Isnin, 8 Julai 2013

Ramadhan Semalam...



Secebis kisah benar...

Al-kisah dimulakan cerita yang sangat memilukan hati,  tentang perbualan telefon antara seorang anak perempuan dengan ayah yang tercinta.

Kisah berlaku  lima tahun yang lalu dimana pada saat itu hanya dua hari sahaja lagi umat islam sedang menunggu detik ketibaan nya Ramadhan Al Mubarak.

Pada suatu petang 29hb Ogos 2008...

Seorang ayah (pengawal keselamatan sebuah bank)  bercakap telefon dari pejabatnya di Shah Alam  dengan anak perempuan nya yang juga sedang bekerja di sebuah syarikat  di Ampang.

Si anak tak tinggal sekali, duduk menyewa rumah bujang di Ampang, begitu juga si abang..


Ayah : Hello Dek na, ni ayah ni...kau tahu kan esok lusa kita dah nak puasa?

Anak : Tahu...kenapa ayah.?

Ayah : Semua cuti kan, kalau boleh ayah nak kau balik... sama-sama kita berkumpul sambut awal puasa ni kat rumah..

Anak : InsyaAllah yah, abang camne?

Ayah : Abang outstation kat Kuantan ni...Tadi ayah dah kol abang, kalau boleh abang pun ayah suruh balik jugak.. " Nanti ayah dah nak balik kampung "..

Anak : Okey yah, assallamualaikum..

Setakat itu sahaja yang sempat perbualan dan pesanan antara ayah dan si anak.  Lebih kurang jam 9 malam yang sama, sianak tadi mendapat pula panggilan telefon dari abangnya dari Kuantan.


Abang :  Hello...Dek na, orang baru dapat kol dari pejabat ayah ni, tapi orang tak sempat bagitahu kat mak lagi berita buruk ni....orang on the way..(dalam nada cemas dan sebak)

Adik :  Abang, berita apa nya ?... kenapa dengan ayah? (tanya siadik, juga cemas)

Abang :  Dorang bagi tahu dalam pukul 8 tadi ayah dah takde...ayah dah meninggal semasa dalam kerja (sebak) dorang kata ayah kene tembak perompak..tak sempat sampai hospital (sebak).. bagitahu mak tau..orang on the way ni..


Setelah mak dan saudara mara di sampaikan berita sedih ini, maka berkumpullah semua di hospital menziarahi jenazah.  Setelah dibedah siasat maka disahkan kematian siayah akibat ditembak.

Besoknya Sabtu 30hb Ogos 2008 jenazah selamat di bawa dan disemadikan di kampung halamannya di Perak. Betullah apa yang telah dibertahu si ayah dalam telefon yang dia nak balik kampung.

Pada Isnin 1hb September 2008 bermulalah umat islam berpuasa.

Sejak Ramadhan itu dan Ramadhan-Ramadhan seterusnya hanya isteri dan anak-anak sahaja tinggal berkumpul bersama menyambut awal Ramadhan dan Syawal tanpa suami dan ayah disisi.

July 10, 2013 / 1434 Hijrah ...kini Ramadhan datang lagi. Bagi si anak perempuan setiap kali Ramadhan menjelma, masih terngiang-ngiang suara terakhir panggilan telefon dari ayahnya minta berkumpul menyambut awal Ramadhan. Amat terkesan di hatinya.

Moment yang sukar dilupakan bagi sianak dan seisi keluarga. Walau bagaimana pun bagi anak-anak dan isteri yang masih tinggal, hidup perlu diteruskan.

Walaupun jauh disudut hati masing-masing sukar digambarkan betapa sedihnya setelah kehilangan orang yang tersayang dan juga tempat berlindung selama ini.

Sesungguhnya Allah lebih menyanginya. Seisi keluarga redha akan ketentuan Nya.

Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman...amiin.

Subhanallah...Lailahaillallah...Allahuakbar...




