Isnin, 30 September 2013

Ambil Air Tulang Belakang... Risiko Jadi Lumpuh..


Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Sejak  dulu lagi ramai dikalangan kita apabila mendengar saja  rawatan ' Ambil Air Tulang Belakang ' seperti tajuk diatas pasti gerun dan menjadi tanda tanya...  Apakah benar risiko akan mengakibatkan seseorang pesakit itu  akan menjadi lumpuh ?

Persoalan begini selalu menjadikan keluarga pesakit rasa takut dan serba salah untuk mengizinkan doktor menjalani rawatan untuk mengambil air tulang belakang pesakit atau  disebut juga ' lumbar puncture ' .Inilah yang berlaku kepada keluarga saudara bunda yang sedang dilema menghadapi saranan doktor tentang penyakit anaknya.

Sebenarnya mengambil air tulang belakang ini bukan satu proses yang mudah... ia dilakukan sekiranya pesakit benar-benar memerlukannya.

Antara kegunaannya ialah untuk diagnosa penyakit  meningitis (infeksi selaput otak).  Meningitis disebabkan bakteria, virus atau fungi.  Simptom penyakit meningitis juga tidak spesifik,  ia hampir seperti demam biasa.

Oleh itu mana-mana pesakit yang disyaki  mengalami meningitis,  terutamanya bayi dan kanak-kanak...  perlu diuji air tulang belakangnya.

Air tulang belakang ini akan dikaji komposisinya dan dikultur untuk virus , bakteria dan fungi.  Air tulang belakang yang diperlukan tidak banyak.  Untuk pesakit dewasa ,  selalunya  kurang daripada 5 - 10 ml diperlukan.

Prosedur  lumbar puncture  tidak terkecuali daripada komplikasi .  Pesakit boleh mengalami pening kepala  dan ini boleh dielak dengan  berbaring terlentang selama satu jam selepas prosedur.

Rawatan lumbar puncture telah dibuktikan secara klinikal ia tidak akan menyebabkan  kelumpuhan / kecacatan.   Pada kesimpulan nya jangan takut pernyataan ' Ambil Air Tulang Belakang '.  

Jika dibuat perbandingan , meningitis lebih jauh  berkemungkinan tinggi  untuk menyebabkan seseorang  lumpuh  jika tidak di rawat dengan cepat.

SUMBER




61 ulasan:

  1. masa ambik animal anatomy dulu pernah belajar pasal CSF ni kak..
    biasanya kalau kat yang buat ni memang specialist..

    BalasPadam
  2. takut bila baca benda-benda macam ni. semoga kita semua selamat.

    BalasPadam
  3. As salam bunda..

    Betul tu,sy pun sjk dulu dgr bahawa ambil air tulang belakang akan mengakibatkan lumpuh..rupa2nya tidak.....terimaksih bunda

    BalasPadam
  4. Betul KN... anak Kak Long kakak (kini cacat) disebabkan jatuh dari walker masa usia 6 bulan, sewaktu dlm koma di ICU itulah kena ambil air tulang belakang. Boleh jalan dan aktif cuma kesiannya akibat operation blood-clod di otak akibatnya dia bagai budak sindrom-down. Kesian. Mujur dia boleh bergerak sendiri (tidak lumpuh pun) tapi dah jadi OKUlah...

    BalasPadam
  5. assalam Bunda..dari dulu lagi,,itulah yang acik dengar..semua takut untuk membenarkannya..

    BalasPadam
  6. kdg2 org suka dgr ckp org dari yg lbh pakar kan..

    BalasPadam
  7. kalau org tanya pendapat saya, saya akan suruh setuju jer ambik air tulang belakang tu..

    BalasPadam
  8. Masa sekolah rendah dulu cikgu ada cerita pasal proses ambik air tulang belakang ni, ngeri btul rasanya...

