Khamis, 28 November 2013

Program Pencetus Ummah... Astro Oasis


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam....

Program terbaru pencarian pendakwah di Astro Oasis, meneruskan legasi membentuk generasi muda yang berakhlak mulia. Astro Oasis yang sememangnya sinonim dengan rancangan berbentuk keagamaan seperti 'Imam Muda' kini kembali dengan program realiti terbaru yang berjudul  'Pencetus Ummah' yang telah bermula pada 21 November yang lalu.

'Pencetus Ummah' merupakan inisiatif  terbaru Astro dalam memberi pendekatan kerohanian dan pemahaman sebenar tentang Islam melalui program yang diterbitkan mengikut acuan dan formula yang tersendiri.

Bertepatan dengan judulnya, diharapkan program ini bakal mencetuskan perubahan ke arah pembentukan ummah atau masyarakat yang lebih baik. Program ini juga membuktikan Astro dalam menerbitkan program-program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata.



Seramai dua belas orang peserta terbaik yang terpilih bakal memberi ceramah nya setiap minggu di Medan Pencetus Ummah. Mereka perlulah menonjolkan kualiti dalam pengucapan untuk memikat hati juri dan para penonton dalam jangka masa yang di berikan.

Persembahan terbaik dan paling menyakinkan akan mempengaruhi pemarkahan juri. Selain mendapat bimbingan daripada Mudir dan Mursyid yang berpengalaman. Para peserta juga akan dilatih oleh tokoh pendakwah terkemuka dan barisan pengacara yang terbaik negara.


Peserta Mimbar Pencetus Ummah:

1) Attan Thowi Yusof,  2) Fakhrul Islam Md Zarin,  3) Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi,  4) Muhammad Hafiz Mohd Haneefa,   5) Mohd Hafidz Mohd Zawawi,  6) Hishammuddin Iberahim,  7) Izzat Fathi Hisham,  8) Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md,  9) Mohd Sufian Mohd Isa,  10) Mohd Zainudin Mohamed Zaini,  11) Salman Maslori,  12) Rahmat Ikhsan Moh Sofyan.


Saksikan program realiti Astro Oasis,

                                                   'Mimbar Pencetus Ummah'

                                                      
Hari: Khamis

                                                                Jam: 9.00 malam

                                     Saluran: Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135




27 ulasan:

  1. semoga berjaya kepada semua peserta...^_^

    BalasPadam
  2. Sayangnya rumah kakak tak pasang pun astro KN. Bagus program ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Program ini sinambungan dari program 'Imam Muda'... teruja dengan pendakwah2 muda yang sangat petah dan hebat dalam penyampaian bab2 keislaman ini... terharu dan meninggalkan kesan dihati...sejuk perut ibu mereka yang mengandung..

      Paling teruja dan mengharapkan hingga ke final ialah PU Rahmat, PU Hafiz dan PU Yeop...

      Padam
  3. assalam bunda..acik pun tertunggu2kan program ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. saksikan malam ini siaran minggu kedua..

      Padam
  4. Assalam Bunda.. bagus program ni. T kasih diatas perkongsian.. Salam Khamis..
    menabung churp2 sini..:)

    BalasPadam
  5. salam bunda. bagus rancangan ni. kalau yng imam muda tu kena yg muda je kan. saya penah tgk sekali je. best derang ni.

    BalasPadam
  6. Bila tengok budak2 muda begitu tinggi ilmu agamanya, rasa diri sangat kekurangan....

    BalasPadam
  7. tak tengok.... hu hu hu... jgn marah....

    BalasPadam
  8. As salam bunda...

    Pernah tgk satu siri...sy ni jarang sgt mengadap tv.....

    BalasPadam
  9. sy suka tazkirah yg disampaikan dlm bentuk persembahan ceria mcm ni..barulah dpt tarik golongan muda...

    BalasPadam
  10. assalam bunda.. bagus menonton program sebegini bunda.. sayangnya di rumah aiza tiada astro..

    BalasPadam
  11. mengajak anak - anak menonton bersama di cuti sekolah sangat baik utk menjana minda dan peribadi ...

    BalasPadam
  12. bunda, ustaz no.9 tu adalah "tok guru" kami di masjid taman keladi dan kawasan sekitar. banyak saya share isi kuliah tentang syamil muhammad dalam blog saya. baru2 ini saya turut serta dalam majlis pecah tanah pembinaan kg islam untuk warga emas, anak yatim dan orang buta di balik pulau, p.pinang atas usaha dia. dia juga membuak maahad tahfis untuk anak2 yatim di penang. doa saya semoga dia berjaya kerana sudah pasti wang kemenangan itu bakal disalurkan kepada kerja2 dakwah/fisabilillah yang dilakukannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...masing2 ada kelebihan masing2...

      Padam
  13. Alhamdulillah... Semoga generasi muda sekarang ini lebih menjurus kepada kebaikan. Teknik pendakwahan yang bijak membawa kepada penarikan ke arah kebaikan. Zaman Nabi dulu juga menggunakan kaedah yang popular di zaman tersebut. Sihir diberikan mukjizat, syair diberikan Al-Quran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengingatkan kita kpd arwah Ahmad Ammar....yg berjuang dlm dakwahnye....

      Padam
  14. baru dapat tgk sekali je.. mmg kena ulang lagi nanti.

    BalasPadam
  15. Tak pernah tengok lagi program ni..In Shaa Allah , akan tengok nanti...

    BalasPadam
  16. ya Allah selalu ja terlupa bila dh start. huhu minggu ni kena stay depan tv awai awai. :)

    BalasPadam
  17. as-salam. sy tgk juga. best kan program sbebegini

    BalasPadam
  18. Bagus program sebigini sebab dah terlalu banyak pertandingan nyanyian kat TV sekarang..

    Tapi sayang rumah kami takdak astro..huhuu

    BalasPadam
  19. eloklah diperbanyakkan rancangan-rancangan yang macam ni, dari rancangan hiburan je, boleh juga rancangan hiburan, tp kena kurangkanlah sikit, terutama yang merapu tu

    BalasPadam
  20. PU Ustaz Hafiz adalah mudir di Maahad Hafiz klang...terima kasih ustaz atas bimbingan dan didikan ustaz utk anak2 kami yg masih belajar disana..saya bangga anak saya terdidik dengan akhlak yg sgt terpuji...alhamdulillah...

    BalasPadam
  21. bagus betol kalau ada program2 macam ni..

    BalasPadam