Selasa, 25 Mac 2014

Tragedi MH370 @ 8 Mac 2014





Bismillahirrahmanirrahim

As Salam..


Sidang Media Tragedi MH370 (10.00 mlm)

Pada 24 Mac 2014... Hari ke 17 Pencarian Pesawat MH370.. 
PM Najib telah mengesahkan  Penerbangan Pesawat MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi.
Pengumuman di buat pada sidang tergempar PWTC

Pakar Satelit juga mengesahkan Pesawat MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.
CNN: Keluarga di Beijing di beritahu tiada penumpang terselamat.
AAIB UK sahkan MH370 terbang kearah Lautan Hindi.

Laluan MH370 ditentukan melalui data satelit
Data Satelit di sediakan Inmarsat, UK.  Analisis Terkini di guna jejaki laluan MH370
Bantuan Inmarsat dan AAIB UK di guna jejak MH370

MAS akan terus adakan siasatan rapi untuk kenal pasti punca insiden.
MAS akan terus memberi sokongan kepada keluarga penumpang dan krew MH370.

Kini misi pencarian serpihan-serpihan pesawat dan kotak hitam
masih di teruskan.

Salam takziah kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan penumpang dan krew MH370.



#TragediMH370


39 ulasan:

  1. Akhirnya pengakhiran begini yang kita terima.sedih, terkelu seketika..
    semoga keluarga penumpang dan anak kapal di berikan kekuatan menerima berita ini

    BalasPadam
  2. Sedih dgn berita ni. Speechless.

    BalasPadam
  3. Takziah kepada keluarga mangsa. Moga mereka ini akan terus tabah menerima berita ini.

    BalasPadam
  4. sebak dengar berita pemergian penumpang dan kru MH370 berakhir macam ni saja.....walaupun bukan ahli keluarga kita,tapi tetap terasa jugak....

    BalasPadam
  5. salam takziah buat ahli keluarga serta sahabat handai mangsa...semoga mereka terus sabar dan tabah menghadapi ujian yang mendatang...

    BalasPadam
  6. Biarpun begini pengakhiran dari misi tapi kita kena redha dan percaya hanya Allah jua yg tahu akan cerita sebenarnya.. Moga keluarga yg terlibat diberi kekuatan dan kesabaran.

    Al-fatihah buat umat Islam yg terkorban.

    BalasPadam
  7. terkejut jugak dengan berita ni..
    mengharap ada keajaiban.
    tp mungkin berita ni jugak lebih baik kita terima. dah lama sangat kita tunggu. semoga keluarga nya semua tabah menghadapi dugaan ini.

    salam takziah buat kelurga.

    BalasPadam
  8. Al-fatihah & RIP buat mangsa² yg terlibat. Salam takziah buat keluarga mereka. SMoga tabah.

    Sedih sgt bunda :-(

    BalasPadam
  9. Terkejut masa PC malam tadi. Sedih tak terkata.
    Apapun, kita terus berdoa agar kotak hitam cpt ditemui (walaupun nampak terlalu sukar).

    *kak, kopi stevia tu saya beli kat Jaya Grocer. Kat tmpt lain tak tau ada ke tak.

    BalasPadam
  10. salam pagi..sedih n sebak..alfatihah...salam takziah.

    BalasPadam
  11. masih berdoa dan mengharapkan keajaiban.. Allah Maha Kuasa,. Allah Maha Tahu amin amin

    BalasPadam
  12. Akhirnya, Allah berikan jawapan buat kita semua yang menanti.
    saya pun dok ngadap tv ni bunda...masih nak dengar laporan khas tragedi..

    BalasPadam
  13. Sedih dengan perkhabaran ni kan Bunda..
    Salam takziah

    BalasPadam
  14. Sedih dan pilu Bunda... wlpn tiada ahli keluarga didalamnya :(

    Takziah dan Alfatihah...

    BalasPadam
  15. sedih bila dapat tahu walau tiada kenalan
    dalam pesawat amlang tu
    semoga ahli keluarga diberikan kekuatan menghadapi
    berita yang tidak diingini oleh sesiapa pun

    BalasPadam
  16. MUNGKIN KENA CARI BUKTI DARI SEGI SERPIHAN MH370 BARULAH ANALISIS DARI RADAR INI BOLEH DITERIMA.. APA-APAPUN MENGHARAPKAN YANG TERBAIK UNTUK SEMUA MANGSA..

    BalasPadam
  17. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat. Moga proses mencari bukti dipermudahkan BUNDA..

    BalasPadam
  18. takziah kepada semuanya.. pelbagai persoalan yang masih bermain di fikiran aiza.. hanya Allah sahaja yang tahu apa sebenarnya terjadi kepada MH370..

    BalasPadam
  19. Alfatihah untuk mangsa yang berugama islam. Takziah buat yg bukan islam.

