Jumaat, 27 September 2013

Tetamu Allah..



Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Dipagi jumaat yang damai ini bunda nak cerita tentang adik bunda yang bungsu ni (WanCu). Berusia 37 tahun. Dia seorang pekerja Tabung Haji di cawangan Taiping. Baru-baru ni adik telah berlepas ke tanah suci Mekah dengan penerbangan pertama untuk mengerjakan haji.

Pada awal dia bekerja dengan Tabung Haji dulu masa tu anak baru sorang masih kecil,  dia telah pun mendapat tawaran untuk pergi mengerjakan umrah.

Sejak tujuh tahun lepas sudah beberapa kali dia dapat tawaran untuk mengerjakan haji pulak. Tetapi  dia menolak kerana anak-anak masih kecil, lagi pun suami pulak tak sihat.


Dua tahun yang lepas suami dia telah kembali kerahmatullah. Anak-anak pun dah besar sikit, yang sulung 10 tahun, yang kedua 8 tahun dan yang bungsu 4 tahun. Dia tekadkan hati untuk pergi juga tahun ini tanpa menoleh kebelakang lagi.

Anak-anak dia, pengasuh yang jaga selama lebih kurang dua bulan dia di Mekah. Hari-hari biasa pun  kalau adik bunda ni bekerja,  anak-anak yang bersekolah,  lepas balik sekolah terus kerumah pengasuh sampai petang. Tak jauh pun , belakang rumah aje.

Berat juga hati dia nak meninggalkan anak-anaknya, bukannya pernah berpisah jauh lama-lama pun. Kalau ada suami tu lain cerita..semangat sikit. 

Namun demi kerja, demi merangkul peluang dan demi menyahut seruan untuk menjadi 'Tetamu Allah'.. maka dia berserah segalanya dalam jagaan Yang Maha Esa..tawakkal jer...

anak2 yatim yang sedang membesar..

Untunglah dia mendapat pengasuh yang baik, sabar dengan karenah anak-anaknya, memahami serta penyayang. Pengasuh ini juga seorang ibu tunggal yang kematian suami, ada 4 orang anak yang sedang membesar...hanya bekerja sendiri. 

Mungkin kerana status mereka sama kot yang membuatkan mereka saling memahami..."kau tolong aku, aku tolong kau...kita kan sama"...

Sama-sama mengharungi kehidupan mencari nafkah untuk menyambung tugas suami yang separuh jalan demi kelangsungan hidup untuk membesarkan anak-anak.. amanah yang ditinggalkan suami. 

Samalah juga dengan bunda pun, kami sama...memang dah ini nasib kami dua beradik, dari 8  beradik.  Namun kami tetap redha akan ketentuan Nya..Yang bezanya adik bunda ni berpelajaran tinggi, berkerjaya dan berpendapatan tetap.

Semoga dipermudahkan segala urusan...semoga wancu sihat dan tumpukan ibadahmu sebagai 'Tetamu Allah' disana...akak dan keluarga juga anak-anak disini sentiasa berdoa akan keselamatan wancu dan semoga mendapat haji yang mabrur,

InsyaAllah...aamiin..



42 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan adik Bonda...

    BalasPadam
  2. Semoga dikurniakan dengan kesihatan yang baik buat Wancu dan pulang dengan haji yang mabrur. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  3. semoga adik bunda dikurniakan Allah dengan haji mabrur..
    insyaAllah...anak2nya yang ditinggalkan baik-baik saja kerana Allah yang menjaga mereka..

    BalasPadam
  4. Amin =) Allah thu ape yg terbaik bunda..pasti ada hikmahnya..yg pntg kesabaran..smoga urusannya dipermudahkan Allah

    BalasPadam
  5. moga segalaNya dipermudahkan..
    InsyaAllah...

    BalasPadam
  6. semoga mendapat haji mabrur~ Amin~

    BalasPadam
  7. Semoga dipermudahkan segalanya buat WanCu..
    kagum dengan ibu-ibu tunggal membesarkan anak2 yg masih kecil2

    BalasPadam
  8. semoga selamat pergi dan balik dan menerima haji yang mabrur

    BalasPadam
  9. As salam bunda

    dlm usia yg muda adik bunda dh kehilangan suami,..dlm usia muda juga dia dh menjadi tetamu Allah..br 37 tahun..ada hikmah disebalik setiap kejadian....moga dipermudahkan Allah segala urusannya,di sana dan anak2 yg ditinggalkan di sini...bonda tak blk taiping menjengah mereka ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam, bunda tiap bulan balik..bukan saja menhengah adik dan anak2nya, tapi bunda masih ada bapak yg uzur yg mesti di jenguk selalu..dulu mak ada jaga bdk2 tu.. terkejar2,.. bunda pun masih ada anak2 yg belum berkahwin , 2 masih belajar..

      bunda balik naik bas ekspres jer, bunda tak pandai drive.. itu jer yg mampu bunda sumbang tenaga untuk mereka yg bunda sayang, dalam usia separuh abad ni kadang kala kesihatan bunda pun terganggu juga....

      Alhamdulillah..

      Padam
  10. alhamdulillah...muda lagi dah jadi tetamu Allah...

    BalasPadam
  11. Allah sentiasa disisi membantu kan Bunda...dipermudahkan segala urusan adik Bunda..baik dari segi jagaan anak2 yg ditinggalkan...Semoga Adik Bunda sihat disana dan dpt mengerjakan haji yg sempurna hj yg mabrur...In Shaa Allah....

    BalasPadam
  12. semoga adik bunda dikurniakan Allah dengan haji mabrur ... inshaAllah

    BalasPadam
  13. Saya sgt mengagumi ibu tunggal. Bagi saya anda semua sungguh menakjubkan. Semangat dan kekuatan yg tiada bandingan.
    Semoga adik bunda beroleh haji mabrur...Pergi untuk perkara yg baik, Insyaallah....segala urusan dipermudahkan Allah.

    BalasPadam
  14. Salam Bunda..
    Alhamdulillah.. beruntungnya jadi tetamu allah.. :)
    insyaAllah bunda, allah dah ttpkan yg terbaik utk hambanya.. kita yg perlu kekal berusaha..
    semoga mendapt haji yg mabrur

    BalasPadam
  15. Semoga segalanya dipermudahkan dan mendapat haji mabrur.

    BalasPadam
  16. menjadi tetamu allah itu impian setiap muslim ... alhamdulillah , dia dapat peluang tu dengan mudah .

    BalasPadam
  17. moga dipermudahkan amalan dia di Mekah.

    BalasPadam
  18. Assalam, Bunda..hanya mereka yg mengalami pengalaman yg sama yg dapat memahami..

    Semoga adik Bunda diberi kekuatan fizikal dan emosi di Mekah..

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah.. Smoga adik bunda dpt mjalani ibadah haji sebaiknya.. Alhamdulillah.. Dpt pgasuh y amat mmahami.. Moga adik bunda trs tbah mgharungi khdupan sbg ibu tunggal.

    BalasPadam
  20. alhamdullilah. semoga wancu dapat menjalani ibadah dengan baik di sana.

    BalasPadam
  21. Salam Jumaat Bunda..semoga adik Bunda mendapat haji yang mabrur...

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah. Muda2 dah jd tetamu Allah. Semoga Allah permudahkan segalanya di sana dan juga di sini.

    BalasPadam
  23. Salam bunda... terima kasih sudi dtg jenguk2 sy.. bertuahnya adik bunda dapat jadi tetamu di sana pd usia muda.. Mudah2an sy pn berpeluang menjadi tetamu di sana nanti. InsyaAllah..

    BalasPadam
  24. bestnya dapat pergi menunaikan haji..teringin nak kesana.

    BalasPadam
  25. seronoknya dapat jadi tetamu Allah.. :)

    BalasPadam
  26. asalam Bunda..alahai..sayunya membaca coretan bunda ni...hujanlah jugak..sesungguh ujian Allah itu pelbagai ..untuk menaikn darjat hambaNya..nekcik doakn semuga Wancu selamat mendapat haji yang mabrur dan semuga segalanya dalam lindungan Allah...begitulah juga untuk bunda,...semuga sihat dan tabah menghadapi segala yang mendatang...Allah itu dekat ye Bunda!!

    BalasPadam
  27. Semoga dipermudahkan segala urusannya

    BalasPadam
  28. Alhamdulillah krn adik Bunda menjadi tetamu Allah ketika usia masih kuat utk melakukan segala rukunnya. Seeloknya jika termampu lakukan Haji ketika usia masih muda kerana memerlukan ketahanan fizikal dan mental yg kuat sepanjang berada di sana...

    BalasPadam
  29. Semoga urusan beliau dipermudahkan Dan Memperoleh haji yg mabrur...

    BalasPadam
  30. Salam singgah, semoga akak memperoleh haji mabrur juga. studioous.blogspot.com

    BalasPadam
  31. Muga kita semua juga akan menjadi tetamu Allah baik di Kaabah maupun di Jannah!

    BalasPadam
  32. Semoga dia mendapat haji mabrur dan lancar semua urusan dia di sana dan di sini jugak

    BalasPadam
  33. Terharu pula ida baca kisah ni bunda...semoga adik bunda mendapat haji yang mabrur.

    BalasPadam
  34. semoga segala urusan beliau di sana dipermudahkan oleh Allah..

    BalasPadam
  35. Alhamdulillah. Semoga semua urusan adik bonda dipermudahkan Allah, dan mendapat haji yg mabrur. In sha Allah

    BalasPadam
  36. doakan sy akan dipanggil utk ke tanah suci juga eh bunda..bonus klw dpt pegi bersam asuami sy =)

    BalasPadam
  37. Moga adik KA mendapat haji yg mabrur...alahai sedihnya dengar cite bunda ni.... Semua tu kerja Allah, yg pergi dan anak yg tinggal akan dipelihara olehNya Insyaallah...

    BalasPadam
  38. semuga dapat haji yang mabrur...

    BalasPadam
  39. Assalam..syahdu tgk anak2 tuh..moga diorang akan menjadi yg terbaik buat ibu mereka...bunda..sonok tgk adik bunda dpt ke Mekah...moga dpt haji yg mabrur

    BalasPadam
  40. Alhmdulillah...
    dpt juga mgerjakan haji adk bunda tu ye..
    InsyaAllah..mudah-mudahn kita semua dpt mjadi tetamu Allah..

    semoga juga adk bunda selmt pulang nanti dan dpermudhkan sgalanya disana =)

    amin

    BalasPadam