Bismillahirrahmanirrahim...
As Salam,
Petang semalam lebih kurang 10 minit lagi waktu hendak berbuka puasa, bunda kat luar rumah sedang menutup pagar. Anak bunda baru balik kerja, baru je masukkan kereta. Kami bergegas sebab waktu berbuka dah hampir.
Tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni siap berjubah dan berkopiah, dia cepat-cepat menghampiri pagar bunda dan menunjukkan beberapa helai kertas seraya berkata.
" Assalamualaikum, saya ni nak kutip derma untuk biaya pembedahan mata saya. Bolih kasi sikit derma ikut ikhlas hati"
Bunda spontan menjawab..." waalaikumusalam, dah dekat nak berbuka dah ni dek"
Dia jawab pulak.. "saya tahu, tapi saya tak sempat keluar awal tadi, bolih bagi sedikit derma seikhlas hati"? masih menunggu..
Bunda dan anak berpandangan...bunda bertanya dengan anak, Nana ada duit? tolong bagi...bagi lah berapa pun, suka hati lah." bunda terus masuk rumah...tak lama lepas tu azan pun berbunyi..
Semasa sedang makan... bunda dan anak-anak bercerita lagi hal si hamba Allah tadi. Bunda merungut, bunda jadi tanda tanya... waktunya tak betul, tak sempat bunda nak baca kertas yang ditunjukkannya tadi dan tak sempat bertanya lebih lanjut.
Bunda cuma ingat dia cuma tunjukkan ada satu benjol sebesar ibu jari atas keningnya... yang itu ke yang di maksudkannya yang nak dibedah?
Orangnya hitam manis dan bertutur bukan macam melayu sejati, nak kata dialek Indon pun bukan..Bangla pun bukan....mungkin Myanmar kot, tak pasti?
Bila bunda nak tidur malam tadi, bunda teringat lagi si hamba Allah petang tadi tu. Yang bunda jadi tanda tanya sekarang bukan hal hamba Allah tu...tapi yang bunda fikirkan sekarang tentang bunda.
Seperti semua tahu, bulan Ramadhan ni adalah bulan yang menuntut kita berbuat amalan ibadah sebanyak mungkin. Salah satunya amalan bersedekah. Adakah bunda ikhlas bersedekah tadi? adakah sedekah bunda diterima Allah?
Astaghafirullahal'aziim....
p/s:
Dari Anas bin Malik, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda "hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka."
Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda " Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya, dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk serta Allah jadikan dia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan. "
ikhlas tu mmg susah nak dpt..hurmm~~
BalasPadamAllah jua yg tahu KN. Tapi setiap perbuatan yg baik Allah telah menjanjikan ganjaran. Lebih baik tangan yg menghulur daripada yg menadah..
BalasPadamSemoga Allah terima. Semoga pemuda tersebut di mudahkan Allah untuk buat pembedahan mata dia.
BalasPadamitu mungkin ujian allah yg bunda x sedar. maaf klu kasar sikit . lumrah bila dah berlaku baru berfikir . saya pun kekadang camtu ... tawakkal saja . sesungguhnya Allah itu maha menyanyangi ...
BalasPadamyg dah kita lepaskan tu anggap lah sebagai satu sedekah ..
BalasPadamapatah klu jumlah nya tk banyak.
moga kita dibalas dgn ganjaran baik apatah dibulan ramadan ni ..
InsyaAllah. kadang2 sy pon ada ragu2 jgk kak, takot2 sindiket, tp sbb kesian kadang2 kasi jgk, tp kalau org muda, sy jarang sgt kasi.
BalasPadammemang time tk kena la.tk pa kalau dia tipu pun kita dh niat sedekah insyaAllah Allah kira..
BalasPadamTakpelah Bunda, Allah tau niat Bunda....
BalasPadamSemoga diterima....
Kadang AJ sendiri pun ada terdetik macam tu since nampak orang buta yang minta sedekah tu sebenarnya celik dan bawak kete mewah....
Kalau dia tipu pun itu urusan dia dengan Allah, part kita lepas dah....
tak ape bunda...biasalah tu, yang penting atas niat kita saja...janji kita ikhlas~ cuma terpelik seketika kat mamat tu...bule pula time tu ya...tp mngkn dah rezekinya berjumpa ngan bunda waktu tu~
BalasPadamEntri bunda ni banyak pengajaran. Bersedekah adalah amalan yang tidak akan putus dapat pahala selepas kita meninggal dunia. Ikhlas dalam bersedekah. Musahabah diri bila kita rasa tindakan kita itu wajar atau tidak. Thank you.
BalasPadamwalaupn rsa macm dia berbohong tetapi niat kita iklas di kira oleh Allah..kelebihan bersedekah sgt5 lah banyk kn bunda?..yg penting kita iklas..=)
BalasPadamWalaupun ramai yg menipu tapi bg M biar la sedekah kta tu ikhlas kerana Allah..lepas sudah bahagian kta..dosa insan yg menipu tu biarlah dia dgn Allah...betul tak Bunda... Selamat berpuasa..moga sedekah Bunda diterima Allah swt...Aaminn.
BalasPadamassalamualaikum bunda..
BalasPadamkadang2 Allah uji kita dgn berbagai cara...moga kita bersangka baik ...
insyaAllah bunda, keikhlasan kita hanya dia saja yang boleh menilainya....
BalasPadamselamat berpuasa dan selamat beramal
BalasPadammoga2 segala amalan baik kita diterima
salam bunda =)
BalasPadamye..bunda,kdng yaya pon muhsbh diri..lepas bsdkah,adkah sedkh yaya tu ikhlas..Astghfrlazm..smoga djauhkan dri niat yg bukan2 yg sia2..smoga amalan kita ikhls dan dterima Allah..InsyaAllah..
Moga ada keikhlasan sewaktu bersedekah itu. Biarlah, apa niatpun si peminta sedekah itu. Yang penting sewaktu kita bersedekah itu kita niat untuk bersedekah. Kadang-kadang timbul was-was juga dengan peminta sedekah itu.
BalasPadamasalkan niat kita ikhlas....tak pe lah dia nak menipu ke tak...
BalasPadammoga allah merahmati nyer
teringat peristiwa aiza ke tesco petang semalam.. ada seorang lelaki bercakap dialek kelantan menghampiri aiza selepas aiza selesai meletak kereta.. di tangannya ada sebungkus keropok ikan, dia paksa aiza beli keropok tu dengan harga rm12.00.. terus aiza jalan cepat-cepat sebab takut juga..
BalasPadamKadang2 kita ikhlas tp bercampur was2.. sebab ramai sgt yg menipu skrg ni.. teman mmg akn mgungkit pmberian sedekah tu klu teman dapati org tu menipu.. tp klu terang2 nmpk dia mmg memerlukan, teman beri dgn seikhlas hati..
BalasPadamskrg ni nk derma pon serba salah..byk kes yg salah guna keikhlasan rakyat kita
BalasPadamSemoga Hati sentiasa Ikhlas utk beribadah... Insya ALLAH (^_^)
BalasPadamtapi kadang2x peminta sedekah tu pun bukan betul sangat yelah menggunakan duit ke jalan lain...
BalasPadamSaya pun kdg2 dlm dilema bunda. Kdg2 kita tertanya2 betul ke si peminta tu walhal ujian yg diberi ialah sanggup kah kita memberi harta kita ( duit misalnya) kepada orang yg meminta. Klau pun bukan pembedahan mata, kita redha jelah kalau itu sebenarnya untuk makan dia atau masalah hutang yg dihadapi. Kita pun dah tak ingat apa2 lagi lps tu
BalasPadamsalam Bunda..
BalasPadambersedekah ni amalan mulia.. tp itu lah..kadang2 bila hati tak ikhlas nk bersedekah pun payah juga..cma pernah mengalami situasi begini.. (nk cepat) jadi bg apa yg ada sambil merungut.
*tiada keihklasan disitu*
Bersedekah akan terasa nikmatnya bila kita dlm keadaan bersedia untuk melakukannya.moga sedekah bunda di terimaNya..
BalasPadamAssalammualaikum Bunda, jangan berduka cita, mudah mudahan apa yang Bunda dah beri di terima Allah Taala, Ujian Allah Taala dengan meminta derma nie memang banyak fesyen, kalau yang datang tu bangsa apa sekalipun, agama apa sekalipun, walaupun tipu, bagi je mudah-mudahan dengan izin allah Taala sedekah kita tu akan dapat merubah perwatakkan, suasana, keadaan, dan situasi serta masalah peminta sedekah itu sendiri.
