Jumaat, 28 Februari 2014

Keajaiban Amalan Bersedekah..

gambar dari google

Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Selamat hari Jumaat Hari yang penuh barokah..entri bunda kali ini adalah dari perkongsian rakan laman sosial bunda. Semoga dapat memberi pencerahan dan iktibar buat kita semua...

Pada tiga minggu yang lepas saya (En. Firdaus) menghadiri satu seminar selama lima hari. Seminar ini kebanyakkan nya di hadhiri oleh mereka yang di beri kelapangan kewangan oleh Allah, ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk lima hari.  Tidak ramai yang hadhir di sebabkan kos yang sangat tinggi.

Selama lima hari di sana saya bertemu dengan ramai  'JUTAWAN' . Mereka 'Tersangat'  kaya. Ada yang income mencecah RM500k - RM600k se bulan., baru berusia 40 - an.  Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k se bulan. Ada yang baru 35 tahun sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua sebab ramai yang terlalu hebat.  Subhanallah!... saya sendiri terkejut dengan kekayaan mereka.

"Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah, sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu." nasihat dari  'Para Jutawan' semasa salah satu sessi saya sarapan bersama mereka.

Saya tanya mereka apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap ini? Salah se orang peserta berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja, kalau kita nak yang terbaik, nak duit banyak, kita kene bersedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang,  'Sedekah Bila Masuk Masjid'  Abang buka wallet ambil duit yang paling besar, then, sedekah kat tabung Masjid. Abang buat aja, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik juga untuk kita."

Salah seorang CEO syarikat lain menambah, "Firdaus, kau jangan percaya apa yang dia ni cakap, tapi kau buat aja!!...  'Ingat ! Sedekah Duit Yang Paling BESAR Dalam Wallet, ok'

Kemudian se orang CEO syarikat lain pula menambah . " Saya ni dah lama jutawan...tapi dulu nak sedekah kat Masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu itu. Tapi lepas saya belajar, saya pun sama seperti mereka , saya keluar duit yang paling besar ada dalam wallet saya.  Saya juga selalu tukar duit kecil RM1, RM 5, RM10 dan RM20. Bila saya jumpa orang yang memerlukan saya akan beri ikut keperluan mereka.

Wow! ini rupanya rahsia mereka. Saya masuk Masjid dan teringat kata-kata mereka.  Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar. Saya berazam nak sumbangkan RM50 ke tabung Masjid, sebab saya sangka itulah duit yang paling besar dalam wallet saya.

Tiba-tiba saya dapati ada duit RM100 dalam wallet saya. Aduhh! iman saya mula bergoyang nak sumbang RM50 pun kira besar inikan pula RM100. dengan rasa 'berat hati' saya sumbangkan juga RM100 ke tabung Masjid.

Saya berdoa kepada Allah " Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku . Tapi aku sudah jalankan tanggung jawab ku, terserah pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untukku."

Semasa keluar Masjid saya asyik berfikir,  "hmmm macam manalah Allah nak gantikan RM100 ni dalam masa segera?" Tak nampak jalan dari mana-mana sumber bisnes yang saya buat. Tak per lah saya buat kerja saya yang selebihnya berserah kepada Allah.

Apa berlaku pada Hari Jumaat?  Tiba-tiba abang saya kol..." Daus, cepat jual saham yang hang beli tu...sekarang tengah naik mencanak" saya terus online dan cek saham yang saya beli 2-3 minggu lepas ..asyik turun tak naik naik..saya sedikit kecewa..

Subhanallah!, Syukur Alhamdulillah...


Saya benar-benar tak sangka, Allah nak beri rezki kepada saya dari pintu yang saya tak sangka. Saya jangka untung dalam RM1,000 - RM1,500.. rupa-rupanya RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah, selepas itu saya ke Masjid untuk Solat Jumaat. Dan sekali lagi saya sedekahkan wang yang paling besar dalam wallet saya. Kali ini saya berdoa...

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berkan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini aku berikan sumbangan ku lagi di Masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat ku selepas ini".

Selama ini bukan saya tak percaya  'THE POWER OF SEDEKAH'  Saya sangat percaya tapi kita manusia. Selalu rasa takut untuk 'MEMBERI'. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.  Sebenarnya tak...dengan memberi kita menambah apa yang sedia kita ada.

