Isnin, 16 September 2013

Sambutan ke 50 tahun HARI MALAYSIA.....



Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Tanggal 16 September merupakan tarikh penting kerana pada tarikh itulah lahirnya Malaysia selaku negara berdaulat pada 1963. Pada tarikh ini jugalah hari untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia dimana penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.

Kita berdepan dengan  dua tarikh... 31 Ogos iaitu kemerdekaan Malaya dan 16 September iaitu penubuhan Malaysia sekali gus kemerdekaan Sabah dan Sarawak.

Seperti mana masyarakat sedar selama ini akan Hari Kemerdekaan, maka begitu juga lah mereka wajar sedar akan keujudan dan peri pentingnya tarikh 16 September penubuhan Malaysia dalam lipatan sejarah tanah air.

Demi membuka mata generasi muda yang lahir selepas merdeka maka kerajaan telah melakukan sesuatu yang drastik,  mencungkil sejarah dan menghidupkannya kembali dalam wawasan sekarang.  Ini bagi membangkitkan semangat generasi kini mengenai kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.


Pada 16 September 2013 merupakan ulang tahun ke 50 (Jubli Emas) Sambutan Hari Malaysia. Dirasmikan oleh Yang Mulia Tuanku Yang Di Pertuan Agung. Berbagai acara telah diadakan.

Acara sambutan Hari Malaysia diadakan pada sebelah siang 16 September 2013 di Padang Merdeka, Kuching dan melibatkan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas sambutan berkenaan.

Pada hari sebelumnya 15 September, telah diadakan acara bot berhias bertempat ditebingan Sungai Sarawak.

Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia 2013 di Sabah pula diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pelbagai program diadakan mulai 15 September 2013 termasuk aktiviti Karnival Rakyat.

Acara kemuncak pada sebelah malam 16 September 2013,  dimeriahkan dengan penyertaan semua kaum di Sabah yang terdiri dari 35 kumpulan kaum etnik yang lengkap dengan pakaian tradisional suku kaum masing-masing.

Tema Merdeka tahun 2013 ... Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu



36 ulasan:

  1. Selamat Hari Malaysia.

    Menjelang hujung tahun ini memang banyak cuti yang panjang!

    BalasPadam
  2. selamat hari malaysia bunda.. ;)

    BalasPadam
  3. Selamat menyambut Hari Malaysia Bunda.

    BalasPadam
  4. slmt hari malaysia bunda... susah payah pemimpin kita terdahulu utk mencapai malaysia y skrg..alhamdulillah =')

    BalasPadam
  5. Semakin ramai yang memahami hari Malaysia...Bagus! Menyambut sahaja tanpa mengetahui pun tiada maknanya. Selamat Hari Malaysia...

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Malaysia Bunda.

    BalasPadam
  7. Assalam, bunda...

    Br jelas pd sy bezanya sambutan hari kemerdekaan dan sambutan hari Malaysia.....patutlah sambutan hari Malaysia ni dibuat di Serawak....

    BalasPadam
  8. selamat hari malaysia bunda..tarikh penting dlm kalender malaysia..:)

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Malaysia bunda...

    BalasPadam
  10. SALAM BUNDA..
    SELAMAT HARI MALAYSIA ...

    BalasPadam
  11. selamat hari malaysia ke-50 bunda.. :D

    BalasPadam
  12. Selamat Hari Malaysia Kak..
    bangga menjadi warganegara Malaysia..yg dicintai:)

    BalasPadam
  13. Selamat Hari Malaysia Bunda, moga negara kita terus aman damai.

    BalasPadam
  14. salam bunda ..
    selamat hari Malaysia ..
    sentisa bersyukur dengan kemakmuran di bumi yg kita pijak ni ..
    bumi Malaysia yg tercinta ..

    BalasPadam
  15. happy malaysia day..mg terus aman

    BalasPadam
  16. Selamat hari Malaysia bunda. Macam belajar sejarah. hehe

    BalasPadam
  17. selamat hari Malaysia bunda :)

    BalasPadam
  18. Salam Bunda...
    Selamat hari malaysia...
    terasa semangat patriotik pulak bila baca entri bunda ni..
    *cma skip2 bace.. hihih..*

    alhamdulillah..moga negara kita aman & makmur :)

    BalasPadam
  19. selamat hari malaysia ke 50 Bunda...

    BalasPadam
  20. Selamat Hari Malaysia. risau tau sekarang ni kes tembak menembak, bunuh membunuh berleluasa. Then culik pun sama...

    BalasPadam
  21. slmt hari malaysia yer bonda !

    BalasPadam
  22. Salam Hari Malaysia Bunda....bersyukur jadi anak Malaysia

    BalasPadam
  23. selamat Hari Malaysia BUNDA..:)
    bangga menjadi anak Malaysia

    BalasPadam
  24. selamat Hari Malaysia BUNDA..:)
    bangga menjadi anak Malaysia

    BalasPadam
  25. Selamat hari malaysia buat bunda..hehe

    BalasPadam
  26. Selamat hr Malaysia bunda =) maaf bunda lambat terjah..sy pn ada tgok smbutan hari Malaysia ni kt tv..wlaupun kecil je smbutan..tp meriah la..

    BalasPadam
  27. satu masa dahulu hari malaysia ni diabaikan sehinggalah pada satu ketika...hehehe...selamat hari malaysia bunda... :)

    BalasPadam
  28. Tahniah buat Malaysia dan Selamat Hari Malaysia

    BalasPadam