BalasPadamBunda kalau komen is nie pening ini versi pasarnya: Bunda wat tak tau ja, semua itu kerja Allah Taala, jangan Bunda risau, inysallah.
Padamsalam bunda...wah kalau saya kat tempat bunda pun mungkin akan terfikir macam tu juga.masa bulan inilah ujian dan dugaan datang bermacam cara.saya pernah kongsi entri tentang buku mudahnya menjemput rezeki..ada kisah tentang bersedekah.semoga Allah berkati rezeki bunda...amin ^^
BalasPadamdengan bersedekah rezeki kita akan bertambah...insha Allah..
BalasPadamkalau sy pon mcm tu, macam bunda gak...xde la nk layan senyum bagai...kalaupun bagi tetap mulut berkata sesuatu sinis barangkali.Sesungguhnya Allah itu mengirim pahala utk kita di bulan mulia ni dalam berbagai bentuk ujian. hanya tingal kita sja nak buat atau sebaliknya..ikhlas itu setakat mana. wallhu'alam.
BalasPadambulan ramadhan ni kena rajin dan ikhlas bersedekah ^^
BalasPadamSedekah...pemberian mestilah ikhlas, jika timbul curiga dan spt terpaksa...tapi bila ianya di ingatkan kembali, cubalah niatkan kembali pemberian tersebut dengan ikhlas kerana Allah. Allah Maha Mengetahui...semoga kita lulus dgn ujian dariNya. Ambillah ianya sebagai ikhtibar dan muhasabah diri.
BalasPadamselamat pg&salam ramadhan # 13 buat bunda..
BalasPadamAssalam bunda..alhamdulillah..perkgsian yg sgt berguna bunda =)
BalasPadamkdg2 timbul was2 jugak nak bg derma...tp bila dikenangkan balik... yang penting niat kita ikhlas tuk memberi terpulang kepada org yang menerima derma tu...
BalasPadamperkara yang dah lepas kita tak boleh nak undur kembali..sabar dan istifarllah selalu..terkadang Allah menduga kita tak tentu masa cuma kita tak perasan..
BalasPadamwahualam..
Kalau JM di tempat Bunda pun akan berfikir dan bertindak cara yang sama..biasa lah Bunda..sikap kita mmg mcm tu tapi marilah kita sama muhasabah diri termasuk lah JM ni
BalasPadamKalau saya di tempat bunda pun akan terfikir demikian jugak....
BalasPadammemangla kalau si peminta tu nampak mencurigakan mesti kita fikir macam2..
BalasPadamskrg ni dah ramai sgt ambil kesempatan.. tu yg confuse bila nak derma..tapi betul/tidak nya hanya Allah yg tahu..
BalasPadamInsyaAllah derma bunda tu ikhlas.
BalasPadamtapi xboleh nak salahkan bunda juga kan.
dengan cara org tu dtg mntak sedekah.
masa dy.
kalau btol memng utk pembedahan mata dia. Doakan berjalan dengan lancar.
Kalau dia tipu..dy yg kena tanggung kan :)
jemput datang blog baru Fatin :)
Kadang-kadang kita ter'miss' benda yang kecil camni tapi besar disisi Allah... Sebab itu kita diwajibkan untuk saling ingat mengingati.. Terima Kasih Bunda... Sekurang-kurangnya coretan ini mengingatkan saya betapa indahnya bersedekah..
BalasPadamsaya pernah alami perkara yang sama. sedekah dekat budak minta derma untuk sekolah. pastu bila balik terfikir fikir.. budak tipu atau tidak..
BalasPadamSalam, syaitan akan membisik supaya kita mengelak melakukan kebaikan..ditiup dengan was-was dan prasangka buruk pula.. Allah akhirnya kita termangu sendiri kan kak..
PadamIkhlaskan diri saja masa bersedekah, tak perlu pikirkan sama ada hamba Allah itu jujur atau tidak, kerana itu urusan antara dia dengan Tuhan....
BalasPadamjanji ikhlas kan bunda !
