tua.

    BalasPadam
  13. salam Bunda=)

    semoga Allah memberi ketabahan buat kamu sekeluarga..amin:)

    BalasPadam
  14. Al Fatihah, semoga aruah ditempatkan dengan orang2 yg beriman :)

    BalasPadam
  15. sedekah al-fatihah buat si arwah...

    BalasPadam
  16. smoga arwah mak bunda dicucuri rahmat..al-fatihah bt yg tiada..

    BalasPadam
  17. Al fatihah buat mak bunda. Semoga tenang disana.

    BalasPadam
  18. ya Allah terharu sangat baca entri ni bunda~ btul..krole stuju sangat..waktu inilah kta kena balas budi mereka yang mmbesarkan kita...kerana itulah tanggungjawab kta sbg anak...terima kasih bunda..entri ini bnyak mmbuka lagi minda krole ttg tanggungjawab kta terhadap kedua ibu bapa ni...Al-fatihah kepada arwah ibu bunda.

    BalasPadam
  19. PM yang baca entry nih turut terasa kesedihannya...

    BalasPadam
  20. sedihnya..semoga ayahanda Bunda tabah..kehilangan yang besar bagi beliau..semoga arwah aman damai tenang disana...alfatihah..

    BalasPadam
  21. salam..
    terasa pula yaya sedihnya..um..moga hati ayh bunda kuat..tabah.bpulh thun bsama..tp org yg tsyg pergi dulu..siapa pun akn bersedih..ALFATIHAH buat arwah.

    BalasPadam
  22. al-Fatihah utk ibuda Bunda ya..

    BalasPadam
  23. masyAllah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan diberi nikmat , insyAllah, sayu rasanye,

    BalasPadam
  24. mmg sukar nak menghadapi sebuah kehilangan...lebih2 lagi selepas 54 tahun....semoga ayah bunda dan bunda sekeluarga lebih tabah....

    BalasPadam
  25. 54 tahu memang sangat lama dan memang dah sebati dalam hiduplah.... hurmmm semoga tabah , insyaAllah akan jumpa juga diakhirat kelak.. insyaAllah syurga menanti.. Amin

    BalasPadam
  26. Al-Fatihah utk mak bunda.....
    Semoga tabah hadapi segalanya....

    BalasPadam
  27. al fatihah untuk ibu bunda ye...

    BalasPadam
  28. salam Bunda..mmg sefih mengenangkan orang tersayang yg telah pergi..InsyaAllah, doa dr anak2 dpt membantunya di sana.

    BalasPadam
  29. sedihh sayu semua ada kan bunda
    semoga bapak bunda bahagia bersama anak2 yg sentiasa mengigatinya ...
    diusia yg dah lanjut ini , dia perlukan perhatian ..

    pastinya dia sunyi ..

    BalasPadam
  30. pastilah ayah bunda kesunyian tapi dgn dorongan anak² pasti ayah bunda rasa terubat kesedihannya...apa pun Al-Fatihah utk ibu bunda..

    BalasPadam
  31. saya yang membaca pun sayu kak..camnalah pulak bapak bunda yang menanggung..
    mudah2an teribat rindunya pada arwah mak bunda bila anak2 datang mengunjungi dan cucu2 menghiburkannya..

    BalasPadam
  32. al-fatiha buat arwah..moga rohnya dicucuri rhmat..

    sbgai anak mmg kt mesti sntiasa ziarahi org tua.. lg2 bila beliau dh duduk keseorangan.. moga dgn kehadiran anak2, ayah x kan kesunyian..insyallah

    BalasPadam
  33. KN, membaca catatan KN ini dengan lagu yang syahdu ni membuat saya ikut sedih dan seolah-olah dapat merasakan betapa sepinya ayah KN ditinggalkan oleh ibu KN kerana menemui ilahi.... al-Fatihah! moga roh ibu KN tenang disana dan sentiasa dicucuri rahmat... amin!

    BalasPadam
  34. alfatihah utk yg telah tiada..

    bapak kak nora tinggal sorang diri ker..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada adik yg bungsu 3 anak tinggal sama bpk..dia pun ibu tunggal jgk, bekerja Tabung Haji kat pekan Taiping tu, ank2 dia pn kcl2 lg...x smpat dia nk kemas rumah n klililing rumah...

      sbb tu tiap bln bunda balik bunda lh yg mngemas..tolog mnolong...

      Padam
  35. Al-fatihah...

    Tharu baca entry ni..cinta yang abadi. Semoga tabah mnharungi idup ni

    BalasPadam
  36. Selagi hayat dikandung badan...jasa ibu dan ayah mmg perlu kita hargai :) good job bunda :)

    BalasPadam
  37. assalam Bunda..
    sedih bila baca ttg ayah bunda tu.. mmg sedih kan, ye lah dah lama hidup bersama.. bila duk sendiri mesti sllu terkenang..

    BalasPadam
  38. assalam bunda..bila dah lama hidup bersama..bukan mudah nak lupa bunda..

    BalasPadam
  39. al-fatihah untuk arwah..
    sedih pula baca ni..teringat ibu d kg..

    betul tu BUNDA..bdk2 tetap ceria wlpn apa keadaannya..

    BalasPadam
  40. Salam takziah ya Bunda. Sedih CK bila teringatkan arwah Mak dan Abah :'(

    CK

    BalasPadam
  41. kena selalu jgk2kan bapak tu supaya dia tak sunyi dan sedih sgt

    BalasPadam
  42. tentu hatinya rindu...
    sebab itulah tempat curahan rasa dan segalanya Bunda...

    BalasPadam
  43. Bertuah org yg masih ada ayah. Saya dh 9 tahun kehilangan ayah.

    BalasPadam
  44. Buat kakak terkenang bapak walau baru bertemu. Tapi kalau bapak nak tinggal dgn anak-anak kita lagi legakan KN. Tapi biasalah org tua bila dia dah sihat dan boleh bebas dia pasti lebih selesa utk tinggal di rumah sendiri..

    Moga bapak kita sihat dan kirim doa utk arwah mak tidak dilupa setiap kali selesai solat

    BalasPadam
    Balasan
    1. bapak taknak tinggal umah anak2...sedangkan datang sekali2 pun dah sibuk nk balik...dia sayang nk tinggal umah dia lame2...lg pun bapak rajin kesurau..kalu dia sihat subuh tu dia dulu sampai surau , bkk lampu dan buat apa yg patut..

      Padam
  45. bila tengok kubur tu, teringat dh lama x balik kg ziarah kubur arwah atuk n opah..

    BalasPadam
  46. Bertuahlah mereka yg masih punya ibu bapa utk mencurah kasih....

    BalasPadam
  47. ermmmm bila bace entry nie rasa sayu saje.. semoga roh mak bunda di cucuri rahmat ..al fatihah

    BalasPadam
  48. asalamualaikum..semoga bunda sihat2 ya. Tq datang ke blog Pesona. Di kampung memang bayak aktiviti yg menyihatkan...

    BalasPadam
  49. assalamualaikum...bunda :)

    kehilangan insan tersyg memang memilukan sesiapa yg merasainya...

    al-fatihah

    BalasPadam
  50. salam KN
    sama mcm ayah saya...
    tp ayah saya kawen lagi,yalah dia dok sorg2 ja kat rumah..tp ayah mcm tak gembira spt ketika bersama arwah emak dulu...

    BalasPadam
  51. salam bunda.. sememangnya anak2lah penguat semangat mak ayah kan bila salah satu mak atau ayah xde...

    p/s: bunda tak nak try ke mkn coklat love habibi tu? hehehe

    BalasPadam
  52. Salam bunda. TQ sebab ada komen beberapa entri wan.

    Semoga bunda tabah akan pemergian arwah mak bunda

    BalasPadam
  53. salam bunda..
    moga ayah bunda terus sihat2 selalu :)

    BalasPadam
  54. anak2 lah harapan buat bapa sekarang kan :)

    BalasPadam
  55. Salam Bunda..
    huhu..cma yg baru kehilangan atuk & nenek pun dah terasa susah hati..nikan pulak pasangan kita..
    alhamdulillah.. bapak ada anak2 yg penyanyang & mngmbil berat..

    alfatihah buat mereka yg telah tiada

    BalasPadam
  56. Untung bapak punyai anak mcm bunda!

    BalasPadam
  57. al-fatihah buat arwak mak bunda ...

    BalasPadam
  58. al-fatihah. semoga arwah ditempatkan orang yang beriman..

    BalasPadam