Isnin, 31 Mac 2014

Tabung Hijau...



Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

Pernah satu hari tu bunda ada tengok siaran 'Bual Bicara'  kat tv...kalau tak salah bunda TV AL-Hijrah...Ada seorang tetamu undangan  'Pakar Kewangan'   berbincang tentang simpanan / menabung.

Saudara kita ni ada beri contoh yang paling mudah dan praktikal yang mana dia sendiri mengamalkan nya satu famili.  Jom kita share yer.

Dia cuma kumpul dan simpan note RM5  seperti diatas. Tiap kali dia pergi berbelanja atau keluar makan. Dia akan sebelahkan note RM5 sekiranya ada semasa buat bayaran. Bukan diri dia sahaja malah dia didik isteri dan anak-anaknya juga amalan ini.

Dia akan masukkan note RM5 itu ke dalam tabung atau satu bekas yang lut sinar. Apabila setiap kali note2 itu di masukan akan nampak pertambahannya dari hari ke hari hingga lah penuh.

Menurut ceritanya lagi, pada suatu hari dia pergi berbelanja dan dapat duit tukar note RM5 yang banyak, lebih dari biasa. Mengenangkan dia sendiri dah buat kemestian/perjanjian bersama famili bahawa takkan belanja atau guna note RM5 tu...maka, nak tak nak dia terpaksalah simpan juga dalam tabung.

Bayangkan, kalau dalam seminggu..kalau sebulan..kalau setahun , dah berapa keping note RM5 kita dapat kumpulkan? Sebab itu di panggil Tabung Hijau.

tabung biru

Sebelum-sebelum ni pun bunda pernah juga buat benda yang sama...tetapi hanya RM1 yang baharu. Banyak lah jugak.  Semasa balik Hari Raya haritu dapatlah sedekah kat anak-anak sedara.


tabung merah dan oren


Lepas ni bunda berazam nak buat Tabung Merah atau Tabung Oren  pulak. Tapi lambat lah kot...sebab note RM20 ni jarang jumpa.   InsyaAllah.

Sedangkan 'Pakar Kewangan' pun masih mahu praktikkan menabung secara 'Tradisi' .. apa lagi lah kita kan..

***Kalian macam mana? ada terfikir tak? ada berani tak?
Macam mana  kalau cuba dulu dengan Tabung Hijau .....


87 ulasan:

  1. saya pantang simpan duit kt rumah..asyik dok nampak ja...paling selamat kat ASB...susah nak amik hehe...lagipun senang,boleh tambah melalui maybank2u...rm50 pun boleh..

    BalasPadam
  2. Wahhhhh. Menariknyeee. Wu tabong duit syiling je. Heheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda mmg dah lama menabung duit syiling...tapi sekali tu anak bunda bawa tukar kat bank...dorang ambil syiling 20sen n 50sen jer....yg kcl2 xnak...
      Kalau ikutkan kita pun x suke gune atau simpan syiling kcl tu... Dulu2 blh lah gune syiling 10sen utk tepon publik atau belanje sekolah anak....

      Padam
  3. best juga idea bunda ni,boleh diamalkan,,,,skg ni menabung campur je,,,,,,anak saya Iman menabung duit siling asingkan siling biasa dgn siling baru,duit emas katanya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan idea bunda asalnya....bunda cuma panjangkan idea orang yang lebih arif dalam bidang ni aje...
      Untk sama2 berkongsi manfaat...InsyaAllah...

      Padam
  4. Bagus tips ni. Nak kena cuba juga. bijak menabung.

    BalasPadam
  5. memang diamalkan pun dari bujang lagi...buat yang sama dengan duit syiling. Lepas tu obses kumpul duit RM1 setiap hari, sekarang gigih simpan RM5 pula. insya-Allah tahun ni tahun ketiga tak perlu tukar duit raya dibank lagi.

    BalasPadam
  6. salam,
    bunda... taktau lah tabung kita kaler apa... tapi kita mmg simpan seringgit setiap hari sejak dari mula kerja...
    dulu2 sebab tak ada duit nak join korban masa hari raya haji... pastu bila dah banyak duit... (hahahaha)... kita simpang juga seringgit sehari supaya hujung tahun dapat g shopping (tanpa rasa sayang) masa time Y.E.S. hehehe... yer lah kalau tak simpan2 duit, nnt sayang nak guna... so 300 tu mmg MESTI dibelanjankan setiap tahun... hehehehe....