Semoga kisah ini akan memberi 'Inspirasi' kepada kita semua untuk bersedekah.  Ingat pesanan ini..."kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi."  THE MORE WE GIVE, THE MORE WE GET BACK. InsyaAllah.

Jika kita tak mampu bersedekah dengan wang ringgit, sedekahlah dengan senyuman.  Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.

p/s: JANGAN TAKUT UNTUK MEMBERI SEDEKAH...


68 ulasan:

  1. Sedekah membawa kebaikan & ketenangan rohani juga... subhanallah...

    BalasPadam
  2. Seeloknya tangan kanan yg memberi,jgn sampai tangan kiri tahu ..

    BalasPadam
  3. tertarik dgn cerita bonda bab duit rm100 tu.
    ada cerita ni.. dia ada kambing, kambing tu kurus sgt..macam nak mati..lepas tu dia ckp, kalau kau sihat kambing, cukup umur aku nak wat kenduri masjid. dgn izin allah leps tu, kambing tu lah yg paling gemuk dan cantik dia ada..dah berbelah bgi nak sembelih ke nak jual..tp sb dah tercakap..dia sembelih jgk..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang kala apa yg kita lafazkan sebagai satu doa..

      Padam
  4. suka sangat dngn quote "THE MORE WE GIVE, THE MORE WE GET BACK" :D

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum bunda,
    sedekah tak buat kita jd miskin malah bertambah berkat... :) sedekah senyum untuk bonda...

    BalasPadam
  6. salam bunda….ros ada baca @FB citer ni. betul la kan, sbb ALLAH dah janjikan rezeki yg berganda kpd sesiapa yg bersedekah dgn ikhlas. jom kita tiru

    BalasPadam
  7. terima kasih Bunda atas perkongsian ini...semoga dapat mencerahkan hati-hati insan...

    BalasPadam
  8. kisah ini sangt memberi inspirasi kepada kita semua.. itulah ajaibnya sedekah.. sedekah yang ikhlas itu pasti akan menyucikan harta kita juga..

    BalasPadam
  9. Bila kita dah bersedekah..hati kita mesti akan rasa tenang.

    BalasPadam
  10. sedekah walaupun sedikit ada ganjarannya kan bunda

    BalasPadam
  11. Saya pernah mendengar cerita yg sama dari seseorang bergelar jutawan dalam satu kursus yg pernah dihadiri. Katanya jika kita membuka satu pintu (pintu sedekah) utk orang ramai, Allah akan membuka tujuh pintu rezeki untuk kita. Dan itulah yang dilakukannya. Katanya sedekah yang paling baik adalah untuk anak yatim. Tak susah nak mencari anak yatim kerana kita mempunyai banyak rumah anak yatim. Salinkan mereka pakaian yang terbaik, jamu mereka dengan makanan yang terbaik dan penuhi impian mereka yang mereka angankan. Jangan sesekali sedekahkan mereka pakaian yang terpakai atau makanan lebih kepada mereka, nanti Allah akan membalas sesuatu yang tidak kita suka...Wallahualam..

    BalasPadam
  12. Dah baca kisah ni. Power of sedekah kan Bunda. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak lah yg kita akan dapat.

    BalasPadam
  13. bersedekah walaupun sedikit, biar ikhlas dan istiqomah...

    BalasPadam
  14. Kena didik hati kitakan Bunda..Janagn takut bersedekah..Allah pasti gandakan apa yang kita bagi. In Shaa Allah..Salam Jumaat Bunda!!

    BalasPadam
  15. Tertarik dengan cerita yang terakhir tu. Yalah RM50 pun dah besar nilainya inikan pulak RM100. Tapi kalau kita redha, tentu akan ada hikmatnya. Suami saya pun pernah bercerita. Ketika pergi sembahyang Jumaat, dia sedekah kat tabung masjid. Bukan banyak mana pun tapi sehari selepas itu rezeki datang 10x ganda daripada jumlah yang disedekahkannya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...itulah keajaiban bersedekah ..

      Padam
  16. salam Jumaat,Bunda...a good share... :)

    BalasPadam
  17. Tertarik dengan perkongsian bunda ni. Selalu saya hulurkan paling besar cuma rm5 sahaja di masjid. rupanya ada kesilapan yang saya tidak tahu.

