Sabtu, 16 November 2013
Nyawa Di Muncung Senjata...
Bismillahirrahmanirrahim,
As Salam..
Bachok: “Ayah kena tembak banyak kali, selepas itu dia tak bergerak,” kata Che Muhammad Danial, 6, anak kepada Alias Yusoff, 58, yang mati ditembak dari jarak dekat kira-kira 50 meter dari rumahnya di Pengkalan Petah, dekat sini, kelmarin.
Begitulah apa yang diceritakan olih anak kecil yang melihat sendiri kejadian ayah nya ditembak mati didepan matanya yang terpapar di Metro hari ini.
Kejadian yang sungguh tragis sekali. Apalah yang dapat anak kecil ini ungkapkan apabila kejadian yang meragut nyawa bapanya berlaku sekelip mata didepan matanya.
Apakah kesannya nanti keatas anak kecil yang tak tahu apa-apa ini.
Lepas satu, satu kejadian pembunuhan dengan senjata api berlaku sejak kebelakangan ini. Ibarat nyawa manusia ini tidak bernilai lagi.
Seakan-akan seperti sebuah lakunan pula....suka-suka dan senang-senang sahaja mereka mendapat senjata api ini untuk tujuan membunuh secara terang-terangan.
Dimanakah nilai kemanusian sekarang ini. Sudah menjadi ikut-ikutan seperti dinegara asing pula jadinya.
Yang mendapat kesan trauma adalah ahli keluarga mangsa itu setelah pihak yang tak berperikemanusiaan ini meletak 'Nyawa Di Muncung Senjata'.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalam bunda.. takziah kepada keluarga mangsa dan al-fatihah kepada mangsa.. jenayah semakin menjadi-jadi.. di dalam berhati-hati pun boleh terkena juga..
BalasPadamMudah benor orang kita nak amik nyawa orang, kan?
BalasPadamKesian isteri mangsa, anak-anak mangsa, keluarga mangsa...
mintak dijauhkan Allah daripada perkara macam ni..
BalasPadammcm mainn je nyawa org skng ni..nk kua pun tkot..
BalasPadamKita kena terima hakikat yang tahap keselamatan sekarang dah makin membimbangkan. Kemudian, sama2 la kita mencari jalan penyelesaian.
BalasPadamtaw takpe, CP tgk sekarang nih , kerap berlaku kes pembunuhan , kenapa agaknya, betapa longgarnya sistem keselamatan kita sekarang, mungkin ke perkara ini berlaku disebabkan sikap pihak berwajib yang tidak tulus ???
BalasPadamBunda , saya baca tk habis.tk trgamak.sedih sgt.moga yg brsalah dpt pmbalasan, yg dah tiada di beri rahmat Allah.
BalasPadamHari ini, kelmarin dan minggu lepas kita baca berita orang yg tak kita kenali ditembak, di bunuh. Mungkin esok atau lusa orang lain pula membaca kisah mereka yang kita kenali atau kita sendiri yg ditembak, dibunuh.
BalasPadamSaya selalu rasakan itu: seperti tak selamat lagi tinggal di Malaysia, negara yg berita TV kata aman damai, tapi jenayah tak habis2...
Itu yang pernah berlaku atas orang yg paling hampir dengan bunda dan anak2..apabila tragedi begini berlaku lagi seakan2 kami anak beranak baru sahaja semalam kehilangan orang yg tersayang...dapat rasakan...kerana itu pengalaman kami...sedehhhh
PadamTakziah pada keluarga mangsa...kesiankan, anak-anak masih kecil lagi..sudah jadi anak yatim, hilang tempat bergantung, ketua keluarga...hilang sekelip mata...
BalasPadamSedih...hal yg tak disangka berlaku...
BalasPadamSelamatkah kita...?moga dijauhkan dr berlaku...esok lusa kita tk tau..sy kalau keluar rmh,mesti bc ayt qursi tp sebenarnya di dlm rmh sendiripun kita belum tentu selamat......
mrk yg jual senjata ni licik sungguh . setakat ni x de lak dgr ada buat penangkapan ...
BalasPadamas-salam.ntah la bunda.
BalasPadamsy yg baca pon naik risau.
maut dimana mana sahaja
ye ajal maut ditangan Allah
cuma cara kematian buat kita berpikir.huhu
semoga rakyat diberi petunjuk dan hidayah aamiin
Sedihnya memikirkan nasib si anak tu. Mesti akan jadi trauma untuk dia dalam masa yang lama. Harap2 dia tabah.
BalasPadambanyak betul cerita² begini zaman sekarang ni kan bunda...menakutkan je...moga dijauhkan dari keluarga kite semua..aminnn
BalasPadamassalam bunda..bila dah lebih dari satu kejadian/..rasa takut sangat kan.
BalasPadamSkrg ni kes bunuh merata rata.. :(
BalasPadamNauzubillah... minta dijauhkan dari keluarga kita semua...
BalasPadamMalaysia dah tak aman??
semoga diberi ketabahan kepada keluarga yang di tinggalkan
BalasPadamMungkin sipembunuh sedia berhati kering, tapi mungkin juga terpengaruh dengan apa yg ditonton..
BalasPadamHeran jugak macammana senjata mudah sangat diperolehi..
ya allah...sedinya...sekarang nyawa dah tidak berharga...
BalasPadamAssalamualaikum bunda.
BalasPadamNyawa semakin murah..
salam singgah kak. Malaysia ku semoga aman makmur
BalasPadamadakah ini alasan alasan yang sering kita dengar dari mulut pemimpim. kita harus bersyukur kerana Malaysia masih aman.... amankah kita sekarang?
BalasPadamNauzubillah... manusia semakin kejam.
BalasPadamMoga kita semua dilindungi Allah dr kejadian yg tak diingini.
negara kita dah jadi macam negara latin sejak ISA dihapuskan
BalasPadamsalam bunda,
BalasPadamsemoga Allah lindungi diri, keluarga dan masyarakat kita, amin
salam bunda..
BalasPadamcma teringat pernah baca kejadian yg sama berlaku baru2 ni..pernah kadi pada bunda..
mmg si pembunuh tu tak da perikemanusiann..
Sekarang nie macam2 kes lar.. tembak sana sini
BalasPadamtakut tengok gambar tu Bunda...hehee
BalasPadamBunda bukan saje takut tapi fobia anakanda..
PadamMemang skrg menjadi2...
BalasPadamTakziah pada keluarga mangsa..mesti budak tu trauma nti bunda...
BalasPadamerm! semakin menjadi2 kes tembak menembak ni..mcm dah jadik trend jenayah plak
Tak sangka pistol dan bunuh dan sinonim dlm laporan akhbar di M'sia… semoga orang2 yang kita kasihi sentiasa berada dlm perlindungan Allah… amin...
BalasPadampenjenayah semakin berani...malam semalam, ada jugak kes ragut..depan rumah jiran..dulu2 naik moto, sekarang ragut naik kereta pulak...
BalasPadamtu la..lately ni selalu sgt dgr org senang2 je kena tmbak..
BalasPadamorg sekrng ni ada mental problem kot...ish..