Sabtu, 5 Oktober 2013

Anak Orang Asli Terserempak "BIGfoot"...


sekadar gambar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Peristiwa ini berlaku kepada Majid pada lewat tahun 1960an.  "Mungkin makhluk itu sudah pupus sekarang," katanya.

Majid berkata, dia yang pada masa itu berusia lapan atau sembilan tahun sering mengikut ayahnya mencari hasil hutan.

"Malam itu, kami tidur dalam gua. Ayah saya memang arif mengenai kawasan itu, jadi dia tahulah mana yang selamat, mana yang tidak.

Awal-awal lagi dia beritahu saya, kalau ada bunyi berdegum-degum seperti orang berjalan dengan hentakan kaki yang kuat, itu tandanya ada ta'woi. Ta'woi itulah  'BIGfoot'," kata Majid.

Suatu hari, katanya ketika berada di dalam sebuah gua, dia dengar bunyi seperti yang dikatakan.  Lalu dipanggil ayahnya untuk melihat makhluk misteri itu.....

                         **********            ***********            ***********

Begitulah yang diceritakan oleh Majid Adek, juruhebah Asyik FM yang berasal dari Lasah, Sungai Siput, Perak. 

Apakah yang bermain dikepala kalian berkenaan makhluk yang dikenali dengan panggilan 'BIGfoot' ini? Sudah tentu bermacam-macam andaian dan bayangan tentang keujudan makhluk ini kan...

Benarkah makhluk ini ujud dialam nyata? Benarkah dari apa yang diceritakan bahawa keujudan makhluk besar berbulu ini hanya mitos? yang mana ia juga menyerupai seperti kera besar yang berjalan seperti manusia..

Makhluk ini juga dikatakan tinggal dihutan-hutan yang susah manusia jangkau. Mungkinkah 'BIGfoot' ini nyata bagi mereka yang pernah menjumpainya atau sejenis makhluk halus yang hanya menampakkan diri kepada manusia disaat-saat tertentu sahaja?

Itulah persoalan yang sering kita inginkan jawabannya

Untuk mengetahui cerita dan pengalaman terserempak BIGfoot selanjutnya oleh Majid bolehlah lihat  DISINI .

46 ulasan:

  1. benda ghaib memang wujud..alam ini kita sememangnya sedang berkongsi..tiada yang mustahil andai sesuatu perkara itu hendak berlaku dengan izin daripada Allah :)

    BalasPadam
  2. As salam bunda

    saya percaya wujud bigfood ni sbb ada sy terbaca,pd masa dulu2,saiz haiwan dan manusia adalah lebih besar dr saiz manusia dn haiwan di masa kini sedangkan dinosourpun wujud pd masa lampau tp tahun 60an tu kira baru jugalahkan bunda...wallahualam.....

    BalasPadam
  3. Wallahualam...kalau makluk halus/jin mungkin ya lah kot...

    BalasPadam
  4. Bila baca satu siri Tamar Jalis, berkenaan rasukan makhluk macam big foot ni dalam kalangan keluarga orang Asli, saya rasa macam ianya kisah benar. Tamar Jalis orang Perak, dan kebanyakkan kisahnya itu benar-benar berlaku. (Husband saya org perak)

    BalasPadam
  5. salam bunda..ni intan ...blog cik intan berlian..bunda,.intan dengan anak buah sedang usahakan bisnes kibas di utara tanah air...jadi kalau ada kelapangan mohon bunda follow balik..terima kasih bunda

    BalasPadam
  6. moga saya tak diketemukann dengan benda2 yg saya taknak lihatt amiinn hihi takmauu jumpa bigfoot ke smallfoott ke hehe

    BalasPadam
  7. Subhanallah..
    MashaAllah..
    Nauzubillah..
    Jangan lah terjumpa...
    Semoga semuanya benda baik2 je

    BalasPadam
  8. Pernah kerja masuk hutan kat kota tinggi (hutan panti namanya) tapi tak pernah nampak apa2 tanda selain kesan gajah dengan babi hutan walau pun masa tu negara tengah panas dengan isu bigfoot. Tempat tu sekarang dah jadi ladang sawit pun.

    BalasPadam
  9. bigfoot ni mmg wujud, cuma dia tak menonjol sgt..kalau terserempak dekat hutan tu, kira betul dah la tu...

    dan bigfoot ni punya tapak kaki yg pelik..tak mcm manusia....

    BalasPadam
  10. Bigfoot bukannya makhluk ghaib, bigfoot dikatakan spesis haiwan yang kian pupus. Rakan saya seorang tentera berkata ketika berkhemah berdekatan sempadan Thailand dia pernah menyaksikan sendiri suatu makhluk berbulu tebal di luar khemahnya. Cuma tentera-tentera yang melihatnya tak pasti sama ada ianya spesis beruk besar atau bigfoot atau makhluk halus....

    BalasPadam
  11. Terima kasih Bunda, berkongsi info, menarik baca pengalaman juruhebah Asyik FM tu.

    BalasPadam
  12. salam bunda ..segalanya mungkin ...
    yg pasti bigfoot bukan makhluk asing ..boleh dilihat secara fisikal

    BalasPadam
  13. owh, ingatkan bigfoot ni cuma rekaan movie sahaja...

    BalasPadam
  14. xpasti plak tntang ni bunda..ape pun kalau ada video yg menunjukkan kwujudannya je baru boleh percaya..kdg2 bnda mcm ni orang suka je putar belit..

    BalasPadam
  15. assalam bunda.. ngerinya kalau betul-betul jumpa makhluk macam tu..