    BalasPadam
  18. Salam Bunda... Terima kasih krn memanjangkan lagi kisah menarik ini. Benar sekali, semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang kita akan dapat.. Yakin dan ikhlas kerana Allah, itu kuncinya.

    BalasPadam
  19. Sedekah boleh selamatkan kita dari bala bencana. kita bagi sedekah 1. Allah akan balas balik 10. Itu janji Allah untuk orang yang bersedekah. terima kaih perkongsian ini akak.

    BalasPadam
  20. assalamualaikum bunda.. sedekah itu kita kongsikan sedikit apa yang kita ada bersama.. tak mampu beri banyak beri sedikit

    BalasPadam
  21. Terharu baca kisah ini . Huhu . Salam Jumaat Bunda .

    BalasPadam
  22. tetiba rasa tersedar. terima kasih bunda..

    BalasPadam
  23. salam jumaat bunda.. sedekah la walaupun sedikit

    BalasPadam
  24. saya pun sedang ajar anak2 untuk bersedekah... alhamdulillah mereka cepat faham istilah sedekah... moga kita trs istiqamah utk bersedekah...

    BalasPadam
  25. Bersedekah itu ibarat penyambung nyawa kita di akhirat kelak.

    BalasPadam
  26. paling senang beri duit setiap bulan pada mak ayah in sha Allah duit tak akan putus. c:

    BalasPadam
  27. bersedekah lah selagi mampu, xrugi apa pun kan bunda :)

    BalasPadam
  28. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    BalasPadam
  29. Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui

    BalasPadam
  30. sedekah dgn iklas n kerap
    moga diredhai olehNya

    BalasPadam
  31. tak kan merugi orang yang bersedekah

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum bunda. alhamdullilah. kuasa bersedekah. in shaa Allah, akan selalu dijadikan amalan untuk bekalan akhirat sana. semoga dipermudahkan urusan kita ~~~

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum bunda.. apa khabar hari ni?..

    BalasPadam
  34. Assalam
    Berat hati bersedekah ketika ada sedikit, begitulah ringannya beban di janjikan.

    BalasPadam
  35. singgah tengahari kat sini yerr bunda :)

    BalasPadam
  36. salam ziarah..
    amalan bersedekah dan amal jariah..itulah harta yang akan di bawa ke akhirat kelak.

    BalasPadam
  37. Ya Allah...teruja rasa baca kisah ni...selalunya mmg kita was-was bila nk bersedekah..sikit ke byk ke..pdhl itulah..beri lagi banyak...dapt bertambah2 byk dr Allah..

    BalasPadam
  38. rezeki Allah mahaluas x rugi langsung bersedekah Allah akan memberi ganjarannya dari sisi yg xpernah diduga....salam isnin bunda.

    BalasPadam
  39. salam bunda..

    wah..8k utk course 5 hari mmg mahal..huhu..
    tapi cma setuju..bersedekah tu mmg akan mmbawa pulangan dekat kita..
    kalo dulu sedekah rm singgit dua.. tp sekarang ni hulurkan diantara yg terbanyak..cth ade 10, 20, 50..cma akan sedekah rm20 tu..

    insyaaLLAh..akan datang nk jgk sedekah amaoun paling byk..
    betul bunda,,, cma sendiri dah merasa 'pulangan sedekah' ni..
    dlm tak sangka2.. :)

    allahurabgi..

    thanks sharing bunda..cma dpt 1 ilmu lagi.. :)

    BalasPadam
  40. Thanks bunda...terdidik seketika hati ni...bimbingan yg baik

    BalasPadam
  41. betul tu bonda memang terasa manis kalau sedekah dgn hati ikhlas

    BalasPadam
  42. bersedekah menghapuskan dosa kan bunda..
    nice sharing, terima kasih bunda :)

    BalasPadam
  43. alahaiii..benda mudah dan ringan...tapi ini le yang paling payah kita nak buat...... minimum singgit je le.... yang keluo... aduila...terkena batang hidung sendighi...

