Isnin, 10 Februari 2014

Menopause Dan Gejalanya..



gambar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam....

Entri bunda kali ini,  bunda nak fokus kepada kaum wanita ... tetapi kaum lelaki (suami atau bujang) boleh juga kalau nak menambah ilmu untuk menghadapi situasi ini bagi pihak isteri / bakal isteri nanti.

Bercakap pasal  Menopause , sudah tentu menjadi hal yang tak disukai atau gerun bagi seseorang wanita terutama bagi mereka yang telah berumur...


Definasi Tentang Menopause :

Menopause adalah berhentinya secara fisiologis siklus menstruasi yang berkaitan dengan pertambahan usia seseorang wanita. Ketika hampir menopause  siklus terjadi dalam waktu-waktu yang tidak menentu  dan kadang kala menstruasi tidak datang selama beberapa bulan.
Ada beberapa gejala-gejala dan kepercayaan yang dialami wanita  dalam peroses menopause juga kebenaran dan faktanya :



1. Menopause Beerti Anda Sudah Tua

Faktanya:
Rata-ratanya usia menopause seseorang wanita adalah dalam 51 tahun...dan usia begini tidaklah terlalu tua dizaman sekarang. Bahkan ada juga wanita sudah menopause dalam usia 28 tahun. Fenomena ini disebut menopause dini, penyebabnya belum diketahui pasti . Ada juga yang mengaitkan dengan faktor genetik atau penyakit.

2. Mudah Gemuk

Faktanya:
Ramai wanita mengeluh berat badan mereka bertambah bila menghampiri menopause.  Ini bukanlah penyebabnya tetapi kerana faktor penuaan, ia juga berlaku kepada kaum lelaki. Dengan menjaga pola diet dan melakukan aktiviti fizikal yang teratur dapat menghindarkan dari penambahan berat badan.

3. Depresi Waktu Menopause

Faktanya:
Usia 45-55 tahun merupakan waktu terbaik  dari kehidupan seseorang wanita. Kajian menunjukan menopause tiada kaitan perubahan mood wanita.
Perasaan sensitif , umumnya sering disebabkan olih hot flashes  dan masaah tidur.
Hot flashes terjadi akibat perubahan kadar hormon dengan gejala seperti rasa panas yang berlebihan.
Penyebab lain mungkin efek sampingan dari pengambilan ubat-ubatan.

4. Menopause Merosak Kulit Anda

Faktanya:
Kulit anda tidak akan menjadi rapuh dan rosak akibat menopause. Sebaliknya ia mungkin disebabkan beberapa faktor seperti sinaran uv, merokok dan genetik.
Merokok mempercepatkan proses penuaan pada kulit.  Untuk penjagaan kulit, gunalah krim pelindung matahari dan jauhi dari asap rokok.

5.  Kehidupan Seks Anda Sudah Berakhir

Faktanya:
Masaalah hormon bukan satu-satunya yang mempengaruhi hasrat seseorang untuk melakukan hubungan seksual. Beberapa hal lain seperti kualiti hubungan, pendidikan, perasaan tentang tubuh sendiri, tahap stress bahkan kualiti tidur, semua itu juga boleh mempengaruhi kehidupan seks seseorang wanita.

6. Menopause Sengsara Bagi Wanita

Faktanya: 
Ada sejumlah besar variasi bagaimana menopause mempengaruhi wanita. Hampir tiga perempat diantaranya mengalami hot flashes, gejala menopause paling umum., tetapi hanya sebahgian kecil sahaja yang mengatakan begitu.
Justru ramai wanita yang mengaku senang memasuki periode menopause dan mengakui mereka dapat menikmati aktiviti seks kerana tidak perlu bimbang akan risiko kehamilan yang tidak diingini.

