Bismillahirrahmanirrahim.. As Salam,
Dari apa yang telah bunda lalui beberapa minggu lepas disini bunda nak berkongsi pengalaman sendiri bunda menghadapi penyakit bisul ni. Mungkin ramai yang menganggap penyakit bisul ni biasa saja dan tidak merbahaya.
Pada mulanya terjadi dua bisul kecil seperti jerawat dikedua belah tangan bunda. Kemudian dah baik satu jadi pulak lagi satu atas dari tapak tangan. Bila yang ini sedang membesar kemudian tumbuh lagi satu dibawah pergelangan tangan pula.
Makin membenjol, merah, panas dan tumbuh mata putih bernanah. Berdenyut-denyut, sakit...sampai bunda lemah sebelah tangan. Tak selesa untuk pergerakan tangan sebelah.
Bunda pergi kelinik. Doktor bertanya samada bunda ada mengidap kencing manis atau ada sejarah mak bapak yang mengidap kencing manis. So far belum ada, tapi dah lama juga bunda tak check.
Bunda pun minta doktor check sekali tahap gula dalam darah bunda, bacaan gula didapati dalam skala 8. Doktor nasihatkan bunda perlu berjaga-jaga walaupun masih belum terlalu tinggi bacaannya.
Bisul bunda tadi dicucuk supaya nanah keluar, setelah itu dicuci dan dibandage. Doktor memberi antibiotik, pain killer dan krim. Besoknya bunda disarankan datang lagi, tapi bila doktor lihat bisul tu masih tak kecut dan masih bernanah, doktor pun lakukan pembedahan kecil.
ubatan yang diberi doktor untuk bunda |
Kedua-dua bisul dicucuk dan dibelah serta dipicit untuk keluarkan nanah dan darah kotor. Memang banyak darah dan nanah, memang sakit.
Doktor lakukan hidup-hidup tanpa bius. Bekas luka bernanah yang dikorek jadi berlubang.
Doktor tidak jahit luka itu untuk mengelak nanah terperangkap didalamnya.Lepas tu hari-hari bunda pergi klinik untuk dressing.
Walaupun dah masuk hari kelima, nanah sudah tiada, tapi luka berlubang dari pembedahan kecil masih belum bercantum dan masih basah dan sedikit berdarah. Masih sakit berdenyut-denyut.
Liat sungguh, walhal antibiotik dah habis bunda makan untuk lima hari. Makan berpantang, tak makan yang gatal-gatal seperti sea food dan telur.
Masuk hari keenam baru luka mengering. Hari ketujuh luka berlubang dari pembedahan kecil mula mengecil dan isi mula bercantum.
Hari-hari bunda memikirkan tentang luka bisul ni... susah hati....Dari apa yang bunda baca melalui SUMBER bahawa...
Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat Diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.
bisul pada peringkat serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi.. |
Ada juga SUMBER lain yang bunda baca...
Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling.
Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.
Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil.
Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.
Rawatan pilihan pertama adalah pembedahan untuk mengeluarkan nanah. Amat penting untuk menyedari bahawa rawatan antibiotik tanpa pembedahan untuk membuang nanah jarang berkesan.
********** ********** **********
Setelah hampir dua minggu, baru bunda nampak bekas bisul bunda tu mengecut dan kering. Tetapi bunda masih ngilu dan masih menjaga pemakanan yang manis-manis dan gatal.
Tangan kanan yang kene bisul , bunda tak bebankan sangat dengan kerja / angkat berat-berat...
selepas sebulan |
Setelah sebulan semasa entri ini dipublishkan maka inilah hasil penyembuhan luka bisul bunda, Sudah hampir pulih sepenuhnya, walaupun meninggalkan kesan parut.
So selepas apa yang bunda alami janganlah ambil ringan tentang penyakit bisul ni...apa lagi kepada mereka yang berisiko, tak kiralah muda ke tua ke, lelaki ke perempuan ke.
Apalagi kepada mereka yang dah ada tanda-tanda mengidap Diabetes.
Wallahu'alam...
Alhamdulillah...
penah kena time budak2 dulu.. sakit
BalasPadamAssalamualaikum BUNDA
BalasPadamMoga BUNDA cepat sembuh dari bisul. Bunda juga perlu mengawal pengambilan gula agar terhindar drp diabetis melitus.
sakitt tu makk.,ahHKs
BalasPadamassalam.. semoga cepat sembuh bunda.. bisul merbahaya juga kalau tak dirawat.. ibu saudara aiza terkena jangkitan kuman akibat dari bisul..