97 ulasan:

  1. assalamualaikum bunda..

    kisah hidup bunda ke nih..?sedihnya...pasti setiap kali ramadan hal ini menjadi ingatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. astaghfirullah..menyedihkan cerita ni..harap bunda banyak bersabar..macam ustazah saya pesan, Allah tak akan bagi sesuatu cubaan kepada seseorang kalau orang tu tak mampu nak hadapinya

      New Entry "Percutian ke Hong Kong - Macau Day 7 Part 1 (The Peak)"

      Padam
  2. Al-fatihah untuk arwah.moga roh arwah tenang di sana.

    BalasPadam
  3. Setiap yang pergi pasti akan dirindui....

    BalasPadam
  4. alfatihah ...


    ita plok dah 3 tahun sambut ramadhan sorang diri..mak ita pergi seminggu nak sambut ramadhan...dulu memang tak biasa tapi sekarang ni dah makin biasa..

    BalasPadam
  5. Sedihnya. Ajal maut itu di tangan Tuhan kan. al Fatihah.

    BalasPadam
  6. al fatihah.. sypn kehilangan ibu dek peristiwa yg menyayat hati, al fatihah buat mereka yang telah tiada

    BalasPadam
  7. Kesedihan tidak perlu berpanjangan. Tukarkan ia kepada kenangan dan penghargaan...Kirimkan doa dan al-fatihah. Semoga ramadhan ini peluang untuk kita mengirimkan bekalan berganda buatnya. Semoga dia bersemadi aman dan dirahmati Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu BM.. thanks for the advice to all of us.

      Padam
    2. terima kasih BM..itulah yang bunda dan anak2 lakukan ..tetapi tak bolih nak bohong atau sembunyi persaan tu pabila tiap kali Ramadhan menjengok dan tak lama lagi Syawal pula menjengah..

      Tuhan ajer yg mengetahuinyer..sedih sangat..

      Padam
  8. al fatihah..
    cerita yang menyentuh perasaan, teringat ayahanda mama di kampung..

    BalasPadam
  9. tersentuh dgn entry bunda kali ni...apapun, hargailah org trsyg selagi ada waktu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu anakanda, sayangi dan hargailah orang2 yang kita sayang selagi dia masih ada...

      inilah yang tersurat utk bunda dan anak2, walaupun pahit tapi kami redha...tiap kali ramadhan, tragedi berdarah ini kembali dlm kenangan bunda dan anak2..

      Padam
    2. Wan paham. bersabar la bunda yer. Apapun, kita yg masih ada perlu teruskn hidup dan merebut pahala sebanyak mungkin. Yg dah tiada itu sudah mengetahui hala tuju mereka dan Insyaa Allah rahmat Allah bersama-sama mereka juga kerana Allah lebih syg mereka...kuatkan semangat yer bunda.

      Padam
  10. selamat berpuasa bunda.

    ikhlas dari
    bankami.net

    BalasPadam
  11. Si ayah macam tahu je dia nak pergi. Sempat menalifon anak-anak, jadi anak dapat bercakap dgn ayah buat kali terakhir.. Semoga rohnya tenang di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kuasa tuhan, Allah yang Maha Esa.

      Padam
  12. sedih baca kisah nie..kdg2 kita tak perasan pun kata2 dan tingkah laku dan orang yang hendak meninggal dunia sehinggalah mereka pergi meninggalkan kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi itulah hakikatnya.. tragedi yang berlaku dlm sekelip mata...

      Padam
  13. Salam bonda
    Sure dek na tu sedih Sgt kan...kita bacapun sedih.
    Selamat berpuasa bonda..hugs

    BalasPadam
  14. alfatihah untuk arwah.. salam ramadhan bunda

    BalasPadam
  15. Salam Ramadhan, bonda. Tentunya peristiwa itu mengganit perasaan pilu buat keluarga itu setiap kali Ramadan menjelma. Semoga mereka tabah dan redha dengan pemergian ayah tersayang

    BalasPadam
  16. sedih membaca kisah ni bunda.. teringat pada arwah ayah aiza.. al-fatihah kepada mereka yang telah pergi..

