Rabu, 12 Mac 2014

Jangan Terus Mengeluh....Banyakkan Berdoa, Bersabar Dan Bertaqwa...



Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam....

Sebelum kita terus mengeluh untuk sedikit ujian dan masaalah yang datang  (walau dalam apa sahaja bentuk musibah)...Renungkan lah sejenak untuk selaut nikmatnya yang tiada putus bertandang...

Jangan banyak mengeluh, banyakkan berdoa, bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan Taqwa. Allah sentiasa bersama kita...Allah sentiasa mendengar kita...


1) Ketika kita mengeluh,  "Aku sedihhh sangat.."
ALLAH menjawab:
"Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita.."  (At Taubah: 40)

2) Ketika kita mengeluh,   "Beratnya dugaan ini...tak sanggup rasanya aku..."
 ALLAH menjawab: 
"Aku tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(Al Baqarah:286)

3) Ketika kita mengeluh,   "Serabut nyerrr..."
ALLAH menjawab:  
 "Hanya dengan mengingati Ku, hati akan menjadi tenang..."  (Ar Ra'd:28)

4) Ketika kita mengeluh,   "Tak ada seorang pun nak menolong aku..."
 ALLAH menjawab:   
"Berdoalah (mintalah) kepada Ku, nescaya Aku kabulkan..."  (Al Ghafir:60)

5) Ketika kita mengeluh,   "Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
 ALLAH menjawab: 
"Sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah sekali pun, nescaya ia akan melihat   balasannya..."  (Al Zalzalah:7)

6) Ketika kita mengeluh:     "eeii! aku penattt sangat.."
ALLAH menjawab:
"Dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat.."  (An Naba': 9)


Allah menguji keikhlasan apabila bersendirian...
Allah memberi kedewasaan apabila ditimpa masaalah...
Allah melatih kesabaran dalam kesakitan...
Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikanya dengan yang lebih baik....  

InsyaALLAH..



                                                Doa ketika di timpa bencana:
                                                              SUMBER


                            

Maksudnya:
                         
Tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim.


                                       
Maksudnya:

Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukan Nya dengan sesuatu.


Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui Dan Maha Mendengar...
Subhanallah....Allahuakhbar...
Bercakap memang senang...tetapi.. berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul...

p/s: perkongsian bersama rakan talian sosial..
#DoaBuatMH370   :(


                                                  
                                                        

67 ulasan:

  1. thanks for sharing bunda..sesungguhnya Allah xkan biarkan hambanya berseorangan.. :')
    #Pray4MH370

    BalasPadam
  2. great piece of sharing bunda, sememangnya kita dituntut untuk terus berdoa kepada Allah SWT, dan dengan cara itu, kita akan dapat terus meningati Allah kannn???

    BalasPadam
  3. terima kasih bunda atas perkongsian ni..ape2pun yang berlaku jangan lupa padaNya..moga iman kita sentiasa kuat..insyaAllah..

    BalasPadam
  4. Ye Bunda.... berdoa Dan terus berdoa... Allah pasti akan membantu...
    #pray4 MH370#

    BalasPadam
  5. Bila sedih berdoa dalam sujud terakhir, bila bahagia bersujud syukur kan Bunda. Saya duk cari gak Surah-surah tu, lebih senang terjumpa di sini . Terima kasih.

    BalasPadam
  6. salam bunda..

    letakkan Allah SWT yg utama dlm hidup..
    InsyAllah..hidup akn tenang walau dilanda ksusahan..
    SUBHANALLAH

    BalasPadam
  7. kita manusia tak pernah puas..sentiasa mengeluh.
    kadang-kadang kita selalu lupa dgn nikmat yang kita ada ni..

    BalasPadam
  8. ya setuju tu bonda. jika mengeluh ibarat kita tak redha dan tak menerima takdir kan..

    BalasPadam
  9. yg penting kita terus berdoa moga segala urusan dipermudahkan

    BalasPadam
  10. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar... teruskan berdoa kpd Nya.. aamiin..

    BalasPadam
  11. semoga kita tidak putus berdoa... moga Allah memberikan perkenan untuk menunjukkan jalan penyelesaian...
    Semoga Allah memberikan juga kekuatan kepada petugas mencari dan menyelamat ....

    BalasPadam
  12. as-salam bunda..apa khabar :)

    ye betul tu.usah merungut dan mengeluh.banyakkan berzikir pun dah dapat memberi ketenangan & kekuatan,kan :)

    BalasPadam
  13. Sama2 kita bermuhasabah untuk menilai sejauh mana peningkatan diri kita khususnya di dalam melaksanakan perintah Allah dan menuruti sunnah Nabi ..

