Isnin, 19 Mei 2014

Blackout...



Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Ini cerita minggu lepas...sabtu 10 Mei... lebih kurang jam 10.30 malam sedang bunda tidur tiba-tiba terasa panas kerana kipas mati dan satu rumah gelap.  Bunda bangun teraba-raba cari torchlight  dan bertanyakan anak lelaki bunda yang dari tadi sedang menonton tv.  Dia menceritakan bekalan elektrik tiba-tiba saja terputus.

Dia cek dalam box macam biasa  (apa ke benda alah tu...kebiasaanya bila kilat button biru besar tu akan tendang/drop) tapi tak berfungsi macam biasa... button biru tak naik...drop semula walau dicuba beberapa kali.  Pada hal masa kejadian itu tak hujan dan tak ada kilat guruh pun.  Pada petang nya hujan pun sekejap jer... sebelum maghrib dah berhenti. Rumah orang lain terang cuma rumah kami aje yang gelap. Ini mesti ada yang tak kena ni.

Anak bunda kol TNB...mereka datang dan cek box luar dan dalam rumah... dan mereka kata ini bukan masaalah kabel TNB... masaalahnya suis board dalam rumah mungkin ada short di mana-mana dan suruh kami dapatkan wireman untuk periksa atau baiki.

Anak bunda tanya samada TNB ada tak wireman mereka sendiri?... mereka kata TNB tak ada wireman, dan mereka hanya ambil kes dan cek masaalah box/kabel TNB saja.  Kabel TNB rumah kami tak ada masaalah. 

Okay... tapi masaalahnya kami nak menggagau ke mana cari wireman malam-malam buta tu. Masa berjalan,  jam dah hampir 11.30 malam. Benda macam ni tak pernah terjadi , dan tak pernah pun simpan nombor telefon wireman selama ini.


kabel TNB kat luar rumah


Masaalah yang menjadi tanda tanya sekarang ni betul ke TNB tak ada wireman mereka sendiri? kenapa mereka 'lepas tangan'  macam tu saja? kalau ya pun.. tak boleh kah mereka cuba tolong hubungi wireman luar untuk kami... takkan mereka tak tahu langsung kot, berbanding dengan kami yang terkial-kial.. kol sana sini untuk dapatkan wireman malam-malam buta tu.

Tak apa lah.. bunda cuba pujuk hati sendiri... mungkin ini prinsip tugasan mereka yang kita orang luar ni tak tahu apa benda... mungkin mereka banyak lagi kerja lain yang lebih 'urgent'  lagi dari masaalah kami. Kami cuma 'think positif' ajelah... dan mulut tu masih tak lupa ucapkan terima kasih kerana dah menyusahkan orang malam-malam ni.  Yang penting.. dalam keadaan darurat macam ni, jangan buang masa.....cari ihktiar lain,  dah tengah malam pun.

Akhirnya bunda telefon jiran bunda bertanyakan kot-kot dia ada kenal atau simpan nombor telefon mana-mana wireman. Alhamdulillah jiran bunda beri nombor dua orang wireman. Kami pun kol dan bila wireman datang dan cek dia bagitahu ada satu plak besar dalam suis board tak berfungsi dan kena tukar baru, tapi malam tu memang tak boleh repair apa-apa lagi. Dia janji esok dia akan beli yang baharu dan pasang.

Esoknya wireman datang pasang ...pun tak berfungsi juga,  button biru masih tendang/drop... manakala button-button hitam yang banyak itu pun tak berfungsi juga.  Menurut wireman tu banyak yang perlu di baiki, dia seorang tak boleh buat... ini mungkin ada banyak  yang short, dan perlu di cek tiap satu suis dan plug satu rumah atas bawah... ini kerja yang merumitkan... memang tak boleh buat seorang.

Okay, kami akur... sabar, tunggu jer besok..

Kami dah  semalaman kepanasan dan kegelapan... hari ini pun  nampaknya sama jugak. Ada sedikit stok  lauk dan aiskrim dalam petiais terpaksa bunda minta tumpang kat  rumah jiran (rumah mummy Zarif)...

rupa dalam suis board


Wireman minta tangguh untuk baiki esok harinya pulak.. isnin 12hb...lagipun haritu ahad banyak kedai/hardware tutup dan rakan sekerjanya juga ada tugasan lain. Wireman itu juga memberi harga anggaran sebanyak RM550 untuk baiki dan periksa kerosakan satu rumah. Anak bunda kol tuan rumah beritahu masaalah ini dan berbincang dengan mereka dan memberi nilai kos yang tersebut.

