Selasa, 13 Mei 2014

Awas ! SMS Berantai...


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam....



Soalan :

Apa kah hukum mempercayai SMS berantai yang banyak menjanjikan pahala dan syurga serta mengancam akan di timpa bala bagi mereka yang mengingkarinya?


Jawapan :

Mengajak orang untuk mengingati Allah ialah amalan yang baik dan terpuji sama ada melalui percakapan , penulisan dan sebagainya. Selain itu setiap perbuatan yang dilakukan atas tujuan tersebut juga akan mendapat pahala sehingga menyebabkan dirinya termasuk dalam golongan ahli syurga yang di janjikan Allah.


Namun begitu, perkara ini telah disalahertikan oleh sebahgian pihak yang tidak bertanggung jawab sehingga sanggup menjanjikan sesuatu milik Allah dengan cara yang menyeleweng. Antaranya menjanjikan bala atau neraka untuk golongan yang tidak mahu turut serta berdakwah melalui penyebaran SMS berantai yang semakin berleluasa pada hari ini.


Penulis SMS seperti itu berdosa besar kerana telah menjanjikan sesuatu yang bukan milik mereka, bahkan ia hanya milik Allah. Mana mungkin seorang manusia bolih menjanjikan bala, dosa, pahala atau nikmat kepada orang lain? Justeru ustaz menasihati para pembaca agar mengabaikan arahan yang terdapat dalam SMS berantai itu. Anggaplah ia telah dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dalam urusan agama.

Ingatlah, sesungguhnya dosa, pahala, bala, azab dan nikmat semuanya milik mutlak Allah.



** Al-Ustaz isu no.12


43 ulasan:

  1. Wah.. bahaya ni. Dlm whatsapp ni kadang2 banyak sangat disebarkan mesej yg macam ni.. yang menforwardkan pun mcm tak bersalah dan tak fikir, selamba je pass pass mesej..

    minta dijauhkan

    BalasPadam
  2. وعليكم اليلام bunda..dulu memang selalu dapat sms kan..sekarang ni orang hantar kat whatsApp pulak

    BalasPadam
  3. selalu juga dpat sms rupa ni....tergugat juga hati bila diugut dgn kata2 syurga dan neraka.

    BalasPadam
  4. Sy smp sekarang pun bila dapat yg macam tu malas nak fwd.

    BalasPadam
  5. salam..

    sebulm ni selalu dpt jg..memng xpernah caye prkra2 mcm ni..

    BalasPadam
  6. selalu dpt, biasanya abaikan jer..

    BalasPadam
  7. ada di FB disuruh like dan share. Abaikan je. Thanks for info bunda

    BalasPadam
  8. yang baik jadikan pengajaran..
    percaya perkara macam tu boleh jatuh syirik..Allah adalah satu2nya yang kita takuti

    BalasPadam
  9. Kurang nyer ilmu atau cetek ilmu memang mudah terperdaya dalam dakyah merosakan iman ni..
    MOga kita semua selalu dijauhkan dari perkara sebegini..

    BalasPadam
  10. Agak mengerikan bila terima sms macam ni..Ada sesetengah tu memang menakutkan..kita pun tak tau apa keperluan buat macam tu..bukan cara yang baik untuk menyampaikan ilmu..

    BalasPadam
  11. kadang tu tertanya-tanya jugak siapa lah pencetus mesej berantai tu .
    kalau mesej y baik macam doa ke , kalau sy forward kan pada yang lain , saya akan delete dulu ayat2 terakhir yang pelik2 . cukup sampai ke kita . jangan kita tolong sambung jugak dah la . kan . =)

    BalasPadam
  12. anggap jer sbg informasi ...

    BalasPadam
  13. cik selalu dapat msg berantai..tp sebelom share cik cut dlu note berantai kat bawah tu...mane yg patut je cik share..
    saling ingat mengingati itu yg penting kan kak..

    BalasPadam
  14. Fuza pun ada dapat.
    katanya kalau tak fwd kepada 20 orang jap g ada bala menimpa
    Nauzubillah

    BalasPadam
  15. sllu dpt bunda..tpi mls nk lyn...

    BalasPadam
  16. selalu juga dapat tapi tak layan pun.