    BalasPadam
  14. Berdoa...berdoa dan terus berdoa. Allah sentiasa mendengar doa dari hamba2 nya.

    BalasPadam
  15. Mengeluh itu tidak reda...Tidak reda bermakna menidakkan qada dan qadar ketentuan Allah swt. Qada dan Qadar adalah rukun iman... Nauzubillah, janganlah mengeluh...

    BalasPadam
  16. Banyakkan berdoa. Semoga selamat semuanya.

    BalasPadam
  17. bukankah berdoa itu senjata bagi umat nabi muhammad,untuk kita sentiasa mendekatkan diri denganNYA dan semoga segala doa2 kita allah makbulkan amin

    #Doa buat MH370 :(

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah bunda atas perkongsian yg sgt nerguna yg boleh dimanfaatkan bersama

    BalasPadam
  19. Yg terbaik berdoa mohon pada Allah Swt
    terima kasih

    BalasPadam
  20. jangan pernah berputus ada teruskan berdoa ^_^

    BalasPadam
  21. KN, musibah itu dugaan dan ujian hidup
    sabar dan doa, itu yg terbaik kan...

    BalasPadam
  22. Iya jgn putus berdoa memohon padaNya

    BalasPadam
  23. berdoa dan terus berdoa adalah kewajipan setiap muslim .

    BalasPadam
  24. salam bunda..
    alhamdulillah..terima kasih atas peringatan..
    skrg ni ..dgn jerebu yg makin memburuk..dgn Bekalan air yg on off..kdg2 buat cma asik nk marah dan lupa diri..allahurabbi..

    semoga allah permudahkan segala urusan dlm menemui MH370

    BalasPadam
  25. salambonda..kita teruskan berdoa dan tawakal..
    klik inti :P

    BalasPadam
  26. Dia sedang memerhatikan kita, menduga kesabaran kita....

    BalasPadam
  27. mengeluh bukalah carayag terbaik.. teruskan berdoa dan berusaha.. kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..

    BalasPadam
  28. Suka perenggan pertama bunda..selaut nikmat datang bertandang..kita tak sedar...

    BalasPadam
  29. Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
    (A-li'Imraan 3:139)

    BalasPadam
  30. Perkongsian yang sangat bermanfaat...walaupun diberikan ujian olehNya...mengeluh bukanlah jalan penyelesaiannya...pasti ada jalan penyelesaiannya bila kita diuji...


    P.S - sy da update da range harga laptop tu dalam entri sy...terima kasih sebab sudi singgah.. :)

    BalasPadam
  31. Nat selalu rasa resah gelisah sedih .. tanpa di undang & tanpa ada sebab ...
    Cepat2 ambil wuduq & mengaji ...
    Subhanallah mukjizatnya .. Alhamdulillah cepat je redha ...

    Dengan Bismillahirahmanirahim pun dah DIA beritahu betapa DIA MAHA PEMURAH & MAHA MENGASIHANI ..

    Moga segala kesulitan kita dipermudahkan .. & doa2 kita juga dimakbulkan oleh Nya
    #PrayforMH370

    BalasPadam
  32. Nice sharing bunda. Betollah kite ni dlm hidup byk sgt merungut. Nauzubillah. #prayformh370

    BalasPadam
  33. bohonglah kita kalau kata kita tak mengeluh bonda...

    Waktu susah, menangis seorang diri paling indah sbb waktu itu betul- betul ada ruang yang luas dengan Allah tanpa makhluk lain...

    BalasPadam
  34. Subhanallah, tabarakallah...sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

    BalasPadam
  35. Allahuakbar
    Allah sentiasa bersama kita

    BalasPadam
  36. terima kasih untuk perkongsian ni bunda

    BalasPadam
  37. muhasabah diri..,
    kann., semua jawapan da penyelesaian da ader dlm al-Quraan., tinggal kita jer nk memahami dan mengamalkanya dlm khidupan harian kita.,

    BalasPadam
  38. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar..

    BalasPadam
  39. insha allah, tak mengeluh.
    cuma kadang2 tu ujian datang,
    tak mampu nak tanggung sorang.

    BalasPadam
  40. Memohon dan meminta kepadaNYA agar dipermudahkan dalam urusan kita.. begitu juga dalam usaha pencarian pesawat MH 370..