    BalasPadam
  20. awok speechless..... moga deme ditempatkan dalam golongan oghang yang beriman..... berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikoi..... moga keluarga deme tabah....

    BalasPadam
  21. salam bunda...

    Allahuakbar..bert mta memandang berat lagi bahu mereka yg memikul
    smoga keluarga mangsa redha dgn pemergian mereka dan smoga roh saudara kita yg mjadi mangsa nahas ditmpatkan bersama dgn pra hambaNYA yang soleh/solehah amin.. AlFatihah

    BalasPadam
  22. salam bunda..

    allahu..
    hasbunallah wani'mal wakil.. :(

    BalasPadam
  23. Semoga pencarian ini mampu merungkaikan segala persoalan tentang MH370 ini. Amin.

    BalasPadam
  24. Sedih tapi menaruh harap hingga dapat cari cebisan, pencarian tengedala disebabkan ribut taufan. Semoga redha, InshaAllah

    BalasPadam
  25. al-fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa

    BalasPadam
  26. takziah untuk semua waris penumpang dan krew MH370...
    AL-FATIHAH...

    keep on berdoa supaya Allah menunjukkan kebenaran yang sebenar-benarnya apa misteri yang terjadi pada MH370. sama ada ianya technical faulty atau ada unsur2 jenayah dalam misteri ini, hanya Allah jua lah yang Maha Mengetahuinya...

    but please don't say that "The Malaysian government are murderers" before you can proof it...
    huhuhuhu... besides the sadness of the tragedy, it is also hurt to receive such insult from those heir...

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum.. sedih bila PM dah isytihar malam tadi. takleh tidur dibuatnya. Allahuakbar. Semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima dugaan ini.. Semoga dipermudahkan pencarian pesawat serta kotak hitamnya dengan izin Allah SWT...

    BalasPadam
  28. Sukar untuk saya menerima kenyataan ini KN... Penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi... walaupun tiada sesiapa yg saya kenal dlm kapal tu.. tapi hati saya diruntun pilu... Bagaimana kesemua mereka menghadapi situasi yang mencemaskan itu...

    BalasPadam
  29. Semoga diberi kesabaran bagi yg ditinggalkan Amin...semoga selalu dalam keberkahan Alloh SWT

    BalasPadam
  30. Tadi saya menghadiri satu majlis kenduri tak jauh dari komuniti kami. Terdengar bisik-bisik kuat yang mempersoalkan tindakan PM mengumumkan kematian semua penumpang dan kru MH370. Kata mereka mengapa cepat sangat buat konklusi sedang belum terjumpa sebarang bahan bukti (serpihan pesawat mau pun mayat)? Ada yang memetik kata-kata Menteri Luar Australia yang menyatakan selagi serpihan pesawat tak ditemui, segalanya masih spekulasi....

    Saya tak mau komen apa-apa mengenainya. Saya rasa kerajaan kita sudah cuba buat yang terbaik setakat ini, walaupun mungkin bukan yang sempurna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda pun susah nak komen lebih2...nanti ada pulak yang sensitif dan sentap..yang pasti Kerajaan dan Negara dah berusaha sebaik mungkin..

      Kita yang kurang ilmu ini memang boleh bercakap ajer...tanpa IKUT berganding bahu meredah lautan samudera yang mengganas, tanpa bersama menggapai langit yang luas..bersama menggadai nyawa mencari dan menyelamat...

      Kalau ada yang betul2 sedar semua itu ...sedar diri tak mampu buat semua tu...tak mampu dan tak layak menjadi Pemimpin Negara...lebih baik diam, sebaik2nya teruskan berdoa dan buat solat hajat ... daripada menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan orang lain...

      Berdoa dan terus berdoa semuga di permudahkan misi pencarian seterusnya...Sebagai seorang islam, doa itu senjata yang paling mujarab seiring dengan usaha yang gigih...

      wallahu'alam

      Padam
  31. Sama sama kita doakan agar pencarian mh370 dipermudahkan

    BalasPadam
  32. hakikat dia... kita memang tak banyak tahu... dan tak banyak diberitahu... jadi, memang kita tak boleh cakap banyak... bila macam tu, kenapa nak kena cakap banyak... cakap cakap pon tak guna sebab kita memang tak diberitahu... oleh sumber yang lebih tahu...

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum..

    Moga pencarian seterusnya menghasilkan buah dapat merungkaikan segalanya yang berlaku..

    BalasPadam
  34. Sedih dengan apa yang terjadi walaupun tiada saudara atau rakan di dalam MH370..ini semua ujian dari ALLAH

    BalasPadam
  35. sedih...Allah yang lebih mengetahui segala apa yg berlaku...

    BalasPadam
  36. Selagi blm sahih... Masih ada harapan.

    BalasPadam