    BalasPadam
  7. Ok juga kan tabung hijau ni. Tapi kalau dlm sebulan tak jumpa duit hijau? hehe...tak menyimpan ler agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuka ngn sape2...peniaga nasi lemak ke goreng pisang ke kt tepi jln tu nk aje duit singgit2 tu..
      Golongn ni baik hati..pagi3 buta org kete3 besau beli nasi lemak bg note 10 / 50....
      Sian dorang tau...

      Padam
  8. good idea...angah setakat ni menabung duit 50 sen je....kena upgrade le lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Upgrade ke tabung biru dulu...singgit2 senang nk dapat..macam bunda dulu...raya nak dekat dah ni...

      Padam
  9. saya pun ada tabung emas, syiling lah...hheee

    BalasPadam
  10. bagus juga idea ni... :)

    BalasPadam
  11. Saya pun setuju jika menabung duit ringgit, ianya lebih berbaloi dan mudah utk ditukar berbanding dut siling.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu BM...singgit2 kertas tu lagi cepat....Macam bunda buat selalu...
      Tiap kali balik kpg..sedekah kat anak2 sedara sorang duit ringgit buat belanje sekolah...
      Bagi kat bapak beberapa yg patut utk tabung surau...
      Itu saja cara yg paling mudah kita menabung sambil bersedekah...
      InsyaAllah berkat...dah sah2 sumber dari mana kita kluakan utk bersedekah KECIL2LAN..

      Padam
  12. Bagus...niat dihati siap2 suku ke dari simpanan tu....nak buat sedekah..
    InsyaAllah berkat...tapi kene disiplinkan diri...jgn ngelat...

    BalasPadam
  13. memang bagus mendidik anak2 menyimpan duit...selalu juga nampak ada orang bawa duit tabung simpan di tabung haji...duit syiling...dengar mesin kira duit syiling...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan saja mendidik utk ank2...tapi utk diri sendiri juga...

      Padam
  14. akk pulak dah sampai masa menabung untuk akhirat. setiap bulah pecah duit rm1 masukkan dlm sampul.mana2 akk pergi akk bawak..mana sempat akk singgah surau or masjid or jumpa sesiapa yg memerlukan bagikan..kira menabung juga tu..

    BalasPadam
  15. ya betul tu idea yg baik utk dipraktikan menabung untuk dunia n akhirat...

    BalasPadam
  16. Kebetulan pula yer Bunda...saya baruuu mulakan tabung hijau ni bulan lepas. Bukanlah menabung sebenarnya. Cuma saya nak kumpulkan untuk persediaan hari raya nanti. Bila nak beri duit raya, senang. Kadang2 susah nak tukar dengan bank. Jadi saya kumpulkan siap2. Semoga saya akan teruskan nanti....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu....
      Niat menabung utk perbelanjaan sendiri dan utk bersedekah juga...
      InsyaAllah berkat...Dunia dapat...Akhirat juga dapat....
      Apa lagi yang kita sedekah itu sumber nya nyata didepan mata...

      Padam
  17. em bagus juga tu sebelum ni duit 50 puluh sen je. Tabung biru dan hijau. TQ

    BalasPadam
  18. bagus idea ni. tq bunda atas perkongsian ni. nak mula hari ni

    BalasPadam
  19. Sekarang ni anak-anak tengah buat tabung biru. Mulakan dengan note yang paling kecil sekali nilainya. Nanti Insya Allah boleh tukar tabung warna lain pulak. Saya ni pernah juga ada tabung hijau lepas tu pencen sekejap. Kadang-kadang terdesak nak tukar duit, boleh ambil duit tabung pulak :) Bila rasa tak selamat, kenalah masukkan dalam akaun secepat mungkin.

    Bila membaca entri Bunda ni terfikir pulak nak start semula tabung hijau ni. Tabung oren susah sikit sebab note RM10 tu penting buat kegunaan seharian :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay lah tu...mulakan yg biru dulu... Budak2 kalu kita bagi cabaran kat dorang lagi lah bersemangat...
      Siapa paling banyak menabung hingga sekian2 tempoh masa nanti mummy n daddy topupkn utk masuk dlm akaun bank...
      Bkn apa utk beri semangat dan motivasi kat dorang...supaya rajin menabung...