    BalasPadam
  17. kisah teladan yang baik
    kat mana pun kita, berkumpul bersama keluarga juga yang terbaik

    BalasPadam
  18. msti diorg terasa sgt..lgpn esok dh start puasa..harap trus tabah la..slam ramadhan bunda

    BalasPadam
  19. Asslammualaikum Bunda, is datang nie nak ucapkan Selmat menjalnani Ibadah Puasa. Janganlah Bunda bersedih segala0nya termaktub dan Qada dan Qadar Allah Taala, Insyaallah.

    p/s: Dove Red Mummy Satu Untuk Bunda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walau pun pahit bunda dan anak2 redha akan apa yg tertulis...perginya terlalu mengejutkan..tersentak bunda ngn anak2 disaat itu..

      Padam
    2. ketika itu anak2 dan isteri dikerumuni press...trajedi berdarah, rompakan bersenjata ini menjadi Tajuk Utama/ front page media cetak dan media elektronik..

      Padam
  20. Selamat menjalani ibadah puasa ye bunda....sedih baca kisah anaknya x sempat jumpa ayahnya...Umi Qi harpa sgt ya Allah panjangkanlah umur kedua ibu bapa umi Qi...

    BalasPadam
  21. Walau pun perginya siayah tanpa sempat bersama dgn anak-anak tetapi perginya ia dgn puashati juga sebab anak-anak kelihatannya baik-baik dan menurut memang mahu pulang seperti kehendak si ayah.

    Insya-Allah si ayah tenang di sana kerana punya isteri dan anak-anak yg soleh/solehah.

    BalasPadam
  22. Sedih kisahnya. Mesti akan terkenang sampai bila2 setiap kali Ramadhan. Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Bunda

    BalasPadam
  23. Selamat berpuasa semoga di bulan Ramadhan yang akan tiba ini dapat ditunaikan dengan tenang samoga roh arwah dicuduri rahmat Allah..

    BalasPadam
  24. selamat berpuasa kak !

    sayu rasa hati membaca .. sama2 kita sedekahkan alfatiah buat mereka yg lebih awal meninggalkan kita ..
    kita entah esok lusa .. adakah sempat menyambut kedatangan ramadhan tahun ini huhu

    BalasPadam
  25. salam ramadhan juga bunda..

    BalasPadam
  26. al fatihah buat si ayah...

    semoga keluarganya tabah dalam meneruskan kehidupan seharian walaupun tanpa tunggak utama di sisi.

    salam ramadan buat Bunda.

    BalasPadam
  27. salam bunda ..
    selamat menyambut ketibaan ramadan ..
    kita sume menuju kpdNya umpama menaiki satu gerabak ..
    cume siayah tu memaut gerabak tu awal sikit ..
    kita juga akan memaut gerabak tu juga nanti ..
    apapun alfathihah kepada sume yg telah pergi mendahului kita ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...kini tinggal lah siibu dan anak2 dalam perjalanan kedestinasi seterusnyer walaupun perit..

      Padam
  28. Bunda,

    Terima kasih sudi singgah. Selamat berpuasa.
    Beruntung bagi sesiapa yang masih punya ibu bapa.

    BalasPadam
  29. Ya Allah...sedih baca cerita ini bunda~ dibulan keberkatan ini sedekahkanlah Al-Fatihah kepada semua umat islam yang telah pergi terlebih dahulu, Amin~ terima kasih kerana berkongsi cerita ini bunda~

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih anakanda dan yg lain2 atas doanya...berat mata memandang berat lagi bahu bunda dan anak2 memikul..

      Al Fatihah..

      Padam
  30. Al-Fatihah untuk Arwah dan takziah kepada keluarganya. Sedih baca cerita ni. Bak kata BM di dalam komennya diatas, sedekahkanlah seberapa banyak Al-Fatihah pada arwah. Doakanlah arwah setiap kali selesai solat.

