Jumaat, 4 April 2014

Satu Pemberian..




Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Secebis kisah dari Al-Azhar, Kaherah di kongsikan oleh seorang rakan talian sosial bunda.....

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Mereka sebagai kawan yang sangat akrab, walaupun dengan perbezaan usia yang sangat zahir.  Inilah keistimewaan seorang 'Murabbi yang ikhlas'.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang usang .

Remaja itu melihat guru nya sambil mengusik:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasut nya, kemudian kita bersembunyi di belakang rimbun?  Dia datang pasti terkejut... Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! he he"

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apa tah lagi pada orang yang susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja  menambah kebahagiaan untuk orang itu?

Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya , kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun itu.?''

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya,  bersetuju dan  segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon.

Selang beberapa waktu, datang lah seorang lelaki  dalam lingkungan 40 an.  Bajunya basah dengan  peluh, sambil mengibas-ngibaskan kekotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang di tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya kedalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya, dia cuba keluarkan, bila di lihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah , dia terpegun. Ada beberapa keping di dalamnya.

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya pucat melihat wang yang lebih banyak!!. Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya. Dia melihat kesegala penjuru , seolah-olah mencari orang di sekitarnya, mungkin nak bertanyakan sesuatu. Tetapi beliau mendapati dirinya keseorangan.

Dengan segera dia memasukkan wang itu kedalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan 'Allah Ar-Razzaq' (pemberi rezeki).

"Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, Ya Tuhan ku. Wahai! Kau yang maha mengetahui, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun hari ini. Engkau telah menyelamatkan ku, anak-anak dan isteriku dari kecelakaan ini Ya Allah!"

Dia terus menangis dalam waktu yang cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukur nya atas kurniaan dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang di lihatnya. Air matanya meleleh tanpa dapat di bendung.  Guru yang bijak terus bersuara:

"Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?"

Pemuda itu segera menjawab:

"Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku.  Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu aku belum fahami sepanjang hidup ku."

"Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil"

Gurunya melanjutkan:

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

* Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, ada lah satu pemberian.

* Mendoakan teman dan saudara mu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah satu pemberian.

* Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangkaan buruk darinya juga satu pemberian.

* Menahan diri dari berbicara aib saudara mu di belakangnya , adalah satu pemberian lagi.

* Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya di buat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikan lah semua ini pelajaran, wahai anakku. Semoga bermanfaat."


***Sedikit kisah tauladan sebagai peringatan dan iktibar untuk diri sendiri dan kita semua...betapa besarnya nikmat sesuatu Pemberian / Sedekah  yang ikhlas itu...

Wallahu'alam.



39 ulasan:

  1. banyak pengajaran dari satu kisah..salam jumaat bunda:-))

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum wbt...

    Thanx bunda for de reminder... sangat terkesan di hati... tumpang share yer bunda...

    BalasPadam
  3. Salam Jumaat yang berkah bunda,

    Saya nak tahu bunda, pengakhiran cerita ini, adakah guru dan remaja itu menunjukkan diri pada orang tua itu atau mereka tinggalkan dia begitu sahaja tanpa mengakui sebenarnya duit itu adalah pemberian mereka?

    Anyway, sharing yang baik pada hari jumaat hari ini untuk kita semua.

    MEMBERI itu AMALAN mulia,
    nak IKHLASkan diri LEBIH-LEBIH lagi tanpa mengharap belas itu yang sukar.

    Wallahualam.

    Selamat berhujung minggu, bunda. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sampai kat situ saja yg diceritakan...rasanya kita sendiri bolih kot buat konklusi untuk moral of the story..

      Padam
  4. Salam pagi jumaat bunda. Terima kasih atas perkongsian. Teringat kisah hari sabtu baru ni bunda. Kat trafik light, saya tgk ada seorang perempuan yg agak berumur. Berjalan dalam panas terik dengan keadaan kaki yang tempang dari satu kereta ke satu kereta yg berhenti kat trafik light tu. Saya dah niat berharap dpt jumpa dia lagi. Memang sedih sangat bunda. Alhamdulillah...berkesempatan jumpa dia kat trafik light tu. Lama dia mencari sesuap nasi hanya berdiri kat traffic light. Dia dtg kat kereta saya, dia hulurkan tisu. Merah padam muka dia bunda sbb panas kan. Seronok tgk muka dia bila saya hulur kan sumbangan. Panjang doanya.