      Padam
  20. setakat ni tabung perak jer bonda..duit syiling...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda ada lagi separuh tabung perak tu...Hari tu bawak tuka kat myden dorang tak nak...
      Dah byk org tuka syiling kat dorang...
      Frust betul...dah berat2 orang mengusungnyer...bikin malu jer...
      Macam tak laku jer syiling Bunda tu...

      Padam
  21. Salam Bunda..
    cma mula2 menabung dgn syiling 50sen tu..asal ade je 50sen simpan..setakat ni dah cecah rm500++
    hihi..lepas ni nk try tabung hijau ni plak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu...lepas ni bia anak2 menabung 50sen...
      Shiema tabung hijau...Rm600 tu p cepat masuk bank...

      Padam
  22. buat masa ni tabung saya berwarna biru..
    dalam masa yang sama suka kumpul duit 20 sen.. tapi suka duit yang lama dari yang baru..

    BalasPadam
  23. Saya dah buat tabung hijau ni bunda. Tapi dah pakai....hehehe...kena beli tabung yg tak bley bukak. Skang menabung syiling jer lah/

    BalasPadam
  24. yang seringgit tu memang selalu buat la... ok nanti kita try yang hijau pulak yer

    BalasPadam
  25. saya dah berapa kali merancang benda yang sama
    tapo setakat ni tak berjaya
    kena bersungguh buat ni

    BalasPadam
  26. fuza suka asingkan duit syiling 50sen lama tu
    sekali kumpul dan kira mmg beratus.
    Alhamdulillah, masih meneruskan simpan syiling 50sen lama


    cheque Nuffnang hilang dari system? mohon pendapat ramai.
    http://fuzamusa.blogspot.com/2014/03/cheque-cash-out-status-hilang-dari.html

    BalasPadam
  27. mcm menarik je bunda..hehe..sll niesa menabung syiling je..kalau dpt syiling mmg xkn guna dah..nak jugak la cuba tabung hijau ni kot2 berjaya kan..tq bunda for sharing.. :)

    BalasPadam
  28. wah.. bagus juga macam tu bunda.. aiza setakat ni simpan di asb terus, takut nak menyimpan di rumah kerana pelbagai kemungkinan seperti kecurian akan berlaku (masa hidup bujag dengan kawan-kawan dahulu rumah sewa aiza pernah dipecah masuk).. tapi memang bagus cara macam tu, sedar-sedar je dah banyak yang kita simpan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau note yg bernilai besar tu agak2lah....2 3 ratus cpt2 masuk bank...
      Jangan sampai beribu...pastu kumpul lagi...jangan berenti...

      Padam
    2. betul tu bunda.. tak boleh simpan banyak-banyak sampai beribu.. dua tiga ratus terus masukkan ke bank..

      Padam
  29. Assalamualaikum bunda, sheila ada tabung biru dengan tabung duit syiling je. setahun kumpul dapatlah rm300.. nak simpan untuk anak2.. hehe singgah menabung infiniti sini~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik dah tu....
      Menabung awal2 untuk anak2...nanti boleh dicontohi anak2 juga nanti...

      Padam
  30. SAYA MENABUNG DUIT SYILING DAN JUGA DUIT KERTAS YANG TAK KIRA WARNA.. :)

    BalasPadam
  31. Saya tak pernah pula terfikir tabung hijau ni. Idea yang bagus...Selama ni saya menabung tak kira warna dan tak kira masa, kalau teringat simpan, kalau tak teringat lebur....huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. So dari skarang pilih satu warna jer JR.....biru..hijau..merah atau oren...hihi..

      Padam
  32. dhia tak boleh guna tabung lutsinar. nanti asik nak amik je isi dia. hihihihi

    BalasPadam
  33. Kita tak boleh simpan dalam tabung Bunda coz mesti nak guna..kalau dalam bank sukar sikit..tapi bagus jugak idea ni..tapi kena betul-betul disiplinkan..kalau tabung merah lagi bestkan BUnda..

    BalasPadam
  34. puteri ada tabung syiling dan tabung biru sahaja setakat ni :)

    BalasPadam
  35. Nak buat jugak la tabung hijau.

    BalasPadam
  36. ada jugak...tapi tak letak dalam tabunglah bunda..tapi ternampak nak pakai pulak..selit-selit lah kat mana yang patut...

