Ahad, 12 Januari 2014

Antara Dua Hati...

antara dua hati...



Bismillahuirrahmanirrahim...

As Salam,

Dalam mencari dan memilih jodoh pada zaman sekarang ini ramai yang suka ikut pilihan hati. Remaja yang dibawah umur pun kini dah ramai yang ada boy friend apa lagi yang sudah bekerja.

Orang dulu-dulu, zaman datuk dan moyang kita ramai yang berkahwin di usia muda dan mengikut saja pilihan orang tua. Kadang tu dah di aturkan sejak kecil lagi, apa lagi mereka yang berketurunan bangsawan dan hartawan.

Rata-ratanya mereka kekal bahgia hingga kehujung nyawa.. tiada istilah  ' Tak kenal maka tak CINTA' . Sebaliknya mereka bercinta selepas berkahwin.

Apa sebenarnya yang bunda nak ceritakan disini berkisarkan kisah benar rakan sekerja anak bunda ni. Kisahnya, si Johan ni (bukan nama sebenar hehe..) sejak kecil lagi di jaga dan di besarkan oleh ibunya. Ayah dan ibunya bercerai sejak Johan masih bayi lagi. Johan tidak pernah mendapat perhatian dan kasih seorang ayah. Ayahnya telah berkahwin lain dan punya anak .

Manakala ibunya tidak pernah berkahwin lagi. Hanya menyayangi dan menumpukan kasih sayang terhadap Johan dan bekerja untuk menyara hidup mereka. Mereka tidak pernah berpisah sehingga lah Johan melanjutkan pelajaran keasrama penuh dan universiti dan kini telah bekerja agak selesa.

Ibunya kini menetap di negeri Pantai Timur tempat asalnya. Johan pula tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur. Antara dua beranak ni sangat rapat dan selalu saling menghubungi. Rakan-rakan sekerja nampak semua itu.


Johan kini sudah punya Cinta Hati . Mereka sudah merancang untuk berkahwin dan Johan pernah ajukan perkara ini kepada ibunya.  Masaalahnya sekarang ni ibu Johan tak setuju dan tak berkenan dengan pilihan hatinya. Sedangkan ibunya sudah ada calon untuk dijodohkan dengan Johan dikalangan saudara maranya juga.

Johan kini berada didalam dilema. Johan pernah bercerita dan meminta pendapat rakan -rakan sekerja termasuk anak bunda. Dalam banyak hal ibunya selalu menurut dan setuju dengan kehendaknya tetapi dalam soal jodoh ibunya sangat tegas dengan pendiriannya. Johan kini tambah tertekan dalam menjaga dua hati. Hati ibu dan hati kekasih.

Dalam masa yang sama , dalam kekalutan menjaga dua hati si kekasih selalu mendesak untuk berkahwin segera.  Sehingga pada suatu hari si kekasih mengajak Johan kahwin lari ke Sempadan... Bertambah kalutlah siMamat ni... menggelabah jumpa rakan-rakan minta nasihat.

Rakan-rakan menasihati agar Johan ikut saja pilihan ibunya dan putuskan hubungannya dengan gadis itu. Tetapi Johan masih sayangkan gadis itu. Apabila dah sampai tahap ni bunda pun masuk tumpang sekaki melalui anak bunda menasihati si Johan.

Dari naluri dan kaca mata juga dari hati  sanubari bunda sebagai seorang ibu
... bunda menasihati Johan agar kembali kepada kehendak ibunya. Dari apa yang dikisahkan nampak sangat ada yang tidak kena dengan gadis yang berasal dari Pulau Borneo ini. Belum bernikah lagi dia dah sanggup memutuskan tali silaturrahim antara anak dan ibu... dan sanggup mengajak si teruna membelakangi undang-undang dan menderhaka kepada ibunya.

Janganlah kerana menjaga hati seorang wanita yang baru dikenali beberapa tahun Johan sanggup melukakan sekeping hati yang telah 27 tahun dikenali dan membesarkannya. Pada firasat bunda mana ada seorang ibu yang mahu menghancurkan kebahgiaan anaknya. Apa yang dilakukan siibu mesti ada alasannya tersendiri. Siapa ada lagi dalam hidupnya selama ini selain dari anak tunggal kesayangannya. Sudah pasti siibu mahukan jodoh yang terbaik untuk anaknya yang bakal menggantikan dia untuk menjaga anaknya nanti.