    Kepada semua pengunjung blog ini.. selamat menyambut bulan ramadhan, selamat berpuasa, moga ramadhan ini kita gunakan untuk beribadah kepada Allah melebihi dari ramadhan yang lepas.

    BalasPadam
  31. Sebaknyer KA baca terus teringatkan arwah abah... selamat menjalani ibadah puasa bonda & Mudah2an amalan & ibadat kita diterima Allah swt hendaknyer

    BalasPadam
  32. selamat berpuasa esok…ye

    http://www.noormalashahar.com

    BalasPadam
  33. sedihnya bunda..semoga rohnya tenang di sana..alfatihah

    BalasPadam
  34. Selamat menjalani ibadah puasa utk bunda....

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum JN,

    Al-Fatihah untuk roh arwah ayah (tak pasti ianya ayah KN ker). Selamat menjalankan ibadat puasa yer. Semoga diberikan Allah kesihatan yang baik dalam bulan yang penuh kekerkatan ini.

    BalasPadam
  36. Al-fatihah utk arwah..
    sedihnyer..
    skrg bila ramadhan tiba pasti membuat acik n family tersentuh..
    pemergian arwah pakngah ckup buat kmi terasa kehilangan..

    BalasPadam
  37. Al fatihah untuk arwah
    sedih baca kisah ni....tak tahu bila pula masa kita kak....
    selamat berpuasa kak..

    BalasPadam
  38. al fatihah utk arwah...

    saya pula teringat pada arwah pakcu saya.. meninggal dunia sehari sebelum ramadhan...

    selamat menyambut bulan ramadhan..dan selamat berpuasa :)

    BalasPadam
  39. sedihh baca kisah ni...
    al-fatihah..

    salam kenal bunda...
    nory datang sini balas kunjungan...
    =)

    BalasPadam
  40. kisah sedih sebelum Ramadhan..salam ramadhan bunda

    BalasPadam
  41. Al fatihah utk arwah...
    selamat menunaikan ibadah puasa...sama2 kita mengejar ganjaran yg dijanjikanNYA..

    BalasPadam
  42. Selamat Bertarawikh, Bersahur & Berpuasa Bunda, Suami & Anak2 :)

    BalasPadam
  43. sedihnya...mesti teringat tiap kali ramadhan cmni..apa pun salam ramadhan bunda..:)

    BalasPadam
  44. Al-fatihah utk aruah ayah...Tiba-tiba teringat aruah ibu dan ayah saya .....sekarang tak dpt lagi sesekali berbuka bersama dan berhari raya bersama seperti dahulu....

    BalasPadam
  45. salam ramadhan BUNDA..sedihnya baca cerita ni..
    al-fatihah buat arwah ayah..

    BalasPadam
  46. al fatihah utk arwah....

    bunda ni kisah bunda sendiri ka? sedih lak bile jaa baca. btw salam ramadhan dari jaa....

    BalasPadam
  47. Sebak juga ni Bunda, kisah Bunda sendiri ke ni?. Ummi pun kehilangan ayah, tak lama sebelum meninggal, arwah ayah ada menelefon dari Makkah, tak sangka itu pangilan terakhir darinya dan ummi lah anak terakhir yang bercakap dengan arwah melalui telefon.
    Al Fatihah buat semua ayah..
    Selamat menjalani ibadah puasa juga Bunda.

    BalasPadam
  48. salam pkenalan bunda..

    sebak rasanya, alfatihah utk arwah

    BalasPadam
  49. sedihnya membaca cerita ini...AL Fatihah untuk arwah

    BalasPadam
  50. al fatihah..selamat berpuasa untuk bunda sekeluarga

    BalasPadam
  51. salam Ramadhan Bunda...sedihnya ema baca entry ni..Al-fatihah untuk arwah ayah...

    BalasPadam
  52. Salam Ramadhan buat Bunda sekeluarga..
    Al fatihah untuk arwah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Amin

    BalasPadam
  53. salam ramadhan untuk bunda sekeluarga..alfatihah untuk arwah....

    BalasPadam
  54. Sedihnya bila baca.. moga roh arwah tenang di sana

    BalasPadam
  55. selamat menjalani ibadah puasa buat Bunda sekeluarga & Al-fatihah buat arwah

    BalasPadam
  56. sebak sgt bace kisah nie. al-fatihah bt arwah.
    salam ramadhan bunda.

    BalasPadam
  57. Semoga Allah tepatkan arwah dalam kalangan hambaNya yang bertaqwa..amin

    BalasPadam
  58. Sesungguhnya ajal itu ketentuan-Nya. Pagi tadi sesudah subuh, pakcik saya meninggal dunia. meninggal pada ramadhan pertama

    BalasPadam
  59. Al-Fatihah untuk arwah dan ahli keluarga kita semua juga. Selamat berpuasa Bunda.

    BalasPadam
  60. salam Bunda,Slmt menyambut Ramadhan Al-Mubarak & slm berpuasa utk akka sekluarga.

    BalasPadam
  61. Salam 1 ramadhan&selamat berpuasa buat bunda sekeluarga

    BalasPadam
  62. salam ramadan dan selamat berpuasa :)

    BalasPadam
  63. semoga raamdan kali ini menjadi milik kita
    salam ramadan buat bunda sekeluarga

    BalasPadam
  64. selamat berpuasa buat bunda sekeluarga

    BalasPadam
  65. salam........sejarah menjadi ingatan sepanjang hayat

    BalasPadam
  66. nice sharing... salam ramadhan bunda ^^

    BalasPadam
  67. selamat berpuasa bunda and family, semoga sampai abis nanti boleh berjaya puasanya, salam dari indonesia.

    BalasPadam
  68. salam ramdhan.. sedih.. sayu hati bace,,

    BalasPadam
  69. sdihnya..smoga brada brsama org briman..slmt brpuasa bunda:-)

    BalasPadam
  70. hurm.. rasa sedih baca kisah ni.. :(

    BalasPadam
  71. tersentuh apabila membaca entry nih kak...huhu

    selamat berpuasa buat akak sekeluarga yer...

    BalasPadam
  72. sebak tasneem baca kisah Bunda. tabah kan hati Bunda, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. semoga kita semua mendapat keberkatan Nya, InsyaAllah. Amiinn. :')

    BalasPadam
  73. sedih sangat..selagi mereka ada, jangan disiakan..
    semoga cerita ni memberi pengajaran kepada semua, walopun bukan kita yang mengalaminya....

    BalasPadam
  74. sebak... smoga anak2 & ostri arwah tabah & redha.. teruskan bdoa.. moga rohnya dicucuri rahmat dariNya..amin

    salam ramadhan dr lya sekeluarga

    BalasPadam
  75. sedih bila baca n3 dari bunda..
    apapun saly ucapkn salam ramadhan buat bunda sekeluarga..:)

    BalasPadam
  76. maaf terlambat singgah sini....semoga bunda tabah dgn ketentuan allah ni...bukan senang apabila kita kehilangan org yg rapat dan tersayang....lebih2 lagi bila berlaku secara tiba2...tapi insya allah lama kelamaan emosi tu akan stabil balik...

    BalasPadam
  77. Salam Ramadhan. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  78. Salam Ramadhan bunda... Al- Fatihah....

    BalasPadam
  79. Sebak dan menyayat hati bila M baca kisah Bunda ni..Al Fatihah buat arwah

    BalasPadam
  80. al-fatihah.... salam ramadhan untuk bunda...

    BalasPadam
  81. Salam Bunda..

    terasa di hati mmbacanya.. semoga arwah dicucuri rahmat allah yg maha esa..

    BalasPadam
  82. Sedihnya kisah ni. Moga bunda & anak2 terus tabah. Al-fatihah~

    BalasPadam