BalasPadammoga cepat sembuh yer bunda & maaf lambat terjah balik, kebusyan dgn kerja & kesihatan Adik x mengizinkan lately !
BalasPadamngilu plak tgok bisul ni...semoga cepat sembuh bunda...saya dulu pernah kena...perit oooo
BalasPadamBacaan gula skala 8 agak tinggi tu Bunda. Kalau ada masa Bunda cuba lakukan senaman secara regular di samping jaga pemakanan kerana di peringkat usia kita macam-macam kemungkinan boleh berlaku...Saya baru check sebulan lepas gula pada tahap 5.4, walaupun masih di peringkat biasa tapi ia naik sikit kerana sebelum ini jarang-jarang melebihi 5....
BalasPadamBetul tu JR...bunda sekarang ni dok hati2 dalam pemakanan...Memang selama ni pun jaga juga tapi dah lama tak pergi check...
PadamTerima kasih atas nasihat JR..
salam bunda.. aduss ngeri dan terasa sakitnya cikda tgk.. moga lekas sembuh ye bunda.
BalasPadamngerinya Bunda...terasa sakitnya..
BalasPadamassalamualaikum bunda, aduhh nampak kecil tapi susah juga nak baik .semoga bunda cepat sembuh dari penyakit tu
BalasPadamsiannya kat bunda... moga cepat sembuh..
BalasPadamBisul memang kita nampak biasa tapi kalau dah kena memang sakitnya berdenyut2. Aina doakan Bunda cepat sembuh. Mungkin jeli gamat boleh membantu sedikit sebanyak sekadar ikhtiar sahaja.
BalasPadamDasatnyer bunda.. smp mcm tu skali penangan bisul.. Get well soon bonda..
BalasPadamSalam Bunda...semoga cepat sembuh.
BalasPadamJiran kak Zai baru aje buat pembedahan disebabkan bisul dipangkal peha. Bisulnya agak besar membuatkan dia nampak begitu lemah.
Assalam bunda..
BalasPadamPatut la lama juga bunda tak update entry...mak sypun ada diabetes tau bunda,kami selalu bimbang kalau mak terluka sbb mak kata,kalau org yg ada diabetes,bila luka susah nak sembuh...bacaan 8 tu tak begitu tinggi kot bunda sbb mak pernah kena sampai 23 bacaan..doktor suruh mak duduk wad tp mak tak mau...hehehe.....
Moga cpt sembuh ye bunda....
23 ?...tinggi betul tu..bunda baru 8 pun dah bimbang sangat....memang betul, orang ada diabetes ni kata orang kalu luka lambat nak sembuh. ..
PadamAdik ipar bunda dah kene potong ibu jari kakinya akibat diabetes 2 tahun lalu...Jaga mak baik2 ye..
Assalamualaikum bunda, alahai sakitnya kena bisul..sy rasa mcm belum pernah kena..tapi husband kena hari tu..tengok dia mengeluarkan lendir tu...menjerit jugaklah..semoga cept sembuh la bunda..:)
BalasPadamSakit jugak kena bisul, jerawat pun sakit...Jaga kesihatan ye...
BalasPadamtakutnya bunda tgk semua picture tue.. moga dijauhkan penyakit tue..
BalasPadamBW SINI..:)
BalasPadamNgilunya kakak baca ini KN. Apa lagi bila KN kata kena operation lagilah kakak ngilu tak terkata. Lepas ini kena jagalah pemakanan ye KN. Moga tak terus diuji..
BalasPadamAssalamualaikum Bunda,
BalasPadamSalam balas ziarah dari saya.
Sakit itu kafarah dosa.. Insya'Allah..
Serta semoga Allah sentiasa merahmati Bunda di sana.
Alhamdulillah dah sembuh...
BalasPadamtengok pun dah terasa sakitnya...
Tanpa diduga tumbuh kat situ ye Bunda....