Alhamdulillah, kini Johan sudah berbincang dengan gadis itu dan mereka putus secara baik. Kiranya Johan ini adalah seorang pemuda yang baik, mahu mendengar nasihat orang, disenangi rakan -rakan dan juga seorang anak yang taat. Bertuahlah ibunya.

Semoga Allah pertemukan jodoh yang baik dan permudahkan urusan kedua beranak ini.

Aamiin..



82 ulasan:

  1. Aminnnnn... semoga yg baik2 saja untuk ibu dan Johan. nina ada sedara yg mcm ni. makn dia dah ada yg berkenan utk dikahwinkan anak lelakinya. tp si lelaki tu dah ada buah hati. dia ikut jea ckp mak dia. tp lepas kawin dia terus blah dengn kekasih hatinya. kesian pompuan tu jadi mangsa keadaan :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin siibu pun terlalu keras...dan sianak plk ada niat nak balas dendam kat ibunya...moga tak terjadilah kpd anak2 cucu kita...kena bertolak ansur lah salah seorang...demi menjaga silaturrahim..

      Padam
  2. nampaknya , kisah mereka lebih hangat dari biasa.. si perempuan seharus memikat hati ibu nya bukan untuk menjauhkan mereka

    BalasPadam
  3. assalam...tidak ada ibu yg xmahu melihat anaknya berbahagia dgn pasangan hidupnya tapi si ibu tetap pengamati pilihan si anak n persetujuan siibu tentu didasarkan drpd pandangan matahati ibu itu. anak2 xwajar mengkesampingkan pendapat ibu/bapa mrk kerana ibu/bapa sgt berpengalaman dgn sepak terajang dunia...

    BalasPadam
  4. Nampaknya dah lama saya tak ke sini. Maaf ya bunda.

    Oh, jika bukan jodohnya bukan jodohnya juga kan bunda. Allah lebih mengetahui.

    BalasPadam
  5. Seeloknya, ikut cakap ibu. ada berkatnya. :)

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..
    pokok pangkalnya ank lelaki wajiblah menuruti ibunya.. selagi x l\mlanggar hukum agama. syurga dibwh telapak kaki ibu. apa2 hal, semuanya blh dibawa bbincang..y penting kesabaran.. seandai si perempuan bnr2 ikhlas..pasti dia akn bsabar n cuba mgambil hati si in\bu dgn sebaiknya.. xpela.. perempuan blh dicari..tp ibu x gantinya..

    BalasPadam
  7. hmm.. niCe story.. Zam bagi 4 Bintang.. hehe

    BalasPadam
  8. restu family amat penting...mereka seharusnya berdoa agar hati ibu dilembutkan dalam masa sama berusaha untuk memikat hati ibu..

    BalasPadam
  9. aiza sokong keputusan yang dibuat oleh johan itu.. pilihan ibu pastinya yang terbaik.. tambahan pula apabila bunda ada menceritakan gadis itu ada mengajak berkahwin di sempadan.. wanita baik tentu tidak akan mengajak bakal suaminya untuk melakukan perkara yang menderhakai dan memalukan ibunya..

    BalasPadam
  10. alhamdulillah, Johan tahu kedudukannya sebagai anak, semoga Allah memberikan beliau jodoh yang baik

    BalasPadam
  11. Saya ingatkan cerita ibu paksa anak kahwin mengikut pilihan si-ibu cuma ada dalam cerita Melayu, rupanya dalam dunia realiti juga ada....

    BalasPadam
  12. keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa :')

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum bunda...

    Sy dtg sini bermesyuarat tingkap dgn bunda,guna window 7...gelihati sy bc komen bunda di blog sya,terimaksih ye bunda..

    Mengikut cerita bunda di atas,sya bersetuju dgn pendapat dn nasihat bunda,sebagai wanita yg berpengalaman,sebagai seorg ibu jua tentu bunda boleh mengenal karenah manusia,memang bagai ada yg tk kena kerana gadis tersebut sanggup membelakankan ibu Johan..nasib baik johan seorg yg mahu menerima pendpt kwn2..alhamdulillah...

    BalasPadam
  14. Assalamu'alaikum bunda,
    Fiza setuju dgn bunda. Nampak sungguh gadis tu nak pisahkan silaturrahim antara anak dan ibu malah sanggup ajak kawin lari. Tak baik gitu... Kawin tak direstui. Nasib baik johan putuskan hubungan mereka dengan cara yg baik :)

    BalasPadam
  15. setuju dengan nasihat bunda tu.. nasib baik johan tu masih nak terima nasihat orang lain.. kalau tak kesian jugak ibu dia..

