Sabtu, 8 Jun 2013

Tukar Semua Kunci...

               
                Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Semasa bunda balik kampung hari tu, bunda pergi ziarah kawan lama bunda.  Kawan bunda tu ada sebuah rumah sewa. Rumah teres setingkat. 

Dia seorang ibu tunggal kematian suami. Sejak suami dia meninggal, rumah sewa tu bolihlah membantu pusing-pusing bayar duit pinjaman rumah yang mereka duduk sekarang ni. Selain dari itu pendapatannya hanya dari wang pencen dan socso arwah suami.

Kiranya mereka lima beranak tidaklah merempat, masih ada rumah tempat berlindung dari peninggalan arwah suami.

Yang menjadi masaalahnya sekarang ni sejak beberapa tahun lepas kerap penyewa rumah nya mengadu ada orang menyelinap masuk rumah sewanya.  Ada jer barang yang hilang. Tidak lama lepas itu penyewa tersebut telah  berpindah tanpa notis apa pun.. Takut agaknya kalau kejadian berulang lagi.

Kemudian sekali lagi perkara yang sama berlaku. Penyewa ini juga takut dan terus berpindah. Kemudian penyewa terbaru juga kene nasib yang sama. Kejadian itu seolah-olah dilakukan olih orang yang sama yang dah biasa dengan selok belok rumah itu.

Kawan bunda tu tak nak lah menuduh atau berburuk sangka melulu siapa yang punya angkara, ianya  perlu di siasat dan dibuat intipan untuk mencari bukti, meski pun begitu dia ada mengesyakki seseorang.

Kawan bunda pergi kerumah itu dan panggil tukang rumah untuk mengganti semua pintu-pintu utama keluar masuk rumah itu. Ini bermakna, kalau dah digantikan pintu baharu maka automatiklah segala anak kunci pintu juga bertukar.

Menurutnya lagi biarlah dia rugi dan keluar belanja lebih sikit untuk baik pulih rumah itu, asalkan tiada lagi penyewa yang lari..

Alhamdulillah, dalam tempoh hampir setahun , tiada lagi kes yang sama terjadi di rumah sewanya. Ini mungkin kerana semua kunci- kunci utama rumah ini sudah bertukar.

p/s: Pengajaran dari kisah ini mengingatkan kita, walau pun penyewa bersilih ganti... ini bermakna anak-anak kunci juga harus berganti atau pasang mangga tambahan untuk penyewa saja pegang kunci  itu. Kalau tak macam ni lah jadi nya... Berhati-hatilah Selalu...


47 ulasan:

  1. yer lah kalau berterusan mcm tuh sure orang takut nak menyewa kan...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum bunda...

    memang tepat tindakan kawan bunda tu...satu tindakan yg bijak tu...

    BalasPadam
  3. memang biasa jadi macam tu, bila penyewa lama berpindah...dengan kunci rumah sekali berpindah sama. bukannya nak pulangkan dekat tuan rumah.

    BalasPadam
  4. betul bunda...setiap kali bertukar penyewa memang kena tukar semua kunci..sebab tak mustahil penyewa yang dulu2 untuk memecah masuk rumah tu...

    BalasPadam
  5. Tak pernah terfikir pun bunda. Betul jugakkan? Saya selalu tukar mangga shj. Tk mengingatkan,

    BalasPadam
  6. salam bunda..
    bagus..ini tindakan terbaik..^^

    BalasPadam
  7. takut kan .... mmg kena tukar kalau jadi macam ni.

    BalasPadam
  8. peringatan buat kita semua

    BalasPadam
  9. Memang penting tukar kunci, saya dulu kalau pindah rumah baru, mmg saya takkan pakai kunci yang sedia ada kat umah tu. Kat sini nasib baik strict sangat pasal kunci2 umah, kalau nak duplicate pun kena ada surat kebenaran.

    BalasPadam
  10. tu yg takut masuk umah sewa...kot2 penyewa sblum itu dah duplicate kunci..esp kalau bg sewa kat students yg duduk sampai 10 org mcm tu..

    BalasPadam
  11. zaman sekarang ni memang kena hati2... hurmmmm.. takut! barang hilang x mengapa lagi, takut pencuri tu buat apa2 kat kita je

    BalasPadam
  12. ini yang dikatakan idea luar kotak.

    simple idea but big change!

    BalasPadam
  13. Menakutkan jugak cerita gini.

    BalasPadam
  14. mmg kena berhati2... dok umah sewa selalu mangga je yang jadi penyelamat.kunci lain penyewa sblm ni mgkn ada pendua...

    BalasPadam
  15. Betul tu Bunda..kami pun kalau kunci hilang..memang terus tukar baru..takuut

    BalasPadam
  16. Salam bunda di sayangi..
    keluar rumah tak bg tuan rumah ke?...
    bahaya jugak nie, nasib baik cepat2x tukar kunci rumah...
    hope semua selamat dan diperluaskan rezekinya. AMIN~

    BalasPadam
  17. typo: tak bgtau tuan rumah ke nak kuar rumah?

