Selasa, 12 November 2013

Tarian Berunsur Seru Makhluk Halus...Punca Kena Rasuk


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Dipetik dari satu artikel,  persembahan Kuda Kepang Dan Ulik Mayang dipercayai antara punca hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengalami histeria.

Kejadian itu berlaku ketika mereka menyaksikan
persembahan sempena Malam Kebudayaan di Himpunan Pertahanan Awam Malaysia ke 19 di Port Dickson. Dalam pukul 10 malam ketika persembahan diadakan tiba-tiba dua anggota wanita daripada satu kontinjen tiba-tiba menjerit sebelum pengsan, diikuti beberapa lagi anggota lain.

Seramai 1,300 pegawai dan anggota membabitkan 14 kontinjen seluruh negara menyertai himpunan itu yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu.

Lima pengamal perubatan Islam berhasil memulihkan keadaan. Kejadian dipercayai berpunca daripada tarian kuda kepang dan ulik mayang yang dipersembahkan kerana mempunyai unsur menyeru makhluk halus.

Salah seorang mangsa histeria mendakwa ketika sedang menari ulik mayang, dia menyedari bayang-bayang dibelakangnya dan ternampak beberapa kanak-kanak lelaki berpakaian berwarna warni sedang menari bersama mereka.

p/s: Lapor berita dari  SUMBER BH

39 ulasan:

  1. Seram pulak AJ baca....
    Tapi tu la, ulik mayang ngan kuda kepang ni memang menyeru kate orang....
    Wallahualam....

    BalasPadam
  2. salam singgah pagi membaca!

    BalasPadam
  3. Saya pernah menyaksikan penonton yang menonton persembahan kuda kepang dirasuk KN! Sebelum tu kawan yang membawa saya menyaksikan pertunjukkan tu berpesan dengan saya supaya berhati-hati dan ingat 'diri' sepanjang menonton persembahan tu.

    BalasPadam
  4. Tak pernah melihat orang dirasuk. Menakutkan.

    BalasPadam
  5. Sebab itu ada ulamak kata lagu Ulik Mayang haram dinyanyi kerana ada unsur memuja dan memanggil dewa laut @ jin laut. Yg mereka ni pula nampak macam tak sensitif dgn keadaan sekitar, buat persembahan memuja dan memanggil jin laut di tepi laut, patutlah dia datang pun, dah tempat dia pun....

    BalasPadam
  6. macam2.. nasib baik x sampai meninggal

    BalasPadam
  7. Benda yg melibatkan kuda kepang...ulik mayang ni...dah lama bebenor isunya kan....Saya harap pihak mufti/ilmuan Islam negara kita keluarkan lah garis panduan..Supaya tak tergelincir akidah, dalam tak sedar.,,

    BalasPadam
  8. lirik ulik mayang tu memang menyeru makhluk halus . klu x caya , cuba nyanyikan di waktu mlm . meremang bulu roma tau ... kuda kepang tu ada mantera yg di baca sebelum persembahan , selalunya lah ...

    BalasPadam
  9. bahayanya jika ada unsur seruan sebegitu.. yang khurafat elok ditinggalkan terus..

    BalasPadam
  10. benda yang mengarut dibuatnya, cubalah buat nasyid lagi sedap..

    BalasPadam
  11. Kadang2 tak fahamlah...dah jelas nyata ianya kurafat, masih juga nak di lakukan.
    Bak kata Bahrain... persembahan nasyid lagi sedap! :)

    BalasPadam
  12. menakutkan je..benda2 yg ada unsur khurafat ni patutnya dihapuskan terus..tu la kan hasil seni warisan kita ni kadang2 boleh bawak bencana..lagi2 yg melibatkan seruan makhluk halus ni semua

    BalasPadam
  13. bahaya juga macam ni yea, ada yang ikut menari juga.

    BalasPadam
  14. saya baca berita kat paper pun terasa meremang bulu roma...

    BalasPadam
  15. salam boda..
    setuju tarian2 mcm ni..meng byak berunsurkan mistik:)

    BalasPadam
  16. tarian pun bleh kasi naik sheikh nooo...