    BalasPadam
  16. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Semuga dengan keredhaan si ibu si anak mendapat jodoh yang baik

    BalasPadam
  17. alhamdulillah dia dapat dengar nasihat orang sekeliling tanpa fikir melulu. Moga dia bertemu dengan gadis yg lebih baik :)

    BalasPadam
  18. ikut nasihat ibu kerana org tua lbh 'mengenal' intan dan kaca...

    BalasPadam
  19. macam cite drawa swasta plak ye,
    emm setuju dengan pendapat bunda
    tak kan demi kekasih yang baru dikenali sanggup memutuskan
    hubungan keluarga, lagilah si johan anak lelaki

    syurga dia bawah telapak kaki ibu
    insya allah dia akan dipertemukan dengan jodoh yang baik
    adik saya pun single juga ni...hehe sempat lagi tu =)

    BalasPadam
  20. Salam Bunda..
    hehe.. name johan dah mcm kisah die jgk.. kuikuikui...

    bagusla klu dia mengikut kata ibu..bahagia mcm mana pun dgn pasangan, klu tiada restu ibubapa mmg 'kosong'

    BalasPadam
  21. Restu dari ibu menjamin kebahagiaan. Jangan sesekali menderhaka...

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah...beruntung si ibu dpt anak sebaik johan. Restu ibu adalah sangat penting. Smoga urusan mereka dipermudahkan olehNYA.

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum Bunda

    saya setuju dengan pendapat Bunda tu dan saya amen kan doa2 tu

    BalasPadam
  24. assalamualaikum bunda..baik sungguh budi pekerti anak muda ni..tidak mengikut hati dan nafsunya..sanggup berkorban dan mengalah kerana ibunya..semoga dijodohkan dengan perempuan yg baik-baik dan beriman..

    BalasPadam
  25. Susahkan Bonda bila berada dalam situasi begini. Ibu tetap ibu. Isteri boleh dipilih. Kekasih hati datang dan pergi. Macam saya ni, suami orang asing. Anak kesayangan ibu. Sudah tentu ibu mengharapkan wanita sebangsa jadi pilihan supaya menantu dan anak dapat tinggal sebumbung dengan ibubapa. Mana tahu dapat orang luar. Alhamdulillah, saya diterima dengan baik walaupun pada mulanya ada juga bangkangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      Memang jodoh itu rahsia Allah...tapi kita xblh duduk diam je...harus berusaha mencari.

      Sekiranya apa saja rintangan..seandainya yg itu juga kuat jodohnya utk kita maka itulah'MILIK' kita..

      Dalam masa yg sama pandangan org tua kene pertimbangkan juga
      jgn sampai jatuh derhaka..

      Padam
  26. Assalammualaikum.. bonda,

    pape yg penting sebagai anak kita hendaklah dengar kata ibu bapa yg telah membesarkan dan mendidik kita. Ibu mana yg nak kan anak nyer menderita.. semua ibu hendakkan anak nyer bahagia. Sudah semestinya pilihan ibu adalah yg terbaik utk kebahagiaan anaknya.

    mselim3

    BalasPadam
  27. redha ibu kan bunda...penting sangat...
    mudah2an dia beroleh kebahagiaan yang berpanjangan kelak...
    dari cinta yang pendek usianya (sudah banyak cerita perkahwinan tak kekal lama kerana tiada restu ibu bapa)

    BalasPadam
  28. momoy rasa lebih baik si prempuan tu belajar cara pikat dan ambil hati ibu kekasihnya.

    BalasPadam
  29. Bunda di usia sy awal 30an ini masih belum ketemui jodoh.. Bunda doakan untuk sy ya cepat2 ketemui jodoh... Selamat menyambut Maulidul Rasul SAW.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang tu walaupun dah ada dalam genggaman....bertahun2 menjalin hubungan dan direstui ..seandainya itu bukan jodoh kita...maka akan berpisah juga...

      Itulah urusan Allah...janji Allah...kita hanya merancang Dia juga yang menentukan...

      Padam
    2. Kisah saya sama dgn kisah johan. Sy terpaksa lepaskan dia. Biarlah dia ikut kata ibu dia walau hati sy terluka...sbb sy taw kasih n restu ibu nikmat yg tak ternilai...~~ 😢feeling sad.

      Padam
  30. aamiin.
    mudah mudahan akan berjumpa dgn gadis yg lebih baik.

    BalasPadam
  31. berbincanglah.. itu jalan terbaik, fikirkan masa hadapan, bukannya fikirkan seronok sekarang...

    salam maulidur rasul buat bunda..