    Adoiiii...sambil taip sambil bergenang air mata ni sbb teringat nasib dia. Anak saya pon sibuk tanya 'ibu...mana nenek tu. Sian dia kan ibu' :-(

    BalasPadam
  5. Sebak membaca kisah ni bunda... huhu.. simple tapi sarat dengan pengajaran..

    BalasPadam

  6. * Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, ada lah satu pemberian.

    * Mendoakan teman dan saudara mu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah satu pemberian.

    * Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangkaan buruk darinya juga satu pemberian.

    * Menahan diri dari berbicara aib saudara mu di belakangnya , adalah satu pemberian lagi.

    * Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya di buat oleh orang-orang berada sahaja.

    Betapa indah hidup jika tokoh-tokoh politik kita memahami keikhlasan dan mempraktikkan teras amalan hidup di atas. Tidaklah lagi negara haru biru dengan pelbagai isu jika semuanya cuma mengabdikan dirinya pada keikhlasan dan perintah Allah....

    BalasPadam
  7. Kadang2 bila kita marah kita lupa segalanya.

    Bunda cerita ini sangat mendidik hati.

    BalasPadam
  8. Membaca ini mengingatkan kakak rancangan 'bersamamu' di TV. Sedih kerana ramai pemimpin yg kaya-raya sedangkan rakyat dilanda kemiskinan dan berduka...

    Petunjuk Allah dah beri tapi masih ramai tak 'terbuka mata'.

    Renungan yg sangat baik ni KN.

    BalasPadam
  9. terasa sebak sepanjang membaca kisah ini bunda.. ternyata pemberian kita mampu menggembirakan insan lain yang lebih memerlukan.. salam jumaat bunda..

    BalasPadam
  10. Salam jumaat bonda...

    Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dalam kisah ini...
    Terima kasih bunda kerana sudi berkongsi cerita ni...

    BalasPadam
  11. pengajaran berguna pada pemuda tu..... tak disangka2 pemberian yang dia buat tu akhirnya,,, menyebabkan satu keluarga dapat makan..... dapat beli ubat utk isteri yg sakit.... kalo la pemuda tadi tu ikutkan kata hati dai yang mula2 tu.... agak2nya mesti tukang kebun tu bermuram durja...... pastu keluokan kisah ni masa 'ramia' yang sebok nyambut APril fool hari tu BUnda.... bio deme tau...

    BalasPadam
  12. terima kasih bunda. moga kisah ini memberi sesuatu yg bermanfaat untuk saya. amin

    BalasPadam
  13. Salam bunda..
    Nice info (⊙o⊙)

    BalasPadam
  14. salam jumaat bunda... menarik story ni, sebak juga bila membacanya.. nice sharing :)

    BalasPadam
  15. Terima kasih share...mmg bagus cerita teladan ni

    BalasPadam
  16. TAPI BOLEHKAH SI TUKANG KEBUN MENGAMBIL DUIT ITU SEDANGKAN DIA TIDAK MENGETAHUI SIAPA MILIK DUIT ITU. SETAHU SAYA, KITA ORANG ISLAM KALAU TERJUMPA DUIT, TAK BOLEH MENGAMBILNYA SEWENANG-WENANGNYA KERANA BUKAN HAK KITA.

    BAGAIMANA PULA DENGAN PEMBERIAN WANG ITU, IA SEKADAR MAHU MENGUJI ATAU MEMANG ADA NIAT SEDEKAH?

    PERTANYAAN-PERTANYAAN YANG BERMAIN DI MINDA SAYA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai juga yang bertanya..juga bunda...menurut rakan itu konklusinya ... simiskin itu sudah puas mencari rezki seharian.. puas mencari siapakah pemilik wang tersebut..dan sebelum mengambil wang tersebut dah puas menangis memohon dan bersyukur kpd Allah...