    BalasPadam
  44. Kakak rasa kakak pun akan teragak-agak macam Firdaus itu. Namun sebenarnya memang sungguh balasan Allah itu tetap ada. Tak di dunia tapi di akhirat. Terjadi pada kakak belum lama. ustaz anak kakak kena rompak depan bank masa nak masukkan duit yuran sekolah. Semua barang termasuk laptop dan wallet kena ambik. Kakak sedekah tak banyak mana pun sekadar yg ada tapi memang betul waktu itu duit itulah yg terbesar ada. Entah macam mana tak sampai 2 minggu suami kakak dpt projek baru utk sistem wiring di salah satu sek agama di negeri Johor. Bukan 2-3 kali ganda bahlah beratus kali ganda Allah berikan ganjaran..

    BalasPadam
  45. something yg similar happen to me before... kalau kita sedekah seikhlas mungkin tanpa menungkit, insyaAllah ada ganjarannya... menitik air mata saya masa tu

    BalasPadam
  46. kunjungan pertama, nice post bunda :)

    BalasPadam
  47. lepas nie tak nak teragak-agak dah.. bersedekah dengan ikhlas...

    BalasPadam
  48. Asalkan ikhlas dengan sepenuh hati, akan tetap diganjari Allah sama ada di dunia mahupun di akhirat...Allahu Allah~

    BalasPadam
  49. assalamualaikum..bunda

    ada juga dengar dlm kuliah agama...sedekah mmg x akn buat kita papa tapi akan lebih murah rezeki.

    BalasPadam
  50. Saya pernah terbaca juga kisah ni dari rakan FB dan mmg bagus kalau kita
    dpt kongsikan sbb ianya mmg menginsafkan.

    BalasPadam
  51. semoga amalan bersedekah yang kita buat diterima dan mendapat ganjaran yg lebih dari NYA amin
    terimakasih bunda..atas perkongsian info ini..semoga kita semua dapat mengamalkan nyer dengan ikhlas :)

    BalasPadam
  52. Selalu ingatkn pd suami, niatkn sedekah ats nma istri plk ye...

    BalasPadam
  53. sedekah bagaikan satu pelaburan..

    BalasPadam
  54. Betul ni. Ni cerita baru bagi saya. Tapi kepercayaan yg sedekah tak perlu tunggu dah kaya ni mak saya memang dah ajar kami sejak kecil. Saya harap ramai yg mencontohi. Saya pun masih belajar banyak pasal ni, ada masa mmg rasa berkira nak hulur duit sedekah.

    BalasPadam
  55. bersedekah berkait rapat dengan amalan solat kita, kita solat tapi tak bersedekah pun tak guna juga, biar ikhlas bila bersedekah... nice sharing bunda..

    BalasPadam
  56. Asalkan kita ikhlas dan tak harapkan apa2 balasan insyaAllah Allah akan beri lebih pada kita, kan? :)

    BalasPadam
  57. Bila bersedekah biar ikhlas kan bunda...bru de keberkatan

    BalasPadam
  58. Subhanallah..
    Inilah ' rahsia' yg dah lama bocor..
    Sama sama kita beramal :)

    BalasPadam
  59. Tangan yg mberi lbh baik drpda tgn yg menerima.. =)

    BalasPadam
  60. Baru baca...baru jumpa blog ini... betul tu...rasa berbelah bagi nak bagi kalau nilai tu besar....kena kuatkan hati betuk2...ikhlas kerana Allah

    BalasPadam
  61. saya pun rasa bersyukur sangat disaat saya benar-benar memerlukan ada insan yang sudi membantu walau saya tidak menjangka kan nya sama sekali.saya hanya dapat bersedekah sekali sekala sahaja kerana ada waktu saya pun rasa bagai terhimpit dgn masalah kewangan, alhamdulillah masih ada yang sudi membantu untuk meringan kan sedikit beban kewangan,

    BalasPadam
  62. Baru baca...baru jumpa blog ini... betul tu...rasa berbelah bagi nak bagi kalau nilai tu besar....kena kuatkan hati betuk2...ikhlas kerana Allah..walau pun saya masih di belenggu masalah kewangan yang tidak pasti bila kan berakhir..saya cuba juga untuk bersedekah..jika ada yang sudi berkongsi cerita atau pendapat untuk saya selesai kan masalah kewangan ini no whatssap.0132948578...kerana saya benar2 buntu dan memerlukan kekuatan..

    BalasPadam