Rabu, 9 April 2014

Pokok Nenasku: Berbuah Lagi...


gambar terkini



Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam.....

Entri bunda yang lepas seperti yang  INI  dan yang  INI bunda pernah ceritakan tentang
pokok nenas bunda ni.

Baru-baru ni selepas jerebu dan panas...bunda nampak salah satu pokok nenas bunda dah mula
keluar putik. Lepas agak seminggu lebih,  beginilah rupa putik nenas tu
dah mula membesar.

Ada dua pokok sebenarnya. Petang tadi bunda tengok yang satu lagi pun dah mula keluar putik

Nenas bunda ni jenis yang besar, pokok nya juga besar dari pokok nenas biasa...untuk buahnya matang juga ambil masa yang lama...memang puas hati,
hanya dua pokok pun puas makan..

tapi bunda tak pasti nenas jenis apa namanya..


gambar tiga minggu lepas

Yang ini gambar tiga minggu lepas,  yang atas sekali tu gambar terkini....buah nya semakin
membesar dan mahkota / jambul  nya semakin tinggi...

dalam sebulan lagi matang lah kot...dah boleh petik... dah bolih buat masak pajeri nenas...


pokok limau purut

Ini pulak pokok  limau purut bunda,  sebelah pokok nenas.. musim panas dan jerebu kelmarin
 dah hampir kering semua daunnya...

Sekarang ni sejak hujan memanjang dah semakin segar dan menghijau semula. Bunda tengok semakin lebat daun-daunnya. Ada banyak pucuk-pucuk baru dah tumbuh.

~Alhamdulillah~

60 ulasan:

  1. hehe...seronok kan bunda tengok hasil tanaman dah membuahkan hasil
    saya suka tengok hasilnya
    tapi suruh saya tanam, malas sungguh! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu seronok sangat tengok hasil dari tangan sendiri...

      Padam
  2. Salam Bunda,,
    Alhamdulillah...kalo cma yg tanam sendiri mesti terjerit2 keriangan..
    sendiri tanam pastu berhasil pulak tu.. hihih..

    ade 1 jenis nenas sama kaler mcm ni..cma suka ratah gitu jer.. manis! tp lepas tu siaplah... luka lidah.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda jarang makan mentah cam tu...kalau tak buat gulai bunda buat jelatah...

      Padam
  3. Salam Bunda,

    Ohhhh, dah lamanya tak tengok pokok nenas, teringat opah saya dulu-dulu memang banyak pokok nanas dia tanam belakang rumah, tapi sekarang dah tak larat lagi.

    Tengok pokok limau purut bunda, teragak pulak nak tanam sepasu letak belakang dapur. Byk lagi pokok yang sy nak tanam macam serai, daun kari, cili etc yang senang kita nak petik bila kita masak-masak.

    Teringin nak ada herbs garden sendiri. Tapi, tah bila la nak tanammnya, masa senggang nak bercucuk tanam tu susah nak dapat.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua tanaman dari tangan bunda ni yang menjadi...ada jugak yg langsung tak menjadi...adalah sikit2 bunda tanam, serai , pandan, kunyit... itu jer yang senang nak tanam pun..

      Tapi pokok pandan bunda tengah tanam semula...baru nak naik...hari tu panas ...mati kering...bunda pangkas semua...tanam baru...lagi pun pokok lama tu dah tua...akarnya pun dah terkeluar, elok lah tanam baru..

      Padam
  4. waahhh seronok ada pokok nenas sendiri... sekarang dah tak ada space nak tanam nenas... kat kampung dulu sepanjang pagar pokok nenas... jadi pagar jugak... boleh ambil dah tu.. buat cecah garam belacan ...mmmmmmmm masamnyerrrr...hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum bolih petik lagi nenas ni Wafa...nampak jer besar, dia akan membesar lagi...lama baru masak..kalu peram tak sedap dah...masak kat pokok sedap...memang manis...sebab tu lah jenis ni stahun sekali jer bunda dapat hasil nya...tak taulah pulak jenis yg biasa jenis kampung tu, yang pokok kecil2 tu macam mana ...tak pernah tanam..

      Padam
  5. Alhamdulillah. Dapat merasa hasil tanaman sendiri, Bestnya ☺

    BalasPadam
  6. buat pajeri nenas sedap ni bunda...