    BalasPadam
  17. Salam Bunda..
    klu tak salah cma,tarian2 etnik mcm ni mmg 'dihantui' sesuatu.. wallahua''alam

    seram jgk

    BalasPadam
  18. selalu juga dgr kisah penari kuda kepang kena rasuk...

    BalasPadam
  19. Ada tengok benda ni depan mata waktu kahwin jiran. Dia ada buat tarian barongan. Memang kene rasuk betulla.

    BalasPadam
  20. Atas dasar memartabatkan seni warisan zaman berzaman..meskipun tahu bahawa ada unsur khurafat.. tentu ada yang dah bersuara mengingatkan tapi nasi dah jadi bubur bunda..ironinya perkara ini terkena pada ahli JPA tu..

    BalasPadam
  21. serius seram. tapi tak dinafikan tarian itu memang ada unsur2 pemujaan

    BalasPadam
  22. Menakutkan mintak dijauhkan kerna takut menjadik syirik....

    BalasPadam
  23. Memang seram ni, takut pula nak tengok persembahan yang ada unsur2 seru macam ni

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum bunda...

    Lama plak rasanya tak ke teratak bundi nih...rindu plak..hehe

    menyeramkanlah bunda,biasanya yg jd histeria tu,org perempuanlah sbb kita ni lemah....sy percaya wujud makhluk yg dikatakan menari dgn pakaian berwarna warni tu....makhluk halus kot bunda....org bunian ke....wallahualam....

    BalasPadam
  25. assalamualaikum bunda..

    seram pula baca tp ada sesetengah tarian berunsur seruan

    BalasPadam
  26. Salam singgah petang sambil membaca!

    BalasPadam
  27. Isk3...macam-macam sungguh skrg nih. Tak sudah-sudah dengan kejadian yg tak masuk akal. Banyak lagi perkara blh buat...zaman sekarang nih memang zaman yang pelik, pelik dengan kerenah manusia.

    BalasPadam
  28. Dulu pernah terjadi masa annual dinner company penari yg buat persembahan kuda kepang pun kena rasuk KN. Persembahan dah habis dia tak berhenti-henti terhenjut-henjut sambil menangis-nangis. Boss kakak sampai bingung lalu panggil org tua (mungkin bomoh ke apa tak tahulah).. sampai pukul 2 pagi baru setel... bahaya kan..

    Mas dia tak menangis tu siap makan bunga sanggul kepala dia lagi tau KN.. ngeri tengok. tak muntah pulak yg heran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masaalahnyer...dah byk terjadi pun msh tak serik2 lg...xpyh lah sbb nk kklkn budaya sampai mnyusahkn dn bw syirik plk...byk lagi tarian lain yg bersih yg x gune bende2 khurafat ni...

      Padam
  29. erkkk bahaya gak.... rasa seram plak klu depan mata moon ni...huhuhu

    BalasPadam
  30. Berderau darah, meremang bulu roma saya baca ni. Tapi tarian ni mmg "bahaya" pun, selalu jadi something. Takleh bayangkan kalau satu batalion histeria.

    BalasPadam
  31. Bahaya juga tarian yang begitu. Kena pastikan ada ' orang mahir' yang memantau kalau tak mau sesuatu yang buruk terjadi. Tapi biasanya kalau tarian kuda kepang ' tok bomoh'nya memang sentiasa stand by kat situ .
    ( Apa pun saya tetap suka tengok tarian mistik yang begini. Cantik pergerakan tariannya. )

    BalasPadam
  32. seramnya
    macam macamkan.
    kena sentiasa beringat

    BalasPadam
  33. Alahai buat apa la perbuatan syirik dan khurafat ni dibuat, kan lebih baik kalau buat nasyid dan zikir

    BalasPadam
  34. pernah juga dgr..tarian kuda kepang tu, selain tu..ulik mayang dan yg sewaktu dgnnya pon ade kan..nthla, utk pe smua tu..hm

    BalasPadam