Selasa, 4 Jun 2013

Perbualan Bayi Sebelum Kelahiran..

ehsan google

Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Bunda terbaca artikel ini dalam fb, bunda rasa sangat tersentuh, so bunda copy untuk kita share bersama pula...
Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan........

Lidah mu basah dengan berzikir kepada Penciptamu....

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu...

Dosa-dosamu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memilikki mu...

p/s: Moga kita sama-sama mendapat iktibar dari kisah ini....terutama bagi para ibu-ibu...

56 ulasan:

  1. oh tersentuh hati... nak share boleh tq ye

    BalasPadam
  2. sebak membacanya bonda..tersedar seketika :)

    BalasPadam
  3. alhamdulilah bunda thanks sharing

    BalasPadam
  4. memang sebak bila membaca entri ni.. thanx sharing bunda.. =)

    BalasPadam
  5. nice sharing bunda...rsa cm dh bca..

    BalasPadam
  6. sebak baca entry nih..berlinang air mata..
    ibu kita lah malaikat kita :)

    thanks sharing bunda :)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...artikel menarik..!! teruskan menulis peringatan untuk semua ;)

    BalasPadam
  8. As salam Bunda...
    memang tersentuh bila baca artikel ni...
    thx for sharing...

    BalasPadam
  9. Terima kasih perkongsiannya sebagai peringatan untuk kita semua.

    BalasPadam
  10. Terlalu tinggi darjat telah diberikan kepada manusia bernama ibu alangkah rugi kepada yg gagal mendidik anak - pada anak pula ingatlah ibu itu terlalu tinggi darjat kenalah berlaku sebaiknya pada mereka ini...(bukan ibu sendiri saya tapi setiap ibu)

    BalasPadam
  11. tersentuh hati membaca bila Allah kata Malaikat itu adalah IBUMU... Alhamdulillah & bangga kerana dilahirkan sebagai seorg perempuan...

    BalasPadam
  12. satu kisah yang bagus untuk mereka yang mahu berfikir
    tq

    BalasPadam
  13. sy pon ada jgk terbaca kat fb..sesungguhnya, anak itu adalah anugerah daripada Ilahi..

    BalasPadam
  14. Sedih umi Qi tau bonda....baru tau besar darjat seorang ibu :)

    BalasPadam
  15. sedih bila baca kes anak2 menderhaka...

    BalasPadam
  16. Saat susah dan senang pasti wajah ibu yg terbayang dulu...benar! ibulah malaikat penjaga ku...
    Terima kasih Bunda krn mengingati.

    BalasPadam
  17. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  18. nice share.. kasih ibu membawa ke syurga..

    BalasPadam
  19. salam bunda. tq atas perkongsian yg menyentuh hati ini..kasihlah ibu semasa hayatnya masih ada..

    BalasPadam
  20. besarnya darjat seorang wanita yang bergelar ibu~ kasih ibu bawa ke syurga...tepat skali ayat ni kan bunda~

    BalasPadam
  21. Tapi kekadang ada anak yang tidak bernasib baik mendapat ibu yang bersikap seperti 'binatang'...

    BalasPadam
  22. berlinang air mata saya baca entry bunda ni.. sesungguhnya, ibu lah ratu hati ku... =')

    BalasPadam
  23. cerita yg menarik... :) syurga itu di bawah kaki ibu...

    BalasPadam
  24. Robbi tu billa hi robba, wa bil Islamidina
    Wa bi Muhamadan nabiya
    Wa rasula

    BalasPadam
  25. thanks sebab sudi share cerita ini..membaca semula cerita ini buat sy sebak...
    sy syanag mak..:')

    BalasPadam
  26. Salam bunda..

    Tersentuh hati sy....

    Terimakasih..ini pertama kali sy baca

    BalasPadam
  27. terima kasih kerana berkongsi :)

    BalasPadam
  28. Salam bunda..
    thanks for sharing bunda :)

    BalasPadam
  29. Terimakasih!
    Sejuk dgr lagu tu...
    Terharu dgn tazkirah tu. Moga kita jadi ibu terbaik yg menyayangi semua.Bahagia dalan hidup dunia akhirat.

    BalasPadam
  30. Salam bunda.terima kasih share.mmg rasa terharu sangat.besarnya kasih, tgjawab n pengorbanan ibu

    BalasPadam
  31. Entry yg bagus Bunda...thanks.

    BalasPadam
  32. subhanallah..betol sgt2..mmg dh boleh agak, malaikat tu msti ibu :)

    BalasPadam
  33. Malaikat itu ibu :')

    subhanallah .

    BalasPadam
  34. Salam Bunda...

    Terima kasih berkongsi kisah ini...
    Saya akan uar uar kan kisah ini..

    PS: Ya, saya dulu sekolah di MRSM Taiping :)

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum ibu, thanks sharing.. sheila pergi baca kisah ni...

    BalasPadam
  36. Terima kasih atas perkongsian ini Bunda..
    moga bermanfaat pada kita smeua:)

    BalasPadam
  37. Iskk sedihnya.. rupanya ibu kita dipanggil malaikat ..mmg wajar.

    BalasPadam
  38. memang tetsentuh hati bila baca artikel ni..tq 4 sharing bunda.

    BalasPadam
  39. Salam Bunda..
    Ya..cma ada pernah baca coretan ni..
    mmg menyentuh hati..
    malaikat itu sebenarnya IBU,

    Saya sAYANG iBU SAYA ;)

    BalasPadam
  40. Bunda..saya bagaikan nak menangis membaca info ini. Saya bangga dan cukup gembira membaca nur cahaya iman di blog bunda. tahniah teruskan ya..

    BalasPadam
  41. Okje dh baca kisah ni tp tak ingat kt blog sapa..... Mmg mengusik jiwa!

    BalasPadam
  42. setiap wanita bergelar ibu, pasti tersentuh hatinya bila baca entry bunda ni...
    terima kasih kerana mengetuk hati kami semua..

    BalasPadam
  43. maka tahulah saya kenapa syurga itu dibawah tapak kaki ibu . beruntunglah ibu kerana mereka adalah malaikat kepada anak - anaknya yg dilantik Allah .

    BalasPadam
  44. Saya pon pernah baca ni dalam fb lame dulu. tersentuh :)

    BalasPadam
  45. jadinye...sape2 yang ade ibu lagi tu...sayangile mak kome... dan kasihi ayah kome...... tak lame pun dan tak terbaleh pun jase deme pade kite........ syahdu membace entri Bunda kali ni....

    BalasPadam
  46. tak boleh nak tahan air mata waktu baca.............

    BalasPadam
  47. :) ... anak saya pergi sebelum melihat ibunya sendiri :) .. Allahu akbar... pasti lebih bahagianya bersama Allah

    BalasPadam
  48. Sedih bila mengingatkan banyak kes2 buang bayi... tersentuh sungguh baca kisah ni

    BalasPadam
  49. tersentuh hati baca cerita nih..

    BalasPadam
  50. Salam bunda..
    SubhanaAllah..trima ksh share, bunda..

    BalasPadam
  51. pernah baca..terima kasih bunda untuk artikel ni..teringat kembali=)

    New Entry "Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5"

    BalasPadam
  52. Assalam, boleh saya tahu sumber dari mana? Terimakasih

    BalasPadam