Selasa, 11 Jun 2013

Wanita Mengidam Makan Remote TV...



                  Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Siapa ada menonton MHI TV3 pagi tadi?... Bunda juga menonton, tajuk yang menarik pagi ni ada lah perbincangan berkenaan SINDROM  TICA. Sindrom Tica merupakan gangguan yang sering dialami olih kanak-kanak atau ibu mengandung yang kekurangan nutrien tertentu. 

Ini mengakibatkan mangsa suka makan dan ketagih  benda-benda pelik seperti sabun, kiwi kasut, ubat nyamuk,bedak talkum, sponge, beras, serbuk kopi dan banyak lagi benda pelik yang tak tercapai dek akal.

Menurut doktor jemputan di MHI, tabiat atau habit begini sekiranya tidak dapat di kawal dan menjadi habit mereka seharian dan tak bolih tidak makanya perlu berjumpa Pakar Psikiatri.  Sekiranya ia cuma untuk pertunjukkan atau pun hanya dimasa-masa tertentu sahaja maka ini di anggap perkara biasa.

Seperti pemakan kaca mentol kalimantang, kebanyakkan yang kita faham mereka ini hanya makan sekadar untuk pertunjukkan. Ini di anggap sebagai kepakaran mereka yang orang lain tak ada. Tidak kene mengena dengan sakit jiwa.

Menurut cerita seorang pemanggil wanita ini, (tak sempat nak catat namanya) sejak mengandung anaknya yang sulung lagi dia dah mula ada tabiat mengidam makan benda pelik seperti makan REMOTE TV...dimamahnya sikit-sikit tiap hari sampai habis.

Bukan remote saja, apabila mengandung anak keempat dia mengidam pula makan tisu paper.
Menurutnya lagi ada pulak perbezaan rasa antara jenama tisu paper tu. Yang paling sedap ialah jenama Premier. Kini dah empat tahun dah tabiat suka makan tisu. Wanita itu sendiri sedar perkara itu, tetapi dia tak dapat membuang tabiat itu dan meminta nasihat pakar untuk dibincangkan sekiranya ada caranya.

Gadis berusia 19 tahun berasal dari Florida ini suka makan sabun mandi kerana baunya yang sedap. Dia mencolek sabun basuh serbuk lalu di makan. Rasanya yang manis dan masin membuatkan nya sedap dimakan.

Kanak-kanak berusia 7 tahun yang berasal dari Sulawesi Barat ini pula ketagih makan ubat nyamuk. Tabiat ini disedari ibunya sejak dia berusia lapan bulan. Dalam sehari dia mampu menghabiskan sekotak ubat nyamuk.

Seorang ibu lima anak berasal dari Amerika Syarikat ini gemar memakan kusyen sofa. Dia telah alami tabiat ini selama 21 tahun. Puncanya sejak berusia 10 tahun dia tertekan kerana ibu bapanya bercerai.

p/s: Macam-macam kan benda pelik yang tak tercapai dek akal orang normal. Kalau ibu mengandung yang mengidam suka makan sabun tu rasanya dah biasa kita dengar dah..
Wallahu'alam.

53 ulasan:

  1. mcm2la kan bunda... ada juga kisah ibu mengandung mengidam makan kiwi kasut tu bunda... kalo mak Queen dulu masa mengandung duk kunyah beras.. kalo x dpt kunyah beras rasa mcm xde tenaga.. hehehe

    Alhamdulillah Queen mengandung xdelah mengidam benda2 yg pelik ni bunda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bunda pun takderlah ngidam yg plik2..klu org lain ngidam mkn mangga muda tapi bunda suka epal hujau, masam jugakkan, lagi satu tak suka mkn masakn rumah, nak beli jerr.. mengade2 jer bunyinya kan..