    BalasPadam
  7. alhamdulillah. berbudi pada tanah kan bunda. hasilnya sungguh memberangsangkan ^_^

    BalasPadam
  8. Salam Bunda..
    x rugi kan berbakti pada tanah.
    sayangnye rumah zura x de tanah.. semua dh di simenkan.. hehehe
    teringat plak umah mak zura.
    macam2 pokok ade.. kalo setakat nak dpt serai, kunyit, lengkuas tuh semuanye ade kt sekitar rumah.
    fresh lagi. rindu pulak pada kampung halaman.*tetiba.

    jangan lupa tempek hasil pajeri nenasnye Bunda.
    dapat cuci mata pon jadik laaa..
    hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah nanti bunda buat pajeri nenas ni Bunda upkan entri nya ye...

      Padam
  9. Saya juga penggemar nenas. Suka makan nenas mentah-mentah cicah kuah rojak. Kalau makan dengan nasi paling suka masak nenas dengan ikan kering, makan panas-panas boleh tambah nasi 1-2 pinggan!!

    BalasPadam
  10. nenas kalau manis memangler sekali ngapjer... dapat2 lak cicah ngan kuah rojak.. buat pajeripun sedap...

    BalasPadam
  11. aiza suka pajeri nenas bunda.. kalau makan mentah macam tu je tak suka..

    BalasPadam
  12. Salam Bunda. Saya kurang suka nenas sebab tak tahan lidas dan akan diserang gastrik kalau makan. Walaupun dah dimasak. Tapi, kalau nenas, di masakkan lemak cili padi tambah udang galah, saya mesti hirup kuahnya. Nenas letak tepi...hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya orang utara suka masak yang berempah, curry... orang selatan.. esp. orang negori suka lah masak lomak cili api... Bunda makan je semua... tapi cili api kurang..

      Padam
  13. sukanya tengok tanaman kita dah berbuah ya...nenas ni sangat manis tentunya...pucuk limau purut sedap dibuat ulam.

    BalasPadam
  14. Nanas sarawak tu KN? Jenis yg besar. Kalau sebiji makan sekeluarga pun puas ni.
    Kakak tanam nenas kat tempat kerja kakak ni tapi tak buah-buah tak tahu kenapa. Memang tak letak apa-apa baja maklumlah kat tempat kerja. Kalau dpt macam KN ni puas hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahulah jenis apa nama nya KZ...benih asalnya di tanam mula2 dulu, 5 tahun lepas...olih arwah suami KN.. arwah beli kat mana buahnya tak tahu lah ...jambul nya di semai dalam pasu... tapi tak sempat arwah merasa hasil tanamannya...

      Padam
  15. Kenapa saya suka kawasan kampung. Sebab luas dan blh tanam mcm2. Kwsn perumahan kalau dpt corner lot br sdp skt.

    BalasPadam
  16. teringi nak mkn nanas tanam sendiri...

    BalasPadam
  17. kita x makan lg nanas..
    8 bulan dah bersalin, tp masih jaga2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wanita yang baru nak lekat mengandung atau yang baru lepas melahirkan sebaiknya jangan makan nenas dulu...tajam... bunda sendiri pun jarang makan nenas ni dari dulu lagi...
      tapi nenas juga banyak vitamin c.. kalu orang darah tinggi elok makan mentah campur dengan buah belimbing bintang ...

      Padam
  18. semoga bisa cepat di panen dan dinikmati ya nenasnya :)

    BalasPadam
  19. Musibah yg melanda kini membawa rahmat, segala tanaman nampak semakin subur dan menjadi2! Syukur alhamdulillah.

    BalasPadam
  20. Wah dah mendatangkan hasil tanaman Bunda ye.. nanti buat pajeri, hulur kat saya semangkuk ye Bunda ehe :)

    BalasPadam
  21. Alhamdulillahhh....puas hati dapat makan nenas..tanam sendiri lagi..tak sabar rasa nya cik nak pindah rumah baru..so senang bercucuk tanam nanti..

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah...rezeki..

    BalasPadam
  23. dulu pernah tanam nenas ni bunda ,jiran bagi anak pokoknya ...skg dh takada.memang buahnya tak abis sebiji pun kalau nak dibuat masak ....makan segar pun sedap...rasanya manis.

