Image google |
Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...
Ramai orang kata tak elok minum ais, lebih elok minum air panas. Namun sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas.Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Selagi kita berpegang teguh dan Percaya Kepada Al-Quran Dan Hadis InsyaAllah kita tidak akan tersesat.
~ Rahsia Dan Kelebihan DiDalam Ais
" Zat didalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia". Jangan ingat minum ais itu tidak elok terus menerus untuk kesihatan. Sebenarnya ada juga kebaikan didalam keburukannya.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegah berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma, kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang . Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Tetapi ada pula yang cakap ais boleh melemahkan tenaga syahwat...siapa ada komentar tentang ini?...boleh kongsikan pendapat kalian bersama...
wallahu'alam...
**perkongsian dari rakan FB..
timm suka mngunyah ais..hehe..sedap..hik3..
BalasPadamWkmsallam Bunda..terima kasih kongsi..baru acik tau
BalasPadamAnak2 saya nk sejak usia setahun lebih mmg suka gigit ais. Maknya je yg tak biasa sebab mak ajar tak minum air berais sejak kecil... kebaikan banyak rupanya
BalasPadamSalam Bunda, ada kebaikkannya dalam duk ingat tak elok. Rasa lega kalau budak-budak minum air ais sekarang ni :)
BalasPadamsya bukan penggemar ais jadi saya selalu bising bila anak2 gigit dan kunyah ais..hihi
BalasPadamsoalan bunda yang bawah tu..pernah dengar dari tukang urut tapi tak taule kesahihannya
info yang sangat bagus..masha allah!
BalasPadamnice info kak...saya suka ais!! heee.. sejuk
BalasPadamais? i like hihi :)
BalasPadamtq...suka ais...
BalasPadamKalau KN perasan budak-budak memang suka kunyah ais kan..
BalasPadamKalau kita ngilu rasa. Kakak jenis agak kurang minum air berais tapi makan makanan sejuk macam puding sejuk, jelly sejuk, buah sejuk sukalah...
samalah kita...minum yg sejuk2 tu kurang....
Padamtapi mmg amalkan mandi air biasa sebelum subuh walaupun cuaca sejuk macam mana pun....
time cuaca panas tambah air ais....siram dari kaki dulu macam diamalkan selalu...
jarang minum yang berais tapi takdelah sampai tak minum..suka minum bila cuaca panas...
BalasPadamdah xberani minum ais sejak patah tulang kaki ni..ngilu sangat rasanya...silap makan sikit sakit bagai nakpengsan..
BalasPadamAis ni banyak sangat kegunaannya, cuma kadangkala persepsi masyarakat terlalu buruk...Cuma, kalau nak guna, biarlah berpada-pada kan..
BalasPadamBetul tu gune berpada2...ikut kesesuaian badan sendiri...macam bunda ada semput mmg tak boleh minum sejuk2 sangat...
PadamSekarang ni dah ada Spa yg ada terapi mandian ais ni....
Kalau luka ..jatuh lebam n benjol pun lebih elok tuam dgn air batu..
anak buah saya cukup suka mengunyah air batu ... wpun masih berumur 4 tahun ketika itu , tak patah pun giginya ... makin kuat rupanya ya .
BalasPadamSamalah dgn Zarif suka kunyah air batu...sedappp katenyer....krup krup bunyinyer... kita tengok yg ngilu...
Padamterima kasih infonya bunda
BalasPadamInput yg bagus bonda
BalasPadamBaru tahu ttg kelebihan ais ni secara terperinci juga ni Bunda.. mmg suka juga minum ais. T kasih atas perkongsian info..
BalasPadamThanks BUNDA..banyak kebaikan ais ni kan..
BalasPadamSaya pula tak suka minum ais sebab gigi ngilu... Air panas sgt pun xboleh. Air suam atau air biasa jer yg saya minum. Bab kata makan ais tak elok tu saya kurang pasti...selagi tiada fakta, sesiapa pun boleh cakap apa sajer.
BalasPadamAruah bapa saya tak pernah minum ais seumur hidupnya. Ketika bulan puasa dan kita mencari ais untuk menghilang dahaga, aruah bapa tetap minum air suam atau air panas. Aruah bapa meninggal pada usia 85 tahun.
BalasPadamAir sejuk boleh menyebabkan lemah tenaga batin? Pernah juga dengar tentyang itu, tapi rasanya itu cuma kepercayaan Melayu saja. Aruah bapa yang tak minum ais itu pun cuma mempunyai 16 anak saja dari perkahwinan dengan dua wanita termasuk ibu saya yang mempunyai 12 anak (8 masih hidup)...
