Khamis, 27 Mac 2014

#TragediMH370 : Penantian Yang Belum Pasti...



Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Hari ini adalah hari ke 20  Tragedi  Pesawat MH370  KL-Beijing  yang nyata 'tidak sampai kedestinasi'  pada pagi 8 Mac 2014 yang lalu.

Pesawat MAS MH370 yang membawa Mohd Khairul Amri bersama 226 penumpang lain bersama 12 anak kapal 'HILANG'  kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Pada 24 Mac yang lalu setelah 17 hari usaha mencarian dan menyelamat, PM Najib mengesahkan  penerbangan Pesawat MH370  berakhir di Selatan Lautan Hindi.



gambar kenangan pn normah bersama anaknya mohd khairul amri
sumber whitv3...

Bagi seorang ibu Puan Normah Jaafar, 56 tahun, ibu kandung mangsa pesawat malang Mohd Khairul Amri Selamat, 29 tahun... tragedi ini amat mengejutkannya.  Menyebabkan dia merasa sangat stress.

Kenangan manis bersama anaknya sangat menyentuh jiwa.  Melihat gambar-gambar anaknya buat dia menangis.  'Penantiannya masih belum berakhir'.  Sebelum ini setiap jam 5.30 petang anak nya akan menelefonnya selepas waktu bertugas. 

Setiap hari jam 5.30 petang dia masih mengharap ada panggilan dari anaknya.  Dia seakan-akan terdengar panggilan telefon dari anaknya walaupun pada hakikatnya dia sedar tiada lagi panggilan dari anaknya dan dia juga sedar bahawa anaknya belum kembali lagi. 

Kini setiap jam 5.30 petang memberi sedikit debaran kepadanya kerana pada waktu inilah  sidang media MH370 di siarkan. Menurut Normah apa yang diharapnya kini agar dirinya kuat.

Seteguh mana pun dia menyembunyikan rasa hiba, sehebat mana langkah longlai yang perlu di hayun..hakikat naluri seorang ibu tidak dapat di nafikan. Seteguh mana dia cuba menahan kesedihan ...akhirnya ibu ini rebah...pingsan.

Walaupun berputus nyawa... kasih sayang seorang ibu tiada penghujungnya...walaupun dalam Penantian Yang Belum Pasti.. Normah dan keluarga redha akan  ujian Allah ini.

Sebagai hamba Nya  kita hendaklah redha dan percaya kepada Qada' dan Qadar Nya....sekiranya ada  'KEAJAIBAN'  tidak mustahil mangsa akan di temui semula...  Kita merancang, Allah juga merancang , tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya...

Sekiranya Dia berkehendakan sesuatu itu terjadi ..maka terjadilah ia,  siapa kita untuk menidakkan kehendak Nya...Yang mampu kita lakukan  adalah bersama-sama titipkan doa yang berterusan agar di permudahkan urusan pencarian yang seterusnya.

Wallahu'alam


***Sehingga hari ini iaitu hari kesepuluh, operasi pencarian serpihan pesawat MH370 masih di teruskan.
Salam Takziah Buat Semua Ahli Keluarga Penumpang Dan Krew Pesawat #MH370..


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-saya-ibu-kandung-khairul-amri-32406?cpSalam Takziah Untuk Semua Keluarga Penumpang Dan Krew #MH370




52 ulasan:

  1. dalam paper Sinar, ada kisah Pn Normah ni, sedih baca...semoga dia tabah

    BalasPadam
  2. Saya pun tengok tv3 tadi, memang sedih.

    BalasPadam
  3. sebak bila tgk berita pasal pesawat ni..berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.. :(

    BalasPadam
  4. naluri seorang ibu...
    moga dia tabah menghadapi segala kemungkinan

    BalasPadam
  5. pagi tadi dengar pn. norma di HotFM, sebak dan bergenang air mata saya...

    BalasPadam
  6. berat sungguh dugaan yang ditanggung..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum bunda, sedihnya. semoga tabah hati mereka menerima dugaan ini.. singgah menabung inti sini ~~~

    BalasPadam
  8. Walaupun tidak mengenali kesemuanya...tetapi ia sungguh terkesan dan sebak dihati....semoga semuanya tabah menghadapi dugaan dan cubaan..

    BalasPadam
  9. ye bunda..
    saye dengar hot.fm pagi tadi..
    sebak bila dengar suara mama khairul amri ni..

    penantian seorang emak ..

    BalasPadam
  10. Keredhaan dan ketabahan yg ada pd mereka semua.. semoga usaha mencari MH370 dipermudahkan Allah..

    BalasPadam
  11. Semoga Allah turunkan keajaibannya. Jika ada kes kapalterbang hilang selama 72 hari masih boleh ditemui penumpangnya yang hidup, apa sangat pada kehilangan 20 hari, mungkin ada yang masih terselamat dengan izin Allah....

    BalasPadam
  12. betul sedih..
    tapi rasanya kalau diungkit3 lagi ni..keluarga akan rasa sedih lagi..
    takut tak redha

    BalasPadam
  13. tak dpt bayangankan perassan ibu kehilangan anaknya =( semoga tabah dgn ketentuan Illahi

    BalasPadam
  14. takziah kepada keluarga beliau.. doakan semoga keluarganya terus tabah dan redha..