Aduuuhai!... panas!...panas!... gelap! .. nyamuk!..
Handfon masing-masing pun dah hampir kehabisan bateri...berebut-rebut guna power bank yang ada satu-satunya ..

Esoknya Isnin 12hb jam 11 pagi dua orang wireman datang untuk baiki seperti yang dijanjikan. Habis satu rumah fius, plug dan suis semua terbongkar ..mereka cek satu-satu...dalam bilik tidur, bilik air, dapur dan ruang tamu. Ada yang sorang tu naik ikut lubang siling untuk cek main wire kat atas sana. Lama lah jugak mereka buat kerja. Ada yang perlu di tukar seperti wire dalam suis dan lampu kalimantang yang terbakar dan transformernya rosak semua di ganti baharu. Hampir pukul 1.30 petang baru selesai dan elektrik berfungsi semula.

Terbang RM550 haritu... tak pa cukup bulan potong duit sewa rumah...perjanjian dengan owner..

Alhamdulillah...selesai juga akhirnya..



*** Bila di fikir-fikirkan balek...ini baru sedikit saja cabaran dan ujian dari Allah... itu pun kita dah mengeluh. Baru dua hari hidup dalam kegelapan dan kepanasan tanpa letrik .. susahnya amat terasa. Macam manalah mereka yang hidup susah tanpa bekalan letrik dan air tu agaknya....

Allahuakbar... pujuk hati..muhasabah diri...





39 ulasan:

  1. kadang kala black out ni ada hikmah nya juga bunda...bila semua barang elektrik dah tak dapat guna..ahli2 keluarga akan kumpul duduk bersama-sama untuk bercerita dll...tak de lah yang sorang kat bilik, yang sorang berkomputer je..yang sorang handphone...


    Entri Terbaru: Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth Domestic Terminal - Perth City)

    BalasPadam
  2. salam bonda. memang seksa kalau bekalan terputus, apatah lagi kalau banyak makanan dalam freeze dan kepanasn juga lah kita kan. tapi ini hanya dugaan kecik kan bunda.

    BalasPadam
  3. cobaan..kdang2 bnda simple mcm ni pun ada hikmahnya n kita pun dpt brfikir utk muhasabah dri..ada org yg lgi sush dari kita.. =)

    BalasPadam
  4. Syukurlah hanya terputus bekalan dan fius utama berfungsi...jika tidak mungkin berlaku litar pintas dan bawa bahaya. Memang sukar tanpa elektrik krn kita sudah lali dgn kehidupan sebegini. Wiring rumah memang perlu diperiksa dan ditukar setiap 10 tahun utk keselamatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu BM...perumahan yang bunda menyewa ni kalu tak salah dah hampir 20 thn...
      Owner mmg tak pernah duduk...bunda penyewa yang ketiga ke keempat mcm tulah....

      Banyak rumah2 lain yg ownernyer duduk sendiri dah tentu tukar apa yg patut....
      Nak kata overload tak pasti.. kami tiggal berapa org jer...alat2 letrik spt dapur..cerek..heater tak pernah gune....oven jarang sgt...
      Siang hari cuma bunda ngn zarif aje...jarang masak pun...
      Cuma seminggu atau dua miggu sekali baru anak2 balek semua berkumpul...

      Betul kata BM nasibaik tak berlaku litar pintas...Allah masih memelihara kami..
      Nasibaik mlm tu ada anak lelaki bunda balek...kalu tak kami jer yg perempuan...masuk plk org luar....lelaki...mlm2 plk tu..mmg cuaklah...

      Macam2 bermain difikiran.. Syukur Alhamdulillah...

      Padam
  5. Salam bunda, semoga tabah menghadapi ujian ini. Saya pon pernah hadapi perkara yang sama di rumah sewa yang kami duduki sekarang ni. Memang terasa susah tanpa elektrik.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah Bunda.. tiada apa kejadian yg tak diingini berlaku.. ada hikmah disebalik kejadian , ianya minta di wiring semula tu kan Bunda..

    BalasPadam
  7. Memang stress jugak kalau letrik tak de musim2 panas cam ni...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah akhirnya masalah dpt diselesaikan juga..

    BalasPadam
  9. alhamdulillah selesai,
    betul tu macam mana lah dengan orang yang
    rumahnya serba kurang tu kan
    kita ni dah banyak yang Allah berikan

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. nasib dapat selesaikan masalah.
    Tapi Bunda.. wireman tuh ade bgtau x ape masalahnye?
    hehehehe

    BalasPadam
  11. sama jugaklah ngan area rumah kami bunda, pernah jugak xde elektrik tetiba, dalam 3-4 jam jugak la. kesian kat anak2 la sbb msg2 tgh tidur. tau2 je dah berjaga sbb panas dan nyamuk kan..

    BalasPadam
  12. Rumah saya pun pernah kena macam ni kak, mengagau jugakla. Malu jugak jiran ingat tak bayar bil, huhuhu

    BalasPadam
  13. tulah...sikit sgt ujian yg Allah bgi...manja namanya..bila pandang sudut yg jauh..peringatan utk kita..
    lps ni berpinar plk...yelah semua benda naik..

    BalasPadam
  14. Memang bahaya BUNDA. Susis kat rumah kita pun ada masa tendang. Especially bila kilat dan guruh yang terlalu teruk...suspen jugakkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kata wireman tu...klu suis yg selalu tendang time kilat guruh tu takpe...lagi elok..
      tak salah pemahaman bunda itu wire earth (nk kena bljar sains lh pulok) klu ada yg short time kilat tu taklah meletop..

      kes yg terjadi umah bunda haritu.. tendang/ drop tak mau naik2 terus...

      hahaha ...bunyi macam kelaka pulok kan... yelah kita bukan org TNB... bkn profesion kita kan....

      Padam
  15. salam Bunda..memang betul2 menguji kesabaran kan... apa pun syukur lah masalah dah selesai..:)

    BalasPadam
  16. saya pernah alami kejadian sama waktu tinggal di batu pahat. rumah saya sorang bergelap, huhu. macamle kita tak bayar bil. jawapan tnb pun sama dan kebetulan kawan saya wireman, dapatlah dia berbuat sesuatu dan alhamdulillah...tak perlulah kami bergelap sepanjang mala,

    p/s bila tak de letrik, mengagau kita dibuatnya. saya pun macam bunda. memikirkan bagaimana nanti andai matahari tidak menunjukkan dirinya. bagaimana huru haranya kita nanti..

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.. bagus sebenarnya bila tendang tu. Ada kejadian yg pernah berlaku bila fius utama tak tendang, boleh terjadi kebakaran sbb ada permasalah litar.. Syukurlah segalanya selesai... :)

    BalasPadam
  18. selalunya ada peralatan / benda yg buat short . nasib baik x berlaku litar pintas ... alhamdulillah .

    BalasPadam
  19. masaalah rumah akak...pantang ada kilat dia akan tendang. risau juga bila selalu takde rumah..sayang makanan dlm petiais rosak..

    BalasPadam
  20. Muhasabah diri yang cukup baik ni. Betul kat Bunda.. masalah yang kita hadapi tu nak buat kita berfikir apa yang lita telah buat, apa yang kita patut buat.. kalau dibandingkan kesemuanya pasti kita dpaat rasa kuasa Allah yang menentukan kesemuanya.. semoga kejadian macam ni tak berulang lagi ya. Keperluan ni.. mmg serba tak kena kalau tak ada.

    BalasPadam
  21. syukurlah ... barang lama kena recheck lebih2 lg ttg keselamatan.

    BalasPadam
  22. Alhamdullilah,ada juga jiran yang sudi membantu ...

    BalasPadam
  23. Salam bunda,

    Kalau tak diuji manakan kita tau erti kesusahan kan.

    Pernah jadi pada saya, rumah baru, tapi tiba tiba trip and black out. Tengok rumah jiran, terang benderang. Rupanya masalahnya dekat DB ada suis yang longgar, betulkan balik tapi dia tendang balik, nasib ada jiran yang pandai dan dia godek godek sana sini akhirnya settle masalah

    Kalau tak ada letrik, lebih lagi waktu malam terutamanya macam saya yang ada baby, mmg sukar.

    Tapi ai wonder, how lah our grandparents kita hidup zaman dulu takda letrik takda air direct tapi mampu besarkan mak bapa kita tanpa ada komplen dan alhamdulillah, semua hidup dan berjaya.