    BalasPadam
  41. Muhasabah diri... jgn suka mengeluh... Allah menguji hamba2NYA yg disayangi...

    BalasPadam
  42. salam bunda... alhamdulillah banyak pengajaran... semoga menjadi iktibar untuk masyarakat di luar sana... :)

    pray for MH 370

    BalasPadam
  43. SAMA-SAMALAH KITA HINDARI DILRI DARI KELUH KESAH.. KITA RAPATILAH DIRI DENGAN ALLAH..

    BalasPadam
  44. thanks for sharing bunda..

    BalasPadam
  45. Apa pun..kita sebagai hamba yang lemah kita harus bersyukur atas apa dugaan dan cubaan dari Allah

    BalasPadam
  46. apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, kita kena belajar untuk berhenti mengeluh. Terima kasih berkongsi yer bunda :)

    BalasPadam
  47. DIA tidak pernah menganiayai hambanya... dan setiap dugaan itu ada hikmahnya... :)

    BalasPadam
  48. Allah lebih mengetahui setiap dugaan yg diberi...di sebalik dugaan tersebut ada hikmahnya..

    BalasPadam
  49. Setiap dugaan Allah bg pasti ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu..

    BalasPadam
  50. Thanks..entri menarik..telah add anda sebagai follower.

    BalasPadam
  51. Subhanallah... jazakallah for sharing this...
    nak tanya, kalau saya mintak izin untuk petik entry ni utk sy buat dalam form grafik boleh tak bunda?
    kalau tak keberatan...
    (tapi tak tahu bila sy nak buat cuma nampak idea tu jer..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahuakbar, sekiranya emtri ini tidak cacat dimana2 dan akan memberi manfaat kpd semua tanpa ditokok tambah dan mengaibkan sesiapa...silakan Wafa...

      Padam
  52. Allah selalu berada dengan kita (:

    BalasPadam
  53. Allah sentiasa ada bersama kita. Ingat padanya semasa susah dan senang kan BUNDA. Salam Jumaat & Shopping Line untuk BUNDA...

    BalasPadam
  54. Allah bersama hambaNya, cuma kita je sering melupai Dia..

    salam pagi Jumaat bunda

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum bunda. in shaa Allah. akan cuba ingatkan diri untuk tidak mengeluh... selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    BalasPadam
  56. Jangan putus asa berdoa beruasaha dan bertawakal kepada Nya

    BalasPadam
  57. Sentiasa ingat...Allah tu ada...sentiasa dekat disisi kita :')

    BalasPadam
  58. Bunda....Umi Qi kena byk muhasabah diri ni...entry nih byk suruh kita tgk diri sendiri...bermanafaat...terima kasih bunda :D

    BalasPadam
  59. Salam, sentiasa mengingati ALLAH..berdoa dan terus berdoa

    BalasPadam
  60. Betul tu..sentiasalah memohon doa dari-Nya..insyaAllah..setiap yang berlaku itu akan ada himmahnya...

    BalasPadam
  61. takkan pernah berhenti berdoa.moga Allah permudahkan semuanya

    BalasPadam
  62. Apabila kita banyak muhasabah diri, kita akan lebih dekat dengan-Nya. Dan kita akan lebih mudah untuk berdoa untuk mendapatkan sesuatu.

    BalasPadam
  63. doa senjata org mukmin. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar ..

    BalasPadam
  64. Assalammualaikum bunda,

    Baru selesai marathon baca entry-entry bunda yang saya terlepas.
    Dan terima kasih atas lawatan bunda ke belog hari tu, baru hari ni sy berkesempatan menyinggah belog bunda.

    Bacaan sy terhenti disini dan rasanya perlu saya tinggalkan sesuatu di entry yang ini.

    Dugaan yang sy hadapi sekarang saya terasa amat berat.
    Bapa saya meninggal pada 3Mac yg lalu.
    Alhamdulillah, dugaan itu buat sy terasa dekat dengan tuhan.
    Berdoa tanpa putus harapan, minta tuhan kuatkan diri saya, yakin tuhan masih menyayangi saya dan mendengar segala rintihan saya.

    Sungguh-sungguh, sekarang sy perlukan ayat-ayat begini, ayat yang bunda sampaikan sangat terkesan di hati. Sangat bermanfaat bg saya.

    :)





    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam takziah untuk keluarga lily dan Al Fatihah untuk arwah...semoga tabah, setiap yang hidup pasti mati...

      Padam