Jumaat, 4 Oktober 2013

Pokok Pisang Raja Udang - Berpenunggu

foto dari google
Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Bercerita pasal pisang semua orang tahu, pisang juga ada banyak jenis dan namanya.  Ada jenis pisang yang bolih dimakan begitu saja atau diolah menjadi macam-macam seperti cekodok pisang, pisang goreng, lepat pisang, kerepek dan lain-lain.

Yang bunda nak cerita kat sini tentang sejenis pisang ni, namanya Pisang Raja Udang. Pisang ni bunda sendiri tak pernah tengok dan jumpa apa lagi nak makannya. Mungkin kalian pernah kot.

Masa bunda kecik-kecik dulu, opah bunda ada ceritakan tentang cerita dongeng  pisang raja udang ni. Masa tu bunda dan sepupu-sepupu bunda hanya ternganga jelah..budak-budak kan.. memang suka dengar cerita..apa lagi cerita dongeng.

Kononya pada zaman dahulu,  ada seorang anak raja yang tercedera dan tersesat dalam hutan masa berperang. Dia terpisah dengan pengawal-pengawalnya lalu berihat dibawah sebatang pokok pisang. 

Olih kerana terlalu letih dan kesakitan, baginda terus terlena dibawah pokok pisang tersebut. Lalu baginda bermimpi didatangi seorang gadis jelita untuk merawat luka baginda. Apabila baginda tersedar, benar-benar luka baginda telah sembuh.

Dipendekkan cerita, setelah baginda pulang keistana, baginda memerintah hulubalangnya untuk pergi menyiasat lokasi baginda pingsan dan gadis dalam mimpi baginda itu.

Menurut orang kampung yang berhampiran, kononya pokok pisang tempat baginda berehat itu ada Penunggunya. Suatu masa dulu ada seorang gadis suci yang teriniaya dan disumpah menjadi pokok pisang. Gadis yang dalam mimpi baginda itu adalah roh jelmaan dari pokok pisang itu.

Mereka dapati buah pisang itu berwarna merah kesan dari darah baginda. Maka baginda pun memerintah bahawa "Jangan sesiapa  pun makan atau menebang pokok pisang itu".

Sampailah hari ini dongeng dan mitos pokok Pisang Raja Udang ini tinggal mitos sahaja. Sama ada pokok pisang ini Berpenunggu dan bolih dimakan atau tidak, sampai hari ini bunda sendiri kurang pasti.

Apa-apa pun ini hanya sebuah cerita dongeng... cerita rakyat...jangan terlalu taksub.. .

Wallahu'alam..

34 ulasan:

  1. wow ! best bunda . tp xpnah dgr sblum ney ksah dngeng ney ^^

    BalasPadam
  2. Salam bunda...

    Sy tak pernah dgr cerita dongang ti sy pernah dgr cerita bahawa bukan semua org blh mkn pisang ni..akan jd sesutu pd mereka,jadi apa sy tak ingatlah bunda...kisah kononnya buah ni tk blh dimakanpun sy ada dgr cuma sebabnya sa tak ingat...mungkin ada kaitan dgn kisah raja tu...sy pernah tgk pisang ni bunda tp taklah semerah mcm dlm gambar yg bunda pamirkan.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. foto google tu dah diedit dah tu...merah bebenor yer..

      Padam
  3. masa kecik2 dulu,ada drama kat tv pasal pisang ni...
    kat kg,rumah mertua..ada pisang ni..ok ja dimakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh! blh dimakan ye?..tak pernah jumpa plk, dengar criter jer..

      Padam
    2. Salam . Saya sedang mencari pisang ini . Kalau berbuah . Saya ingin membeli . Boleh contact sy di 0129120890 . Tq :)

      Padam
    3. rasanya kt kebun sy di ipoh ada pisang ni...buahnya kemerah2an seakan2 hitam....