      Padam
    2. Saya ada tengok ni dekat TV3 pagi tadi:) Memang topik yang menarik..lebih-lebih lagi kebetulan bila pemanggil perempuan tu kongsikan ketagihan dia makan remote & tissue tu..sampai dia pun risau mintak pendapat dan mohon MHI bincangkan hal dia dengan pakar masalah macam dia tu.hehe

      New Entry "5 Tips Tanda Awal Kehamilan"

      Padam
  2. Ya memang pelik bunda... semoga kita semua tiada tabiat macam tu... amin... huhu

    BalasPadam
  3. ish pelik nyer
    sabun tu nah dgr..ni remote tisu kusyen..smpi ubat nyamur..ooo harap2 diorg ok je lah jgnlan ada pape

    BalasPadam
  4. part suka makan remote TV tu lawak juga ..ahahaha..
    pica ni mmg perlu dirawat, sebab side effect dari benda2 yg di makan tu selalunya merbahaya kepada tubuh badan..

    ps: saya dulu buat medic di IMU( pre-clinical years), lepas tu sambung clinical years di University of Sydney.

    BalasPadam
  5. kak bunda..sye pun ketagihan beras hehehe..tapi taklah hantu hehe..kalau teringat je g cari sejak preggy anak kedue..org tue kate anak puteh :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. beras tu taklah pelik..biasa jer dgr, tapi org kata bolih jadi sembab..

      Padam
  6. hadoii!!paling sik best nok makan ubat nyamuk iya bha..

    BalasPadam
  7. Anak Che Mid, Deeja paling suka makan beras, sampai Che Mid kena simpan tong beras dalam stor... dulu masa mengandung Farhan, Che Mid ngidam rokok keretek.. sukaaa bau dia.. aduii..

    BalasPadam
  8. Menakutkan aje kakak baca ini KN. Tapi hairanya tak kan tak boleh control dan tahu yg dimakan tu tak baik dan boleh mudharatkan. Kakak dulu tak makan sambal belacan tau KN. Tapi mengandung anak sulung bila makan di satu restoran ada sambal belacan, sejak tu kakak bila makan mesti nak ada sambal belacan. Sejak itu jugalah kakak dah pandai makan sambal belacan bahkan suka sampai sekarang ni...

    Nasib baik sambal belacan bukan yg tidak-tidak.

    BalasPadam
  9. pelik-pelik betul.. bahaya juga makan benda-benda tu.. sangat menakutkan bila ada kesan sampingan pada organ dalaman badan kita..

    BalasPadam
  10. assalam bunda..memang tak tercapai dek akal..

    BalasPadam
  11. Sungguh pelik dan xtercapai dek akal ade orang makan benda2 tu... Mintak di jauhkan lah, Mcmnelah nak mengunyah remote dgn sofa tu...geleng kepala dibuatnya :)

    BalasPadam
  12. Pelik, sangat pelik tapi bagi kita yang ada pegangan agama rasanya jika benda tu memudaratkan berusahalah untuk tidak melakukan.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum bunda.

    Salam Perkenalan. Bazi pon ada tgk tabiat2 pemakanan pelik dorg nih tp tak igt kt channel mana. Nsblah masa bazi pregnant tak mengidam mende2 pelik hehee

    BalasPadam
  14. As salamualaikum bunda..

    Pelik juga tabiat tu..boleh berlansung sehingga bertahun plak tu...nasib tk memudaratkan kesihatan si pemakan ye bunda...

    BalasPadam
  15. tak tercapai dek akal bila dgr makanan yg mereka makan ni..

    BalasPadam
  16. erkkkk..terkejut jap bca..mcm2 diorg ni..ble dah jd habit mmg ssah nk buang..budak mkn ubt nyamuk 2 bhya btol..nnti tua2 effect pnyakit mcm2 bru thu..kna cegah dr awl..

    BalasPadam
  17. assalamualaikum,

    fuh, remote control tu. gigi besi ker ibu mengandung tu..heheeh..

    alhamdulillah setakat dua anak setakat ni, Orang Bapak Bapak belum pernah mengidam lagi makan benda yang pelik2..heheh...

    BalasPadam
  18. bunda, bonda saya dulu suka mengunyah beras bila mengandung, huhu...

    BalasPadam
  19. huhuhu... harap2 nnti x mgidam cm tu laa.. >.<

    BalasPadam
  20. saya masa mengandung yg no 4.tak la mengidam yg pelik2 tp hari2 nk minum ABC,,nk kedai yg sama dan org yg sama buatkan ABC tu.

    pernah asben beli org lain yg buat...boleh pulak tahu tekak ni..bkn org yg sama yg buatkan ABC tu...