    BalasPadam
  9. assalam KN.. kalau ini jalan terakhir kena akur juga la... semoga yang menjalani urusan ini di lindungi Allah sentiasa...

    BalasPadam
  10. mmg berisiko... ni sbg jalan terkahir je...

    BalasPadam
  11. ngeri lak saya...
    tapi kalo itu yang ditentukan dan cara terakhir nak selamatkan kita..
    dan kita kena radha atas ketentuannya...
    tq sharekan info ni...

    BalasPadam
  12. shaila pun pernah dengar pasal benda ini...memang bahayakan...

    BalasPadam
  13. saya takut dgn kesakitan ambil air tuh ... semoga allah beri saya kesihatan yang berpanjangan ... aaamin .

    BalasPadam
  14. selalu deno dgr macam tu.. risiko lumpuh mmg ada.. deno dulu tahu ada SLE pun buat biopsy...

    BalasPadam
  15. Salam bunda..

    Seram juga baca entry bunda yang nih.. Harap2 dipermudahkan semua urusan keluarga saudara bunda.

    BalasPadam
  16. terima kasih di atas perkongsian ini bunda.. pernah aiza dengar ada orang yang jadi lumpuh sebab ni..

    BalasPadam
  17. Betul tu KA ...okje pun pernah dengar cenggitu...

    BalasPadam
  18. Orang cakap sakit ambik air tulang belakang ni Bunda. Takut terus bila dengar macam ni.

    BalasPadam
  19. tq atas perkongsian ini, adik pun pernah hampir2 diambil air sum2 tulangnyer dulu, syukur dia kembali sihat sebelum prosedur itu dijalankan... info yang bagus ni bunda !

    BalasPadam
  20. errrr sy reti nk komen sbb persepsi masih kurang jelas bab ni :)

    BalasPadam
  21. Memang pernah dengar juga ada yg lumpuh, tapi ia bukan kerana prosedur pengambilan air tulang belakang, ia berlaku atas sebab2 lain yg berkaitan dgn penyakitnya....

    BalasPadam
  22. Dari dulu itulah yang orang ramai ceritakan membuatkan takut kalau dengar.

    BalasPadam
  23. salam bunda ..
    satu perkongsian info yg menarik ..

    BalasPadam
  24. betol 2 bunda..stahu sy xdelh smpai lumpuh..cuma effect 2 adalah..anak kawan sy ada ambil air tulang blkang..sdih sy tgok dia..siap nges2 teringatkan ank dia yg msih kecil..

    BalasPadam
  25. sy tak tau plak mik air tulang belakang leh smp lumpuh kan

    BalasPadam
  26. ada dengar pasal info yg bunda share ni....mmg takut kalau dengar doktor yg nak ambil air tulang belakang utk buat kajian ke apa ke...secara otomatik akan relatekan psl info ni...

    BalasPadam
  27. takuutnya!! mintaklah dijauhkan..

    BalasPadam
  28. salam bunda..

    wah lagi bhye meningitis la kan..demi kesihatan tpksa juga dlakukan
    drpda ambil risiko yg tgi..

    thanks share info bunda

    BalasPadam
  29. terima kasih pasal informasi ini..tertarik membaca..kena tahu jugak

    BalasPadam
  30. Mitos dah terbiasa amik air tulang blkg mesti lumpuh huhuhuhu.. Ssh nak hilangkan tangapan tu

    BalasPadam
  31. Mgkin slalunye yg jd lumpuh tu adlah dr prosedur yg salah.

    BalasPadam
  32. yer bunda.. saya pun pernah baca info ni..

    BalasPadam
  33. memang penyakit tertentu sajakan yg kena ambil air tulang belakang nih..tapi mmg kbykn org takut.

    BalasPadam
  34. ye, ramai yang berpendapat macam tu .. memang orang jadi takut kalau dengar kena ambil air tulang belakang..

    BalasPadam
  35. mmng gerun bila dgr kena ambik air tulang belakang..