7.  Perlukan "pengganti" Hormon

Faktanya: 
Ketika beberapa tenaga kesihatan (pakar perubatan) percaya bahawa mengonsumsi estrogen dapat mencegah penyakit jantung dan demensia, majoriti wanita yang memasuki alam menopause justru tidak melakukan terapi hormon.Sejumlah besar wanita jarang yang melakukan terapi hormon kerana beberapa pakar perubatan menyedari tentang potensi bahaya yang mencakupi peningkatan risiko kanser payudara dan masaalah kardiovaskular.



        @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Menopause Diusia 40-an


Putus Haid Hanya Berlaku Selepas 'ketiadaan' Darah Haid Selama 12 Bulan:

Soalannya:   SAYA berumur 43 tahun dan mempunyai lima orang anak. Anak bungsu berusia 10 tahun. Saya sendiri pernah diserang gastrik yang agak teruk Ramadhan lalu dan masih belum pulih sepenuhnya.

Masaalahnya, saya sepatutnya haid pada 20 atau 21 haribulan, tetapi hingga kini belum haid lagi. Sudah dua kali saya buat ujian kehamilan, tetapi kedua-duanya negatif.

Apakah ini disebabkan masaalah gastrik atau kerana tekanan. Apakah ia ada kaitan dengan menopause memandangkan ada ibu saudara yang putus haid pada usia 40an.


Norasiah


Jawabannya:  SUKAR bagi saya memastikan sama ada gastrik dan tidak haid atau datang bulan ada kaitan dengan menopause. Saya berpendapat, ia dua masaalah berbeza.

Tekanan juga bolih mengganggu haid tetapi berapa banyak tekanan diperlukan untuk memberhentikan haid adalah bukan punca utama haid tidak datang.

Ujian air kencing untuk pengesahan kehamilan masih tepat dan bolih diterima pakai walaupun ia tidak tepat 100 peratus. Saya juga tidak berpendapat yang puan sudah menopause. Mengikut definisi menopause, ia berlaku apabila seseorang itu tidak didatangi haid selama 12 bulan. Ini bermakna puan belum boleh dikategorikan mengalami menopause. Pramatang menopause sebelum 45 tahun amat jarang sekali berlaku.

Malah, lazimnya ada gejala menopause dialami lebih awal.  Kadang kala haid boleh tiba-tiba berhenti tanpa sebab jelas.  Tetapi kenaikan atau penurunan mendadak berat badan juga boleh menjejaskan haid puan. Secara saintifiknya pada Ramadhan lalu, ovari puan tidak berfungsi iaitu telur tidak dapat terbentuk pada bulan itu.  Maka dinding rahim puan tidak terbentuk dan akibatnya haid terhenti.

Puan mempunyai dua pilihan. Petama, puan bersabar menunggu haid ini turun sendiri, manalah tahu ia akan pulih seperti biasa.  Tetapi puan perlu bersedia, mungkin ia lebih banyak dari biasa.

Keduanya, puan boleh berjumpa doktor untuk mencetuskan (induce) haid dengan mengambil pil-pil hormon. Jika inginkan haid berjalan lancar dan mencegah daripada hamil, saya cadangkan puan mengambil pil perancang supaya puan mendapat dua faedah sekali gus.


SUMBER

91 ulasan:

  1. SALAM PAGI ISNIN...PADAI2LAH MENGURUSI DIRI KALAU MONOPOUSE YE...MMG XMENYELESAKAN

    BalasPadam
  2. Badan yg terlalu kurus juga boleh menyebabkan wanita monopos di usia muda.so,,bole cari alternatif utk melambatkan proses monopos.boleh makan pil2 hormon juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengalaman bunda sendiri...dalam 3 4 tahun sebelum tu.. sudah ada symtom2 .. mp datang tak menentu...kadang tak datang sebulan...bila datang pulak mmg banyak (over flow)..tapi bunda amalkn supplement prime rose dan vita C..dengan kesibukan seharian bunda tak terasa sangat...tak ambil kisah sangat...

      sehingga lah masuk usia 52 tahun baru stop...lat 5 bulan lepas tu tiba2 datang semula (over flow)...terkejut juga bunda...ingatkan penyakit...tapi sebulan tu je...pastu stop terus sampai skrg bunda dah masuk 55 thn dah..

      untuk pengetahuan, apabila stop aja...berat badan bunda turun mendadak, lemah...penyakit artritis mula hinggap... bunda tak pergi doktor, bunda ambil suplement utk artritis..bunda teruskan vit C , prime rose dan minum susu anlene...buat senaman ringan utk artritis..

      kini Artritis bunda (sakit sendi lutut, sendi2 jari2 ketat dan bahu sakit...morning stifness) dah pulih 90%... berat badan bunda kini biasa2 jer...tak lebih 50 kg.. Alhamdulillah...

      Padam
    2. Bunda tak ambil pil hormon...memang tak berhajat pun...cukuplah seadanya...janji penyakit artritis bunda sembuh ..cukup..kalau tidak, pergerakan bunda sangat terbatas..terutama waktu bangun pagi...Alhamdulillah..

      Padam
  3. ada yg kata,menopause bererti mereka lebih 'bebas' utk beribadah...tak terganggu dgn period..

    BalasPadam
  4. ilmu ne..ilmu yang sangat berguna untuk wanita-wanita...

    BalasPadam
  5. info menarik ni,bunda..terima kasih sbb sharing :).. SB badan kurus dan kecik..ada risiko mungkin menopouse dlm umur awal 30-an?..hhrrmmm..

    BalasPadam
  6. Ya...lelaki juga perlu mengetahui dan memahaminya.

    BalasPadam
  7. salam isnin dan terima kasih untuk ilmu serta perkongsian yang menarik ini bunda...

    BalasPadam
  8. Ada yg kata menopause bagus utk wanita, tak payah lagi fikir kesakitan utk lahirkan anak kerana mereka tak kan mengandung lagi. Untuk suami yg isterinya dah menopause kena faham2 tentang perubahan hormon wanita yg mungkin mempengaruhi perangai isterinya....

    BalasPadam
  9. Terima kasih Bunda...info yg bermanfaat :)

    BalasPadam
  10. Bila baca isu-isu menopos memang macam takut juga sebab bila usia mula menjejak 40an mahu-tak-mahu pasti akan kena juga kan KN. Kakak tunggu ajelah masanya dari sekarang..

    BalasPadam
  11. salam bunda..
    menopos pasti ada pada setiap wanita..cepat dan lambat je bergantung pada hormon seseorang kan bunda !:)

    gerun jugak ni bunda..nak mengalami menopos yg hampir bakal tiba ni hehe..nasib baik ada info yg berguna pada kaum hawa yg bakal2 menopos..taklah kalut dibuatnya jika kelak ia muncul dengan tak dijangka :)

    BalasPadam
  12. as-salam bunda.. tima kasih di atas ucapan dan kunjungan. lama tak ke mari jenguk bunda. suam suam kuku je sy skrg ni sejak sejak baik demam hari tu. hihi

    menopos pasti cuma lmbat atau cepat. perkongsian yg menarik

    BalasPadam
  13. perempuan ni macam2 kena jaga..hu

    BalasPadam
  14. perkongsian yang berinfo... like

    BalasPadam
  15. Salam Isnin Bunda..thanks untuk yang dikongsi...

    BalasPadam
  16. sesuai utk isteri dan suami mengetahuinya..

    BalasPadam
  17. Bagus entry ni boleh tambah info mana yang kurang tu.

    BalasPadam
  18. terima aksih bunda sudi jenguk sy ;) info yg bagus ni...setiap wanita ttp akan merasa manopos jika diberi umur yg panjang ;)

    BalasPadam
  19. Semoga bunda dikurniakan kesihatan yang baik sekarang dan akan datang

    BalasPadam
  20. Topik wanita nie...alang2 dh baca teruskan jer lah, ambil ilmu katanya

    saya bdk baru blaja kiranya ada masa klik lah

    http://qhalifwildan.blogspot.com/2014/02/setahun-sudah-berlalu.html

    BalasPadam
  21. salam bunda..
    alhamdulillah..tenkiu for shairng..
    mengambil perhatian jgk pasal ni

    BalasPadam
  22. terima kasih untuk informasi berguna ni ye bunda

    BalasPadam
  23. setiap sesuatu pasti ada hikmahya kan bunda
    nice sharing untuk persediaan hari mendatang, insha Allah..

    BalasPadam
  24. Thanks for sharing, Bunda... Info yang sangat berguna ni... ^__^

    BalasPadam
  25. tak payah tunggu menopos, saya mmg jenis yang cepat gemok pun. ahahaha

    BalasPadam
  26. ramai yang ckp evening prime rose tu bagus utk persediaan monopos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Evening Primerose Oil (EPO) baik untuk pra menopos dan masaalah period remaja...ia juga baik untuk masaalah kulit...

      Padam
  27. Perkongsian yang berguna. Terima kasih atas perkongsian kak. :D

    BalasPadam
  28. salam bunda..
    nice sharing bunda :)

    jom ---> http://annamariana1989.blogspot.com/2014/02/hari-pertama-di-pulapol.html

    BalasPadam
  29. salam bonda, terima kasih sharing..kita sebagai wanita perlu mengambil tahu mengenai menopouse ini

    BalasPadam
  30. salam bonda..saya masih ingat masa mak nak monopause dulu..sy selalu tak faham kalau mak agakk moody, tapi bila dah meningkat dewasa..baru faham simtom ni. tq bonda,

    BalasPadam
  31. Allahuakbar.. Besar pengorbanan seorang wanita ya. Moga kita semua kuat untuk hadapi masanya nanti.

    BalasPadam
  32. Salam bonda... satu info yang menarik buat saya... saya sendiri tahun ini berumur 42 tahun makna semakin hampir ke alam monopousekan... apa2 pun semoga dipermudahkan segala urusan yang mendatang...

    BalasPadam
  33. Bagus info ini bonda....tahun nih Umi Qi akan masuk umur 30 tahun...sekejap jek...kena jaga lah pemakanan dan lain2...hrp sgt nanti sampai masa yer boleh alami dgn gembira dlm fasa mcm mana sekali pun kan bonda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tulah tengah muda2 ni nak tambah anak pun..nanti dah masuk 50 boleh rilax dah..
      Bunda masa umo 32 tahun dah melahirkan anak keempat (bungsu)....

      Padam
  34. Salam, bunda. Yang masalah kulit tu, saya tgk kakak saya jadi teruk kulit dia lepas menopos. Pastu kalo dah menopos, boleh lagi ke melakukan seks?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer...kalu ada tang mana2 yang tak selesa tak sama macam dulu pakat2 lah baik2...kalu kurang pelincir guna/belilah yang selamat...
      Demi kerukunan rumah tangga diusia emas ni KEFAHAMAN dan TOLAK ANSUR suami itu lebih penting...
      Jangan masa sempurna isteri aja nampak tapi sebaliknya mula meluat...seorang suami yang baik tak akan menambah lagi stress isteri dalam fasa perubahan ini...

      Padam
    2. Bab sakit kulit tu, selain dari berjumpa dan minta nasihat doktor...belilah krim2 yang selamat dipasaran, sebab krim2 ni sesetengahnya mengandungi STEROID ...tak baik utk jangka masa panjang..
      Bunda syorkan dapatkan produk minyak KELAPA DARA...ada macam2 brand ..boleh gasok seluruh badan.. ( boleh digunakan sebagai pelincir juga).....
      Untuk dalaman makan suplement soft gel minyak kelapa dara...InsyaAllah selamat..

      Padam
  35. ustaz kata, jgn stress kalau dah monopause... anggap shj Allah bagi peluang kat kita byk kan ibadat tanpa ada hari cuti lagi....

    BalasPadam
  36. bagusnya n3 ni bunda... sama2 dapat ilmu

    BalasPadam
  37. cuba elakkan stress, kat kerja ke, rumah ke, layan anak2 ker.. rilek je.

    BalasPadam
  38. kak,ada org tu kan,dia ingat menopause tapi tup2 mengandung pula..(^_^)

    BalasPadam
  39. topik yg menarik ni bunda...sedikit sebanyak kene ambil tahu walaupun lambat lagi kan....moga2 diberi kesempatan Allah tuk panjang umur...in sha Allah...

    BalasPadam
  40. TQ kongsi info ni bunda... bermanfaat pada kita kaum wanita... masa itu akn tiba juga nti...huhu

    BalasPadam
  41. ritukan bunda..el mati2 igt el dah monopos
    sbb sbb ada lah sbbnya
    hahahahahah sekali tup2 el peknen
    alhamdulilahhh igtkan betul2 monopos
    muda lagi kut nak monopos hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman sekarang ni tak mustahil menopos diusia muda el...kwn bunda 38 tahun dh menopos...anak baru 2 ..suami baru 40 tahun..tengah galak orang kata...jaga2 lah...jangan ambil mudah je...

      Padam
  42. Menopause ni selalu oghang bincangkan.... tapi jarang2 oghang bincangkan pasei Andropause...... menopuase ni pun kekadang ade suami jadikan punce deme nak kawin lain kan BUNDA????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab andropause bagi kaum lelaki tu mmg ada...
      Bab alasan nk kawen lain tu....itulah bunda ckp...kalu suami yg baik n memahami takkan buat bende2 yg menambahkan stress isterinya

      Padam
  43. Assalamualaikum Bunda..

    Masih bujang, tapi bila baca info macam ni lagi bagus untuk anak muda macam saya ni. Ilmu mematangkan kita. biasa menopause ni berkait dengan pemakanan juga kan.. diet tak seimbang..

    BalasPadam
  44. Yg lelaki pun ada....kita panggil andropause :P

    BalasPadam
  45. ilmu nih.. thanks you gud sharing kak

    BalasPadam
  46. ilmu baru untuk aiza.. bagus entri bunda ini.. tentunya berguna kepada aiza apabila tiba masanya nanti..

    BalasPadam
  47. pelbagai fasa kehidupan yang perlu dilalui kan bunda. Puteri pernah terbaca evening primrose oil baik untuk kaum wanita terutamanya yang sedang menopause

    BalasPadam
  48. thanks for sharing..ilmu yg berguna :)

    BalasPadam
  49. Lelaki pun ada menopos yang dipanggil andropos. Lagi awal dari wanita sekitar 30an. lagi bahaya kalau lelaki andropos.

    Wanita mesti tahu sebab yang bahaya tu pada isteri..he..he..

    BalasPadam
  50. tq for sharing bunda..
    huhu.. bru tahu, rupanya dh blh menopouse pd usia 28thn

    BalasPadam
  51. Kena bersedia jika umur kita semakin hampir 40-an kan akak.

    BalasPadam
  52. Takut dengan menopause. Tapi kena hadapi juga kan akak.

    BalasPadam
  53. terima kasih berkongsi Bunda..rupanya ada jg awal menopouse..

    BalasPadam
  54. Thanks for sharing bunda. Menopouse ni tgk body kita jugak kan.. awal atau lambat :)

    BalasPadam
  55. Terima kasih atas info Bunda...

    BalasPadam
  56. terima kasih bonda ats pkongsian..
    byk ilmu baru yg dperolehi..

    mnabung d sini :)

    BalasPadam
  57. Good info bunda. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  58. memang topik menakutkan bagi wanita bab bab menopause ni.. tapi kena ambil tahu jugak..

    BalasPadam
  59. salam kengkawan..just wanna share..nekcik menopause seawal 43..sblom tu..mmg tak regular dah..tapi alhamdulilah nekcik tak ada masaalah spt murung..berpeluh..panas dan berbagai...nekcik dari muda amalkan EPO sbb ada chinese aunty kat ofis slalu suruh kami makan..and nekcik rasa ok..alhamdulilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu begitu memikirkan sangat...nanti tambah stress...yg penting kita sihat dan berusaha untuk mencari cara terbaik untuk perhubungan...

      Padam
  60. salam. setahu saya lelaki pun ada andropause gak..

    BalasPadam
  61. nice info utk para wanita sbb semua akan mengalaminya..thanks 4 sharing..=)

    BalasPadam
  62. salam bunda..tqvm for this info..

    dah kena nanti baru tercari2 agak pening juga..
    perempuan kena hadapi semua ni..

    BalasPadam
  63. Akan sampai masanya utk cm juga..tak lama dah kut..

    BalasPadam
  64. ohh... muda pun bley monopous ye...

    BalasPadam
  65. salam bunda =)

    semua wanita pasti akan alami kan..huuu nk xnk kena hadapi jugak..
    yg penting sekrng jaga kshtan spya tidak btmbh mudarat di masa depan nti... ^_^

    BalasPadam
  66. Salam Bunda, info yang baik dari entri hingga ke komen /jawapan bunda utk komen2. Thanks.

    BalasPadam
  67. perkongsian menarik ni bunda..

    BalasPadam
  68. Alhamdulillah...abak ada belajar juga tentang ni masa sekolah menengah dulu...hehe..pkongsian yang baik Bunda.. :D

    BalasPadam
  69. Apapun kena bersedia mental dan fizikal sebab menopause tetap akan hadir tanpa 'pause' :)

    BalasPadam
  70. Salam Bunda,

    Bagus betul Bunda share info tentang menopause di sini. Yalah, walaupun mungkin bukan dalam masa terdekat sekurang-kurangnya dapat tahu lebih banyak info dari penulisan Bunda. Eh, ada gak yang menopause seawal 38 tahun ya? Macam Nekcik tu 43 dah menopause. Alamak, seramlah pulak! Eh, apa yang saya seramkan pun tak faham!

    BalasPadam
  71. SALAM BUNDA,

    Terima kasih ilmu yg menarik ....

    BalasPadam
  72. Alhamdulillah terima kasih bunda sebab share ilmu yang berguna..sekurang kurangnya tahu info menopause nih

    BalasPadam
  73. Thank you.. Nice sharing .. Bunda.. :)

    BalasPadam
  74. Gejala yg sgt menakutkan kaum wanita...terimakasih krn berkongsi entri ini ye bunda....

    BalasPadam
  75. saya nak kongsikan juga disini biasanya orang yang mengalami masalah menopause pada awalnya akan mempunyai emosi yang tidak stabil kerana masalah hormon yang tidak stabil. sebabnya one of my friend pernah mengalami masalah ni dan dia cuba buat rawatan menopause untuk menstabilkan hormon dekat pusat rawatan KL. Nama pusat rawatan tu http://thetole.org/WomenMenopauseTreatmentCure.html

    BalasPadam
  76. Sy diantara wanita yang disahkan premenopause diusia 33thn , stress sedih semuanada ssbab suami inginkan anak....tak tau mcm mana nak hadapi hari2 yg seterusnya

    BalasPadam
  77. Sy diantara wanita yang disahkan premenopause diusia 33thn , stress sedih semuanada ssbab suami inginkan anak....tak tau mcm mana nak hadapi hari2 yg seterusnya

    BalasPadam
  78. Risaunya kalau menopause awal. sebab nanti cepat jadi osteoporosis kalau tak jaga kalsium intake.

    BalasPadam
  79. Salam bunda, yg nombor 4 tu sgt betul. Menopause meggalakkan pertumbuhan jeragat, tapi ia boleh dielakkan dengan penjagaan kulit yg betul.

    BalasPadam