    BalasPadam
  32. Restu tu sangat penting...perkahjwinan bukan lah untuk sebulan dua..bukan juga untuk setahun dua..tapi untuk selamanya.kalau Allah izinkan nak sampai ke hembusan nafas yang terakhir kan bonda...
    ape2 pon..Semoga gadis tu dapat terima keputusan tu secare terbuka...dah tak de jodoh kan..

    BalasPadam
  33. Semangat Bunda
    semoga Allah memberi jalan yang baik :-)



    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

    BalasPadam
  34. Mudah-mudahan segalanya di permudahkan....semoga Johan dapat membuat keputusan yang terbaik untuk ibunya dan wanita yang dicintainya itu....

    Salam Maulidur Rasul Bunda.....

    BalasPadam
  35. Semoga berkah sentiasa meliputi hidup anak ini...syurga di bawah tapak kaki ibu

    BalasPadam
  36. Melihat semua inilah IM meletakkan sikap lebih terbuka kepada anak-anak IM. Syarat asaa yang IM letakkan ialah dia mesti menutup aurat dan sopan sikapnya.

    lain-lain terpulang pada anak-anak IM sebab IM tak mahu dipersalahakan nanti jika perkahwianan tidak bahagia sepertimana berlaku pada adik IM...

    BalasPadam
  37. Restu ibu dan doanya mengiringi kebahagian di masa hadapan, insya Allah.

    BalasPadam
  38. restu kedua orang tua adalah penting untuk kebahagian hingga ke janna..
    salam Maulidul Rasul Bunda..

    BalasPadam
  39. Assalam.. doa & restu ibu membawa berkat dlm kehidupan & jalan ke syurga.. t kasih diatas perkongsian Bunda.. Selamat menyambut Maulidurrasul buat Bunda.. selawat & salam keatas junjungan besar Rasulullah saw.. salam ceria.. :)

    BalasPadam
  40. Alhamdulillah... dari cerita KN ini kakak dapat rasa Johan anak yg baik dan taat. Sanggup juga mendengar pendapat kawan termasuk KN juga. Syukurlah semua berjalan dgn baik.

    BalasPadam
  41. Semoga itu jalan terbaik buatnya...

    BalasPadam
  42. dalam apa pun utamakan keluarga..terutama Ibu..restu amat penting dlm kehidupan..:)

    BalasPadam
  43. Bila baca kisah ni, tetiba T terfikir. adakah T nanti akan menghadapi dilema sebegini. Moga Allah sentiasa menjaga hati ini dari terguris dek anak anak la kan.

    mmm.. rasanya si ibu dan anak perlu membuat solat istiqarah. T doakan moga Allah merungkaikan segala permasalahan ni.

    BalasPadam
  44. semoga yang terbaik untuk mereka...

    BalasPadam
  45. salam maulidur rasul.. bersama kita berselawat ke atas baginda rasullullah saw.. :D

    BalasPadam
  46. ibu lbh lama kita kenal..seharusnya ikutlah kehendak ibu..baguslah anaknya..itu akhirnya Allah tunjukkan pilihan yg terbaik..mg dapat menjaga ibunya sampai akhir hayat nnt

    BalasPadam
  47. kebanyakkan ibubapa sekarang dah boleh tolak ansur dengan pilihan anak,
    mungkin ada yang tak kena dengan pilihan johan tu,
    tak tau cerita sebenar..
    moga hidup kedua2 belah pihak aman damai..

    BalasPadam
  48. Berkat didikan seorang ibu..johan seorg anak yg taat pd ibunya..

    BalasPadam
  49. restu ibu mmg penting.. singgah dan follow bunda.. :)

    BalasPadam
  50. Alhamdulillah dia mengikut jalan yang betul..doa dan restu ibu penting :)

    BalasPadam
  51. Alhamdulillah Johan buat keputusan yg betul...Sebagai anak lelaki walaupun dah berkahwin ibu tetap no.1 dan isteri no.2..Dari apa yg bunda cerita kita boleh tahu sama ada cinta hati dia seorang yang something atau x...jika benar dia menyayangi Johan pasti dia takkan bg cadangan yg bukan2

    BalasPadam
  52. Penting restu ibu dalam sesuatu hubungan...

