Ahad, 22 Jun 2014

Ais Krim Goreng..





Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Dah beberapa kali bunda BW ke beberapa blog dan terjumpa resipi cara buat Ais Krim Goreng, tetapi ini baru bunda berkesempatan untuk buatnya sendiri.

Seperti yang bunda baca bahan-bahannya ia lah..

@ roti putih biasa (bunda guna roti gardenia yang panjang sebungkus)...
@ ais krim (bunda guna nestle milo)





Cara-caranya:

@ Bunda guna gelas plastik sebagai acuan untuk mencetak tengah-tengah setiap keping roti sebanyak mana ikut keperluan.

@ Lepas tu taruh satu sudu ais krim yang masih keras di tengah roti cetak tadi.

@ Kemudian di tangkup sekeping lagi dan kemaskan kelilingnya dengan garfu, seperti buat tepi karipap.

@ Buat lah banyak-banyak ikut keperluan kita nak banyak mana untuk stok sejuk beku dalam peti sejuk.




@ Bunda lebih suka masukkan dalam plastik kuih, disusun dan di lipat kemas (bunda guna stapler).. lepas tu letak dalam fridge tempat sejuk beku. Biar semalaman atau sehingga roti tadi keras.

@ Apabila kita nak makan , keluarkan ais krim roti tadi dan cepat-cepat goreng dalam minyak yang dalam dan panas.

@ Masukkan sekeping-sekeping dalam minyak yang panas, agak-agaklah 8-10 saat di alihkan sebelah lagi.  Tunggu 8-10 saat juga.  Seterusnya cepat-cepat angkat dan di toskan minyaknya.

@ Akhir sekali bolehlah di makan panas-panas... Memang sedap...rotinya rangup di luar...lembut dan sejuk ais di dalamnya.



***  Selamat mencuba...


23 ulasan:

  1. Wah... santai2 hari minggu sambil makan aiskrim goreng sekeluarga pun seronok ni.. Salam ceria hari minggu Bunda.. :)

    BalasPadam
  2. Bestnyaa..nak cubalah Bunda...Tq..bagi resepi...

    BalasPadam
  3. begitu cara buatnya ya...baru tau...tq infonya.

    BalasPadam
  4. Saya pun baru cuba Bunda...Terima kasih idea kemasan tepi roti cetak menggunakan garfu! Nanti saya cuba buat.

    BalasPadam
  5. kalau roti tu kita celupkan tepung sedap tak eh

    BalasPadam
  6. PC pernah makan sekali je bunda aiskrim goreng ni..memang sedap..terima kasih bunda share info..

    BalasPadam
  7. mmg sedap..tp nak buat tu yg malas sikit hehe..last2 saya beli yg dah siap..

    BalasPadam
  8. assalam...hi tumpang promot blh tak ? hehe.. kpd yang nak bloglist percuma sila ke blog gua
    http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/anda-komenbloglist-untuk-anda-amacam.html

    BalasPadam
  9. wah...boleh cuba ni bunda...senang je nampaknya

    BalasPadam
  10. salam bunda..
    cma pun dah buat.. hihi..sedap2..
    ^^

    BalasPadam
  11. adoi sedap mkn musim pnas2 ni..

    BalasPadam
  12. ni klau buat utk berbuka ... licin sekelip mata lah jawapnya .

    BalasPadam
  13. Senang rupanya nak buat aiskrim goreng ni. Tapi Bunda, tak serap minyak ke?
    Nanti saya nak cuba lah, buat juadah berbuka puasa tak lama lagi!

    Hafez the Great
    sedang berusaha untuk capai 68kg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu kene sejuk bekukan betul2 keras rotinya...
      Kelua jer petiais cepat2 masuk dlm minyak panas....

      Sedia dulu minyak panasnya...roti jgn bia terdedah lama kat lua..nanti hilang keras roti tu yg mnyebabkn serap minyak tu....

      Cubalah..

      Padam
  14. tentu sedaplah kan..cuma belum ada masa nak cuba!

    BalasPadam
  15. Nak try jugak lah... rupanya senang je nak buat!

    BalasPadam
  16. Dah lama nak mencuba, Bunda tapi tak juga dibuat-buat. Bila tengok memang nampak senang tapi bila nak membuatnya ada je aral melintang :)

    BalasPadam
  17. buat sndiri je.tak payah beli yg siap tu. hihi
    lama dh x buat ni

    BalasPadam
  18. Memang sedap kak tapi tak larat nak tekan roti tu kasi putus.

    BalasPadam
  19. Saya xsmpt lagi nak buat... ais krim goreng ni... selalu beli aiskrim... anank2 dah mkn bagi perabih... sabar je la...

    BalasPadam
  20. dh lama xbuat aiskrim goreng nih yg buat tapak tgn gatal nk buat jugak

    BalasPadam