    BalasPadam
  37. Baguslah amalan macam ni kan bunda...sonok menabung :)

    p/s Bunda...tahniah bunda menang hadiah FM dari Umi Qi...cer click sini tau...http://heartstoryteller.blogspot.com/2014/03/pengumuman-pemenang-wish-birthday-umi-qi.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Umi Qi...bunda dah email dah...
      tq...tq ...darling

      Padam
  38. bagus idea ni bunda...boleh dicuba...

    BalasPadam
  39. skg tbung biru bunda..

    tbung hijau otw.. hihi

    BalasPadam
  40. Salam Bunda, memang ada balang bekas kuah spegeti tu, duk isi gak, pastu ambik beli tong gas hehe. Nak try lain la tabung hijau ni.

    BalasPadam
  41. Cerita pasal menabung ni, buat masa ni saya cuma mampu buat 'Tabung Biru' je. Alang-alang dah cerita pasal tabung ni, saya singgah blog Bunda ni sambil menabung eklan DiGi untuk Bunda :-)

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum Bunda.. setakat ni Ros cuma ada tabung biru dan tabung syiling.. memang bagus buat macam ni. kadang kita tak perasan kan. bila kita buka tabung tu, rupanya banyak yang dah kita simpan.. Bolehlah cuba tabung hijau pula lepas ni..

    BalasPadam
  43. mmg bagus menabung ni kan bunda !

    BalasPadam
  44. Walau pun sikit-sikit yg pasti lama-lama akan jadi banyak..

    BalasPadam
  45. Menarik juga idea tabung hijau tu.. selama ni mmg ada menabung juga, tp sebarang je.. yg syiling yg kertas semua ada hehee.. sgt baguslah.. T kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat ni bunda.. :)

    BalasPadam
  46. kawan lieya ade buat tau bunda...tapi kelako jek sbb die sendiri simpan die sendiri korek haahahahah

    BalasPadam
  47. saya takde tabung kat rumah...
    terus tabungkan kat bank setiap kali ada rezeki lebih...hihihi

    BalasPadam
  48. salam bunda..=)

    tabung ungu bunda xmau wat ke..masukkan tiap bulan la..
    lau tiap minggu mmg pyh sikit..tp lau dpt buat mmg kayo..hehe ^,^

    BalasPadam
  49. samalah acik pun tabung duit RM 5 itu saje,,, alhamdulilah tak ambil lagi dalam tabung

    BalasPadam
  50. kreatif jugak ideanya..boleh follow buat tabung hijau ni..

    BalasPadam
  51. Selama ni kami prektis menabung duit 50sen aja, mungkin lepas ni bole menabung duit kertas kaler kaler ni. Good sharing bunda... :)

    BalasPadam
  52. bagus juga cara ne...cik pun nak cuba lah nanti...

    BalasPadam
  53. note RM5 tu kira byk
    nak xnak kena belanja gak
    tp saya suka simpan wang syiling
    syiling is ok kut nak simpan sbb npk skit so kita pun heran sgt
    tp mmg tips yg sgt berguna...lagi byk menabung lagi byklah simpanan tu nti

    BalasPadam
  54. saya amalkan tabung biru sebab setiap hari raya tak perlu tukar kat bank untuk bagi kat anak sedara

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum bunda,
    Nice sharing... terima kasih... :)

    BalasPadam
  56. Assalamualaikum bunda,
    Nice sharing... terima kasih... :)

    BalasPadam
  57. salam bunda.. tabung syiling Fiza ade la.. kalau tabung warna lain rasanya tak sempat nak menabung dah abis..

    BalasPadam
  58. wah..bestnye tips mcm ni . selalu dgr tabung duit kertas or duit syiling..

    mula2 baca tabung hijau igt RM50 ..hehe . rupenya RM5 . Hebat gak kalau dapat menabung RM50 sehari kan..?hehe..bg mereka y dah bekerja la..=)

    BalasPadam
  59. Wah boleh tiru ni Bunda..t kasih sudi share..

    BalasPadam
  60. syiling 50 sen dan RM1 dah biasa satu penigkatan utk anak2 dan zie nk buat tabung hijau juga...

    BalasPadam
  61. pernah baca kat majalah NUR tapi saya belum mampu nak menyimpan duit kertas sebab still student lagi, tapi duit syiling saya simpan :)

    BalasPadam
  62. Ramai juga ya yang menabung ikut warna. Alhamdulillah. Sekarang ni zaman berjimat cermat. Kalau ada sifat menabung ni, takde lah kita rasa asyik nak shopping benda yg tak perlu...

    BalasPadam