      Situasi petani ini dalam keadaan terdesak dan darurat..dan dia tahu Allah maha mengetahui akan niatnya...

      Dalam masa yang sama pemuda yang kaya itu menyaksikan sendiri apa yang berlaku di depan matanya...dia tahu siapa yang ambil wangnya...tahu maksud dan tujuan orang yang ambil wang nya...
      Dengan rasa insaf dan terharu dia baru sedar dengan pemberiannya itu dia telah membahgiakan orang lain yang dalam kesusahan ..... bermakna apa yang berlaku adalah dengan keikhlasan sesama insan dan di saksikan Allah..

      wallahu'alam..

      Padam
  17. sebak mebaca cerita yg BUNDA tulis ni...benar sekali kebahgian memberi sukar digambarkan...menerima pun seronok juga.

    BalasPadam
  18. Salam bunda, sebuah kisah yg menarik tapi macam tidak lengkap...
    Ada dua perkara yg dapat kita lihat dari kisah ini :
    1. Betapa memberi itu lebih membahagiakan dari mengambil.
    2, Tapi apakah pula hukumnya simiskin yg mengambil wang yg bukan haknya?
    Sewajarnya disertakan rumusan yg lengkap dipengakhiran cerita agar tidak timbul sebarang persoalan.

    p/s: sekadar pendapat dari orang yg cetek ilmu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitulah yang diceritakan...persoalannya tetap ada disitu..memang bermain diminda untuk mencari konklusinya.....

      Padam
  19. indah ceritanya


    siapa nak hadiah?
    http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/saya-nak-join-giveaway-fuza.html

    BalasPadam
  20. betapa tangan yg memberi lebih baik dr tangan yg menerima...:)

    BalasPadam
  21. byk pengajaran..terima kasih bunda kongsi..salam jumaat...

    BalasPadam
  22. Terima Kasih Bunda..
    sangat terkesan di hati cerita yang Bunda kongsikan ini.
    Rasa bergenang air mata.
    Terima kasih sekali lagi Bunda..:)

    BalasPadam
  23. besar & luas skop sedekah/pemberian itu kan...kita kena faham dengan belajar / membaca banyak..TQ berkongsi kisah ini Bunda

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2...betul tu DZ..pemberian tu byk skopnya...kene fahami byk belajar dan membaca....
      wallahu'alam

      Padam
  24. memberi lebih baik dr yg menerima
    thanks bonda kongsi kisah ni

    BalasPadam
  25. Thanks BUNDa..pemberian yang bermakna..

    BalasPadam
  26. Ermm.. rasanya idah dapat rasakan apa yg dirasakan oleh remaja itu... tk bunda atas perkongsian bermanfaat ini.. :)

    BalasPadam
  27. cerita y sgt menarik ... like .

    betul..memberi itu lebih membahagia kan..=)

    BalasPadam
  28. wah bestkan dapat bagi orang happy macam tu sekali kan, InshaAllah surprise ibubapa tapi orang asing pun best jugak. thanks bunda.

    BalasPadam
  29. Subhanallah. Perkongsian yang amat menarik, rasa terharu bila membacanya. Memang benar, orang yang memberi lebih merasai kebahagiaan daripada orang yang menerima sebenarnya. Cerita ini wajar dikongsi untuk dijadikan iktibar bersama.

    Terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  30. betul bunda, bila kita bahagiakan hati org, kita akan bahagia. cukuplah dengan melihat riak wajah gembira orang, kita akan turut merasainya.

    BalasPadam
  31. ALHAMDULILLAH..
    satu perkongsian yg baik bunda..terima kasih share.. ^_^

    BalasPadam
  32. terkesan saya dengan kisah ni bunda
    moga ianya memberi manfaat buat diri ini yang masih cuba memperbaiki diri

    BalasPadam
  33. tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima....ade lebih rezeki elok lah disedekahkan pada orang yg memerlukan..

    BalasPadam
  34. Salam Bunda..
    Allahurabbi... terkesan di hati cma..
    daripada kita mempersendakan org..lebih baik kita bahagiakan mereka.. dgn melihat mereka bahagia,hati kita turut sama bahagia.. :)

    BalasPadam