    BalasPadam
  36. takut ambil air tulang belakang lebih2 lagi bagi bayi...

    BalasPadam
  37. Baca entry bunda ni buat saya teringat satu kisah 6 tahun lepas. Seorg kanak-kanak 2 tahun terbaring koma di ICU selama lebih seminggu akibat jangkitan kuman... doktor sarankan untuk amik air tulang belakang.. alhamdulillah, selepas mendgr beberapa nasihat, keluarga membenarkan rawatan tu... dan sehingga kini kanak-kanak itu sihat dan telah berumur 8 tahun...

    Tq bunda... info yang menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bunda...btol ke ia tidak akan lumpuh...saya risau kawan saya akan mengambil air tulang blakang x lame lagi...saya sanggat risau dan sedih

      Padam
    2. pokok pangkal pada diri sendiri...yakin atau tidsk... apa pun dengan izin Allah....wallahualam...

      Padam
  38. Emak sye pd 2010 ada ambik air tulang belakang sbb dia koma...mak sye ada
    Kencing manis...tp skg 2013 kaki mak sye lemah...x mampu nk b,diri lme...nk duk dlm tandas yg m,cangkung tu mmg xblh la....sye risau mak akan lumpuh...adakah di sebb kn ambik air tulang blkg tu....dlu...sbb mse kt hsptl
    aritu ada sorg makcik tu ckp kt sye menda ni kesan dia kdg2 ambik mse 2 ke 3thn..dia ckp mcm jiran dia....mse tu sye x p,caye....skg sye ragu2 plak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kebetulan jer mak tu lemah kaki...bunda yg tak pernah abl air tulang belakang pn kdg ada masalah yg sama...faktor usia mungkin...
      Apa pun untuk lebih yakin bawa mak rujuk kedoktor pakar utk rawatan lanjut..

      Padam
  39. anak saya bru brusia 3 minggu dia didapati demam saya bwa ke hspital untuk rwatan slnjutnya...semasa di wad baby ank sya tlah diambil ujian darah untuk mngetahui jika ada kuman..setelah kptusan darah di prolehi anak sya didpati tiada sebrang jngkit kuman...4 hari di wad kini doktr mngesahkn ank sya telah sihat sprti biasa.tetapi doktr meminta untuk jlani ujian cecair dri tulang blkng ank sya...perlukah ank sya diambil air tlang blkang sdngkn doktr mngatakn jika ank sya msih tidak sihat...stlah sihat doktor msih nk ambil air tlang blng ank saya .suhu ank sya smsa rwatan tidk mlebihi 38 %...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau anak bunda sendirilah..... dah tentu dia dh sihat...rasanya tak perlulah benarkan doktor abl air tulang belakang lagi...dah sihat kan..

      Padam
  40. assalamualaikum .. sewaktu saya 3 bulan saya pernah mengambil air tulang belakang ,, baru-baru ni saya telah melahirkan seorang anak pertama melalui proses normal dan sewaktu saya ingin bersalin ramai ahli kluarga saya risau jikalau saya kena operation kerana saya pernah mengambil air tulang belakang .. jikalau saya operation doktor akan memasuk kan ubat bius melalui tulang belakang so saya ingin menanya adakah itu juga tidak akan menyebab kan saya lumpuh ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. wssalam....bunda bukan pakar perubatan...lebih baik bertanya dengan pakar...untuk lebbih puas hati...