Assalamualaikum.
BalasPadamBunda..saya ada kemusykilan, ada bezakah antara makan ais dengan meminum minuman sejuk? Sebab, walaupun kedua2nya sejuk..tpi ais masih dlm bentuk pepejal, sedgkn minumn sejuk, dalam bentuk cecair..
Urm..kunyah ais ada juga buat bunda,hehe, yg kecil2 bentuknya.. tpi makan aiskrim, sampai umur begini pun masih minat lagi,hehe
Tapi saya kurgkan minum minuman sejuk, bila minum, saya mudah pening kepala.
YA.. SAYA PERNAH MEMBACANYA DI LAMAN MUKA BUKU. SEBENARNYA ADA JUGA YANG MEMBANTAH PASAL AIS NI. TAPI, MENGIKUT SATU KURSUS KECERGASAN EKSEKUTIF YANG PERNAH SAYA HADIRI DULU, SEORANG PENCERAMAH YANG JUGA SEORANG DOKTOR MENYATAKAN TIADA ADA LAGI BUKTI KLINIKAL YANG MENGATAKAN PENYAKIT-PENYAKIT YANG ORANG BIASA SEBUT DISEBABKAN OLEH AIS. DAN BELIAU MENYATAKAN BAGUS MINUM AIS.. WALLAHUAKLAM..
BalasPadam3 tahun lps anak bunda bedah tonsil... lps tu doc galakan makan dan minum yg sejuk2 n lembut utk proses baik pulih ... spt ais krim puding n yogurt ....
PadamAssalam bunda.
BalasPadamSeorg teman juga seorg doktor menggalakkan kita minum air sejuk dari peti ais gunanya untuk meransang perjlnan darah dalam badan kita yg 'tidur' semalaman..
betul bonda kena percaya setiap yg Allah cipta ada kebaikan.sy pernah share juga dlm blog tentang kebaikan ais..sy mmg jarang minum air yg ada ais,seskali kena mmg nikmat..
BalasPadamsalam alaik bunda..hehe..saya suka ais..hehe..tp ikut cuaca la..klu panas mmg la suka sgt2 ais..hehe..tp 24 jam ais xblh jugak..air sejuk xdak masalah rasanya..cuma ais batu yg di buat di kilang tu ada campuran kimia sedikit utk mempercepatkan pembekuan ais..tp xpasti la..tu pun dgr dr kawan..kena tnya org yg bekerja di kilang ais,..hehe..klu ais batu yg buat kat rumah sendiri tu xdak masalah..hehe
BalasPadammacam ita plok takleh nak minum ais...kalau minum je siap lah dengan selesema nyer..dengan sakit tekak nyer...sdah nya banyak minum air suam..
BalasPadamSalam bunda,
BalasPadamTeringat masa mengandung anak ketiga, hari hari lepas makan tak sah kalau tak kunyah ais. Best!
Tapi gynea pesan jangan kunyah ais sangat, nnt anak jaundice. Wallahualam.
Dan ada setengah spa, selain mandi susu, mereka juga ada sediakan servis mandi ais. Fresh!
Anyway, bagi saya untuk pilihan minuman, plain chill water is better than ice water.
:)
Bunda setuju...bab minum tu bunda pun tak boleh ..semput...air putih biasa bolehlah...
Padamtapi mandi air sejuk peti ais tu biasa dan boleh utk badan bunda...segar..
saya pun tak minum sangat air sejuk ni
BalasPadamlainlah kalau ada straw, gigi saya sensitif =)
salam bunda..
BalasPadamcma dulu kalo ade injured atau bengkak mesti kena tuam dgn ice..insyaallah..ok..
thanks sharing bundaa
Assalammualaikum... bunda,
BalasPadamminum aus sejuk sekali sekala sedap gak.. tp tak boleh selalu .. tapi ais boleh guna utk perubatan..
mselim3
salam bunda....saya memang suke ais...ais tak semestinye buruk untuk kesihatan kan...
BalasPadamterima kasih atas perkongsian bunda...tapi noe perasan....bila panas2 mesti banyak minum ais...lepas tu badan mesti rasa lemah jer...x tau la ianya berpunca dari ais atau benda lain..
BalasPadamPerkhidmatan urutan tradisional untuk wanita dan ibu bersalin.
BalasPadamCover seluruh area kawasan kuala lumpur.
hubungi 013-2096836.