    BalasPadam
  21. erk ado yo orang makan remote TV...hadui...lawak...haha

    BalasPadam
  22. Salam Bunda..
    Huhuh... seramnya dgn sindrom ni..
    tak tgk pun rancangan TV tu..
    alhamdulillah..dan mudah2an tak delah kena sindrom ni..

    BalasPadam
  23. salam bunda..
    wah ..
    Allah..
    macam2 kan bunda..
    semoga kita terlindung di bawah zat nya..^^

    BalasPadam
  24. Apapun, dunia skrg mmg semakin pelik.

    BalasPadam
  25. erkk..sangat pelik...

    BalasPadam
  26. Uiks? Memang pelik betul. Macam-macam ragam manusia nie. Paling pelik makan remote tv tue. Macam mana dia makan erk? :D

    BalasPadam
  27. Makchaq masa mengandung anak kedua suka minum kopi dan bila dah minum serbuknya sekali makchaq makan....

    Simpati pulak dengaq sampai makan remote tu...

    BalasPadam
  28. hek eleh... alhamdulillah, IM tak pernah tempuhi suasana seperti itu!

    BalasPadam
  29. wah! pyh jgk sindrom tica ni ye bunda...tak sangka lak benda camni ada~~~ siap ada yang mam sabun? tak jejas kesihatan kew tu? nasib baik waktu mrs. krole pragnent dlu takdak mende camni berlaku~

    BalasPadam
  30. masyaAllah! kalau mengidam makanan yang baik2 tak mengapa. ni benda yang tak boleh dimakan, issshhh semoga Allah hindarkanlah ena dari semua ni bila mengandung nanti..

    BalasPadam
  31. wah ni kes niaya ni...nanti hasben dia balik rumah nak tgk bola carik remote tak jumpa...haha...

    BalasPadam
  32. Ya Allah....... minta la dijauhkan tabiat yang pelik-pelik ni...

    BalasPadam
  33. Kesian dia..dugaan ni..tapi memang ramai yang mengidam bukan-bukan ni bunda..jgn yang haram dah..

    BalasPadam
  34. Mcm2 penyakit pelik zaman skrg..

    BalasPadam
  35. salam BUNDA...pelik2 makanan yg depa kempunan.

    BalasPadam
  36. erkk.. jgn la mengidam benda2 gtu...

    BalasPadam
  37. ishhh pelik2 la penyakit sekarang

    BalasPadam
  38. pelik tapi benar..ada jg yg suka makan kaca. paku etc..mcm2

    BalasPadam
  39. ntah le Bunda. nakkesian ke nak ketawa ni.yang suka makan sofa tu. adoi..kalau la diatang umah T, bangun pagi tengok tengok lepsap sofa tu.

    tak kena kat diri sendiri seronok le ketawakan orang. kalau dah kena kat batang idung, cam no le kan. ( kata kat diri sendir)

    BalasPadam
  40. macam2..benda nak makan..mengidam apa amtu..pelik sangat... huhu..minta dijauhkannlah... sadis pulak baca

    BalasPadam
  41. tindakbalas psikologi akibat tekanan . makin maju sesebuah negara , makin byk tekanan ...

    BalasPadam
  42. salam bunda.....saya pun tengok,ketawa tengok keletah ally dan saiful sebab diorang terkejut caller tu beritahu mengidam makan tisu hahaha..pelik2 lah.doktor yang dijemput tu pun sporitng kelakar jugak he3..erkk yang kunyah kaca tu adeihh macam makan kerepek je hahahha...

    BalasPadam
  43. salam bunda..
    hahhaha, pelik2 kan manusia zaman sekarang..

    BalasPadam
  44. Haha...macam2 jenis manusia ni :D

    BalasPadam
  45. ya Allah... takutnya baca.. terkejut2 saya baca entri bunda ni... haih, macam2!

    BalasPadam
  46. tak pernah ngidam lagi
    gerun pon ada

    BalasPadam
  47. selalu sgt dgr org makan mcm2 yg pelik2 ni..aish..
    minta djauhkan la lau yaya ni..xmau ngidam mkanan mcm tu..lau makan yg elok2, madu ke,buah delima, kurma, yg baik2 xpela jgk..huu

    BalasPadam