      Padam
  41. As salam... 10 tahun lepas arwah ibu sye telah mll saat nie... Air tulang sum2 dia diambil... Slpas selesai.. Mulanya dia bole berdiri dan berjalan ke bilik air hospital... Xlama slpas itu dia jatuh tejelupok... Esok hari kaki tangan dia xbole bergerak... Semggu shj hayatnya selepas ambil air tulang sumsum tu... Adekah sbb kebetulan... Ank buah sye ade pnyakit sawan2.. Masa umurnya 10 bulan... Air tulang sumsumnya diambil... Dan slpas itu dia
    Membesar sebagai anak yg lumpuh sehingga umurnya 10 tahun... Dan kini dia telah pun tiada... Adakah ini juga kebetulan...selepas itu.. Sye pernah belajar mgenai tusukan lumbar dan pernah mngikuti semasa pengambilan air tulang sumsum dihospital... Mmg sakit dan mngerikan... Tapi yg sye kasihankan pada patient apabila doktor pelatih yg baru cuba2 nak buat... Cucuk punya cucuk xdapat hasilnya... Kemudian panggil doc pelatih yg lain.. Begitulah seterusnya hingga mereka dapat sampel air sumsum tulang tu... Semasa dikelas lect. ade ckp... Sekiranya tersalah tusuk lumbar ... Pesakit akn lumpuh... Xsangka doc bole buat main2 perkara nie...

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum bunda..sy nk mnta pendapat bunda klau2 adik sy perlu ambil rawatn born marrow ni.....adik sy mengidap penyakit itp...dh banyk kali la adk sy dithn hospitl sbb kekurangn drh kuning...n ble adik sy tlh pon jlni pengambiln drh kuning...drh kning dye ttp x mningkt...doktor saran kan agar adik sy membuat ujian air sumsum tulang ny...kami sekeluarga amat risau akn kesan yg akn brlaku skiranya ujian itu dijalankan....adakah kami perlu menerima sranan doktor tu...dn mengapa tdak mbuat ujian melalui ujian drh shaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam...seperti yang nyatakan diatas...bunda bukan pakar dalam bidang perubatan... sekiranya anda rasa was2 utk adik anda meneruskan rawatan ini eloklah bawa berbincang dulu dengan doktor yang merawat....

      Bagi pendapat bunda kalu semua ahli keluarga tak membenarkan...so tak payahlah.... carilah alternatif lain..

      Padam
  43. Baikla..trima kasih bunda...ats pndpt bunda...

    BalasPadam
  44. Skrg ni puteri sy di hosp...dktor mtk nk amik air tlg blkg..yg sy plik nye knp dktr nk ambik??sdangkn ank sy da chat...kta dktr bimbang jika ad jngkitan kuman di otak..!!!??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam kes anak anda dan bagi kita orang biasa ni mungkin rasa seribu tanda tanya kenapa perlu diambil air tulang belakang lagi sedangkan pesakit dah sehat...

      Tapi dalam bidang kedoktoran kita tak tahu apa sebab dan prosedurenyer untuk kes anak anda... untuklebih kefahaman dan kepastian, eloklah anda tanya dan berbincang dengan doktor yang merawat anak anda...

      Padam
  45. Ank sy baru 11 hari...hari tu demam....doktor check darah de jangkitan kuman....doktor de bincang nk ambil air yulang blkang tok pastikan bakteria tu dh sampai ke otak ....pe pendapat bonda ye...please

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf.. bunda terlepas pandang msg anda ni... semoga anak anda sehat2 ajer sekarang.

      Padam
  46. Assalamualaikum.Saya selaku ayah kpd anak baru berusia 2 minggu hari ini begitu risau dgn kaedah ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam... saya sebagai ibu pun sama...saya faham apa yang anda rasakan sekarang...
      Bayi 2 minggu, terlalu kecil kot...

      Padam
  47. Assalamualaikum,
    Abg saya Sudah mngambil sample air tulang belakang tahun lepas. Tiga Hari lepas tu, otak Abg saya kene jangkitan kuman, Jadi kene buat saluran Baru Terus direct ke tunjang otak. 2 Hari Koma. Sekarang keadaan da stabil. Tapi keadaan kakinya berlipat tidak boleh diluruskan seperti biasa. Bergerak boleh. Tapi bengkok je. Bonda rasa ini Kesan Dari pgambilan air tulang belakang atau operation otak tu.

    BalasPadam