Jumaat, 7 Mac 2014

Rezeki Itu Jaminan Allah...



ehsan google


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Salam pagi Jumaat. Entri kali ini bunda ingin berbicara tentang rezeki. Rezeki seseorang itu tidak sama.  Ada orang di beri jodoh awal, ada yang di beri kekayaan yang melimpah ruah, ada orang yang di beri pekerjaan yang baik dan ada juga yang di beri kesihatan dan umur yang panjang.

Kita selalu bekerja keras untuk mencari rezeki. Sekiranya rezeki itu lambat maka janganlah kita bersangka buruk pada Allah S.W.T.  Sebaliknya yakin lah  "Rezeki Itu Jaminan ALLAH."


PERKONGSIAN TAZKIRAH

Jika tiada rezeki anak, mungkin di berikan rezeki mertua yang baik. Maka kita akan lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin di berikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin di berikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masaalah. Maka kita akan lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin di berikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita akan lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin di berikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga. Maka kita akan lebih bahagia kerana
hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin di berikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita akan lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada besok hari. Maka kita akan lebih bahagia kerana rezeki yang tidak di jangka.

Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal. Hanya DIA Allah Yang Maha Adil.



"Dan ALLAH memberi rezeki kepada orang-orang yang di kehendakki Nya tanpa batas"
Surah Al-Baqarah ayat 212

"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang di kehendakki Nya tanpa hisab"
Surah Ali Imran ayat 37.



p/s: Yakinlah Rezeki Itu Jaminan Allah S.W.T..


54 ulasan:

  1. Betul tu... kita hanya berusaha... In Shaa Allah..

    BalasPadam
  2. Salam bunda, bahagia itu pun rezeki kan bunda?

    BalasPadam
  3. Betul tu Bunda..pelbagai bentuk rezeki yang Allah turunkan...kita hanya perlu berusaha...selebihnya Allah yang tentukan...

    BalasPadam
  4. Salam jumaat Bunda.... :D
    Rezeki tu ada dimana2, yg penting berusaha dan berdoa kepadaNya

    BalasPadam
  5. Selamat pagi bunda.. Allah itu dah tentukan yang terbaik untuk kita, kan? :)

    BalasPadam
  6. As salam & Salam Friday Bunda...
    semoga hari ni lebih baik dari semalam..
    semoga diberkati.. dan mendapat baroqah di hari Jumaat yg mulia =)

    BalasPadam
  7. apa yg ada..selalu tak bersyukur..
    kalau dah tak ada..baru rasa tu anugerah..nikmat.

    BalasPadam
  8. Yang penting kena ikhlas dan redha akak segala takdir kita.

    BalasPadam
  9. Allah maha adil dan maha pemberi rezeki kan Bunda...

    BalasPadam
  10. nice reminder...syukur dgn segala apa yg kita ada... takde satu pun yg bukan dtg nya dari Allah

    BalasPadam
  11. ikhlas dalam segala hal..insyallah..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah...sentiasa bersyukur dgn rezeki yg allah bagi.

    BalasPadam
  13. Kerana sesungguhnya setiap kita telah diperuntukkan oleh Allah rezeki
    Hanya kita diberi akal dan kudrat atas belas ihsanNya utk mencari dan berusaha.


    BalasPadam
  14. betul bunda. saya pun ada kongsi hal ini dlm blog saya. siapa kita yang menentukan rezeki kita

    BalasPadam
  15. betoitu jangan gundah gulana.. itu jaminan Allah....

    BalasPadam
  16. Apa juga yang kita ada sebenarnya pun kurniaan Allah. Sentiasa bersyukur diatas segala limpah kurnia Nya.

    BalasPadam
  17. berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan... in sha Allah... buang rasa iri dalam hati dan hanya mahu yakin Allah beri yang terbaik atas kemampuan kita, dan Allah menurunkan ujian juga mengikut tahap kemampuan umatnya...

    BalasPadam
  18. salam jumaat bunda.. betul tu, rezeki kita jaminan Allah.. yang penting kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya..

    BalasPadam
  19. thank you Allah for another wonderful day...rezeki juga kan...

    BalasPadam
  20. salam bunda..
    alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian dan peringatan..
    betul tu bunda,sentiasa bersyukur diatas nikmat rezeki yg diberika walaupun lain dr yg kita mahukan.. :)

    BalasPadam
  21. Yg penting sentiasa berusaha ke arah rezeki Allah...

    BalasPadam
  22. Betul2..
    Salam Jumaat Bunda..

    BalasPadam
  23. Saya mahu berkongsi semua rezeki yang diperolehi dengan semua orang dalam dunia ini, insya-Allah ^__^

    BalasPadam
  24. Betul tu Bunda..Yang penting kena bersyukurkan..kerana rezeki Allah terlalu besar..sampai tak terkira. Tapi yang selalu kita nampak yang tak ada dengan kita...Salam Jumaat Bunda...

    BalasPadam
  25. Setiap kita berbeza konsep rezeki yang Allah bagi kan. Ada hikmah di sebalik semua perkara yang berlaku.

    BalasPadam
  26. Motivasi yang terbaik !!
    Rezeki itu, harus dilihat dari pelbagai sudut

    BalasPadam
  27. terkesan saya membaca kata-kata bunda ni
    terima kasih bunda

    BalasPadam
  28. salam jumaat bunda..
    point yang pertama tu, ada betulnya la..
    seperti kaka saya, even xde rezeki anak lagi, mertuanya sangat baik dan memahami..
    subhanallah.. Allah ni, bagi rezeki kat dia.. tapi, kita je kekadang buta...
    masya-Allah..

    BalasPadam
  29. Salam Jumaat,Moga2 kita dapat sama-sama berusaha kearah itu. Amin.

    BalasPadam
  30. Sama ada mendapat rezeki secupak atau segantang atau malah segunung berlian di dunia ini, bila kita dikafankan nanti semuanya itu cuma hanya kenangan duniawi, hanya amalan dan ibadah kita jua yang akan dimasukkan dalam hisab Allah...

    BalasPadam
  31. REZKI ALLAH itu ada samaada kita perasan atau tidak
    Subhanallah

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum bunda. Khai singgah sini,. salam perkenalan. terima kasih atas info di atas :)

    BalasPadam
  33. Salam jumaat bunda.bersyukur dengan rezeki yang kita terima. (:

    BalasPadam
  34. bestnya entri bunda.. tadi dalam paper pun cerita pasal rezeki.. :)

    BalasPadam
  35. salam pagi sabtu bunda..
    semoga rezeki kita sentiasa di rahmati oleh NYA amin..
    terimakasih bunda atas perkongsian yang baik ini,semoga bunda sentiasa dirahmati :)

    BalasPadam
  36. Betullah bunda,rezeki tu dtg dlm pelbagai bentuk.

    BalasPadam
  37. Salam Bunda...
    Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati. Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut hari wanita :)

    BalasPadam
  38. selagi hidup rezeki Allah sentiasa ada utk kita...kematian berlaku tanda rezeki kita telah habis....ustaz kata gitu,

    BalasPadam
  39. rezeki org berbeza2 :)

    BalasPadam
  40. Ramai orang yang faham rezeki itu dijamin Allah taala, dan ramai yang tahu rezeki itu dalam pelbagai bentuk, tapi ramai juga yang faham dan tahu itu tidak sedar, masih mencemuh dan memandag rendah (malah menghina) mereka yang tidak berharta... Semoga Allah permurahkan rezeki mereka juga...

    BalasPadam
  41. PCsetuju bunda..rezeki itu milik dan rahsia Allah..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

    BalasPadam
  42. yup..Allah pemberi rezeki..

    dan tugas kite berusaha dpt kan rezeki tu..=)

    BalasPadam
  43. Ya betul. Itu jaminan allah pada setiap hambanya

    BalasPadam
  44. Subhanallah.. berkat usaha, doa & tawakkal.. hanya kpd Allah kita berserah..

    BalasPadam
  45. tugas kita untuk rajin berusaha kan bunda

    BalasPadam
  46. betul la bunda. rezeki Allah tu luas dan berbagai cara.

    BalasPadam
  47. rezeki ALLAH tu luas. ada yang lebih kat sini, kurang disana. ada yang lebih dsana, kurang disini. setiap manusia, ada rezekinya sendirii ;))

    BalasPadam
  48. jangan pernah untuk putus asa dari bdoa memohon pada Allah ttg rezeki..
    rezeki dan rahmat Allah itu mmg luas..

    BalasPadam
  49. erm.. Suka sgt dan sokong apa yg bunda tulis.

    BalasPadam
  50. salam kenal bunda...cik nat bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi sekarang ni...apa yang tulis tu betul sangat2...

    BalasPadam
  51. Salam bunda..
    Bersyukur dgn apa adanya...kerna rezki itu berbagai..setuju dgn artikel bunda sy mohon share..tq.

    BalasPadam
  52. Assalamualaikum
    saya mohon share ye bunda..tq

    BalasPadam
  53. Assalamualaikum bunda.. mohon share yea.. bermanfaat..

    BalasPadam