    BalasPadam
  18. bahaya kalau dibiarkan. menjadi2 pulak kan.

    bunda sihat? ;)

    BalasPadam
  19. aku rasa mmg satu tindakan yg wajar. ni mesti keje orang yang rapat nih.

    BalasPadam
  20. subhanallah..xbaik betol menzalimi orang mcm 2..hrap kwan bunda 2 bersabar la..xberkat mkan hrta haram ni..

    BalasPadam
  21. setuju..tindakan yang wajar.

    BalasPadam
  22. Ni mesti penyewa lama yg buat

    BalasPadam
  23. usihh bahayanya... memang bagus tindakan tu

    BalasPadam
  24. betul tu bunda...seeloknya tuan rumah kena keluar modal lah sikit utk buat kunci baru....

    BalasPadam
  25. salam bunda
    Rambut sama hitam , hati lain lain

    BalasPadam
  26. Wahh takutnyaa...dulu pernah sewa rumah..mmg dia akan bg kunci baru kt kita..

    BalasPadam
  27. seram nye .. alhamdulillah dah tukar kunci baru.. lama tak jenguk bonda ^_^

    BalasPadam
  28. aha~ ye la bunda...tak terfikir pula krole sblom ni...bahaya juga bgini...ayah krole baru plan nak buat rumah2 sewa ni...hm...terima kasih utk info ni ya bunda...mmg berguna skali...nanti krole nak share ngan ayah~ thanks bunda

    BalasPadam
  29. memang menakutkan kalau ada orang masuk dan ambil barang dalam rumah kita.. rumah di kampung aiza selalu kena pecah masuk sebab mak aiza tinggal dengan aiza sekarang ni.. last haritu dia pecah masuk ambil peti sejuk dan mesin basuh, rumah aiza memang takde jiran.. memang rasa sedih, tapi apa boleh buat dah bukan rezeki kami.. barang2 yang tinggal aiza dah pindahkan ke rumah sewa dekat rumah mak cik aiza..

    BalasPadam
  30. yupp betul tu... mia pun selalu tukar kunci kalau bertukar penyewa rumah sewa mia. supaya lebih terjamin. langkah berjaga2..

    BalasPadam
  31. Tak baik nya dok pecah masuk umah orang..jika diamalkan lagi,memang akan kene balasannya..memang bahaya jugak kes macam ni kan.

    BalasPadam
  32. mmg kna berwaspada tntang tu.. msa jadi pnyewa dulu, kami sendiri yg amik iniasitif utk tukar semua knci dan tmbh kunci mangga lagi... utk keselamatan...

    BalasPadam
  33. seramnye klo ade yg menyelinap masuk tika kita ade kat umah
    tukar kunci adalah cara terbaik

    BalasPadam
  34. kalau penyewa selalu berganti, kunci pun kena ganti...banyak gak konnya tu

    BalasPadam
  35. bahay tu ..dulu rumah sewa kak saya pon pernah kena jgk cm gini ..

    BalasPadam
  36. Salam Bunda..
    huhuh.. biar berhabis..yg penting rumah tu selamat..
    alhamdulillah dah takde perkara2 yg tak diingini berlaku lagi..

    BalasPadam
  37. curi brg masih ok lagi . bencana lah klu kacau penyewa yg anak dara ...

    BalasPadam
  38. betul sangat2 tu bunda.. tak terlintas pun ..
    apapun itu semua sbgai pngajaran....moga dikemudian hari tk t'ulang lg

    BalasPadam
  39. memang betul tu bunda..elok tukar kunci.sebab pernah jadi jugak kes kat area rumah saya ni.lagi risau kalau yang menyewa tu anak dara.buatnya yang jahat tu masuk diam2 masa depa takde atau masa depa tidur huhu..

    BalasPadam
  40. Loor mesti pencuri tu bukan setakat tahu selok belok tapi mesti ada salinan kunci setiap pintu2 yang ada dalam rumah tu, betul tak?

    http://www.iskandarx.com.my/

    BalasPadam
  41. fuh !

    hati manusia kan bunda .. kita x akan jangka apa yg dia fikirkan .. entah2 penyewa yg terdahulu buat angkara .. siapa tahu ..

    betul dah tuu , tindakan menukar kunci atau pintu perlu , nak2 zaman skrg org susah semakin berani utk buat apa sahaja .. janji dpt lepaskan diri di zaman yg serba mahal ini ..

    semoga jadi pengajaran .. payah nak percayakan org skrg nie .. huhuh

    BalasPadam
  42. salam bunda..
    thanks sudi share..
    peringatan yang bagus ni..

    BalasPadam
  43. tu la yg sush kan bunda..
    tp demi keselmtn dri dan hrta bnda knela usha apa yg ptt kan bunda..

    BalasPadam
  44. macam2 taktik penyamun ni kan... grrrrr...

    BalasPadam