BalasPadambenda yg disedekahkan membuatkan hati seseorang tenang menerima ;)
takpe lah bunda...ikhlas atau tak tu biar allah yg tentukan...tapi zaman sekarang ni mmg tak hairan kalau kita ada rasa "syak" dekat org yg minta derma ni...lebih2 lagi byk kes penipuan yg berlaku....bukanlah berkmakna kita ni bakhil nak beri sedekah...cuma kita takut rasa terkilan jika ditipu...
BalasPadamtakpe bunda.. setiap orang pasti akan melakukan kesilapan tanpa disedari.. kita manusia biasa.. tak lepas dari melakukan kesilapan. apa yang penting, kita tak ulanginya lagi..
BalasPadamyg pastinya ALLAH tahu niat bunda..
BalasPadamrasa curiga slalu terdetik bila kita nak buat baik...perbanyakkan istighfar...
BalasPadamkdg2 tu kita was2 jugak
BalasPadamxpelah kita dah menjlnkan kewajipan kita
org tu biarlah dia jwb dgn Tuhan nti
Niat asal memang nak bersedekah tapi selepas tu mula dilanda perasaan was2 tapi takpelah.. niat memang untuk bersedekah, terpulanglah pada penerima tu, kalau dia bohong itu antara dia denganNYA.. ;)
BalasPadambtl itu..kita kena ikhlas dlm sedekah..hehe
BalasPadamassalam bunda..
BalasPadamInsyaallah semoga niat kita untuk bersedekah diterima olehNya. samaada ianya di jalan yang betul atau tidak allahualam...
salam bunda..
BalasPadamniat mmg bersedekah.. hanya allah maha mengetahui
Insyallah sedekah amalan yang mulia di Bulan ini
BalasPadamsaya pon pernah dalam situasi begitu..sudah bersedekah.. tp tetiba boleh terfikirkan org itu.. mula laa terfikir bukan2.. huhu... cepat2 istighfar.. bimbang jadi tak ikhlas plak....
BalasPadamhari tu sy dgr ceramah.kt penceramah, kalu nk tahu ikhlas ke x, jgn sebut amount yg diberi..biar antara kita dan Allah shj yg tahu
BalasPadamp/s nak jemput tuan blog join GA anjuran sy... ;-)
Ada masa kita ragu2 kan Bunda nak memberi sebab curiga peminta sedekah menipu, kalau diberi nanti menggalakkan lagi dia menipu dengan orang lain pula. Apapun, kalau kita tak tahu, berserahlah kepada Allah SWT,insyaAllah diterima pemberian kita.
BalasPadambab2 sedekah ni KA selalu teringatkan Adik.. dier cukup mudah memberi kalau ada apa2 lagi bab2 derma ni
BalasPadamxslah klu bunda curiga dgn peminta sedekah tuh , tp jgn berlarutan , takut jd xikhlas pulak . Kalau dia nk menipu , biar lah . Urusan bunda dah selesai , bunda dah sedekah pun , biar dia plak berurusan dgn Allah klu dia mnipu ^^
BalasPadamMungkin bunda rasa curiga jer kot kt hamba Allah tadi.. apa2 pn bunda dh tunaikan tanggungjawab bunda tadi.. kalau hamba Allah tue menipu itu urusan dia dgn Allah..:)
BalasPadamInsyaAllah, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima... Allah sahaja yang dapat tentukan semuanya...
BalasPadamsatu perkongsian yg sangat bermanfaat
BalasPadamSalam bunda..tangan yang memberi lebih baik dari yg menerima..sedekah kerana Allah…biarlah dia Bunda..yang penting niat bunda Ikhlas
BalasPadamSalam Bunda,
BalasPadamTerima kasih kerana posting bunda ini penuh dengan pengertian dan peringatan secara tersurat dan tersirat.
ummisara a.k.a edelweiss
Zaman skrg ni mcm2 stail peminta sedekah ni.. Yang penting keikhlasan kita je Bunda.. InsyaAllah.. Sedekah Bunda akan dinilai oleh Allah SWT sahaja.. Waalahualam..
BalasPadamsekarang nie..memang ramai yg menipu minta sedekahkan...tak mengapalah bonda..yg penting niat kita..
BalasPadammmg kdg2 kita ragu2 kan. takut la dari org upahan sindiket kan.
BalasPadamtapi niat ikhlas derma, diorg nak buat apa2 kat duit derma tu tu kira hak dia la. dosa dia tanggung kan kalau menipu.