    Nyata zaman dah berubah bila ramai orang zaman kini bila diberi musibah sikit, komplen sana sini, hamun sana sini. Spoilt sgt orang zaman sekarang ni ya bunda?

    Anyway, untung bunda boleh claim dengan tuan rumah. Saya penah deal dengan tuan rumah yang kedekut yang tak mahu bertanggungjawab untuk maintenance dengan alasan kami pakai so kami la yang tanggung semuanya. Sabar je la~~~~

    BalasPadam
  24. Masalah dengan letrik ni mmg merisaukan ya...
    http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award_19.html

    BalasPadam
  25. Bunda, kadang bila berlaku masalah dalam rumah memang pihak TNB tak ambil tahu. Kalau di luar rumah baru jadi tanggungjawab mereka. Tapi kalau smp bab tak tahu no tel wire-man tu mmmg melampau sket la. Biasa benda ni bergantung pada budi bicara memasing jugak la.

    Dulu di rumah pernah berlaku macam tu. Tapi orang TNB tu baik hati dia buatkan wire-ring sementera dan dia pesan esok nya kami sendiri kena betulkan sendiri.

    BalasPadam
  26. saya penah kena hampir serupa
    tapi tnh tu sangat helpful =)

    BalasPadam
  27. Bunda... TNB putrajaya paaaaaaling teruk dalam dunia....

    bulan 3 TNB bagi bil RM372.32 ...
    ... saya g turun naik TNB selesaikan... dia kata akan emel untuk setelkan pembetulan bil...
    bulan 4, TNB anta bil RM585.00 ....
    .... pengsan... )(*&^#$%^&* punya TNB....
    padahal saya dok umah sorang - outstation nya selalu....
    memang saya mengamuk habis-habisan di TNB...
    Technician yang datang cek n budak kat customer service pun pesan "jangan bagi muka kak kat bahagian billing ne...bukan akak sorang jer kena... ramai dalam putrajaya ne kena.... " .... huhuhuhu....

    boleh la buat orang macam ne sebab TNB the only service provider letrik kat malaysia ne...
    itu pun ada hati nak naikkan tariff letrik....

    (*(&^@#$%^&_$%^ punya TNB...

    Huhuhuhu... marah sangat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu bil letrik umh bunda paling tinggi pun dlm rm45+...rm50+ jarang2 sgt....
      Bil bln ni dah rm60+ dah....

      Bil air paling tinggi rm8.00.... dah bertahun bunda tak byr bil air...

      Padam
  28. salam bunda..
    huhu..kalo cma yg kena tak taulah tahap kesabaran tu mcm mana..
    jgn kate bunda,,cma pun lgi dasat dari tu.. huhuh...
    sekali bila allah tarik nikmat dunia pun kita dah mengeluhkan bunda..

    allahurabbi,semoga kita tidak leka..

    BalasPadam
  29. Salam Bunda... kita fikir positif la yer... nasib baik dia padam jerr... kalau dia terbakar/litar pintas lagi haru kan...

    BalasPadam
  30. Bila blackout byk menguji kesbaran kan bunda...

    BalasPadam
  31. keduanya sama penting kan bonda zaman skrg ni.kalau xda air cara xda air, bila xda letrik.cara xda letrik.just think positif..

    alhamdulillah selesai sudah kan :)

    BalasPadam
  32. nekcik bab bab karan ni mmg takut dan risau...alhamdulilah tokpokcu mmg buat wiring sendiri...bab bab mrrepair ni mmg mahal sungguh. .syukur sangat ada handyman dalam rumah

    BalasPadam
  33. Boleh tahan jugak kosnya Bunda..

    Tp betulla bunda, datang ujian sikit kadang kita boleh hialng sabar..
    Myra nak kena banyak lagi mendidik hati ni supaya lebih bersabar :)

    BalasPadam
  34. kira ok gak eh TNB tu nk dtg mlm2
    n wireman tu pun sm dtg mlm2 hehe
    lau boleh potong duit sewa oklah tu bunda
    xdelah penin sgt nak bayo mcm2 nti huhu

    BalasPadam
  35. besar masalahnya tu...sampai satu umah kena check...nasib baik x ada litar pintas semua...umah noe pun selalu kena tendang suis tu klu ada kilat...tapi boleh je tolak ke atas..x pernah kena macam bunda kena ni...

    BalasPadam