    BalasPadam
  17. ramai yg foward, tanpa berfikir

    BalasPadam
  18. sekarng modus operandi dah tukar ke emel dan fb pulak bunda...tapi tak berapa nak layan....tak berminat pun..tp kena hati2 jg jangan sampai terpengaruh...

    BalasPadam
  19. selalunya kalau dapat..puteri deletekan je. Malas nak layan

    BalasPadam
  20. Mmg saya tak layanlah.. klu nak panjangkan sesuatu tu biarlah dgn ikhlas.. bukan sbb takut atau terpaksa kan.. T kasih atas peringatan & perkongsian ini Bunda..

    BalasPadam
  21. Salam Bunda,,
    huhuhu...x shuker msj berantai ni.. silap aribulan.bila terlampau taksub. bleh rosak aqidah :(

    BalasPadam
  22. dah lama wujud benda ni sejak zaman kertas lagi..skrg dh melanjut ke wasap plak..huhu

    BalasPadam
  23. SAlam Bunda, SMS berantai ni makin berleluasa skrg..ada tu main SEND tanpa fikir panjang dan kesan nya

    BalasPadam
  24. Salam Bunda.. makin menjadi2 message berantai sekarang ni.. takut merosak kan akidah..

    BalasPadam
  25. Salam Bunda~
    Terima Kasih perkongsian ilmu ini.

    Dulu2kan memang femes pasal surat berantai.. kalo x diagihkan surat tuh kepada beberapa orang akan di timpa bencana.. sabor jer lah~ dulu2 risau jugak takut2 betol2 jadik.
    sekarang makin byk cara surat berantai ini.. SMS dan Email.. tapi memang tidak di layan dah.
    x kuasa! hehehehe

    BalasPadam
  26. Salam Bunda..
    Baru semalam dengar ustaz ulas pasal ni kat radio Ikim.
    Sesetengah orang mudah sangat percaya kan, dah perkara ni pun akan berterusan selagi ada orang yang layan kan Bunda.

    BalasPadam
  27. Paling tak suka dapat mesej begini. macam dia tuhan kan bunda? tak baik mempermain2kan ayat quran kan?

    BalasPadam
  28. Dulu dengan surat berantai, lepas tu emel berantai, ni pulak sms/wssp berantai, status FB berantai pun ade.. selalu sangat terima tp sy ambik yang baik-baik aje..

    BalasPadam
  29. salam bunda janji manis syurga n neraka ya...

    BalasPadam
  30. Selalu jugak dapat sms berantai ni... tapi tak pernah forward2 pun... ambil yang baik dan buang yang buruk...

    BalasPadam
  31. Cukuplah rantaiannya berakhir pada kita, jgnlah dipanjangkan lagi...
    Tapi sekarang ni dah xpernah pula dapat lagi sms berantai ni

    BalasPadam
  32. banyak jugak terima mesej ni ..

    BalasPadam
  33. dulu noe ada gak terima...tapi biasanya noe x buat apa2 pun...x percaya pun dapat bala ke apa ke...

    BalasPadam
  34. BIASANYA SAYA IGNORE JE MESEJ CAMNI..

    BalasPadam
  35. Bila tengok mesej gitu selalunya akan baca sekali lalu je..
    Sampai tak terbaca kadang tu.. macam2..

    BalasPadam
  36. saya kalau dpt trs delete :p

    BalasPadam
  37. perkongsian yang baik Bonda..terima kasih

    BalasPadam
  38. kna jaga2 dgn bnda ni, walaupun nmpak temeh, tapi boleh membuatkan syirik.. kalau percaya mreka yg x sebarkan akan dapat bala dan mereka yg sebarkan dapat fadhilat2 tertentu.. mcm sms tu ada "kuasa" memberi bala kepada seseorang...

    BalasPadam
  39. bukan takat sms aje bunda, email berantai ada
    surat berantai lagilah ada!
    tak penah sekalipun percaya
    semua tu kehendak ALLAH =)

    BalasPadam
  40. selalu dapat sms berantai camni, tapi x pernah forward pun...

    BalasPadam
  41. Kerap juga saya terima. Namjn saya biarkan saja . Kdg2 yg hantar mereka yg punya ilmu agama yg tinggi. Memang keliru. Mudah2an penjelasan bunda ini memberi manfaat buat mereka yg turut terima sms berantai ni

    BalasPadam