      Padam
  4. hehehe bila sy baca ccerita bunda ni sy mmg menghayati cerita ni mcm betul2...
    tp bila fikir2 blk mcm tak logic pn yer jg.. maklumlah cerita dongeng dulu2.. hehehe

    BalasPadam
  5. belakang rumah mmg ada kebun pokok pisang. tapi x de tanam pisang raja udang hehehe... tak pernah tengok pisang raja udang.. kalau burung raja udang tu rajinlah tengok


    hohoho =P

    BalasPadam
  6. Salam Bunda, pisang raja dengan pisang raja udang lain ye? emak selalu sebut pisang raja tapi tak tahulah kalau itu pisang raja udang. Rasanya boleh makan dan pisang ni kalau tak silap biasanya org buat makan gitu je. Pisangnya kecil slim gitu kan?

    BalasPadam
  7. Salam Bunda, entri yang sungguh menarik...terima kasih atas perkongsian..selama ni hanya tau makan pisang hehehe tak tau kisah disebaliknya

    BalasPadam
  8. Nice sharing bunda..tak pernah tahu pula cerita ni sebelum ni..cuma tahu pisang ni memang dikaitkan degan macam-macam kan..memang warna merah ke kulitnya tu bunda?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wallahu'alam...dengar criter jer, tak pernah tengok pun..

      Padam
  9. Assalamualaikum Bunda

    saya pernah beli kat pasar

    BalasPadam
  10. saya pernah makan pisang ni..tapi x dela sampai merah macam tu..die merah2 sikit je

    BalasPadam
  11. assaalamualaikum bonda...
    pokok pisang yg penah saye tau la kan, klo nk kua kan hantu dr pokok pisang kene gune tali merah..huhu... *xde kaitan ngn tajok..tp pisang jgak kn*

    BalasPadam
  12. KN, arwah nenek saya dulu melarang kami adik beradik makan pisang ni.. tak tahu kenapa.

    BalasPadam
  13. sesetengah waris di negeri sembilan pantang makan pisang udang ni

    BalasPadam
  14. sebenarnya saya baru tau ada pisang ni. malunyerrr... ehehehe

    BalasPadam
  15. Ok jer makan pisang ni... tapi sukar didapati. Mungkin kerana ada cerita dongeng ni, orang tak nak tanam....kurang permintaannya.

    BalasPadam
  16. comelnya pisng kaler merah..hihihi..blogwalking..jom ke blog saya dan bertukar2 link..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. KA pernha dgr cerita ni & pernah tgk di TV juga kisah dramanyer..

    BalasPadam
  18. aiza pun first time dengar dan tengok gambar pisang raja udang ni.. agak-agaknya apa rasa pisang tu ya..

    BalasPadam
  19. salam bunda..intan da letak button followers dah..yg x ada G+ boleh guna yg tu

    BalasPadam
  20. Kalau btol2 ada nk juga makan =) warna merah plak tu

    BalasPadam
  21. Ida pun pernah juga dengar cerita yang bunda ceritakan ini dari arwah opah Ida. Pastu ada juga 2-3 cerita dari versi berlainan... nanti kalau ada masa Ida ceritakan dalam blog nanti hehe

    BalasPadam
  22. Hehe. Saya tak pernah dengar pulak pisang raja udang ni bunda. Kalau burung raja udang tu ada la. hehe

    BalasPadam
  23. pokok pisang pun ada kena sumpah jugakk..hihi...tp cantikkan pisang merah tuu..

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. Saya Ada tanam pisang raja udang belakang rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam . Saya sedang mencari pisang ini . Kalau berbuah . Saya ingin membeli . Boleh contact sy di 0129120890 . Tq :)

      Padam
  26. Memang jarang nak jumpa kat mana2 apa lagi supermaket atau kedai2 runcit sekarang ni...
    Tapi bunda pernah jumpa orang jual kat pasar pagi masa bunda kat kampong...tapi bunda tak beli pun...masa itu..

    BalasPadam
  27. Pernah tengok org jual kt pasar pagi muadzam shah..tp xpenah beli n xpenah rasa..worang kata sedap pisang nih..blkg opis sy pn ada..jeng jeng jeng

    BalasPadam