    BalasPadam
  16. Salam ziarah Bunda..selamat berehat di hujung minggu..

    bigfoot masih misteri...ada atau tiada masih menjadi persoalan

    BalasPadam
  17. bigfoot ni memang betol2 wujud ker or mitos jer

    BalasPadam
  18. benar2 wujud ke tak.... terlalu misteri..

    BalasPadam
  19. Ntah kenapa, tiba-tiba teringat cerita Dagento, zaman IM kecil-kecil dulu...

    BalasPadam
  20. pernha dgr tp x pernah tengok
    huih..seramnye klo tetibe dia muncul..besarnye dia tu

    BalasPadam
  21. bigfoot ke orang utan..Wallahualam... Salam hujung minggu =)

    BalasPadam
  22. Hope x terserempak dgn big foot or seangkatan dgn nya.. takottt

    BalasPadam
  23. Assalammualaikum.. bunda,

    mselim3 x pernah jumpa dan x tahu adakag bigfoot ini wujud atau khayalan...

    mselim3

    BalasPadam
  24. Abg2 askar pernah terserempak semasa latihan dlm hutan..

    BalasPadam
  25. wallahua'lam ... klu rujuk cerita kat rompin tu , makhluk cuma tak semua org boleh jumpa n nampak dia ....

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum Bunda...sihat bunda? Berkaitan dengan Bigfoot nih satu kejadian yg aneh...dah x semua orang jumpa akan kejadian aneh ini....Allahualam

    BalasPadam
  27. memang hangat berita pasal ini di johor beberapa ketika dulu..bunda,
    mcm2 nama..di kalangan org asli dipanggil hantu jarang gigi..
    ada jiga yg gelar dgn nama org lenggor..tapi belum ada penemuan sahih...sehingga skrg

    BalasPadam
  28. apapun kita tunggu benda yang nyata

    BalasPadam
  29. nk komen pun tak reti..tp apa pun kewujudannya kena percaya la.sbb ramai juga yg dh jumpa..cuma tak semua..org yg istimwea je

    BalasPadam
  30. Ermm...susah nak caya kan Bunda. Apapun, hanya Allah yg tau. Benda ghaib mmg kita wajib percaya pun. Cuma kalau melalui cakap2 org ni tuh yg kena jaga2...takut ada unsur2 nak popularkan keadaan ja.

    BalasPadam
  31. Tak tau nak cakap camna, mungkin BigFoot ni wujud cuma kita je jarang/tak pernah jumpa

    BalasPadam
  32. Masa Ida kecil, selalu gak dengar kisah BigFoot ni tapi hilang begitu saja sehingga ke hari ni Ida terbaca semula di blog bunda hehehe

    BalasPadam
  33. Uih seram nih bonda.. hehehe

    BalasPadam
  34. Dulu masa kakak duduk menyewa dgn kawan-kawan (masa tu masih anak dara lagi) ada kawan kakak menjerit kena hesteria bila pangil ustaz kata rumah kami tu ada benda jahat. Kawan kakak masa ditanya setelah sedar dia kata ada binatang macam king-kong nak terkam dia itu yg dia menjerit. Kami lepas tu cari rumah lain - takut. Barulah kami tahu kenapa rumah itu sewanya murah...

    Jangan-jangan itu yg budak tu nampak tak KN..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin jugak tu, mungkin dia nak tunjuk diri pada seseorang tertentu jer kot...wallahu'alam..mintak dijauh kan...na'uzubillah..

      Padam
  35. susah nak percaya ttg kewujudannya...sebab tak pernah jumpa kan...

    BalasPadam
  36. susah nak percaya. nakkata tak wujud pernah jugak ada yg jumpa kesan tapak kaki.

    BalasPadam
  37. entahlah kak..maybe ianya wujud..semuanya makhluk Allah yang mencipta

    BalasPadam
  38. Ingat lagi dulu masa sekolah rasanya, kecoh pasal big foot ni.

    BalasPadam
  39. dulu2 selalu dgr psl bigfoot ni...
    seram juga..dulu la...huuu

    BalasPadam
  40. wallahualam bigfoot itu ada di hutan mana besar saja tapi kita tak tahu

    BalasPadam
  41. salam dulu atuk pernah cerita pengalamnye bertemu dengan bigfoot.BERmula la kisah nya waktu petang atuk saya nk memancing di sungai tetiba atuk saya melihata kelibat makhluk gergasi bebadan besar serta tinggi nya menceceah 7 kaki hingga ke 8 kaki besar itu maklumlah atuk saya mancing kat hutan sawit dan behampiran dengan hutan tropika sambung cerita atuk saya melihat makhluk itu sedang hendak makakan nangka yang telah busuk.atuk saya melihat saje makhluk tersebut agak sara takut pelik juga katanya atuk saya melihat makhluk tersebut berjalan seperti agak waspa kadang2 melihat atuk saya mungking takut mengapa2 kan dirinya kot tak kemudian makhluk itu beredar masuk ke dalam hutan itulah kisahnyer.... atuk pun berani teruskan mancing nak lari nk mkn apa nanti maklumlah atuk saya orng susah.TAMAT

    BalasPadam
  42. Atuk aku pernah nampak hantu raya.tubuh dia besar,hitam badan berbulu dan macam beruk.jadi aku rase bigfoot ni xujud kot.mungkin yang dioran nampak tu hantu raya kot.sebab xtahu tu hantu raya dia pum cakap bigfoot.

    BalasPadam