BalasPadamBaru nak buat air manis ni bunda bila bunda dh cerita mcm ni, takutlah pulak hehe....anak anak ojke dulu bunda rajin tumbuh bisul kat muka
jika bisul tak bermata macam mana? bengkak sebesar bola golf. amat perit sekali
PadamTak pernah lihat pula bisul tumbuh kat situ. Sabar Bunda mengarang entri ini, hari demi hari gambar diambil utk memperlihatkan perbezaan. Memang faham sgt akan kesakitan bisul ni...tapi kena masa kecil dulu lah. Jaga2 tahap gula tu Bunda...dah kena mula memilih dalam pemakanan. Semoga Bunda sembuh dan sentiasa sihat hendaknya :)
BalasPadamAs Salam. Ini adalah kali pertama saya singgah diblog Bunda.. dapat jangkakan kesakitan yang dialami, Alhamdulillah Bunda dah sembuh..
BalasPadameuwww, jijik plak tengok biasa pernah kena dulu, pecahkan sendiri pastu panaskan kapas dan letak garam pastu letak kat bahagian kena bisul tu.
BalasPadamYa Allah bunda..xsgke bisul kalo dibiar boleh melarat teruk smp cmtu ye...
BalasPadamngilunya masa baca.I tabik you Bunda. tahan sakit di proses benda tu.
BalasPadamsalam bunda..
BalasPadamterima kasih atas perkongsian yang sangat baik..
anna doakan moga bunda cepat sembuh ok..
Salam Bunda..bhya btol sy tgok..xthu pula pnyakit bisul ni boleh jd teruk..smoga bunda sbar dan cpat smbuh yup
BalasPadamkadang2 bila naik bisul...biarkan ja..lama2 sembuh sendiri...tak terpikir dan tak tau ianya ada kaitan dgn diabetis...
BalasPadamTakutnya bila baca ni, semoga kita semua terhindar dari sakit macam ni.
BalasPadamSelamat pagi Bunda.. takutnya bila tengok gambar tu bunda.. moga cepat sembuh yer ..
BalasPadamsaya last kena masa zaman kana2 rasanya, ayah dan mak saya selalu berpesan utk menjaga kebersihan bimbang kerana sekarang ni begitu mudah untuk mendapat penyakit. moga cepat sembuh.salam dari saya yang baru pertama kali datang ke blog ni :)
BalasPadamsalam perkenalan Bunda.. mak saya penghidap Diabetes jugak.. inshaaAllah akan ambik berat apa yang bunda tekankan pasal pemakanan semasa nak pulih tu..terima kasih atas info ni.
BalasPadamSlm bunda..dolu2, my mum pun slalu jugak kena bisul ni. Kerap gila kena bisul..pas 1, 1 lg muncul. Katanya sbb darah kita kotor..
BalasPadampetua lain mengubat bisul, tampal daun setawar *ala..yg slalu kita tindan dlm buku utk kluar akar2 tu* yg dah ditumbuk halus utk mgurangkan bisa bisul tu bunda
so far tak penah kena bisul lagi..takutnya kalau kena..mesti sakit..
BalasPadamsalam kenal.. moga bunda cepat sembuh..:)
BalasPadamTerima kasih bunda atas perkongsian. Moga kita sama2 berhati2 lepas ni.
BalasPadamYa Allah sakitnya..sabar ya Bunda..dugaan..sian Bunda :(
BalasPadamjrang kena bisul..minta2 jgnlah ade..mmg bhye..
BalasPadamayh yaya pon ade diabetes..pnykit keturunan..mmg kena bjaga.. >,<
lebih2 lgi yg ade potensi utk kena diabts.
bahaya jugak bisul ni. bonda CiM ada diabetis, mmg selalu ingatkan dia klau ada luka atau tanda2 pelik kena bgtau kami awal2
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ilmu mengenai bisul ni.. dan moga bunda cepat sembuh hendakNYA.
BalasPadamAssalammualaikum... mselim3 doakan moga teratak bonda cepat sihat . dan rajim makan ubat agar cepat sembuh,,
BalasPadammselim3
bisul yang tidak bermata yang bengkak sebesar bola golf. macam mana?
BalasPadamSatu sharing yang bagus...so...jagalah kesihatan...terjadinya bisul sebab badan tinggi toksin.....jom sama-sama jaga kesihatan...
BalasPadamAde masa free...jom lawat blog saya
www.sihatnatural.blogspot.com
bahaya jugak bisul, tapi kalau DIABETES lagi bahaya, huhuhuhu
BalasPadamSUSU BEBAS GST ?
Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:
BalasPadam1. DIABETES
2. PENYAKIT JANTUNG
3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
6. GANGRENE
7. TIROID
8. STROK
9. DAN BANYAK LAGI...
CEPAT!!! Ketahui mengenai produk-produk kami dengan layari:
1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber