Sabtu, 22 Mac 2014

Anak Kecil @ Pesawat MH370






Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam..

Sehingga tarikh ini seluruh dunia masih menanti kepulangan Pesawat MH370, yang kehilangannya masih menjadi Misteri dan menjadi seribu persoalan. Hari ini telah masuk hari ke 15. Namun penantian dan pencarian tetap di teruskan.

Seluruh dunia bersimpati  akan insiden yang menyayat hati ini. Seluruh dunia juga berdoa tidak kira bangsa keturunan dan agama yang di anuti.  Berdoa untuk keselamatan anak-anak kapal dan penumpang-penumpang Pesawat MH370.


Bagi anak kecil yang berusia tiga tahun lebih ini pula apa kah dia mengerti apa yang dunia sedang ratapi sekarang? Apa kah kefahaman seorang anak kecil seusia ini tentang Tragedi Pesawat MH370?

Setiap kali orang dewasa di sekelilingnya sibuk memperkatakan tentang krisis ini , sibuk mengadap kaca televisyen menyaksikan berita semasa perkabaran terkini tentang Pencarian Pesawat MH370,  anak kecil ini juga tertanya-tanya... Seakan-akan dia juga ingin mengetahui apa yang sedang berlaku , apa yang sedang negara hadapi sekarang.
.

Dengan bimbingan orang dewasa sekelilingnya dan penerangan ringkas sesuai dengan penerimaan dan kefahaman anak kecil ini... ini mendekatkan lagi rasa simpati dan kefahamannya tentang apa yang berlaku sebenarnya selama beberapa minggu kebelakangan ini.

Sehinggakan anak kecil ini sanggup mengenepikan tabiat dan kegemaran yang menjadi kebiasaannya setiap petang. Anak kecil ini tidak akan menangis atau meronta-ronta untuk meminta di tukarkan ke channel lain kegemarannya. No WonderPets, no  Ultra Man,  no  Astro Cheria , no  Sponge Bob, no Upin Ipin atau seangkatan dengan nya.

zarif, my little Big BOSS

Sebaliknya anak kecil ini juga turut duduk bersama mengikuti siaran berita semasa Sidang Media tentang kehilangan Pesawat MH370.  Tak pasti samada anak kecil ini benar-benar faham atau tidak, namun dari riak air muka dan respon gerak tubuhnya jelas kelihatan yang dia seakan memahami, walaupun mungkin hanya sedikit. 

Malah setiap kali keluar sahaja gambar pesawat di siaran berita tv... sibuklah si anak kecil ini memanggil ahli keluarga yang lain untuk duduk menyaksikan bersama.  "cepat! cepat!..news dah stat... plane jatuh laut! "  kata nya..

Pernah beberapa kali anak kecil ini menyapu air mata mommynya yang berlinang, sebak mengenangkan nasib mangsa dan keluarga mangsa MH370 sambil berkata,   "mommy sedey yer?...ciaaan kann...mama ye ilang...papa ye ilang...plane tu jatuh kat laut kann.."

Betapa hebatnya tamparan tragedi ini kepada setiap lapisan masyarakat,  tak kira yang kecil atau  pun yang  besar...yang muda atau pun yang tua.

Ketika catatan ini ditulis dan dengan Petunjuk Baharu yang di perolehi pada tarikh 20hb yang lalu...memberi sedikit sinar harapan untuk kita semua, apa tah lagi kepada  ahli keluarga semua penumpang dan krew MH370 untuk pencarian seterusnya Pesawat MH370. 

Bilakah penantian ini akan berakhir? bilakah krisis ini akan terungkai? Sama-sama lah kita tunggu dan jangan berhenti berdoa.


Semoga di permudahkan Nya segala usaha dalam Pencarian Pesawat MH370 ini... aamiin







"Ya Allah, demi rahmat Mu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Engkau"

sumber

#DOABUATMH370   :(



52 ulasan:

  1. Ya Allah pandainya Bunda, cerdik sangat dan sensitif dengan keadaan. Semoga dengan Surah Taubah 128-129 dapat mengembalikan mh370. InshaAllah.

    BalasPadam
  2. Semoga Allah memudahkan usaha pencarian MH370 BUNDA. Aminn..

    BalasPadam
  3. mudahan MH370 segera dijumpai.. huhu

    BalasPadam
  4. Hanya mampu berdoa bunda..semoga segera ditemui

    BalasPadam
  5. bijaknya cucu bunda.. doakan semoga urusan pencarian dipermudahkan oleh Allah..

    BalasPadam
  6. salam bunda..
    zarif sit like a bos.. :p

    alhamdulillah.. bijak zarif ni..
    faiz kalo nmpk berita ni di kaca tv, mulalah potpet mulunye.. "kapal terbang hilang umi"

    always pray for them.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ITULAH ZARIF CMA...ORANG TAK CAKAP PUN PLANE TU JATUH LAUT..TAPI DIA MATI2 CKP PLANE JATUH LAUT....
      TAK TAU NAK CKP APA...NALURI ANAK KECIL KOT....

      HARAP2 TIIDAK.....HARAP2 ADA KEAJAIBAN DISITU.

      Padam
  7. betul tu bunda.anak kecil pun berhak diterangkan seringkas yg boleh mereka fahami agar mereka juga boleh meluahkan perasaan kasihan dan mungkin mereka turut berdoa.sesungguhnya doa mereka ini lebih mudah dikabulkan.. aamiin..

    BalasPadam
  8. Sama2lah kita semua terus berdoa agar segalanya dipermudahkan... aamiin.
    Slmt berhujung minggu Bunda & salam ceria selalu.. :)

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum...bunda,

    Kanak2 sekarang lebih peka isu semasa.. moga MH370 dijumpai dan kru2 berada dalam keadaan selamat.Amin...

    mselim3

    BalasPadam
  10. masyaAllah. hebatnya anak bunda. dia sudah boleh memahami dunia dan masalah dewasa

    BalasPadam
  11. MH370 sebagai trending seluruh dunia.Ramai bersimpati,juga mengeji.Namun kita kena teruskan berdoa agar MH370 yang hilang ditemui samaada hidup ataupun mati..

    BalasPadam
  12. salam kenal bunda,

    anak kecil memang genius. lagi memahami jiwa orang dewasa.

    semoga yang terbaik untuk mangsa dan keluarga mh370

    BalasPadam
  13. Kadang2 tertanya-tanya dalam hati: adakah semua mereka yg selalu berkata 'pray for MH370' itu benar-benar berdoa?? Atau kata-kata 'pray' tu sekadar untuk menunjukkan mereka sensitif dengan apa yang berlaku tapi sebenarnya mereka tak pernah berdoa untuk itu...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada jugak fikir..tp biarlah.. ingat kat diri. Doakan

      Padam
  14. Allah Maha Mengetahui segalanya dan kepada~Nyalah kita sama-sama memohon agar usaha kita semua mencari pesawat MH360 berhasil dan menghilangkan segala resah kita selama ini...aamiin Ya Rabb

    BalasPadam
  15. semoga Allah permudahkan misi pencarian mereka ... aaamin .

    BalasPadam
  16. moga di permudahkan pencarian pesawat mh 370

    BalasPadam
  17. semoga usaha mencari MH370 dipermudahkan :)

    BalasPadam
  18. amiin..
    budak2, mungkin sbb sifat curiosity yg tinggi...

    BalasPadam
  19. Moga dipermudahkan segala urusan.. dijumpai pesawat, dikurniakan kebahagiaan buat keluarga bunda

    BalasPadam
  20. Pandainya dia kak. Tu la kan. Kita pun jadi sedih dgn kejadian mcm ni. Kalau la betul kapal tu terjunam jatuh ke dasar laut Allahu Akbar. Tak dapat nak luah kan perasaan dgn kata kata. Moga mereka selamat kak. Sedih.

    BalasPadam
  21. Kita terus berdoa buat mh370

    BalasPadam
  22. teruskan berdoa agar Allah memberikan petunjuk berkenaan pesawat ni...

    BalasPadam
  23. yg budak2 pon mengerti apatah lagi kita yang dewasa ni... tapi bersikap keanak-anakan sbb asyik buat spekulasi negatif dan kaitkan dgn politik...

    balas kunjungan dari Gadis Kampung Separa Bandar

    BalasPadam
  24. Insdiden MH370 ni memang meninggalkan kesan yg sangat mendalam untuk rakyat Malaysia. Kita doakan semoga MH370 selamat.. InsyaAllah...

    BalasPadam
  25. huhu gaya dia tu mcm phm2 jer.,

    BalasPadam
  26. Kalau tengok cara dia menonton memang macam faham benarlah KN
    Naluri rasa kasihan ada pada dirinya sebab itu dah tak kisah katun-katun favourite dia..

    BalasPadam
  27. Bijak zarif nih Umi Qi tgk...walhal dia boleh je minta suruh tukarkan channel kegemaran dia...bila tgk berita ttg MH370 dia betul2 fokus...Ya Allah...mana perginya kapal terbang itu bonda...seakan masing2 rasa buntu...tp pencarian tetap diteruskan...harap Allah maafkan kami semua...maafkan kami semua rakyat malaysia...Allah....

    BalasPadam
  28. Jangan ingat mereka tidak mengerti dan faham...Pd usia beginilah mereka mudah menerima apa sahaja sesuatu yg baru buat mereka apatah lagi sesuatu yg menjadi perhatian ramai.
    Sama2 kita terus doakan keselamatan MH370

    BalasPadam
  29. Budak-budak mudah terasa dengan situasi yang tak pernah dilihat..
    Apa-apapun moga pencarian dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  30. Semoga Allah permudahkan pencarian MH370 ni... insyaAllah...

    BalasPadam
  31. Bila jadi musibah begini.. terasa begitu berat ujian Allah kepada kita ... Moga semuanya baik baik aje.. hati tetap berbisik..dorang masih selamat.

    BalasPadam
  32. sama la bunda... saya pun selalu ikuti perkembangan terkini MH370... walaupun xde siapa yang saya kenal dalam tu... tapi saya tetap rasa sedih... :(

    BalasPadam
  33. salam. entah kemana la menghilangnya..sampai sekarang tak jumpa :(

    BalasPadam
  34. Amin. sama-sama kita teruskan berdoa semoga dipermudahkan MH370 dijumpai.

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum bunda. kecik2 pun dah faham ya. sebak bila teringatkan apakah nasib penumpang pesawat tersebut. Allahurabbi. Semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS mh370 dengan izin Allah Taala

    BalasPadam
  36. hanya doa mampu yang mampu dikirimkan agar semuanya selamat ... memang tidak mudah untuk kita rakyat Malaysia mengenangkan nasibnyer.. bayangkanlah keluarga mereka kan...
    anak2 saya pulak sibuk jadi pemberita MH370 ... kelakar mendengar ucapan mereka.. dah pandai pasai laut cina selatan, selat melaka, laut andaman, entahler macam terrorjer...l;

    BalasPadam
  37. Tu dia. Bosd kecik tgh tgk berita pasal MH370. Bukan main bergaya lagi zarif yer. Apalah khabarnya yer. Masih mengharapkan berita yg baik.

    BalasPadam
  38. semoga ada berita gembira di hujungnya

    BalasPadam
  39. teruskan doa kita yer bunda... samalah mcm adik , ngalahkan repoter bila bab2 berita MH 370 ni

    BalasPadam
  40. Anak kecil pun tau berkongsi rasa sedih..
    Moga pesawat berjaya ditemui..insha Allah

    BalasPadam
  41. hebat betul zarif..seolah-olah memahami apa yang berlaku sekarang..
    terkini..sah MH370 terhempas kan bunda..
    betullah kata zarif...plane jatuh kat laut:-))
    takziah buat semua waris penumpang

    BalasPadam
  42. Budak kecik pun prihatin....mmg tragedi ni dpt perhatian semua tak kira usia...smoga ada hikmahnya..Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui...wallahualam

    BalasPadam
  43. memang sedih kan bunda? takde mood jer ni...

    BalasPadam
  44. budak kecik pun faham dan berkongsi rasa sedih dengan tragedi yang menimpa pesawat MH370.

    BalasPadam
  45. secara fitrahnya hati manusia akan tersentuh dengan kesedihan. doa untuk mh370

    BalasPadam
  46. Akhirnya MH370 terungkai. Pasti kita semua nak tahu bagaimana ianya berlaku.

    BalasPadam
  47. Sekarang ni smua memahami apa yang berlaku dengan pesawat kita kan..

    BalasPadam
  48. saya juga ada terangkan benda yang sama pada anak saya
    bagi mereka turut merasa tragedi yang menimpa
    kesedihan ni turut dirasai segenap lapisan masyarakat
    tanpa mengira bangsa dan agama

    BalasPadam
  49. Akhirnya kita dh tahu apa yg blaku pd mh370

    BalasPadam