    Salam kenal, bunda ^__^

    BalasPadam
  53. Asalamuallaikum :-)
    salam kenal bunda




    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

    BalasPadam
  54. alhamdulillah... n3 yg sungguh bermakna ni bunda

    BalasPadam
  55. betul tu bonda restu ibu ayah dlm perkahwinan sgt penting..dpt berkat
    Tuhan dah tunjuk terang2 akan sifat kekasihnya yg sggup nak kawin lari
    alhamdulilah si Johan pikir panjang dan mendengar nasihat2 org2 sekeliling
    lau ikutkan skun ni org2 muda suka sgt ikut hati dan perasaan smpaikan sggup buang keluarga bagai
    semoga johan dan ibunya mendapat keberkatan di dunnia dan akhirat amin

    BalasPadam
  56. rasa terharu baca nasihat bunda tu..setuju sangat dengat nasihat bunda...:)

    BalasPadam
  57. moga kedua2 pihak ditentukan jodoh yg terbaik.

    BalasPadam
  58. Bila berada dlm situasi ditelan mati emak diluah mati bapa, memang agak susah nak buat keputusan...

    BalasPadam
  59. Alhamdulillah, everything worked out in the end. Kalau si gadis tu ikhlas, ia x akan suruh buat perkara yang bukan2. Kalau bukan jodoh, dipaksa mcm mana pun x akan menjadi juga.

    BalasPadam
  60. singgah ziarah bunda di mlm buta,moga bunda tidur lena ye...

    BalasPadam
  61. salam bunda...

    itu satu pengorbanan seorang ank utk ibu nya juga..walaupun pahit untuk ditelan tapi terpaksa juga..ada hikmah dsebalik sgla yg blaku..

    BalasPadam
  62. Assalamualaikum... naluri hati seorang ibu sememangnya selalu benar... perkongsian yang baik. Terima kasih bunda..

    BalasPadam
  63. singgah Sabtu jenguk Bunda:)

    BalasPadam
  64. saya pun sependapat dengan Bunda..
    syurga di bawah tapak kaki ibu, apatah lagi anak lelaki yang tak akan putus t.jawabnya dengan ibunya wpun setelah bernikah...

    sama2 kita doakan moga Johan berbahagian bersama calon ibunya hingga ke akhir hayat..

    BalasPadam
  65. PC harap johan sentiasa minta petunjuk Allah..dekatkan diri dengan Allah..dan ibunya juga jangan putus berdoa agar Allah beri petunjuk sewajarnya demi kebahagiaan johan..doa ibu tidak pernah terhijab..

    BalasPadam
  66. restu ibu bapa tu pentingkan BONDA....

    BalasPadam
  67. dlm dilema jgk cmtu..tp yg penting dahulukan ibu bapa..restu dr parents tu lbh penting bila nk berumah tangga ni

    BalasPadam
  68. Memang susahkan bonda klau berada dlm situasi Si anak tu...betul2 dlm dilema..
    Restu ibu bapa tu yg penting..mungkin ada hikmah di sebalik semua yg berlaku...

    BalasPadam
  69. kalau husna jadi si anak pasti husna akan tinggalkan perempuan tu.. sedih, sampai sanggup ajak pergi kawen kat sempadan.. ada ke patot.. ish3.. kalau dah ketentuan tiada jodoh nak buat macam mana kan bonda??

    BalasPadam
  70. Waalaikum salam Bunda
    Salam Bunda...
    Agaknya apakah perkhabaran Johan Sekarang...?

    p/s. Terima kasih bunda sudi lawat TiranaAduka...
    Jemput sarapan Bunda...Ta Sarapan air Nes dan cucur bawang je ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebiasaannya sarapan bunda 2 keping roti wholemeal dan segelas susu anlene...
      maklum dah 50s..

      Padam
  71. alhamdulillah johan pilih ibunya.... nampak sgt gadis tu belum betul niatnya nak kawen sampai sanggup ajak johan derhaka dgn mak dia....

    BalasPadam
  72. Asslmkum Bunda, berdoa yang terbaik, selepas Allah swt dan Rasul saw untuk disayangi adalah ibu, orang lain yang datang tu untuk kita tolong kearah kebaikan setakat yang boleh. InshaAllah

    BalasPadam
  73. Ehm..niesa baru je berada dlm situasi ni cuma jalan cerita nye je lain...huhu...mmg sakit bila putus dgn org yg kita cinta..tp restu seorg ibu tu sgt penting... :( :'(

    BalasPadam
  74. Walaupun perit untuk membuat keputusan insyaAllah ada manisnya sebab Johan anak yang baik ;)

    BalasPadam
  75. Bunda....asal nama samaran jer Johan hehe....femes betul nama Johan ni....
    Moga mereka bahagia....pilihan ibu selalunya tepat....yelah menantu setempat lagi senang tk yah gaduh balik kg!

    BalasPadam