    BalasPadam
  15. tgh kita diselubungi sedih atas berita yg MH370 berakhir di lautan hindi kan bunda
    tiba2 el terbc kt fb..ada sorg ni ckp MH370 di tahan di mongolia sbb diorg nak balas dendam n tuntut something kat Najib pasal kes Altatuya tu..adoiiiiiiiiiii org tgh bergelumang sdih2 dpt berita cam ni gak
    spekulasi atau benar allahualam
    apa yg mampu insyallah berdoa smoga masih ada harapan tuk MH370 amin
    wpun kena percaya pada Qada dan Qadar

    BalasPadam
  16. Salam Bunda..
    Sedihnya rasa..
    semoga keluarga mereka yg terlibat ditabahkan hati.. :(

    BalasPadam
  17. Betul KN. Wamakaru Wamakarallah...
    Apa pun juga Allah juga sebaik-baik perancang.

    BalasPadam
  18. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul :(

    BalasPadam
  19. di banding dgn negara lain..Allah uji sedikit aje ni..

    BalasPadam
  20. insiden yg menyayat hati n menggemparkan seluruh dunia.berat mata memandang berat lg bahu memikul kan bunda

    BalasPadam
  21. assalamualaikum bunda...mmg sedih akan peristiwa ini moga akan segera ditemukan dgn MH370 ini...

    BalasPadam
  22. Salam bunda.....sedih sangat dengar semua tu. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa...

    BalasPadam
  23. Muga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada ahli keluarga MH370 menghadapi ujian ini..

    BalasPadam
  24. mudah-mudahan setiap antara mereka tabah menghadapi ujian ini

    BalasPadam
  25. sebenarnya pesawat tersebut HILANG... tiada kesan atau belum ditemui sebarang kesan. Sudah 19 hari... lagi tak sampai 10 hari, signal ping kotak hitam akan lemah dan hilang juga... Mula-mula terkejut dengan kejadian... lepas tu sedih dengan pelbagai tanggapan... bila memikirkan pelbagai kemungkinan... tetapi sekarang, sangat emosi kerana ia HILANG dan tiada sebarang penjelasan munasabah... what happen???
    Tiada kesan... tiada serpihan sah... tiada tanda-tanda kematian... dan kita akur Allahualam bissawab... itu saja?

    BalasPadam
  26. kebetulan 5.30ptg yg amat menyentuh hati....semoga tersembunyi hikmah yg lebih besar disebalik semua ini,Bunda.

    BalasPadam
  27. kite orang luar ni pun sedih, apatah lagi keluarga diorang.... semoga keluarga yang terlibat terus tabah menghadapi perkara ni

    BalasPadam
  28. nak sangat tahu apa yang terjadi sebenar-benarnya
    macam ada sesuatu,
    hanya Allah yang Maha Mengetahui

    BalasPadam
  29. Semoga semua keluarga tabah menghadapi dugaan ini, selagi belum ada bukti..kita harus berdoa dan bertawakal untuk kesejahteraan penumpang mh370..

    BalasPadam
  30. salam bunda...
    salam takziah juga buat keluarga mngsa

    BalasPadam
  31. kita yang ta ada hubungan pun rasa sedih
    inikan pula darah daging sendiri...TUHAN aje yang tahu perasaan diorang

    BalasPadam
  32. salam takziah buat keluarga mangsa
    walaupon tiada keluaga dalam tu..hati terasa sebak jugak

    BalasPadam
  33. Tragedi MH370 amat meruntun jiwa... Semoga Allah permudahkan segalanya...

    BalasPadam
  34. Moga keluarga mangsa kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan ini.

    Janganlah ada pihak yang cuba menambah kesedihan mereka.

    BalasPadam
  35. Rahsia ini hanya ALLAH saja yang tahu hikmah di sebalik semua ini..
    Semoga ALLAH mempermudah segala-galanya.
    Saya rasa empati terhadap keluarga yang terlibat.

    BalasPadam
  36. semoga ahli keluarga tabah..kuat..menghadapi dugaan Allah ini..

    BalasPadam
  37. Anak yang di kandung sembilan bulan dan dilahirkan hilang begitu saja... saya sendiri pun tidak dapat menerima berita MH370 hilang di lautan hindi... banyak sangat persoalan yang tak terjawab....

    BalasPadam
  38. kesian betul dengan diorang, kesian betul dengan negara tanah air tercinta

    BalasPadam
  39. Mmg satu berita yg sungguh menyedihkan buat kita semua, apatah lagi buat ahli keluarga yg menanggungnya.. semoga segala persoalan dpt dirungkai dgn izin Allah swt... aamiin..

    BalasPadam
  40. Assalammualaikum...bunda,

    sesama2 kita doakan keselamatan mh370 agar dalam keadaan yang baik2...

    mselim3

    pls: semoga segala permasalah ini akan terungkai dengan segera.

    BalasPadam
  41. Moga mereka dalam lindungan Allah kan bunda...

    BalasPadam
  42. harap keluarga mereka tabah

    BalasPadam
  43. takziah buat keluarga mangsa..

    BalasPadam
  44. Salam takziah buat keluarga mangsa MH370. Entah bila agaknya boleh mendengar berita yang pasti. Bila melihat ahli keluarga yang tabah, kita pulak yang jadi sedih.

    BalasPadam
  45. harap semuanya dipermudahkan..

    BalasPadam
  46. sedihnya...moga kita terus berdoa agar pencarian dipermudahkan

    BalasPadam
  47. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam