Jumaat, 26 Julai 2013

Peristiwa Nuzul Al Quran..


                        Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Di Malaysia tarikh cuti umum Nuzul Al Quran 2013, jatuh pada hari Jumaat 26 hb Julai 2013.  Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang , Selangor dan Terengganu sahaja antara negeri-negeri yang mengambil cuti umum sempena Nuzul Al Quran.

Peristiwa Nuzul Al Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira', bersamaan dengan 6 Ogos 610 Masihi.

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa  Al Quran adalah Mukjizat terbesar Nabi SAW, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat islam terutama yang serius memikirkan rahsia Al Quran.

Al Quran adalah hidayah, rahmat, syifa', nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia...segala isi kandungan al Quran itu benar.

Al Quran juga dikenali sebagai Al Nur, bererti cahaya yang menerangi. Al Furqan bererti yang dapat membezakan antara yang hak dan yang bathil dan Al Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Ayat al Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan  (sekalian makhluk) Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku ..Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ..Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"....(Al-'Alaq : 1-5)

SUMBER

37 ulasan:

  1. Assalamualaikum bunda :) semoga bunda sihat selalu. Saya duduk di Johor, kadang kala lupa akan tarikh ini gara2 tidak dapat cuti umum. Thanks sharing ya Bunda :)

    BalasPadam
  2. salam bunda...
    selamat menghayati peritiwa penurunan alquran ..

    BalasPadam
  3. zara panggil surah iqrok..ingat waktu sek dulu mak selalu suruh baca surah iqrok..=)

    BalasPadam
  4. alhamdullilah, baru selesai khatam quran lpas subuh tadi dgn jemaah surau.thn ni lmbat sikit,tahun lepas hari ke 11 dh khatam sekali...

    BalasPadam
  5. Mukjizat terbesar dan inilah sahaja panduan dan pedoman hidup yg di tinggalkan buat Umat Nabi Muhammad SAW. Marilah kita membacanya, fahami dan amalkan...

    BalasPadam
  6. Allahuakbar
    salam nuzul alquran bunda
    penang cuti rini
    tp ofis el x amek
    so terpksa lah koje sorg2
    yg xleh bla 2 org cina ni amek cuti hehe
    el nak amek sayang pulak sbb nti raye dah xde cuti hehe

    BalasPadam
  7. terima kasih sebab berkongsi ye bunda :)

    BalasPadam
  8. Salam Ramadhan Bunda

    terima kasih

    BalasPadam
  9. salam pagi jumaat bunda.. perkongsian yang baik bunda.. KL tak bercuti pada hari nuzul al-quran..

    BalasPadam
  10. salam ramadhan # 17
    salam nuzul AL-QURAN buat bunda

    BalasPadam
  11. salam nuzul Quran Bonda..Nice sharing...

    BalasPadam
  12. Sandaran setiap umat inilah Al-Quran. Tanpanya tiada panduan. Bersama kita hayati isi kandungannya KN

    Sebab itulah kakak kerja hari ini KN. Negeri Johor tak ambil jadikan cuti umum - sedih:(

    BalasPadam
  13. salam bunda. semoga keluarga sihat hendaknya. sama-samalah kita manfaatkan ramadhan dengan sebaiknya. inshaAllah :)

    BalasPadam
  14. Salam Bunda..sama2 kita perbanyakkan membaca Al Quran serta bertadabbur.

    BalasPadam
  15. Ramadhan adalah bulan al Quran . sama - sama lah kita rebut ganjarannya ...

    BalasPadam
  16. Assalam bunda =) Alhamdulillah perkongsian yg berguna sangat2 bunda..manusia tnpa Al-Quran gelaplah hidup dia

    BalasPadam
  17. assalam bunda... peringatan yg bagus... salam nuzul Quran dan salam Ramadhan...

    BalasPadam
  18. Nice sharing bonda...
    salam nuzul quran dari Nur.. :)

    BalasPadam
  19. assalamualaikum..bunda :)

    x berapa byk negeri yg ambil cuti nuzul quran kn...

    salam nuzul quran bunda dan slmt bersahur :)

    BalasPadam
  20. salam ramadhan untuk bunda..

    ; )

    BalasPadam
  21. Salam Ramadhan Untuk Bonda...sejarah Nuzul quran nie memang seronok baca...

    BalasPadam
  22. salam ramadhan bonda. lama dah tak baca tentang sejarah nuzul quran.bila baca ni teringat balik. thanks sudi share

    BalasPadam
  23. salam perkenalan bunda, perkongsian yang bermanfaat untuk peringatan bersama

    BalasPadam
  24. Salam ziarah Bunda, sambil ajak join GA... Sudi2lah join GA saya :)

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum bunda...

    Cuti panjang kami di perak ni..dpt la tiga hari

    Salam nuzul quran bunda

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum bunda.

    Inilah peninggalan baginda buat umat yang dicintainya..

    BalasPadam
  27. Assalam Bunda
    InsyaAllah kita sama-sama baca, fahami, sebarkan dan amalkan Quran. Setuju juga bila ada ustaz kata, bagi yang sudah lebih umur, bahagian "pengamalan" amat penting..... wajar ada kekuatiran tentang terbatasnya waktu untuk mempraktiskan apa yang Quran (yakni Allah) suruh kita lakukan.

    BalasPadam
  28. terima kasih bunda atas perkongsian...banyak yang krole dapat refresh semula lepas baca entri ni...kenapalah negeri krole ni tak beri cuti umum waktu nuzul Al-Quran...sekurang-kurangnya kalau diberi...semua umat islam disabah dapat menumpukan seluruh perhatian dengan hari tersebut...memperbanyakkan ibadah, pembacaan Al-Quran, dan banyak lagi...ni tak...dah macam hari biasa kalau orang tak tahu~

    BalasPadam
  29. asssalamualaikum, nice sharing.

    BalasPadam
  30. salam. selamat bertadarus pd bln puasa ini..

    BalasPadam
  31. perkongsian yg baik bunda.....

    BalasPadam
  32. Selamat menyambut Nuzul Quran Bunda.

    BalasPadam