    BalasPadam
  24. Salam bunda
    nanas gandul tu.....rasanya manis dan banyak airnya
    TA pun tanam juga...

    BalasPadam
  25. seronokkan bunda bila hasil tanaman kita membuahkan hasil...

    BalasPadam
  26. wah sedapnyee nenas.. makan dengan kicap atau masak pajeri..yummy! :)

    BalasPadam
  27. Wah sedapnya... dulu masa saya sekolah dok asrama ada seorang kawan saya ni bila balik dari kampung je mesti bawa nenas rebus. Sedapnya kalau di simpan dalam peti sejuk. Kawan saya tu cerita duit jualan nenas lah yang membesarkan dia sehingga menjadi orang berguna sekarang. Sekarang kata kawan saya kampung dia dah ajrang orang tanam nenas. Nenas sesuai di tanam tanah gambut. Doulu2 kat air hitam muar tu banyak.

    BalasPadam
  28. seronok kn kalau apa yg ditanam membuahkan hasil bunda !

    BalasPadam
  29. alhamdulillah, menjadi la kak
    boleh buat pajeri nenas :)

    BalasPadam
  30. REZEKI BERBUDI PADA TANAH..

    BalasPadam
  31. perghhhhh...cicah dengan kuah rojak besttt...... sronok tengok apa yang kita tanam berbuah.....

    BalasPadam
  32. bagusnya berbakti pd tanah, kita pun dpt hasil kan

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum...

    Eloklah manfaatkan tanah yang kosong tu daripada ditumbuhi rumput..

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum Bunda..mesti sedap nenas tu kan..anak2 acik suka..yang empulur ditengah pun habis dimakan

    BalasPadam
  35. Salam Bunda...
    Tu potong..simpan kat fridge,...makan cecah kicap ..sedapppp

    BalasPadam
  36. Geramnya tgk pokok akk ni. Sy keras tgn. Sll mak yg tanam. Pokok daun limau purut tu dah 3 kali tanm. Mati akhirnya.

    BalasPadam
  37. tu nenas moris ke bunda. kalau dapat kat Aleesya ni habislah. dia peminat nenas tau. kecik kecik suka nenas.

    berbudi pada tanah nampaklah hasilnya kan..

    BalasPadam
  38. alhamdulillah...mumme tumpang hepi juger/...

    BalasPadam
  39. Jus nenas suka.. masak lemak cilip api dengan ikan sepat kering pun best.... gullpp... terliur plakkk :D

    BalasPadam
  40. pokok nenas saya dah 4 tahun tak berbuah pun..pelik tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. letaklah baja...tukar tanahnya.. beli kat kedai nursery pokok2.. bunda guna baja tahi ayam proses tu.. gembur2 tanahnya dan siram air... rajin2lah belai dan bercakap dengan pokok tu..

      Padam
  41. Assalamualaikum bunda,seronok tengok taman herba bunda..tengahari ni baru ana masak lemak nenas..:)

    BalasPadam
  42. sedapnya nanas. puas hati bila tanam sendiri kan bunda.

    BalasPadam
  43. pajeri nenas. alahai sedapnya bunda.. terliur pulak sy malam2 ni. :)

    BalasPadam
  44. seronok kan bunda bila tengok tanaman yang kita tanam membuahkan hasil :)

    BalasPadam
  45. sebiji sekali makan . fresh tu yg best ... terliur ... adeh .

    BalasPadam
  46. alhamdulillah
    hasil berbudi pada tanah
    nenas madu ke bunda?

    BalasPadam
  47. Wahh.. berbudi pada tanah ni mmg tak merugikan ye tak Bunda.. hasilnya bolehlah dirasa nnti.. bestnya.. :)

    BalasPadam
  48. mmg seronok tengok pokok yang kita tanam sudah membuahkan hasil...perasaan seronok n puas hati tu mmg sukar nk digambarkan...

    BalasPadam
  49. Seronokkan Bunda bila pokok yang ditanam mula menunjukkan hasilnya. Saya ni memang tangan tak hijau orang kata, tak pandai nak menanam. Lepas ni memang seisi keluarga berkenduri nenaslah ya... Sedapnya kalau dapat makan nenas cicah kicap dan gula :)

    BalasPadam
  50. tahniah.. saya kalau nenas, makan atah macam tu je pun dah layan..

    BalasPadam